Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
69,167
Kategori: Buku
Genre: Umum
Puteri

Berjalan di jambatan lalu runtuh,
Jatuh menjerit badan terluka,
Datang mengembara dari jauh,
Rezeki datang tak di sangka-sangka.

Ketika itu, Yunus berfikkr sekiranya dia menerima tawaran si Raja Muda, dia mungkin dapat mengembalikan darjat nya di kampung sutera. Tidak terlepas dari khilaf, Yunus tersedar. Dia harus mengajar ilmu dengan hati yang ikhlas tanpa memikirkan tentang darjat.

Yunus : Baik lah Tuanku, jika itu yang di minta patik terima tawaran itu. Tetapi patik harus berbincang dengan Abu dulu.
Raja Muda : tak apa. Esok pun boleh mula. Buat masa sekarang kita tunggu sehingga waktu maghrib. Jika adinda beta tidak ingin berkawan dengan Abu, apa boleh buat.
Yunus : tapi patik yakin dia boleh.

Kembali kepada Abu yang masih belum dapat mengenali Sang Puteri Shahbar.

*Shahbar nama keluarga di raja.

Berbagai cara dia laku kan untuk memikat hati puteri itu. Dia berpura-pura jatuh, petik bunga untuk Puteri, bersyair malah dia cuba buat jenaka. Malang sungguh apabila satu cara tidak dapat memikat hati nya. Abu menyapu wajahnya dengan tangan tanda putus asa. Dia cuba berehat sebentar di sebelah puteri yang sedang berdiri di tempat sama. Dia duduk sambil memandang daun-daun yang ada di pokok itu. Kemudian di sebalik daun-daun itu terlihat lah langit yang luas waktu petang. Biru dan segar mata memandang. Dia merasa nyaman. Tiba-tiba dia bersuara dengan lembut...

Abu : kenapa langit tak pernah jatuh ke tanah?

Puteri itu memberikan reaksi perlahan memandang Abu. Dia berminat dengan teka teki itu.

Puteri : Sebab tak ada tiang,.

Jawab puteri dengan perlahan tanpa melihat Abu lagi. Abu pula tersentak apabila Sang puteri menjawab. Dia gembira dan tersenyum.

Abu : Salah.
Puteri : sebab ada awan yang menampung langit.
Abu : heheh salah juga.
Puteri : habis tu apa?
Abu : Sebab Allah tak pernah tidur.
Puteri : ohh sebab Allah tak pernah tidur. Itulah jawapannya.
Abu : eh mana boleh macam tu.
Puteri : beta tak cakap 'dah' .. bukankah itu peraturan nya?
Abu : ya laa..

Mereka terdiam sejenak..

Puteri : Shakinah. Panggil beta Puteri Shakinah Shahbar.
Abu : nama patik Abu Sadad. Panggil Abu.

Waktu pun sudaj hampir menjelang senja. Raja Muda dan Yunus masih menunggu di ruangan makan.

Raja Muda : haish, risau pula beta.
Yunus : patik risau tak dapat makan malam kat sini je. Kalau balik awal nanti kena makan Mi Ayam.
Raja Muda : beta makan sedap je Mi Ayam tu.
Yunus : orang asli minum tuak, makan hari-hari pun muak.
Raja Muda : wah. Beta balas ya. Nasi makan dengan sayur, tak kan lah muak.
Yunus : jauh pembayang dengan penyata.
Raja Muda : salah kah? Ya lah, nama pun cuba-cuba.

Kemudian ada seseorang yang masuk di ruangan itu.

Raja Muda : Adinda ?
Yunus : Mana Abu? Dah balik ke?

Abu kemudian nya masuk dalam ruangan makan itu. Mereka berdua merasa hairan.

Raja Muda : Bagaimana adinda?
Puteri : baik-baik saja.
Yunus : Abu? Macamana ? Apa kau buat? Kau pukau dia ke?
Abu : apa kau merepek ni? Dari pagi tadi..
Raja Muda : ya Abu, bagaimanakah kamu boleh memikat hati adinda beta?
Abu : rupa-rupanya puteri suka kan teka teki.
Yunus : hah?

Yunus sangat benci teka teki. Dia berharap janganlah ada orang bertanya tentang teka teki pada nya.

Yunus : ohh..

Kata yunus perlahan.

Raja Muda : ini satu perkara yang baik. Dalam satu hari dua masalah selesai. Dengan ini, izinkan beta menjamu kamu berdua dengan makan malam di sini. Datang lah selepas isyak nanti.

Mereka pun setuju dan terus pulang dari istana. Dalam perjalanan pulang,..

Abu : lawa sungguh puteri Shakinah shabar tadi. Manis . Hahaha..
Yunus : wah hati berbunga-bunga memang macam ni.
Abu : habis tu hati kau tak berbunga-bunga ke?
Yunus : hati aku berduri-duri.
Abu : cehhh.. tak akan lah dalam hidup ni tak ada seseorang yang kau suka.. mesti ada.
Yunus : hamba cuma suka duit.

Wajah Abu terus berubah hairan dan menyampah...

Abu : dasar mata duitan..
Yunus : haha tak ada lah. Gurau saja. Ada sesuatu yang hamba mahu bincangkan kepada tuan hamba.
Abu : apa dia tuan hamba?
Yunus : mulai esok , hamba tidak lagi tinggal bersama tuan hamba.
Abu : apa? Kau nak pergi mengembara lagi ke?
Yunus : tidak. Hamba berpindah di kediaman raja.
Abu : apa?!!! Kenapa?
Yunus : Hamba dilantik sebagai guru Raja muda. Hamba akan mengajar raja muda tentang pantun sampai dia mahir.
Abu : ohh.. tuan hamba buat hamba terkejut lah. Jarang lah kita berjumpa lepas ni. Tapi jangan risau. Hari-hari aku datang ke istana untuk bertemu tuan puteri.
Yunus : Alhamdulillah.. hamba takut tuan hamba tak menerimanya dengan baik.
Abu : sudah-sudah lah tu hamba. Baku betul.
Yunus : boleh lah aku jumpa tuan puteri setiap masa. Bukan hari-hari tahi.
Abu : Yunus?!!

Yunus terus melarikan diri. Abu pula mengejarnya dengan menarik gerabak mi ayam nya.

Abu : Tunggu aku!!

Selesai saja mereka solat isyak, mereka terus bersiap-siap untuk ke istana. Baru sahaja mereka mahu melangkah keluar, mereka di kejutkan oleh seorang utusan istana.

Pengawal : Raja Muda memberi titah untuk membawa tuan-tuan hamba ke istana dengan kereta kuda ini.
Yunus : wah terima kasih.
Abu : dah macam adik ipar raja aku ni.
Yunus : tolong jangan perasan. Nanti malu sendiri.

Mereka pun menaiki kereta kuda. Memang cepat mereka tiba di destinasi. Sesampai saja di sana, mereka di jemput masuk oleh dayang-dayang istana menuju ke ruangan makan istana.

Yunus : dah macam ada majlis pula. Padahal kita berdua saja yang di jemput.
Abu : biarkan Yunus.

Mereka masuk dan terus bertemu Raja muda dan Tuan Puteri di sana.

Raja Muda : beta merasa berbangga dapat menjamu orang yang membantu beta hari ini. Marilah makan. Nanti sejuk kurang rasa nya.
Yunus : bermain bola tertendang batu, tentang makan patik nombor satu.
Raja Muda : buah kelapa jatuh di bawah, baca lah doa .
Yunus : Jauh tuanku. Jauh bawah dgn doa .
Raja Muda : ya, esok kamu ajar lah beta.
Puteri : silakan makan kanda.
Raja Muda : ehem. Belum apa-apa dah kanda.
Abu : ampun tuanku, sesungguhnya tuan puteri cuma bergurau.

Puteri hanya tersenyum tersipu-sipu. Mereka pun makan malam..

Bersambung.....

Previous: Belajar
Next: Terdesa

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy