Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
69,157
Kategori: Buku
Genre: Umum
Puisi

Berbohong boleh sekali sekala,
Kalau selalu buruk padahnya,
Hukuman sudah pun bermula,
Hanya menunggu waktu tiba.

Yunus duduk berlutut di padang itu dan di perhatikan orang ramai. Ramai yang bersedih akan hukuman Raja Muda itu .. datang lah seorang tukang penghukuman pancung. Dia mengangkat pedangnya lalu memancung kepala Yunus...

........................................................................

Salwa : Yunus!!!

Salwa berkeringat apabila dia bangun dari tidurnya. Ternyata itu mimpi. Dia sedar sekarang waktu senja. Dia terus mengambil wuduk dan sembahyang. Sungguh dia hanya berdoa sepanjang malam. Dia tidak di perbolehkan bertemu Yunus di penjara.
Dia menangis setiap doa nya. Bersungguh-sungguh meminta pertolongan.

1 hari lagi......

Abu mengedarkan puisi baru yang dia buat. Ramai yang tersentuh dengan puisi nya. Katanya puisi itu sungguh puitis bak pujangga. Orang mula bertanya asal usul silasilah keluarga Abu. Namun Abu tidak tahu kerana dia anak Yatim. Hampir semua orang kota suka akan puisi itu.. ketika di gerai....

Orang Kota 1 : wah indah sungguh puisi ini. Tak sangka kau ada bakat ini.
Abu : biasa je. Saja-saja nak buat...

Abu menjadi bualan ramai ketika itu. Dia sudah menjadi terkenal hanya dengan satu hari. Sedang Abu sibuk menyediakan makanan untuk di jual. Datang seorang wanita manis dipandang. Semua orang melihat wanita itu meluru ke arah Abu.

Orang Kota : uhhhh abuuuuuu.. ada buah hati...
Abu : haish tak ada lah.. hahaha
Hanis : abang, saya nak kerja dengan abang boleh tak?
Abu : hah?
Hanis : saya sanggup buat apa saja.
Untuk Abang Abu yang terkenal. Kalau saya dapat kerja dengan abang, mesti kawan-kawan perempuan saya cemburu. Hehehe..
Abu : hahaha.. hanya sebab tu? Nak kerja lama ke sekejap?
Hanis : insya-Allah lama bang.. saya boleh ringan kan kerja abang. Saya bukan nak menggoda abang. Saya nak kerja dengan orang terkenal. Boleh tak?

Kebetulan Abu mahu membuka satu lagi gerai di hujung kota. Kalau perempuan ini kerjanya bagus, dia boleh lah jaga kat sana.

Abu : duduk kat mana?
Hanis : hujung kota tu. Jauh saya berjalan.
Abu : wah macam tak di sangka.. pucuk di cita, ulam mendatang.. boleh wahai perempuan yang manis. Nama mesti hanis.
Hanis : eh macamana abang tahu?
Abu : eh betul ke? Main sebut je.. hahaha..

Bermulalah satu lembaran baru dalam hidup si Abu.. dia mengajar gadis muda itu dari mula. Takdir sahaja memihak kepada Abu. Apakah takdir memihak juga pada Yunus?

Keesokkan harinya... Tiba lah waktu hukuman mati terhadap Yunus. Yunus di ikat tangannya. Menuju ke padang besar di kaki bukit. Tempat itu kebiasaannya digunakan Raja untuk berlatih memanah dan tombak. Ramai orang datang pagi itu. Mengelilingi yunus. Mereka memandang Yunus yang diam tak bermaya di tengah dari jauh.

O.K 75 : aku pernah pergi berperang. Inilah tandanya orang itu akan mati. Mereka akan jadi lemah tidak berdaya seperti ini..

Mendengar kata orang kota 75 itu, mereka hanya terdiam. Suasana sunyi sehinggalah Raja datang dengan singgahsana yang di bawa oleh pengawal.. Tukang penghukuman pancung itu sudah ada di situ. Salwa berdiri dekat dengan Raja Muda. Dia masih bersedih. Kelihatan matanya menjadi merah kerana menangis. Abu juga ada di kerumunan orang-orang itu. Tidak dapat di gambarkan perasaan nya. Wazir juga berada di sana bersama Raja Muda.

Raja Muda : pengawal! Jalankan Hukuman..
Pengawal : ada kata kata terakhir?

Yunus hanya diam..

Salwa : kekanda janganlah begini. Dinda akan berkahwin dengan kanda. Lepaskanlah dia.
Raja Muda : oh tidak! Jangan berharap..

Salwa berlari ke Yunus.

Salwa : izinkan hamba mengucapkan kata-kata perpisahan.
Raja Muda : beta izinkan..

Salwa memandang Yunus yang hanya menunduk ke tanah.

Salwa : Yunus. Ada apa-apa kau nak cakap? Apa-apa saja..

Entah apa yang di fikirkan Salwa. Jika Yunus mengatakan sesuatu tentang perasaannya kepada Salwa. Mungkin Salwa akan bertindak dan mati bersama....

Namun yunus hanya diam. Salwa pun pasrah dan berjalan perlahan menuju ke singgahsana Raja. Yunus berkata sesuatu.. tetapi dengan nada yang kecil seperti berbisik.. orang lain mungkin tidak kedengaran namun Salwa dengar!

Yunus : aku suka kau sekian lamanya...

Salwa : Yunus!!!

Baru sahaja Tukang penghukuman pancung itu mengangkat pedang itu untuk memancung kepala Yunus.....

Puteri Shakinah : nanti dulu!!!! Nanti!!

Semua berhenti dan terus memandang sang Puteri. Puteri cuba menarik nafas kerana dia berlari dari istana hingga ke sini..

Raja Muda : apa lagi?!! Ada apa adinda ? Berani adinda mengganggu upacara penting ini..
Wazir : ya. Jangan cuba-cuba mengganggu peristiwa penting ini..

Puteri shakinah Shahbar dilihat memegang sepucuk kertas di tangan nya..

Puteri : ini, baca ini...

Raja Sudah Bertitah
Dikarang oleh : Abu Sadad

Raja sudah bertitah...
Tidak peduli, tidak dibantah..
Semua orang hanya mengalah,..
Menjunjung kasih Raja yang bertitah...

Raja sudah bertitah,...
Menjadi kejam bagai meratah,
Melupa sahabat yang baik..
Tidak berperikemanusiaan..

Raja menjadi murka,
Padahal dulu di sukai ramai,
Hilang sudah hati nurani,
Mengingat dosa lupa jasa.

Raja di junjung kerana baik hati,
Hidup aman dan sentosa selalu,
Tetapi kini apa boleh buat,
Kerana Raja sudah bertitah....

Selepas habis membacanya, raut wajah si Raja berubah menjadi lembut. Dia melihat semua orang yang di sana. Mereka adalah rakyat baginda. Kenapa hanya kerana hal ini, baginda menjadi kejam? Raja berfikir lagi, apa yang sudah dia perbuat? Dia memandang Yunus yang tidak lagi melihatnya dengan wajah yang tersenyum. Yunus menundukkan kepalanya seolah-olah setia nya telah di bukti kan dengan itu. Dia sedar, Yunus belum lagi melihat Raja semenjak dia kena penjara. Sehingga sekarang, Yunus masih memalingkan mukanya dari melihat Raja. Apa yang sudah dia perbuat? Raja berfikir...

Raja Muda : Yunus.... Dia sahabat beta!!! Tidak mungkin sahabat beta berbuat demikian tanpa sebab. Pasti ada penjelasan!!
Wazir : apa?! Tidak.. sudah jelas dia ingin merampas bakal permaisuri Tuanku...
Raja Muda : jangan menghasut beta lagi! Semua orang berhak menentukan hidup mereka. Beta tak boleh memaksa.
Wazir : dia cuma orang luar. Dia bukan orang kota ini!!
Raja Muda : kami tidak tahu jasa nya kepada kota ini sangat besar. Beta mengenali dia, Yunus yang baik hati!!

*Sebenarnya den lupa nama kota ini, kalau anda mahu tahu hahaha..

Raja Muda kembali!!!

Orang kota : raja kita sudah kembali!!!!

"Yeahhhhhh"

Abu Sadad, Puteri Shakinah shahbar dan Salwa terharu melihat situasi itu.. tidak di sangka...

Puteri : kanda berjaya..
Abu : hah? Hahaha..

Raja berjalan menuju ke arah Yunus..

Raja Muda : Wahai sahabat beta, tuan guru beta.. Yunus.. angkatlah kepala mu.

Yunus tidak mengangkat kan kepala nya.. semua orang kembali diam dan sunyi. Keheningan pagi itu di temani dengan bunyian burung bersiul.

Abu : masa dia dekat penjara. Ada tak orang bagi dia makan atau minuman?
Pengawal : tidak ada. Wazir mengambil makanan sebelum sempat kami berikan kepada Yunus.
Abu : apa!?? Yunus!!!

Abu berlari ke arah Yunus. Namun dihalang oleh Raja Muda.

Raja Muda : jangan. Beta percaya pada Yunus. Dia tak akan mati semudah itu.

Tetapi Yunus masih tidak bergerak. Apakah ketika bersuara kepada salwa dengan suara yang perlahan itu adalah kata-kata terakhir nya?

Raja Muda : dua tiga kucing berlari, tak mungkin kamu mati.

Barulah Yunus mengangkat kepalanya dan memandang Raja dengan wajah yang tersenyum.

Yunus : haha apakah hanya itu yang tuanku belajar dari pembelajaran patik? Sungguh menyedihkan..

Orang kota mula bersorak.. Raja muda memeluk Yunus dengan erat sambil mengalirkan air mata. Begitu juga diikuti dengan si Abu.. Mereka itu adalah Sahabat...

Bersambung .. 

Previous: Murka
Next: Anak

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy