Home Novel Alternatif WANITA
WANITA
Jung Siti
6/7/2021 15:00:58
65,088
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 6

WANITA VI


              Pada awal pagi sebelum pergi ke tempat kerja, Mira menyinggah satu Kafe Kebun kegemarannya. Mira masuk ke dalam dan mendapati suasana kafe lengang dan tenang seperti biasanya. Hanya keberadaan Yaya saja ataupun Si Pemilik Kedai kelihatan. Yaya kelihatannya sedang menyiram bunga-bunga yang ada di situ dengan spray. Apabila melihat saja Mira masuk ke kedainya, Yaya tersenyum dan berhenti dari pekerjaannya.


              “Cik Mira… nak bungkus Hot Caramel Latte?”, tanya Yaya menghampiri Mira.


              “Yup!”, senyum Mira lalu duduk ditempat duduk yang berhampiran.


              “Baik… kejap ya”, Mira pergi membuat air yang dipinta Mira.


              Sementara menunggu Yaya menyiapkan airnya, Mira melihat-lihat telefonnya. Apabila terasa bosan, dia melihat pula tv antik yang berada di atas dinding menyiarkan siaran-siaran. Suasana di kafe ini terasa nyaman saja, sangat sesuai untuk menyendiri. Di sini mungkin tidak ramai orang, tetapi pelanggan tetap Yaya itu tetap ada saja yang datang.


              Kafe nya tidak seelegan atau semoden dengan zaman kini, tetapi ia mengimbau kenangan. Tv antik, kerusik ayu-kayan yang cantik di cat dengan bernis kayu. Bunga-bunga yang digantung juga membuatkan pengunjungnya terasa seperti berada di dalam rumah hijau. Selain itu, kafe ini juga ada menjual servis bunga-bungaan.


              Mira terleka melihat tv sehinggalah terlihat satu iklan Robot XY disiar. Sesuatu terlintas difikirannya lalu Mira bertanya kepada Yaya, “Yaya… awak beli tak Robot XY tu?”.


              Sambil membuat air Yaya menjawab,“Ohh robot tu? Saya tak mampu lah cik”, beritahu Yaya.


              “Lahh… jadi bos bisnes kafe pun takkan tak mampu. Bukan Yaya tak ada pekerja ke untuk bayar-bayar gaji?”, Mira hairan.


              “Oh… bukanlah Yaya tak mampu langsung. Yaya cuma rasa tak penting… Lagipun Yaya ni lebih suka menyimpan duit dari nak beli-beli ni. Kalau Yaya rasa penting saja barulah Yaya fikirkan”,kata Yaya.


              “Ala… pelaburan jangka panjang…apa salahnya? Lagipun Mira perhatikan Yaya ni… semua kerja di kafe ni Yaya kena buat. Yaya tak letih ke? Kalau ada robot tu, sangat membantu Yaya tau… sebabkita ni manusia mesti ada masa kita penat. Yalah nak menguruskan bevarages dan kuih-muih… Nak menguruskan bunga lagi… Banyak tu. Kalau Yaya penat, nanti Miratak dapat nak minum dekat sini”, kata Mira dengan sedikit memuncung.


              Yaya ketawa kecil lalu mendatangi Mira dengan minuman yang sudah siap.


              “Ada-ada saja Cik Mira ni… Mungkin betul kata Cik Mira yang saya perlukan pembantu. Yalah tenaga kita makin berkurang hari demi hari… Tapi, saya tak pandailah nak pilih-pilih robot apa yang sesuai. Lagipun macam leceh nak buat installment bagai… nak kena ada dokumen tu dokumen ni masa nak beli tu”, kata Yaya.


              Mira terdiam sebentar memikirkan sesuatu. Niatnya ingin membantu mengurangkan beban Yaya. Lagipula, sampai bilaYaya ingin menjalankan perniagaan warisannya ini seorang diri. Sebagai seorang saintis yang memandang dari sudut teknologi, Yaya perlu ada pembantu agar memudahkan pekerjaannya. Sebagai pelanggan tetap, dia juga gembira kalau urusan perniagaan Yaya dipermudahkan.


              “Hmm macam nilah… Saya faham kalau beli baru tu memang leceh kan. Tak apa… buat masa ni Yaya cari yang second hand dulu atau yang orang ada buang ke? Sebab Mira rasa ada yang orang dah buang-buang robot sebab nak ganti dengan yang baru. Kalau soal pembaikian itu serahkan kepada Mira, Mira ada kawan yang memang pencipta Robot tu…memang kami sama makmal. Dia baik tau… Kalau kes macam Yaya, dia memang boleh tolong punya”, cadang Mira.


              Yaya terkesima mendengar kata-kata Mira, “betul ke Cik Mira?! Serius boleh tolong saya?! Susah-susah saja”.


              Mira tersenyum, “alaa… tak ada apalah. Asalkan air untuk Mira ada”.


              Yaya tersengih lagi, “mestilah ada… selalu ada je untuk Cik Mira”.


              Sengihan Mira makin melebar,“yalah yalah… jangan lupa ya cari robot second hand… lepas itu boleh beritahu Mira dan kita akan betulkan robot tu dengan bantuan kawan Mira”.


              “Baik Cik Mira… Terima kasih”, sengihYaya lagi sambil memberi laluan kepada Mira yang ingin beredar setalah mendapat pesanannya.


              “Sama-sama”, Mira melambai tangannya kepada Yaya lalu beredar pergi untuk ke tempat kerja.


**

              Ben menunggu gilirannya yang tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk diekstrak. Dia bertanya rakan-rakannya yang pernah diekstrak mengenai pengalaman mereka.


              “Sakit gila masa awal-awal tu…rasa macam boleh mati”.


              “Rasa macam dia sedut kau tau!...Sampai ke rongga jantung otak rasa weyh”.


              “Mata kau akan melilau-lilau pandang atas… Mungkinlah, sebab aku dulu macam tu”.


              “Sebab sakit sangat tak tahan…”.


              “Ada yang mati ke?”, tanya Ben gementar.


              “Mestilah ada…”, jawab kenalannya itu yang lebih tua daripadanya dan bergelar abang-abang.


              “Kalau mati tu? Dia buat apa?”,tanya Ben lagi dengan kerutan di kening.


              Abang itu tersengih, “kenapa? Kau nak pura-pura mati?”.


              Ben terdiam. Dia tidak terfikirpun hendak berpura-pura mati, dia cuma ingin tahu bagaimana nasib tubuh Si Mati. Adakah dibakar, ditanam, dilonggok atau digunakan untuk buat bangunan?


              “Takdelah bang…”, kata Ben.


              “Aku tak tahu nasib mereka… tapi ramai kawan-kawan aku yang nak pura-pura mati tetapi mereka mati betul-betul”,kata abang itu lagi.


              Ben hanya diam dengan resahnya memandang bawah.


              Abang itu memandang Ben yang sedang resah. Dia mengeluh lalu menepuk-nepuk bahu Ben seraya berkata, “just stay alive Ben…”.


              “Alright… terima kasih abang”,kata Ben lalu memeluk abang itu.


              Kemudian Ben pergi mendapatkan ayahnya lalu memeluk, “ayah… doakan Ben selamat ya”.


              “Ben… kalau kamu bernasib baik. Jangan ikut laluan paip tapi laluan longkang. Laluan longkang tersorok sikit. Sentiasa menuju ke atas”, bisik ayahnya.


              Ben berkerut mendengar ayahnya berbisik begitu lalu melepaskan pelukan. Dia melihat wajah ayahnya yang sudah tua itu. Ayahnya mempamerkan wajah menyerah. Ben berkerut dan perlahan beredar dari situ untuk keluar dari sel mengikut arahan pengawal-pengawal wanita itu.


              Apabila mengenangkan kata-kata ayahnya, jantung Ben berdegup kencang. Sungguh fikirannya bercelaru. Adakah ayahnya suruh melarikan diri? Tetapi dia tidak membuat sebarang persiapan atau pertanyaan dengan lebih banyak kepada orang-orang yang sudah lama di sel itu. Dia juga tidak terlalu memerhati sebarang-sebarang klu atau laluan yang mungkin boleh dilalu. Ben mula rasa menyesal, dia patut mengambil tahu hal itu sejak dulu.


              Jadi patutkah dia melarikan diri? Ataupun dia tidak perlu lari hari ini dan menunggu masa sesuai? Tetapi dia tidak mahu dibasuh fikiran seperti Heri. Jantung Ben makin berdegup kencang.


              “AAAAAARRRRRGGGGHHHHH!!!!!!!!!!!!”.


              “SAKITTT!!!!!!!!!!!!”.


              “Mati dah…”.


              Ben terkejut saat mendengar suara-suara yang jauh berada di hadapannya. Sampai ke barisannya mendengar jeritan-jeritan itu. Bukan sahaja jantungnya makin berdegup kencang tetapi mukanya semakin pucat juga.


              Ben resah gelisah seorang diri, tiba-tiba satu bunyi das tembakan kedengaran.


              BANGG! BANGG! BANGG!


              Semua yang berbaris memandang ke arah tempat bunyi. Kelihatannya ada seorang lelaki sedang cuba untuk melarikan diri dan pengawal-pengawal wanita itu pantas menembak kaki lelaki yang lari itu berkali-kali sehingga lelaki itu rebah dan mengesot.


              “Huaaa huaa hmm sakit!”, raung lelaki yang ditembak itu apabila beberapa pengawal wanita menariknya.


              “Kau nak lari sangat kan? Nak mati cepat?... Kita ekstrak kau dulu lepas itu nak mati, matilah”, senyum seorang pengawal wanita.


              “Tak nak! Tak nak!”, raung lelaki itu kesakitan.


              “Kau ingat… kau boleh lari macam itu je? Hahaha… hidup ni kena berbakti. Kalau tak sia-sialah sepanjang kau hidup. Baik mati je dari awal”, senyum pengawal yang lain.


              Lelaki-lelaki yang sedang berbaris melihat kejadian itu berasa ngeri. Dalam senyuman wanita-wanita itu, jelas terpancar kekejaman psikotik yang tak boleh diterima dek akal manusia. Mereka bergetar. Ada yang sudah terbuang air kecil juga. Ada yang menangis teresak-esak.


              Seorang pengawal wanita melihat seorang lelaki yang menangis dan wanita itu menghampirinya.


              Wanita itu mengelap air mata lelaki itu lalu membelai lembut wajah hingga ke dagu lelaki itu lalu berkata dengan senyuman, “don’t get us wrong. Extraction is not that hurt… it’s the best thing ever will happen to you guys. Jangan biarkan benda-benda negative mempengaruhi fikiran korang semua. Semuanya indah dan baik-baik saja”.


              Ben berkerut ketakutan melihat gaya wanita. Senyuman yang diberikan wanita itu seperti senyuman orang gila. Jelas ianya menakutkan walaupun wanita itu hendak menenangkan keadaan. Sudah pastilah mereka semua tidak percaya kepada kata-kata wanita itu.


              “ARGHHHHH ARGGGHHHHH SAKITTTTTTTARGGGGGHHHH!!!”, satu jeritan yang bergema terdengar di ruang tahanan.


              Orang-orang yang berada di situ hanya duduk dan ketakutan. Wajah mereka berpeluh-peluh dan ada yang berendam air mata. Ben juga berasa perasaan yang sama-sama. Tiba-tiba beberapa orang pengawal wanita itu menarik Ben dengan keras. Ben terkejut dan lambat-lambat bergerak.


              “Ada bilik kosong dekat sana… Kita nak cepat habiskan extraction dengan cepat hari ini”, pengawal-pengawal itu bersembang antara satu sama lain.


              “Hoi!!! Cepatlah gerak!!”, marah pengawal itu kepada Ben. Ben langsung bergerak lalu dimasukkan ke dalam sebuah bilik.


              Apabila melihat bilik itu Ben teringat sewaktu kecilnya berjumpa dengan doktor gigi. Suasana biliknya seperti itu. Ben dapat melihat banyak kertas di atas meja. Beberapa piring petri dan tabung uji kelihatan. Ben bercelaru. Apa barang-barang yang perlu dicurinya untuk keluar dari sini. Mungkin ada barang yang boleh digunakan untuk keluar.Tiba-tiba dia terlihat CCTV yang ada tergantung di situ. Ben mula rasa gusar,fikirnya dia memang tidak boleh lari dari situ.


              Tiba-tiba, seorang wanita yang agak berumur keluar dari sebalik tirai. Wanita itu mungkin baya-baya ayahnya,fikir Ben. Wanita itu berpakaian seperti doktor-doktor dan bercermin mata.


              “Hai Ben”, senyum wanita itu.


              Ben hanya diam ketakutan. Namun,di jiwanya ada rasa hendak memberontak. Jika diikutkan hatinya yang paling dalam ingin saja dia menumbuk perempuan tua ini dan lari tetapi dia khawatir jika nasib dirinya akan menjadi seperti lelaki yang ditembak tadi.


              “Sila baring…”, senyum wanita itu lagi.


              Ben baring perlahan-lahan. Namun begitu, matanya juga melirik-lirik mencari peluang. Di sebalik tirai yang wanita itu keluar tadi, Ben dapat melihat satu beg besar. Mungkin beg mayat. Fikir Ben.


              Doktor wanita itu mula membelek-belek kertas sambil matanya memandang-mandang CCTV.


              Doktor wanita itu juga mencuri-curi pandang ke arah tirai. Kemudian dia mengeluarkan beberapaperalatan. Doktor itu memegang pisau pembedahan lalu sambil berbicara, “dah besar dah Ben… dulu acik tengok kecil je”.


              Ben terkejut dan, “kau siapa?!”.


              “Tak perlu tahu siapa…”, kata doktor itu sambil memegang picagari cucuk.


              Ben terdiam lagi.


              “Acik akan suntik ni dan acik nak kau pura-pura mati”, kata doktor itu lagi.


              Ben berkerut kebingungan. Jujur dia tidak tahu apa yang terjadi. Memang beginikah prosedurnya? Fikir Ben.Tiba-tiba, satu perbualan terlintas di fikiran.


              ‘ “Aku tak tahu nasib mereka…tapi ramai kawan-kawan aku yang nak pura-pura mati tetapi mereka mati betul-betul”, kata abang itu lagi.’


              Ben langsung menggeleng seraya berkata, “tak nak tak nak!”.


              “Shh shh…”, doktor itu mula rasa gelabah dan pantas menyuntik Ben.


              Baru beberapa saat disuntik, Benmula rasa tidak berdaya dan hendak pengsan.


              Sebelum Ben tidak menyadarkandiri, doktor itu sempat membisikkan sesuatu, “bila sampai sana tolonglah cepat sedar dan larikan diri dari situ. Jangan melilau”.


              Ben terus rebah. Fikirannya malap tidak dapat memikirkan apa-apa. Kesemua derianya hilang begitu juga penglihatan. Segala urat di tubuhnya terasa kendur begitu juga kaki.


              Doktor itu memanggil-manggil pengawal yang berada di luar.


              “Subjek di bilik A01 mati… harap dapat uruskan dengan segera”, kata doktor itu. Kemudian, beberapa pengawal hadir dan menyiksa nadi Ben.


              Mereka memeriksa di setiap aliran nadi Ben. Tiba-tiba seorang pengawal berkerut. Dia merasakan nadi di belah kaki masih ada lagi tetapi kaki Ben sudah terasa lembik. Kemudian, nadi kaki juga terhenti. Pengawal itu langsung berfikir, betullah subjek ini sudah mati.


              “Okay?”, tanya pengawal kepada pengawal lagi satu.


              “Yes… clear dead”, jawab pengawal itu.


              Lalu Ben dimasukkan ke dalam satu beg hitam dan dibawa ke suatu tempat pembuangan mayat. Ben serta beberapa mayat yang lain dicampak ke ruang yang dipenuhi dengan sampah dan mayat-mayat. Setelah pengawal-pengawal itu keluar, ruang itu dikunci.


              Ben tersadai di ruang itu untuk beberapa jam lamanya. Sehinggalah, deria baunya mulai berfungsi. Ben terbatuk-batuk. Hidungnya terasa tidak enak. Bau-bauan yang busuk memenuhi ruang hidungnya. Ben terbatuk-batuk lagi. Dia mengetuk-ngetuk dadanya dan cuba mengingati apa yang terjadi sebelumnya. Kemudian, dia membuka matanya danmelihat dia di dalam sebuah beg yang di zip. Ben meraba-raba ruang itu. Saat mula mengambil nafas secara teratur, Ben kembali terbatuk-batuk dan ingin keluar dari beg yang di zip itu. Walaupun berasa tidak berdaya, Ben mengumpulkan seluruh tenaganya lalu merentap sepenuhnya ruang beg itu danakhirnya Ben berjaya.


              Apabila keluar saja, hidungnya tidak dapat menahan bau yang lebih busuk. Ben langsung berasa loya dan muntah di situ. Setelah puas, Ben kembali mengamati keadaan sekeliling dan alangkah terkejutnya Ben melihat satu kawasan gelap yang sangat luas seakan gudang atau seakan tempat perlombongan lama yang dipenuhi dengan sampah sarap dan mayat-mayat.


