Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
69,165
Kategori: Buku
Genre: Umum
Hadiah

Mengambil kayu untuk di belah,
Untuk membaiki rumah yang rosak,
Orang kampung sudah tak tentu arah,
Mereka sudah mula terdesak.

Orang kampung di situ terus mendesak Tok Laba agar menentang si Jagat.

Tok Laba : macamana ?! Aku tak reti berpantun. Bukan hebat sangat aku ni.
OK 4 : kalau macam tu, kita hantar anak tok. Si Salwa tu.
Tok Laba : kena bincang dengan dia dulu.
OK 66 : ahh tak ada tok. Panggil dia sekarang dan bincang dengan kami sekarang juga!
OK 1 : hormat lah sikit ketua kamu!
OK 66 : bukan pasal hormat ke tak hormat. Sekarang ni, kampung kita tengah di landa musibah.
OK 2 : kalau yunus tu tak kalah dulu, tak ada nya jagat tu nak datang lagi kat sini. Dia datang nak menindas kita, ambil kesempatan atas kita semua. Mentang-mentang lah kita orang kampung.
Tok Laba : Mid!!
Mid : ya abah?
Tok Laba : abah dah pening nak buat apa lagi dah. Pergi panggil kakak kamu!! Walau di mana dia berada sekarang, panggil dia..

Mid pun meluru pergi untuk mencari kakak nya. Dalam 20 minit kemudian, Mid kembali bersama Salwa. Ada lah juga beberapa orang pemuda di kampung itu menyikat rambut, ada yang kemaskan baju dan ada yang cuba kenyit mata supaya si Salwa memandang nya. Ada juga...

Ok 69 : tok ! Kita kena lawan Jagat! Ya!!!!

Namun semua nya hanya diam dan memandang pemuda itu yang menjerit secara tiba-tiba.

Ok 69 : nampak macam bertanggungjawab tak aku.
Ok 99 : tak, nampak bodoh.
Ok 69 : apa kau cakap?!! Pergi kedai beli sawi, dasar tahi !!

Mereka pun mula bergaduh..

Tok Laba : apa lagi lah. Berhenti!! Macam budak-budak..

Mereka pun berhenti.

Salwa : ada apa abah panggil ni?

Tok Laba pun mencerita kan semua. Salwa juga tersentak apabila mendengar itu. Ternyata si Jagat berniat jahat selama ini.

OK 1 : macam mana?
Ok 3 : kami ni bukan apa. Kami dah tak ada tempat lagi. Tak kan hari-hari duduk kandang kuda.
Ok 8 : betul tu.. dah tiga bulan lebih kami duduk di situ. Mula-mula baguslah, tapi tak kan selama nya duduk kat situ.
Ok 6 : saya setuju. Kita sebenarnya tunggu apa sekarang ni? Duduk kat satu tempat tapi tak buat apa-apa? Tengok saja..

Lama Salwa mendiam kan diri. Dan akhirnya...

Salwa : baik lah. Saya akan lawan dengan jagat. Tapi saya tak pasti yang saya akan menang.

Mereka semua pun terus bergerak menuju ke rumah lama yunus yang telah di tinggali oleh Jagat dan anak buahnya.
Di dalam rumah itu,...

Anak Buah 1 : tuan!! Orang-orang kampung meluru datang ke sini.
A.B 2 : jangan-jangan mereka nak serbu kita?
A.B 50 : apa yang kita perlu buat sekarang tuan? Adakah kita patut lari?
Jagat : bertenang. Semua nya dalam perancangan aku.

Jagat pun keluar dan menunggu di depan pintu itu. Datanglah orang-orang kampung ke rumah besar itu.

OK 69 : wah, macam tahu-tahu je kita nak datang. Bagus lah kalau macam tu. Kami nak berunding demgan kau!
Jagat : tok Laba ? Apa semua ni?
Tok Laba : mereka semua ni nak balik rumah dan harta benda mereka. Jadi mereka cadangkan salwa untuk melawan kamu.
Jagat : hm macam tu. Boleh.. tapi apa hadiah nya?

Mereka tiba-tiba terdiam. Jagat pula terus bersuara..

Jagat : di sebabkan semua harta benda dah jadi milik saya.. jadi untuk melepaskan nya memerlukan sesuatu hadiah yang besar.. Saya bukan sahaja akan pulang kan semua harta benda kamu tetapi saya akan bagi setiap seorang dari kampung ini 10 Jongkong emas!! Ya benar! Bukan kah itu suatu tawaran yang baik? Kamu dengan mudah menjadi kaya raya. Satu kampung kaya!
Tok Laba : orang kampung tak akan terpengaruh dengan hadiah kamu.
Salwa : betul tu. Kamu jangan percaya si jagat ni.
O.K 46 : kalau kami kalah ?

Tok Laba menepuk dahi. Memang benar-benar musibah. Musibah sebenar adalah orang-orang kampung itu sendiri yang mudah terpengaruh serta tamak.

Jagat : kalau saya menang dan kamu kalah.. semua harta benda kampung ini akan jadi milik saya.
O.K 22 : mengarut! Mana kami nak duduk.
Jagat : jangan risau. Kamu tetap ada tempat tinggal tetapi.... Kamu semua akan menjadi hamba abdi saya. Kalau nak dapat rumah kena lah kerja dengan saya. Saya orang kaya.

Orang kampung terkejut dengan apa yang mereka dapat sekiranya kalah.

Jagat : secara tak langsung. Tok Laba bukan lagi ketua kampung ini. Daaaannn Salwa juga menjadi hamba saya. Saya boleh mengarahkan apa saja termasuk dengan mengawini saya.

Kata jagat dengan tenang sambil kenyit mata pada salwa.

O.K 69 : ahh tak da.. salwa itu sejak azali aku punya.

Orang kampung mula bergaduh tentang hal lain pula.

Jagat : wah saya tak sangka ramai juga berebutkan satu bunga malam yang cantik.
Salwa : ah apa? Bunga malam?
Jagat : laa tak tahu ke? Pergi tanya yunus.. itu pun kalau dia balik sini.. hahaha. Oh ya lupa. Kamu akan jadi isteri saya. Hahahaha..

Jagat mula ketawa macam orang gila.

Jagat : jadi macamana?
OK 66 : setuju !!

Orang kampung yang lain juga bersetuju. Mereka yakin akan menang. Kerana Salwa juga Ratu Pantun. Mereka juga akan dapat 10 Jongkong emas. Siapa tak nak?

Jagat : sini kejap ..
Anak buah 2 : ya tuan.
Jagat : Sedia kan meja dan kerusi di taman rumah ni. Kita ada hadiah untuk di menangi.

Beberapa minit kemudian... Orang kampung meluru ke belakang rumah besar itu. Di tengah ada meja dan dua kerusi. Tempat itu akan diduduki oleh Jagat dan Salwa. Sedang kan kerusi yang lain berbentuk bulatan mengelilingi meja tersebut. Mereka akan menonton pertandingan itu.

Setelah ruang di penuhi, mereka pun memulakan permainan.

Anak buah 1 : adakah kamu berdua akan bermain dengan adil?
Salwa & Jagat : Ya!
A.B 1 : dengar baik-baik peraturan nya. Kamu berdua ada dua peluang untuk menanyakan jawapan dari pantun penjual. Kamu boleh bertanya kepada sesiapa sahaja yang ada di sini. Tema pantun seperti biasa teka teki. Anda boleh mengguna kan apa sahaja jenis pantun samada 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat dan lain-lain. Masa untuk menjawab hanya 30 saat. Jika tiada pantun dalam had masa tersebut, ianya di kira kalah. Adakah kamu berdua faham akan penerangan saya setakat ini.

Mereka berdua mengangguk tanda faham.

A.b 1 : kalau begitu, kita mulakan pertandingan ini!! Ini ada syiling. Tuan pilih kepala atau ekor?

Jagat : kepala!

A.B 1 : baik lah. Salwa akan memilih ekor.

Dia pun melemparkan syiling itu dan menangkap nya. Syiling itu menunjukkan kepala. Bermakna jagat akan menjadi Penjual.

Anak buah 2 menembak pistol ke atas langit tanda mula.

Bersambung.... 

Previous: Terdesa
Next: Menang

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy