BAB 24 - Part 1
Tipah dan Melah menyerigai. Terasa
kemenangan berada di pihak mereka. Rayyan bagaikan tidak percaya dengan apa
yang di dengarnya.
“Akak dah hilang akal ke? Takkanlah kita
nak duduk sekali dengan orang lain yang takde kena-mengena dengan kita?”
Sinis Tipah mencelah. “Agaknya awak lupa
kot, Encik Rayyan Haikal. Secara rasminya saya kan dah jadi isteri awak yang
sah tiga bulan yang lepas.”
Makin panas punggung Rayyan di buatnya.
“Apa-apa sajalah! Dah! Malaslah nak dengar semua ni. Kusutlah!”
Pantas Rayyan menghayunkan kakinya menuju
ke kereta Porche 911 Carrera 4S kesayangannya. Selepas menekan butang penggera
automatik terus sahaja punggungnya di henyakkan ke dalam kereta itu. Dengan
tidak semena-mena Tipah sudah membuka pintu kereta di bahagian penumpang
sebelah hadapan. Dengan selamba terus di labuhkannya punggung di situ.
Tercengang Rayyan melihatnya. “Hei, siapa suruh
awak masuk dalam kereta ni, hah? Keluar sekarang!” Tipah hanya mempamerkan muka
selamba badaknya.
Naik angin Rayyan di buatnya. “Awak saja
cari pasal dengan saya, ya. Ok, takpe. Nak ikut sangat, kan? Jom kita pergi
bersiar-siar!”
Enjin kereta segera di hidupkan. Rayyan
menekan pedal minyak dengan sepenuh tenaganya. Ngauman kereta Porche 911 Carrera
4S itu segera menggamit kaki Raina, Melah dan Makcik Roza ke muka pintu. Dengan
sekelip mata kereta tersebut berdesup laju di hadapan mereka bertiga!
Tipah sudah mula cuak. “Rayyan! Laju sangat
ni! Perlahan ler sikit!”
Rayyan tersenyum sinis. “Apa dia? Perlahan
sangat? Meh saya lajukan lagi yer!” Semakin galak Rayyan menekan pedal minyak.
Kelajuan kereta sudah mencecah lebih dari 180 kilometer sejam.
Kecut perut Tipah di buatnya. “Rayyan! Tolong
berhentikan kereta ni sekarang! Saya takut! Tolonglah!”
Ketakutan Tipah semakin mencambahkan keterujaan
di hati Rayyan. Wajah pucat lesi itu semakin menyerlahkan seri kecantikan asli
seorang gadis kampung yang begitu mempersonakan. Terpukau seketika Rayyan di
buatnya. Matanya yang leka tertancap pada wajah Tipah membuatkan dia hilang
kesedaran seketika pada stereng kereta yang tergenggam kemas di tangannya.
Tanpa di sedarinya kereta itu sudah memasuki lorong bertentangan.
Sebuah kereta yang meluncur datang dari
arah bertentangan membuatkan Tipah memekik sekuat hatinya. “Rayyan! Jaga-jaga,
ada kereta kat depan!”
Secepat kilat Rayyan mengelak. Kakinya
segera menekan brek kereta. Mujurlah sistem suspensi ‘Porche Stability
Management’ berjaya membuatkan brek kereta ini mencengkam dengan baik dan
kereta berjaya di hentikan di pinggiran jalan tanpa sebarang kejadian yang
buruk. Namun impak dari brek mengejut itu menyebabkan kaki Rayyan terhantuk dengan
kuat pada ‘dashboard’ kereta.
Berkerut-kerut dahi Rayyan menanggung
kesakitan. “Adoi! Sakitnya!”
Tipah menggelabah seketika melihat Rayyan
dalam kesakitan. “Kaki awak sakit ke? Boleh bawak kereta lagi tak?”
Rayyan mengerling dengan perasaan yang marah.
“Apa jenis soalan yang awak tanya ni? Kaki saya ni dah tentu-tentunya sakit!
Macam mana saya nak bawak kereta?”
Tipah tergamam. “Habis tu macam mana kita
nak balik? Siapa nak bawak kereta ni?”
Rayyan membidas. “Awaklah yang kena bawak
kereta ni, siapa lagi? Cakap tu macamlah ada ramai lagi orang lain kat sini!”
Tipah menggaru-garu kepalanya. “Mana saya
reti bawak kereta! Bawak motor bolehlah!”
Rayyan menepuk dahinya. “Aduh! Masak kita
kali ni! Nampaknya kita takde pilihan lain. Awak kena bawak kereta ni. Saya
akan bagi arahan pada awak.”
Rayyan cuba melangkah keluar dari kereta
namun kesakitan di kakinya membataskan pergerakannya. Tipah segera datang ke
sisinya untuk membantu. Dia cuba untuk memapah Rayyan namun dengan kasar Rayyan
menepis tangannya.
“Tak payahlah sibuk-sibuk nak tolong! Saya
boleh bangun sendirilah!”
P/S : Rayyan...Rayyan...tak habis-habis dengan egonya yang tak bertempat...