              Ben terasa marah tetapi tak mampu hendak diungkapkan tatkala melihat ratusan-ratusan mayat dilonggokkan sekali bersama sampah sarap. Mata Ben mula berair. Perasaan geramnya terzahir melalui air mata.


              ‘Sebegini hinakah kedudukan kami? Mayat-mayat kami dihimpunkan bersama sampah sarap… Hidup jadi tahanan tanpa jenayah, mati jadi mayat dihimpunkan dengan sampah seakan nilai kita sama dengan sampah. Sepenuh hidup tahanan, mati tiada penghormatan’, getus hati Ben. Ben teringat kata-kata pengawal yang didengarnya sewaktu beratur.


              “Kau ingat… kau boleh lari macam itu je? Hahaha… hidup ni kena berbakti. Kalau tak sia-sialah sepanjang kau hidup. Baik mati je dari awal”, senyum pengawal yang lain.


              “Bakti my ass… Bila mati korang himpunkan kitorang dekat tempat sampah juga”, kata Ben perlahan.


              Ben terleka dibuai perasaan di situ. Segala bau busuk sudah tidak mempan pada deria baunya saat emosi lebih menguasai fikiran. Saat termenung, satu bunyi besi kedengaran dari luar. Ben langsung tersedar dan mencari tempat sembunyi tetapi tiada sampah besar yang boleh Ben menyorokkan diri. Semua pembuangan yang ada di situ seakan baru lepas kena bakar. Hanya mayat-mayat yang baru dibuang bersama dengan dirinya tadi sahaja yang masih segar tidak dibakar. Ben membuka satu beg mayat yang lain untuk bersembunyi di dalamnya memandangkan begnya tadi sudah hancur. Saat buka sahaja, bau yang sangat busuk keluar, terdapat juga ulat-ulat kecil mengerumuni beberapa bahagian jasad itu. Di kawasan tempat pembuangan sampah yang gelap danmendap ini, sekejap sahaja ulat-ulat mengkonsumsi mayat.


              Ben terkejut dan terjatuh. Fikirannya tidak tentu hala saat mendengar bunyi-bunyian besi yang makin kuat.Mungkin ada orang hendak masuk.


              “Ben… kalau kamu bernasib baik. Jangan ikut laluan paip tapi laluan longkang. Laluan longkang tersorok sikit. Sentiasa menuju ke atas”, bisik ayahnya.


              Ben teringat pesan ayahnya dan pantas pandang ke atas. Matanya terus sahaja tertancap pada satu lubang besar yang berada di siling. Lubang busuk serta berair-air menitik. Ben bergegas memanjat-manjat paip-paip yang ada di tepi dinding lalu tangannya mendapatkan lubang itu. Tangannya terasa melekit memegang lubang itu, sementara kakinya tergantung-gantung. Dia menghayunkan badannya lalu mengangkat diri sendiri masuk ke dalam lubang itu. Sedikit bunyi kedengaran. Ben berjalan di dalamnya dan melihat-lihat lubang itu mungkin lubang pembuangan sisa makanan atau apa-apa sahaja sampah sarap. Ben menutup mulut dan hidungnya seiring berjalan dengan pantas. Apabila bunyi pintu besi besar dibuka di bawah kedengaran, Ben berhenti seketika.


              “Aku rasa macam dengar bunyi tadi…kentang kentung kenting macam tu”, kata pengawal itu.


              “Hahaha apa? Macam mana bunyi? Kentang kintung kering kontang?”, ketawa pengawal yang lain lagi di situ.


              “Hoi… aku tak berguraulah kalau bab bab macam ni”.


              “Okay okay… sorry”.


              “Herhhh… sudah. Cek kawasan sini kot-kot ada yang mengelirukan”.


              “Ada… korang”, kata pengawal yang lain memanggil sambil menunjukkan ke satu beg yang dikoyak-koyakkan.


              “Aku dah cakap aku tak main-main! Kerah orang-orang yang ada di bahagian kawalan sekuriti. Cari setiap CCTV atau detect haba dari mana laluan-lauan paip atau laluan lain yang berpotensi keluar ke atas!”, jerit pengawal itu kepada rakan-rakannya.


              Saat mendengar itu jantung Ben langsung berdegup kencang. Setelah Ben mendengar bunyi pintu besi tertutup, Ben pantas berlari. Dia mencari-cari apa sahaja jalan yang membolehkan dirinya naik ke atas. Ben memanjat tiang demi tiang dan paip demi paip. Biarpun busuk dan berlumpur, kerak-kerak kotoran yang mengeras membantu Ben memanjat ke atas.Tiba-tiba air dari atas langsung menerpa ke atas Ben, tangan Ben pantas menggapai beberapa tumbuhan liar yang berjuntai di tepi. Air-air kotor yang menerpa ke wajah Ben, membuatkan Ben terbatuk-batuk. Ben menguatkan dirinya dan mencengkam sekuat-kuatnya apa yang ada di tepi.


              “Erghh”, Ben terasa sakit apabila kukunya ingin tercabut.


              Tiba-tiba airnya berhenti. Ben rasa bersyukur dan menyambung perjalanannya. Jujur Ben berasa pasrah, untuk kali ini sahaja dia mengeluarkan segala tenaganya semaksimum mungkin. Inilah peluangnya, antara hidup dan matinya.


              Sementara pengawal-pengawal masing sibuk menjalankan tugas masing-masing. Ada yang mencari jejak tahanan yang hilang tatkala mendengar bunyi siren kedengaran. Ada pelbagai jenis bunyi siren, tetapi siren yang ini menunjukkan bahawa ada tahanan yang hendak melarikan diri. Program extraction untuk hari itu tak dapat dihabiskan dan semua pengawal yang mengawal Program Extraction menyuruh semua tahanan yang beratur kembali ke sel masing-masing. Suasana penjara bawah tanah itu agak kacau bilau. Lebih-lebih lagi kepada pengawal wanita. Memandangkan penjara bawah tanah itu kawasan yang sangat-sangat besar, jadi pencarian di setiap kawasan itu mengambil masa yang agak lama. Mereka semua dikerah untuk melihat setiap ratusan ribuan CCTV yang ada di sekitar penjara itu.


              “Dah tengok CCTV yang ada dekat kawasan tempat pembuangan sampah tu?”, tanya ketua pengawal mereka.


              “Dah Puan!”, kata pengawal itu.


              “Lubang paip di kawasan pembuangan itu agak berliku. Jadi tahanan boleh menggunakan banyak jalan untuk keluar dari sini! Takkanlah satu pun tak jumpa!”, marah ketua pengawal itu lagi.


              “Maaf tuan! Kami periksa semua laluan perpaipan tapi memang kami tak dapat kesan sebarang haba”, jawab anak buahnya.


              “Dasar tak boleh harap! Kalau takdapat detect! Kerahkan semua pengawal masuk dalam saluran perpaipan!”, perintah ketua pengawla itu.


              Mereka semua berkerut memandang bawah. Jujur mereka tidak suka masuk ke dalam saluran perpaipan sebab melecehkan. Lagipula tempat itu menjijikkan, sekental manapun mereka. Mereka masih wanita yang tidak sukakan kotoran. Bukan apa, ada di antara mereka yang OCD. Namunapakan daya sudah arahan, mereka harus melaksanakan.


              “Tak perlu ketua!”, pantas seorang lagi berbicara.


              “Tahanan lalu longkang! Laluan loji!”, sambung pengawal itu.


              “Laluan longkang?! Macam mana tahanan boleh hidup lalu situ? Laluan airnya sangat deras dan boleh jatuh balik kesaluran perpaipan”, kata ketua pengawal itu.


              “Tadi tak dapat kesan sebab air longkang jatuh dengan deras di kawasan sini, tetapi bila habis air deras lalu kita baru dapat kesan ada satu haba yang masih tergantung di saluran longkang ini”.


              “He’s just lucky huh? Kerahkan unit khas, suruh mereka jaga atas. Jangan bagi tahanan tu jejak atas”, kata ketua pengawal itu lalu beredar pergi.


              “Ketua! Haba tu dah hilang balik!”.


              “Apa?!!”, berkerut kening ketua pengawal itu.


**

              Air kembali deras. Ben terjatuh dari tempat pegangannya. Tersedar hal itu, Ben pantas menggapai kerak kotoran yang ada.


              “AAAAARRRRRRGGGHHH!!!”, Ben jerit sekuat-kuat hatinya saat pegangan itu mengoyak tapak tangannya.


              Ben menahan sebak. Dia menguatkan lagi dirinya untuk terus ke atas. Dia menguatkan lagi tangannya. Dia memanjat dan memanjat sehinggalah tiba ke suatu dasar yang rata. Ben meneruskan lagi perjalanan sehinggalah tiba-tiba kakinya terpijak satu dasar yang lebih dalam.Jantung Ben berdegap kencang. Mujur kedalaman itu tidak melemaskannya. Hidungnya dikebalkan dari bau-bauan air longkang sedalam paras lehernya. Ben meneruskan lagi perjalanan sehinggalah matanya dapat melihat jalan mati. Hati Ben gundah. Jika itu jalan mati, bagaimana dia hendak keluar. Ben cuba mempositifkan dirinya dan berharap ada keajaiban di sebalik jalan mati itu. Apabila tiba di situ. Ben dapat melihat satu lubang kecil saluran air longkang yang lebih kecil. Sudah pasti Ben tidak dapat melaluinya memandangkan laluan itu sekecil laluan tikus. Ben melihat sekeliling. Tiba-tiba matanya tertancap pada tangga yang menuju ke atas. Ben membulatkan mata dan menutup mulutnya. Dia sangat gembira. Gembira sehingga terdiam. Dia gembira sehingga menutup mulutnya sendiri kerana terharu dan tidak menyangka usahanya berbaloi.              


             Tanpa membuang masa, Ben pantasmenaiki tangga-tangga itu yang menjurus ke atas. Saat tiba ke atas, tangan sebelahnya menolak dengan kuat besi yang menutup itu. Akhirnya Ben berjaya menolak besi itu keluar dan Ben memanjat lagi tangga sehingga dia dapat keluar dari situ. Ben terbaring memandang atas.


              ‘Ohh jadi sekarang ni tengah malam”,fikir Ben memandang bulan yang jauh di atas langit. Ben teresak tangis. Sudah lama dia tidak melihat pemandangan langit ini. Ben menangis lagi dan lagi. Dia terkenangkan ayahnya serta kenalan-kenalannya yang berada di bawah. Andai saja dia dapat membawa mereka bersama. Ben memegang-megang tepi-tepi dan dapat merasakan jalan yang kasar.


              ‘Oh… ini jalan tar’, Ben ingat-ingat lupa. Ben juga dapat melihat dia berbaring di satu sudut laluan antara dua buah bangunan. Jalannya basah-basah seakan baru lepas hujan.Sekarang juga sudah tidak hujan. Tanpa membuang masa, Ben langsung bangun dan melihat belakangnya. Dia dapat melihat ada beberapa orang sepertinya berdiri di sebelah tong sampah besar hijau.


              Ben berkerut. Orang-orang itu langsung tidak bergerak. Langsung tidak berkedip.


              ‘Robot?’, Ben terkejut apabila melihat ada wayar-wayar di anggota badan benda itu.


              Ben membuka tong sampah hijau yang besar itu dan melihat banyak robot-robot dibuang di dalamnya. Ben mendapat akal dan dia masuk ke dalam tong sampah itu dan berpura-pura menjadi robot. Alang-alang itu, dia dapat berehat sebentar dan Ben berharap pengawal-pengawal itu tidak mencarinya hingga ke sini.


              “Weii… hoii”, kata Ben perlahan kepada robot-robot yang berbaring di dalam tong sampah itu. Dia ingin memastikan bahawa itu memang betul-betul robot.


              ‘Okay betul’, fikir Ben.


              “Cek kat situ!!”, jerit sesorang.


              Ben terkejut dan memejamkan mata.


              Seorang pengawal membelek-belekrobot yang ada di situ. Ben dapat mendengar bunyi-bunyian yang berada diluar.


              Pengawal itu membuka tong sampah itu dan hanya pandang sekilas kesemuanya robot-robot itu dan langsung menutup kembali.


              Ben berasa lega. Mujur dia berbaring di dasar tong ini. Mujur dia meletakkan robot-robot usang di atasnya.Yang paling penting sekali, mujur pengawal itu tidak membelek-belek robot yang berada di dalam tong sampah sehingga ke hujung dasar.


              Ben menghembuskan nafas lega lagi dan lagi. Kali ini, matanya benar-benar hendak tertutup kerana kepenatan dan kelegaan.




Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.