Home Novel Alternatif WANITA
WANITA
Jung Siti
6/7/2021 15:00:58
65,093
Kategori: Novel
Genre: Alternatif
Bab 1

WANITA I


Di satu padang luas yang dipenuhi bunga terdapat sebuah keluarga yang sedang berkelah.

              “Kakak!! Termenung apa tu?!Cepatlah tangkap pepatung dengan abang!”, seorang kanak-kanak memanggil Zahira sambil berlari. Mata Zahira terpandang satu tanda lahir berbentuk separa bulat di ibu jari kanak-kanak itu. Di jarinya juga ada.


              “Kakak!”, jerit kanan-kanak itu lagi.


              Zahira tersedar dan sambung mengejar dengan gembira, “abang!! Tunggu kakaklah!! Ha haha”.


              “Abang! Kakak! Jangan lari macam tu… Jatuh nanti luka”, jerit seseorang yang dewasa.


              Zahira yang asyik berlari,terjatuh ke tanah. Apabila sakit mula terasa, Zahira menangis.


              Ibunya iaitu Hawa dan seorang lagi orang dewasa yang berdiri di samping ibunya pergi ke arahnya.


              “Kakak… Tak dengar ke ayah cakap tadi, jangan lari laju. Kan dah jatuh”, kata ibunya sambil membantu Zahira bangun.


              “Tak apa ibu… mari sini tangan kakak. Bagi ayah tengok…”, kata orang dewasa itu.


              Zahira pun menghulurkan tangannya.


              Orang dewasa itu melihat-lihat tangan Zahirah lalu mengeluarkan plaster dan cecair antiseptik untuk merawat Zahira.


              “Darah dah… mujur sikit je. Dah jangan nangis… Zahira kuat!”, kata orang dewasa itu.


              Zahira yang menangis berhenti sedikit demi sedikit diikuti sedu sedan sambil tangan yang lagi satu mengelap-lap wajah.


              “Tengok… ayah ni kira penyelamat Zahira tau”, senyum ibunya sambil mengusap bahu orang itu.


              Orang itu juga membalas senyuman ibunya.


              Zahira senyum lalu berkata, “nanti Zahira selamatkan ayah juga!”.


              Orang itu ketawa kecil, “Zahira nak selamatkan ayah? Janji tau! Betul ni?”.


              “Hmp!”, angguk Zahira bersungguh-sungguh.


              Orang itu senyum.


              Zahira juga ketawa. Tepat selepas itu, Zahira berkerut dan menjadi takut tatkala orang itu mula berdarah. Berdarah di dahi, bahu, badan dan yang lainnya seakan ada tembakan.


              Zahira berteriak, “ayah?”.


              “Ayah?”.


              “Ayah!!!! Ayah!!”.


              “AYAH!!!!!!!!”.


              “AYAHHHHHHHHHH!!!!!!!”.


              “A….”.


**

              Zahira terjaga dari tidurnya dengan rasa takut. Jantungnya berdegup kencang. Wajahnya berpeluh-peluh. Zahira menarik nafas dan menghembus bagi menenangkan fikiran. Tanpa disedari matanya juga berair. Saat mengelip mata, air matanya jatuh. Zahira mengelap pipinya yang dibasahi air mata dengan rasa bingung dan tertanya-tanya.


              Pagi fajar sudah menjelma, Zahira langsung bersiap-siap untuk ke tempat kerjanya. Setelah siap dia beredar untuk ke tempat kerja.


              Di dalam pengangkutan awam untuk ke tempat kerja pun Zahira termenung sahaja saat terkenang mimpinya. Pengangkutan itu sememangnya pengangkutan bas awam yang maju. Kesemuanya berwarna putih, tempat duduk, tali pemegang, stereng pemandu, tayar dan semualah. Sungguh kemas dan elektronik. Hanya cermin sahaja lutsinar.


              ‘A?...aa apa ya?’, Zahira tertanya. Dia terlupa satu perkatan terakhir di hujung mimpinya itu. Tambahan pula, dia sangat keliru dengan makhluk itu. Seakan sama seperti dirinya, ada mata, mulut, hidung dan anggota penting tangan dan kaki seperti yang lainnya. Cuma ada perbezaan sedikit. Makhluk yang dilihat di dalam mimpinya itu agak kasar fizikalnya dan ada rambut di dagu. Zahira menggeleng kepala. Dia ingin melupakan mimpi itu kerana mimpi itu sangat mengganggu fikirannya. Fikirnya seakan ada yang tidak kena dengan dunia ini.


              “PERHENTIAN GOVERNMENTALTECHNOLOGY HIGH DEPARTMENT!”, bunyi perhentiannya sampai.


              Semua orang yang berada di dalam pengangkutan itu memandangnya dengan wajah kagum. Maklumlah pengangkutan itu pengangkutan untuk pemudi-pemudi trainee sahaja, tidak menyangka ada yang dapat turun di Governmental Technology High Department. Ia sebuah seksyen yang paling tinggi di Jabatan Teknologi. Pasti Zahira mempunyai sesuatu yang menarik sehingga dapat pergi ke situ bertemu dengan orang atasan.

 

              Zahira melalui penumpang-penumpang lain sambil mengangguk senyum lalu turun. Setelah turun dia sambung berjalan kesebuah bangunan ikonik yang dikelilingi bangunan-bangunan ikonik yang lain. Dia perlu melalui satu dataran untuk ke sana dan dia melihat keadaan sekeliling. Ada kanak-kanak bersama ibu mereka. Dia juga melihat beberapa perempuan berjalan juga sambil membincangkan sesuatu. Kiosk-kiosk kecil kosong tiada pelanggan. Mungkin, belum ramai orang lagi. Fikir Nadirah.


              Bangunan indah ikonik berwarna putih lutsinar yang jauh di hadapannya ini sepatutnya mengangumkan memandangkan ini kali pertama dia ke situ. Tetapi dia tidak dapat berasa kagum sekarang kerana sebahagian besar mindanya masih dipengaruhi mimpinya.


              Walaubagaimanapun, dia berasa gembira juga hasil ciptaan robotnya mendapat tempat di mata pegawai atasan. Hasil ciptaan robotnya itupun semua berkat dari mimpinya. Mimpinya itu berulang-ulang sehingga dia dapat membayangkan makhluk yang agak berlainan daripada mereka lalu dia salurkan ilhamnya itu melalui ciptaan robot.


              Masuk sahaja ke dalam bangunan itu, dia ditempatkan di ruang menunggu di tingkat atas-atas.


              Selama setengah jam menunggu,namanya dipanggil.


              “Miss Zahira”.


              Zahira pantas masuk ke dalam ruangan itu. Saat masuk, dia melihat beberapa wanita berusia yang berjawatan tinggi.


              “Hello Zahira. I am Liliad, the head of Governmental Technology High Department. See your left… that’s your invention right?”, senyum wanita yang berkot ala saintis itu.


              Zahira melihat di bahagian kirinya dan mendekatkan diri kepada robot itu.


              “Yes… this is mine”.


              “Why you invent it that way? I mean… macam mana dapat ilham tu?”, tanya seorang lagi wanita yang berkot pejabat dengan wajah yang agak tergugat.


              “Be patient Puan Suzy. I’m sorry for her attitude… She’s just excited”, kata wanita di sebelah Puan Suzy yang juga berkot pejabat iaitu Puan Stephanie.


              “Emm… can you tell us how you get the idea and tell us the process in doing this robot”, sambung Puan Stephanie itu dengan senyuman.


              Zahira mengangguk dan semangat berbicara, “ahh… emm okay. Sebagai wanita, kita memang sibuk dengan bermacam-macam komitmen kan? Ada yang seorang ibu… seorang doktor, arkitek,buruh kasar and bermacam-macamlah. Bila balik rumah nak berehat kan, masih ada benda berat dalam rumah yang kita tak boleh buat. You know, women can’t always lift 15kg like regularly you know. Fertility probability is high. Not just that, we can’t always pay services every time we want to do things that we don’t know… like plumbing, wood stuff or any dirty works that smells you know. I know there are business who can do all of that, but just think of daily routine… or in economic… people want to get rid of unnecessary payment….Mmm… ahh…mm”.


              Zahira sudah tidak tahu apa yang dibicarakannya.


              “You want to get rid off their business? By inventing this robot?”, kata seorang lagi wanita selain Puan Suzy seakan tidak suka dengan ciptaan Zahira.


              Zahira berkerut sedikit. Dia sudah gugup.


              “Calm down miss… you look terrified. Puan Julia… Please behave for now”, kata seorang wanita yang berbaju kot labuh kelabu pula iaitu Puan Sarimah kepada Zahira dan Puan Julia itu.


              “Okay… abaikan semua kata-kata awak tadi Cik Zahira… Saya rasa itu bukan niat sebenarnyakan? Now… can you tell us the honest intention? Why you invent this kind of robot?”, senyum Puan Sarimah itu.


              “Alright… okay… Actually I just feel women need something to depend. Not depend like as a whole… just macam kita perlukan sesuatu yang boleh meringankan beban kita. I just think that maybe I can create robot that exactly like us but with a different physics. As you see… bahagian dada dia saya buat flat supaya daya tahan angkat barang tu lebih lagi dari kita. Bahu dia saya tambah lagi ligamen dan dekat lengan juga serta kaki sikit. Saya tambah ligamen tu lebih dari kita supaya daya buat kerja tu lebihlah dari kita. But still need fuel and oil untuk buat dia bergerak. Ada yang solar juga di bahagian leher dia. Di dagu dia tu saya letak bulu sintetik yang boleh detect surrounding macam air quality level or powerful source of GPS like if you separated from the robot and you want the robot come to you… Tapi kalau tak suka, kita boleh je tak letak. It’s depend on people’s preferences. Many choices with many functions…tapi apapun saya tambah ligamen tulah penting supaya dia lebih kuat untuk buat kerja.”, kata Zahira sambil menerangkan apa yang ada di robot ciptaannya.


              “See… interesting. It’s beneficial… nothing to worry about”, kata Puan Liliad pula tersenyum sambil melegakan hati pegawai-pegawai yang ada di situ.


              ‘Nothing to worry?’, Zahira tertanya-tanya. Worry untuk apa? Apa yang hendak dirisaukan tentang ciptaannya. Mungkin faktor ekonomi atau pengeluaran. Fikirnya.


              Wanita-wanita atasan di hadapannya ini ada yang berwajah kagum, risau dan ada yang hanya menulis sesuatu di atas kertas.


              Zahira mengeluh di dalam hatinya.Seakan susah saja ciptaannya hendak diluluskan. Kalau begitu, baik tak usah pilih ciptaannya. Ada ciptaan orang lain yang lebih hebat sebelumnya dan dikeluarkan kepada marhaen tanpa melalui prosedur sepertinya. Zahira bingung. Pegawai atasan di hadapannya ini tertarik kepada ciptaan atas dasar apa? Jika tertarik, kenapa kebanyakan mereka berwajah ragu-ragu. Seolah-olah ciptaannya ini suatu keputusan yang sukar. Mungkinkah prosedurnya begitu? Fikir Zahirah lagi.


              “So this robot is our servant?”, ketawa seorang wanita pula.


              “Emm I don’t call these robots as servant. There more like our helpers… Or when you lonely, you have them with you always… macam seseorang yang mendamping. But depend on the individual itself, you can regard them as servant. But for me… robot ni saya cipta… lebih kepada untuk meringankan beban kita. Sesuatu yang sentiasa ada dengan kita sehingga dia obsolete tu”, terang Zahira.


              Para pegawai wanita itu memandang satu sama lain apabila mendengar jawapan Zahira.


              “Alright, you pass! Emm based on your presentation dan hasil kerja. Saya akan naikkan pangkat awak di level INSTAR. Masuk bilik Mira… workmate dia pindah department. Jadi mulai sekarang awak boleh kemas barang-barang di tempat awak dan esok awak pindah ke bilik Mira”, senyum Ketua jabatan Puan Liliad itu.


              Zahira terdiam dan terharu. Level INSTAR itu adalah untuk budak-budak genius. Dia hanyalah saintis biasa dari Department Technology Seksyen Penciptaan yang biasa. Hanya kerana ciptaan robotnya yang satu itu, langsung mendapat tempat di Level INSTAR? Bersama Mira pula tu? Mira itu sememangnya terkenal dengan kebijakan di DepartmentTechnology. Mira bekerja untuk High Department di level INSTAR budak-budak genius pula tu. Mira lah perancang penciptaan ketenteraan moden pusat.


              “Miss? You may…”, senyum Ketua Jabatan itu lagi meminta Zahira keluar dengan cara sopan.


              “Ohh emm I’m sorry… and thankyou so much for this opportunity!”, Zahira keluar dengan rasa teruja.


              Saat Zahira keluar,pegawai-pegawai itu berkata kepada sesama sendiri dan kepada ketua jabatan juga.


              “You hear her answer! There something suspicious!”.


              “I know!! But don’t worry…”,tegas ketua jabatan itu.


              “Dia anak siapa? Aku rasa macam kenal je…”, tanyanya lagi.


              Pegawai-pegawai itu semua berfikir, “ haaa! Anak Hawa tak silap!”.


              “Ohh… ketua tentera yang bersara tu kan?”, berkerut ketua jabatan itu bertanya. Mereka yang lain mengangguk.


              “Dulu kita sekat anak dia… Zahira tu dari masuk tentera macam mak dia … dengan harapan kelebihan dia tak berkembang. Kita masukkan dia ke jabatan kita supaya kita boleh pantau. As time goes by, tak ada apa-apa. She’s being normal like others… and her mother as well. Kita suntik ‘pelali lupa’ di leher mak dia sebanyak mungkin sebelum mak dia bersara. Jadi sepatutnya dah bersih. But just now, her daughter in front of us… just present something beyond our thoughts!”, nada ketua jabatan itu seakan marah.


              Pegawa-pegawai lainnya diam.


              “Fuhhh…”, ketua jabatan itu kembali ke asal setelah melepaskan keluhan nada marah.


              “Alright! What do you think finance chief? Does that robot benefit to us? Honest thought please”,senyum ketua jabatan kepada ketua kewangan.


              “Jujur saya cakap, kalau kita asidekan negative thought kita… Robot tu memang memberi kelebihan yang sangat banyak… I believe ramai marhaen yang nak robot macam tu. Besides, di mata marhaen… benda yang menyerupai makhluk tu adalah robot. Not just meringankan beban banyak marhaen. Tak rasa interesting ke?”, kata pegawai kewangan iaitu Puan Stephanie.


              “Benda tu tak akan ganggu ke Program Pembiakan Manusia Pusat? Kalau robot tu dicipta… marhaen akan lupa tentang Program kita tu!”, Puan Suzy menentang.


              “Puan Suzy… sekarang pun penyertaan marhaen untuk program tu makin berkurangan. Tak perlu nak salahkan pada ciptaan yang belum dikeluarkan. Buatlah marketing lebih sikit! Nak saya pinjamkan orang saya ke Department Human Science ke?”, balas pegawai kewangan itu.


              Puan Suzy terdiam.


              “Hahahaha”, ketua jabatan menepuk tangan.


              “Betul cakap finance chief tu Puan Suzy… Fokuskan pada program tu. By the way, thank you for the discussion… Malas saya nak dengar macam-macam lagi. Saya luluskan projek ni atas dasar ekonomi…”, senyum ketua jabatan.


              Pegawai-pegawai lain memandang antara satu sama lain.


              “Don’t worry fellas… PuanJulia, hantar orang untuk intip Zahira tu. Kalau nothing happen between several months later… maksudnya Si Zahira tu memang bukan ancaman. She’s just doing that project without knowing anything”, senyum Puan Liliad.




Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.