Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
69,168
Kategori: Buku
Genre: Umum
Rahsia

Batu belah batu bertangkup,
Menjunam badan membunuh diri,
Boleh di buka, boleh di tutup,
Lalu di kunci, di simpan dalam peti.

Apakah ia?

Dua hari kemudian, Abu yang sedang di gerai nya seperti biasa masak makanan untuk di jual. Dia bersyukur kerana akhir-akhir ini semakin ramai yang datang bertandang. Kebetulan waktu itu, Yunus singgah di gerainya untuk makan.

Yunus : rindu Mee Ayam kau. Rasa nya sangat unik.
Abu : nah makan. Jangan lupa bayar.
Yunus : kau pun tahu kalau aku sedang berjalan-jalan, aku tak bawa duit. Gaji aku bayar lah.
Abu : ye lah. Baru ada masa nak duduk kejap. Makin ramai datang.
Yunus : ya.

Yunus terus kan makan sambil mendengar celoteh si Abu.

Abu : aku ingat nak buka lagi satu kedai. Dekat hujung kota. Biar pelanggan tak payah berjalan jauh dari sini. Kan?
Yunus : Alhamdulillah. Kenyang..
Abu : kau dengar tak apa aku cakap tadi.
Yunus : ya dengar. Bagus cadangan kau. Nanti aku tolong kau buka gerai kat sebelah gerai kau.
Abu : bukan! Kat hujung kota.. aduh..
Yunus : maafkan hamba, sesungguhnya hamba begitu lapar.
Abu : lapar? Apa saja yang kau buat kat istana tu? Bukan buat kerja susah.
Yunus : susah lah.
Abu : berkat kau, hampir seluruh kota ingin belajar pantun. Tiba-tiba kau dah jadi orang kaya. Hahaha..
Yunus : itu semua rezeki dan atas izin-Nya.
Abu : aku pun nak buat macam kau. Suatu hari nanti, aku akan cipta satu puisi yang indah dan di baca oleh semua orang.
Yunus : baguslah. Anak nelayan tak makan ikan, Adat yang baik jangan kita lupa kan.
Abu : ya betul.
Yunus : jadi, macamana kau nak kerja nanti? Tak kan lah kau berada di dua tempat dalam satu masa yang sama?
Abu : itu lah. Tengah fikir. Siapa yang bagus untuk aku turunkan resepi Mee Ayam aku. Kalau boleh aku nak perempuan lah.
Yunus : kenapa pula?
Abu : saja, biar seimbang ada lelaki ada perempuan. Hahaha..
Yunus : ceh. Aku bagi tahu puteri nanti baru tahu.
Abu : ehh.. aku cakap je. Cari pekerja. Cakap fasal perempuan, macamana perempuan yang Raja jumpa tu?
Yunus : entah lah.. dah dua hari tak bangun.. kata tabib istana, dia kekurangan zat.
Abu : ohhh begitu....

Di istana pula, di tempat pembaringan perempuan itu. Dayang istana yang menjaganya sedar dia telah sedar.

Dayang : kamu tak apa-apa?

Wanita itu hanya mengangguk-angguk. Mungkin dia sedang bingung..

Dayang : jangan takut. Kamu berada di istana raja. Raja Muliadi Shahbar menemui kamu ketika dalam perjalanan pulang. Kamu terbaring tertatih di jalan.

Datang lah Raja Muda bersamanya dayang yang memanggil Raja tadi untuk memberi perkhabaran. Raja suggut terpikat dengan wanita itu. Wanita itu sungguh cantik dan ayu. Baginda memimpin tangan wanita itu untuk bangun. Kemudian, baginda membawanya menuju ke hadapan istana untuk melihat permandangan indah kota tersebut. Sungguhpun istana raja itu berada di atas bukit.

Raja muda : siapakah kamu wahai perempuan yang memikat hati beta? Hendak ke mana, apa gerangan kamu boleh terbaring di jalan itu.
Salwa : ampun tuanku.
Raja Muda : oh jangan begitu. Anggaplah beta seperti yang lain nya. Lagi pun kamu tetamu di kerajaan beta.
Salwa : baiklah tuanku. Hamba bernama Salwa, anak kepada Tok laba di kampung Sutera.
Raja Muda : hahaha..

Raja Muda tiba-tiba ketawa.

Salwa : apakah tuanku kenal dengan ayah patik?
Raja muda : oh tidak kenal.
Salwa : kenapa tertawa?
Raja Muda : saja..

Raja Muda berpaling dan mengeluarkan sebuah buku tentang memikat gadis.

Raja Muda : berani buku ini menipu beta..

Katanya dalam keadaan berbisik.

Raja Muda : pengawal. Ambil buku ni dan bakar. Tak boleh di harap.
Pengawal : menurut titah Tuanku.

Pengawal itu terus pergi dari situ.

Raja Muda : baiklah, berbalik kepada tadi. Kenapa dinda berbaring di jalan?
Salwa : errrrr dinda?
Raja Muda : ya, dinda Salwa. Mungkin kamu tak biasa demgan ini. Tapi semua wanita di sini, beta panggil dinda.
Salwa : termasuk nenek nenek dan mak cik ?
Raja Muda : oh ya wahai dinda ku. Jadi lebih baik kita terus ke perbincangan tadi. Beta sudah kehabisan akal hendak mengelak. Hahaha..
Salwa : baiklah.. kampung hamba dalam masalah..ada seorang....

Puteri Shakinah : kanda ? Di manakah si abu? Bukan kah dia seharusnya ada di sini untuk mengajar dinda tentang puisi?
Raja Muda : wah, sejak bila?
Puteri : sejak hari itu.
Raja Muda : perkenalkan .. ini adinda beta. Puteri Shakinah shahbar.
Puteri : kakak sihat?
Salwa : ohh adik beradik .. ingat kan wanita mana tadi. Ampun kurniaan.
Puteri : itu tidak perlu. Kami tetamu raja. Baguslah ada kakak., Boleh buat lawan kalau-kalau kekanda tidak merestui kami.

Raja Muda mengarahkan adinda nya untuk pergi dengan bahasa isyarat.

Raja Muda : baiklah. Sila teruskan....
Wazir : tuanku? Ampun beribu-ribu ampun mengganggu kesenangan tuanku.
Raja Muda : apa lagi?!!!!
Wazir : ada beberapa orang kota ingin menuntut keadilan. Semalam banyak dari mereka kehilangan sampan. Mereka mahu meminta tolong.
Raja Muda : haaaa...

Raja tersenyum dengan sinis kepada wazir. Namun wazir tak boleh berbuat apa kerana sudah tugasnya.

Raja Muda : dayang! Tolong jaga perempuan ini semasa kepergian beta.
Dayang : baik tuanku..
Raja Muda : siapkan santapan yang banyak malam ini. Sebab beta mahu mengenalkan kawan baru beta kepada sahabat-sahabat beta malam ini.
Dayang : menjunjung titah Tuanku.

Raja muda pun terus pergi. Di gerai Abu...

Abu : wah bukan main la kau hari ni.
Yunus : malas lah.
Abu : kenapa ni?
Yunus : saja lari dari istana .. takut raja tu suruh aku buat benda lain. Tu yang awal pagi aku ke sini.
Abu : kejap lagi aku nak tutup. Tolong kejap. Haa jangan lari. Aku tahu helah kau.
Yunus : aduhhh.. macamana boleh tahu?

Baru sahaja Yunus mahu menolong si Abu untuk berkemas, datang lah pengawal raja memberi utusan.

Pengawal : elok lah kamu berdua di sini.
Yunus : kenapa? Raja Mangkat ?!!!
Abu : apa?!!!

Abu yang dari dapur terus meluru kedepan.

Pengawal : bukan! Baginda mahu menjemput kamu berdua bersantap di istana bersama tetamu baginda.
Yunus : ohh ya. Hehehe.
Abu : berani kau Yunus. Kau buat aku terkejut beruk.
Yunus : wanita itu suara nya garau, maaf hamba cuma bergurau. Hahaha..

Malam itu, Abu sudah ada di ruang makan istana. Semua orang yang di jemput raja sudah ada di sana.

Raja Muda : abu? Dimanakah Yunus?
Abu : hamba kurang tahu tuanku. Katanya dia mahu membeli buah tangan untuk tetamu tuanku.
Puteri : wah, sungguh baik hati ya si Yunus itu.

Salwa seolah-olah mengenali nama itu. Dia mula berfikir apakah Yunus yang mereka maksudkan itu sama dengan Yunus yang di kenal? Entah kenapa hati nya mula berdebar? Jika benar itu Yunus yang di kenal, mungkin Yunus akan tertawa melihat dia memakai pakaian serba indah ini. Tapi dia merasa kan tak mungkin Yunus itu bersahabat dengan Raja Muda. Yunus yang dia kenal seorang gelandangan yang kalah dalam pertandingan pantun.

Raja : mana lah si Yunus ni. Dua tiga kucing berlari, inilah orang yang tak tepati masa.
Abu : eh lain tu ..
Raja : ah beta lupa. Perut beta sudah mula berbunyi.
Abu : hamba juga. Patut kah kita santap dahulu ?
Puteri : jangan.. tak baik..

Databg lah seseorang membuka pintu lalu menutup pintu.

Abu : kemana saja kau ni. Lama sangat. Aku dah lapar. Raja pun lapar.
Yunus : maafkan hamba sahabat. Hamba membeli buah tangan. Mana tetamu itu.. nah ambil lah. Semoga di berikan kesihatan yang baik..
Raja Muda : terima kasih Yunus. Kamu contoh orang terbaik di kota beta. Kenalkan, Ini Salwa. Anak tok laba dari kampung sutera.
Abu : hah? Kampung sutera?

Kata abu sambil memandang Yunus. Yunus pula kelihatan seperti biasa.

Salwa : terima kasih. Hamba akan makan ini nanti.
Raja Muda : jemputlah menyantap makanan ini..

Mereka pun makan seperti biasa.. sedangkan abu, sambil makan sambil berfikir..

Abu : apakah hanya aku saja yang rasa ada keanehan disini? Bukan kah itu kampung nya si Yunus. Kenapa Yunus tidak memberikan sebarang reaksi?

Tidak makan tidak berkata-kata,
Rahsia itulah jawapan nya..

Kenapa Yunus hanya mendiam kan diri? Sungguh dia kenal akan Salwa.. tetapi mengapa jadi begitu? Apakah dia sudah lupa? Jadi, apakah rahsia itu?

Bersambungg......

Previous: Wazir
Next: Tujuan

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy