Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
69,175
Kategori: Buku
Genre: Umum
Penentu

Setelah 3 hari, Yunus masih belum yakin dia menguasai teknik berteka teki. Namun itu sudah menjadi janjinya untuk kembali ke Kampung Sutera. Raja juga sudah bersiap-siap untuk berangkat ke kampungnya itu. Baginda meninggalkan Abu Sadad dan adinda nya untuk memantau kerajaan di bawah kepemimpinan baginda. Jika berjalan kaki jarak nya hampir lebih dari seminggu untuk sampai. Mahu tak mahu, Yunus terpaksa pergi jua. Mereka berangkat pada hari itu dan terus berjalan tanpa berhenti di mana-mana kampung untuk berehat. Kecuali bekalan makan mereka habis barulah berhenti singgah dan terus menerus kan perjalanan mereka. Sementara itu, di Kampung Sutera....

Mid : Sudah hampir setengah bulan kak Salwa meninggal kan kita. Entah mati atau hidup..
Tok Laba : haish jangan berkata begitu.
Mid : entah dia sempat ke tak meminta bantuan. Kak Salwa tu perempuan. Risau kena apa-apa.
Tok Laba : ya lah. Kita doakan saja yang baik-baik.

Di perjalanan pula,.. Wazir kelihatan berdiam diri. Yunus sedar akan itu.

Yunus : tenanglah...
Wazir : apakah tuan hamba tahu itu anak hamba?
Yunus : tidak. Lagipun kita tak tahu itu jagat yang mana. Ramai orang nama Jagat. Ayam pun ada guna nama itu. Hahaha..

Kata Yunus yang cuba menjernihkan suasana.

Wazir : bagaimana jika itu anak hamba? Apa yang kamu lakukan?
Yunus : entahlah. Bergantung kepada keadaan..

Mereka pun diam semula sambil terus berjalan. Tiba-tiba Salwa berteriak ..

Salwa : kita hampir sampai!!!

Di tempat Jagat, dimana Rumah agam itu tempat dia berteduh.. datanglah beberapa orang pengawal nya.

Pengawal 1 : Tuan! Ada rombongan yang sedang menuju ke sini?
Jagat : haish. Dah tahu ada rombongan, pergi lah halau ke rompak je barang mereka. Mesti mereka takut lepas tu lari.
Pengawal 2 : hamba rasa bukan begitu. Rombongan ini seperti nya ada tentera yang mengawal mereka.

Jagat yang sedang bermalas-malasan terus tersentak bangun..

Jagat : hah?! Pergi tengok siapa tuan rombongan tu..
Pengawal 3 : baik tuan!..

Jagat mula berfikir akan rombongan itu. Mana mungkin kampung yang jauh dari mana-mana kota, ada orang yang mengunjungi tempat pendalaman seperti ini..

Seketika kemudian, pengawal datang lagi tetapi dengan wajah yang pucat.

Pengawal : rombongan tu... Rombongan di Raja ..
Jagat : apa? Baiklah. Tenang. Raja tak tahu apa-apa tentang tempat ini. Kita boleh buat helah. Hehehe...

Kata Jagat dengan senyum sinis nya..
Jagat terus berhadapan dengan Rombongan di Raja itu. Dia terus memberi kan sembah hormat kepada Raja. Dia cuba menipu Raja Muda itu.

Jagat : ampun tuanku, beribu-ribu ampun. Apakah gerangan Tuanku berkunjung di ladang besar hamba ini?
Raja Muda : oh ladang ya? Beta mahu melihat beberapa kawasan yang memerlukan bantuan beta. Apa yang kamu kerja kan di sini?
Jagat : hamba menternak lembu dan kambing tuan ku. Dan orang-orang di dalam ini semua perkerja hamba.
Raja Muda : hmm bukankah tempat ini terlalu besar untuk di kata ladang ?
Jagat : ya.. kerana ladang hamba adalah ladang terbesar di pelusuk negeri ini.

Jagat mula merasa tidak senang dengan soalan-soalan Raja Muda.

Jagat : cis! Banyak tanya pula raja ni. Pergilah dari sini.
Raja muda : boleh kah beta masuk untuk melihat-lihat.
Jagat : ampun tuanku. Boleh tetapi ada syarat nya. Hanya dua orang sahaja yang boleh masuk. Sebab di khuatiri lembu-lembu hamba mengamuk dan melukai tuanku.
Raja Muda : baik lah.

Raja Muda itu bertitah dan membawa seorang pengawal nya untuk keselamatan baginda. Pengawal itu memakai topi penutup muka. Seolah-olah mahu pergi berperang. Setelah masuk ke dalam kampung itu..

Raja Muda : orang muda..
Jagat : ya tuanku?
Raja Muda : kenapa pekerja kamu terdiri dari orang tua, wanita, anak gadis dan kanak-kanak ? Bukankah beta sudah khabarkan undang undang kerja di negeri beta seperti apa?
Jagat : ampun tuanku, hamba kurang tahu. Maklumlah, tempat ini jauh dari kota yang tersergam indah.
Raja Muda : apa tindakan kamu sekarang?
Jagat : hmm mereka yang meminta pekerjaan ini. Jadi hamba cuma beri kerja. Jika hamba buang mereka kerja secara tiba-tiba tanpa sebab tentu mereka akan adakan rusuhan.

Di suatu tempat...

Tok Laba : tengok tu..
Orang kampung 3 : dia nak jual kita ni.
Tok Laba : aku pun rasa macam tu.
Mid : orang tu nampak kaya. Baju nya sangat kelihatan mahal.

Jagat dan Raja Muda masih berbual di tengah-tengah kampung itu.

Raja Muda : hahahaha...

Raja muda tiba-tiba ketawa dengan kuat.. dia tidak mampu menahan lagi dengan alasan-alasan yang diberikan olah Jagat.. sampai begitu nya jagat menipu untuk meyakinkan Raja Muda.

Jagat : apa yang lucu wahai Tuanku?
Raja Muda : kamu.. hahahaha.. masih.. haaa kejap..

Pengawal di sebelah Raja muda itu pun ikut ketawa setelah melihat Raja ketawa terbahak-bahak.

Raja Muda : dah dah Yunus.. hentikan penyamaran ini. Beta dah tak tahan lagi.. hahaha.

Jagat berkerut.

Jagat : apa?

Dia memandang pengawal itu yang sedang membuka topi penutup muka. Ternyata orang itu Yunus.

Yunus dan Raja Muda : ahahahahaha!!
Yunus : aduh sakit perut.. hahaha.. pandai kau berlakon..
Raja Muda : ya. Kami dah tahu dari mula lagi.

Di kawasan lain..

Orang kampung 95 : eh itu Yunus !!!
O.K 5 : ya yunus. Dia dengan siapa tu?
O.k 19 : akhirnya!!
Mid : abah itu Yunus..
Tok Laba : ya mari ke sana ramai-ramai !!

Ramai lah orang kampung berkerumunan di tengah mereka bertiga.

Tok laba : Yunus..
Yunus : Tok !! Ya Allah lama tak jumpa..

Tok lama memeluk erat Yunus. Dia dapat melunasi rindu. Setelah berbulan-bulan tidak bertemu. Orang-orang kampung juga datang kepada Yunus, gembira dan ada yang meminta maaf terus kepada Yunus.

Yunus : tak apa, hamba sudah lama melupakan kejadian itu dan hamba sudah lama memaafkan kamu semua.
Mid : siapa orang ini abang Yunus?
Yunus : Inilah Raja Muda negeri ini.

Sejurus selepas Yunus berkata itu, orang-orang kampung terus menunduk memberi sembah sujud.

Raja Muda : tak apa. Naik lah wahai penduduk kampung sekalian. Beta datang ke sini untuk membuat pengadilan..

Wazir mencelah dari orang kampung di situ..

Wazir : Jagat?
Jagat : ayah?! Apa yang ayah buat di sini?
Wazir : apa yang kamu lakukan nakkk?

Semua orang terdiam.

Jagat : ahhh ayah yang bersalah dalam hal ini. Ayah selalu keluar dari kampung. Tinggalkan jagat dan ibu sendirian di rumah. Apa yang jagat mahu kan ayah bagi tetapi ayah tak pernah bagi perhatian kepada Jagat!!... Sekarang jagat dah besar, jagat boleh rampas apa saja. Jagat orang kaya. Ada tentera pengawal..
Raja Muda : jadi kamu mengaku , kamu telah memperhambakan orang-orang kampung ini. Sedangkan beta tak suka kepada perhambaan.
Jagat : tidak tuanku ! Ini tidak adil tuanku. Tuanku juga kata yang tuanku datang ke sini untuk keadilan. Jadi hamba mahu satu pertandingan yang adil. Jika hamba kalah.. hamba akan menjalani apa pun hukuman nya tetapi jika hamba menang...
Yunus : ya ya , aku sudah tahu apa yang kau nak cakap. Tak sangka selepas bertahun-tahun kau masih tak berubah.
Jagat : hehehe..baiklah.. tetapi hamba mahu meletakkan syarat.
Yunus : mana boleh!
Raja Muda : tak apa. Terima saja. Apa syaratnya?
Jagat : ini tidak sama seperti sebelum ini.. hanya Yunus saja yang akan jadi perserta. Tidak akan ada pertolongan yang lain.
Raja Muda : jadi, kiranya ini pertandingan perseorangan?
Jagat : ya. Esok kita akan mulakan pertandingan ini. Sebab hamba faham, tuanku tentu letih.
Raja Muda : dua tiga kucing berlari, sungguh kamu memahami...

Akhirnya, pertandingan pantun telah pun di buat. Tok Laba, mak laba dan Mid bertemu dengan Salwa. Mereka bersyukur kerana Salwa pulang dengan selamat. Siap bawa Yunus. Mereka tidak menyangka Yunus bersahabat dengan Raja muda. Yunus dan Salwa mencerita kan semua. Mereka menjadi terpegun dengan pengembaraan yang Yunus lalui. Orang-orang makan besar setelah lama tidak dapat makan makanan sesedap ini..

Angin lalu menyampaikan berita,
Berita dibawa oleh orang kalok,
Sebuah penentuan telah tercipta,
Apa pula yang akan terjadi esok.

*Kalok = tak tahu

Bersambung....

Previous: Anak
Next: Giliran

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy