Home Novel Alternatif WANITA
WANITA
Jung Siti
6/7/2021 15:00:58
65,096
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 17
WANITA XVII


 “Hello Yayah… Ini Mira”, Mira menelefon Yayah.

 “Ohhh… Mira ada apa call Yayah malam-malam ni?”, kata Yayah sambil menggosok-gosok matanya sambil melihat jam dinding.

 “Sorry for disturbing you… Ben okay ke?”.

“Yes… He’s okay. It's just me yang trying to adapt… hakikat Ben tu sama macam kita”, sengih Yayah.

Mira tersenyum kecil lalu menyambung, “Emm Yayah… tomorrow early in the morning. Boleh ke kami datang berkumpul di tempat Yayah. Mira bawa orang lain sekali, ini ada kaitan dengan Ben”.

Yayah mula mengerutkan kening, “Ada kaitan dengan Ben? Emm okay… boleh-boleh. I will wait for you guys”.

 Pada pukul 5 pagi Zahira, Mira, Sya dan Kaho sudah bergerak keluar dari rumah. Mira dan Zahira bermalam di rumah Sya memandangkan mereka mahu bergerak sekali untuk ke rumah Yayah. Zahira dan Mira telah menceritakan tentang Ben. Apabila mendengarkan cerita itu, Sya mengambil keputusan untuk berjumpa Yayah dan Ben dahulu.

**

 Jarum jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Diluar masih gelap, tetapi Ben dan Yayah sudah berjaga. Ben duduk sahaja sementara Yayah mengintai-ngintai ke arah luar. Saat bermundar mandir, kedengaran bunyi roller shutter di luar sedikit bergegar. Yayah melihat keluar dan melihat Zahira, Mira serta lagi dua orang yang baru. Yayah membuat isyarat untuk masuk ke pintu belakang. Mereka mengangguk. Yayah membuka pintu belakang dan mereka berempat masuk.

 “Yayah… maaf mengganggu”, Zahira berkerut rasa bersalah.

 “Its okay Zahira… Duduk dulu semua”, Yayah menjemput.

 “Siapa mereka ni?”, tanya Ben kepada Zahira.

 “Diorang ni orang yang sama keadaan macam kita”.

 Kaho dan Sya asyik-asyik mencuri pandang Ben. Maklumlah, mereka hanya mendengar cerita daripada Zahira saja tentang Ben. Kini mereka dapat melihat depan-depan. Minuman teh panas turut disediakan Yayah untuk tetamu-tetamunya memadangkan cuaca di luar sejuk. Setelah mereka semua bersedia, masing-masing berbicara.

 “Zahira dan Mira cerita pada saya yang Ben ni lelaki… Jadi ini adik saya Kaho. Dia pun lelaki juga, cumanya dia disguise macam perempuan supaya orang atasan tak detect”, Sya bercerita ringkas.

 “Ya… saya lelaki dan ada berbillion trillion lagi dekat bawah tanah sana”, Ben berbicara.

 “Ben… kita semua bersyukur kau boleh keluar dari bawah tanah sana. Prof Fida gamble… dia pilih kau sebab kau anak bekas ketua tentera iaitu kawan dia. Dia suntik kau dan berharap kau dapat keluar dari situ. Benda ini antara hidup dan mati… jadi Prof Fida tak salah pilih”, kata Sya.

 “Jadi doktor yang suntik aku tu, Prof Fida nama dia? Jadi kira baiklah dia suntik aku? Tahu tak separuh mati aku nak keluar dari situ! Air longkang najis tu! Sampai sekarang tekak aku ni boleh rasa! Kenapa tak lepaskan je kitorang semua?! ”, tegas Ben.

“I'm sorry and aku tumpang simpati for what you've been through tapi sekarang ni kau ingat nak keluarkan mereka semua macam keluarkan biri-biri dari kandang ke? Prof Fida tak ada full power tau dan sekarang ni Prof Fida satu-satunya orang senior yang paling waras. Kalau gerak semberono, mau lebih ramai lagi yang akan terkorban", tegas Sya.

"I know I'm not facing what you guys have faced because I've been living up here pretending… tapi aku pun tak happy disguise jadi sesuatu yang bukan fitrah aku. The restrictions are insane and aku lelaki sama macam kau Ben. Kita memang nak tegakkan hak kita dari dulu tapi belum cukup power dan I believe sekarang kita ada peluang tu. So please lah faham dan beri peluang untuk kami supaya kita dapat bekerjasama", kata Kaho pula.

"Okay aku minta maaf. Aku cuma rasa teringat apa yang aku lalui dulu. Sekarang aku dah dekat atas sini, sementara yang lain tu masih di bawah tanah hidup macam ternakan. Aku tak tahu Prof Fida tu baik ke atau ada muslihat tersendiri tapi aku masih tak faham kenapa diorang semua kena tahan dekat bawah tu? Kitorang ni makhluk yang bahaya ke? Apa salah lelaki?", tanya Ben.

Kaho dan Sya memandang antara satu sama lain dengan kening yang berkerut. 

**

Mereka semua pergi ke rumah Zahira pula. 

"Ibu… ini Ben", Ben sangat teruja menyalami tangan Puan Rozi iaitu ibunya. Dia sangat rindu kepada ibunya.

Puan Rozi yang duduk di kerusi berkerut tersenyum memerhati. 

“Ini anak ibu juga”, beritahu Zahira apabila melihat situasi itu.

“Anak? Maksud Zahira apa? Mak tak faham? Anak? Anak angkat ke apa ke? Robot anak angkat?”, bisik Puan Rozi tetapi bisikan itu dapat didengari yang lain sedikit. 

 Zahira hanya mengeluh kecil lalu berkata lagi, “dia tu memang anak kandung mak. Kiranya adik-beradik Zahira juga”.

 Puan Rozi berkerut. Ben yang memerhati keadaan itu berasa sangat sedih. Maknya tidak mengingatinya langsung.

 Sya yang turut memerhati mengusap bahu Zahira seraya berbisik.

 “Makcik mungkin dapat dos paling kuat sekali… jadi dia takkan ingat dalam masa terdekat”.

 Zahira terdiam dan turut berasa kecewa.

 “Sabar Ben… beri makcik masa”, Sya berkata perlahan kepada Ben.

 “Kami ni semua kawan-kawan Zahira makcik. Saya Sya, ini adik saya Kaho, Mira, Yayah dan ini Ben”, kata Sya.

 “Ohh.. jemput-jemput”, senyum Puan Rozi.

 Kemudian Zahira pergi ke dapur untuk menyediakan air sementara rakan-rakannya yang lain berbual dengan Puan Rozi. Sepanjang perbualan itu, Ben hanya diam, mengangguk dan tersenyum kecil yang dibuat-buat. Dia cuba menahan tangis. Sungguh hatinya sangat terasa dan berasa janggal dengan apa yang terjadi tadi. Ibu kandungnya tidak mengingatinya langsung. Mungkinkah dia salah cara pendekatan. Dia tidak sepatutnya langsung bertanya seperti itu. Semua orang saja pasti akan terkejut jika ada robot yang tiba-tiba saja berkata begitu. Fikir Ben terlalu dalam. Mereka yang lain berbual dengan ibunya dan seolah-olah keadaan baik-baik saja. Namun, Ben tidak fokus dengan apa yang mereka bualkan dan Ben hanya membuat-buat senyuman sahaja. Fikiran Ben menerewang memikirkan nasib dirinya yang menyedihkan.

 Zahira berkerut sahaja memikirkan Ben tadi. Sambil dia mengacau air, Zahira termenung.

 “Sorry for interrupting, but we need to discuss something with you…”, kata Sya.

 “Oh… Sya, Kaho”, Zahira tersedar dari lamunannya. Kemudian dia melihat-lihat ibunya di ruang tamu bersama rakannya yang lain sedang berbual.

 “Bincang apa?”, Zahira kembali fokus kepada Sya dan Kaho.

 “After this, our life will not be the same. I suggest for you and Mira to be extra careful, starting today… kita akan mulakan mission. Harini kan kita semua masuk kerja lambat, so I bet we need to replace the work hours. So, kita kena manfaatkan masa-masa yang ramai orang dah balik tu. Korang kerja lab boleh balik lewat kan?”, kata Sya.

 “Boleh tapi start today? How? Apa plannya?”, tanya Zahira.

 “Both of you and Mira are good at IT, aren't you? So korang kena cari segala data-data 20 tahun lalu. Dan for backup plan… korang kena matikan sistem password biometrics ini di semua jabatan kerajaan… Kita taknak potong jari atau lidah orang untuk access any room”, serius Sya.

“What?!... Ehh dasyat apa kitorang kena buat macam tu?!”, Zahira terkejut.

“Look… Zahira. Kita nak keluarkan mereka semua dari bawah tanah tu bukan macam keluarkan haiwan dari kandang. There will be lots of consideration that needs to be taken off. What if some of them are real criminals?... Apa yang Sya cakap tu just first step. We need to check all the real stories and records as well. Apa yang saya dan Sya cerita pasal 20 tahun lalu tu cuma cerita permukaan sahaja. Kita pun tak sure the real inner stories behind that. Bila kita dah dapat rekod tu, baru kita boleh decide the next step”, kata Kaho.

Zahira memandang bawah dengan kerutan di kening dek kerana beratnya tugasan itu.

“Okay I will talk to Mira about this”.

“Aku dan Kaho akan explore lagi jalan-jalan keluar dari penjara tu. So, we need Ben’s help… either help aku dan Kaho atau bantu korang dua. Kita tengok nanti macam mana”, kata Sya.

“Tapi apa-apapun your mom’s safety pun kena consider juga. Sampai saat nanti Ben dan Yayah kena bawa Makcik Rozi far from here”, kata Kaho lagi.


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.