BAB 18 - Part 1
Angin yang mendesir dari celahan pokok padi yang sedang
ranum menguning tidak bisa menenangkan hati Tipah yang sedang rawan. Melah,
Tijah dan Lili terjengket-jengket dari belakang.
Serentak mereka bertiga memekik. “Buat apa tu!!!”
Buat pertama kali Tipah hanya kaku. Statik. Jeritan tersebut
langsung tidak merenjat ketenangannya. Kemusykilan terus merajai hati mereka
bertiga. Melah menggoncang bahu Tipah dengan kuat. “Tipah! Kenapa dengan kau
ni? Lain macam je aku tengok?”
Tipah melepaskan keluhan kasar. “Aku rasa aku dah jatuh
cinta semula.”
Serentak mereka bertiga berteriak. “Hah! Dengan siapa?”
Pantas Tipah menjawab. “Dengan Rayyanlah. Habis tu dengan
siapa lagi?”
“Kau biar betul, Tipah. Takkanlah kau tak serik-serik lagi
masa majlis pertunangan korang tempohari? Kau tak takut hati kau akan di
kecewakan lagi?” tebak Tijah bertubi-tubi.
Tipah melemparkan pandangannya jauh ke tengah bendang. “Entahlah.
Tapi aku dapat rasakan Rayyan yang sekarang tak sama macam Rayyan yang dulu.”
Selamba Melah menyampuk dengan nyanyian sumbangnya. “Rayyan
yang dulu bukanlah yang sekarang...hoi...dulu di tendang sekarang dia di
sayang..hoi...”
Lili segera menunjal dahi Melah. “Kau ni, Melah! Orang
tengah serius ni, kau buat main-main pulak, yer? Aku hentak karang baru kau
tahu!”
Melah menyerigai. “Hehe...sorilah beb. Ok sekarang ni apa
yang kau nak buat, Tipah? Kau nak terima ke lamaran Rayyan tu?”
“Korang rasa macam mana? Patut ke tidak aku terima lamaran
dia?” tebak Tipah pula.
“Hmm...aku rasa baik kau jangan terima lamaran dia, Tipah,”
pojok Melah pula.
“Kenapa pula kau cakap macam tu?” soal Tipah kehairanan.
“Sebab kali ni biar
aku pula yang terima lamaran dia. Gerenti dia takkan lari punya masa majlis
perkahwinan kami nanti,” seloroh Melah sambil ketawa mengekek-ngekek.
Bulat mata Tipah, Tijah dan Lili. Terus mereka bertiga
menerpa ke arah Melah. Tergolek-golek Melah di buatnya bahana dari geletekan
mereka bertiga.
Termengah-mengah Melah bersuara. “Ok! Ok! Aku surrender!
Ganas gilerlah korang ni!”
Tipah mencebik. “Tulah! Padan muka kau! Lain kali buat lagi
lawak sengal pagi-pagi macam ni. Korang,
bagilah buah fikiran sikit. Aku betul-betul buntu ni.”
Melah segera menghampiri Tipah. Bahu teman baiknya itu di
tepuk-tepuk perlahan. “Tipah, sebenarnya semua ni terpulang pada kau. Tanya
hati kau sendiri. Kalau kau betul-betul cintakan dia, kau terimalah dia
seadanya. Tapi kalau kau tak cintakan dia, baik kau lupakan dia buat
selama-lamanya.” Padat, ringkas dan tepat. Kata-kata Melah itu terus sahaja
memerangkap bisikan hati Tipah. Mindanya bagaikan tercakna. Kali ini dia harus
membuat pilihan di antara kata hati atau kata akalnya.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Buat pertama kalinya sejak dua minggu yang lepas akhirnya akaun
‘facebook’ TIPAH CANTIK aktif semula. Yes! Inilah yang di tunggu-tunggu oleh
Rayyan. Sessi pujukan di alam maya ini menjadi jalan terakhir baginya untuk
menyakinkan Tipah agar mengahwininya. Pantas jemarinya menaip kata-kata
mukadimah.
- Salam. Tengah buat
apa tu?
Tipah menjuihkan bibirnya. “Nak memancing aku ler tu,” desis
Tipah dalam hati.
- Salam. Tengah bajak
sawah sambil menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia
Rayyan tersenyum sinis. “Dah mulalah tu dengan lawak sengal
dia,” gerutu Rayyan. Jemarinya semakin ligat menaip.
- Mungkin ini kali
terakhir kita bertentangan mata. Esok pagi saya dah nak balik ke Australia
Kaget Tipah seketika. “Alamak, dia dah nak balik?
Hmm...melepas lagiler aku jawabnya ni.”
- Ok.
Rayyan terkedu. “Hah, ok je? Aduh, macam mana aku nak ayat
dia ni?” Ligatnya jemari Rayyan menaip, seligat otaknya berfikir.
- Ok jer?? Saya
mengharapkan sesuatu yang lebih dari awak..............
“Aha, inilah masa aku
pulak nak jual mahal dengan dia,” sengih Tipah.
- Harapkan apa yer?
Ker harapkan pagar, pagar yang makan padi???
Sentap hati Rayyan mendengarnya. “Aduh, terkena aku
sebijik!” gerutu Rayyan dengan nada geram.
- Takpelah kalau awak
cakap macam tu. Cuma saya nak tanya awak buat kali terakhir. Sudikah awak
kahwin dengan saya? Kalau awak tak sudi, saya takkan marah. Saya takkan ganggu
hidup awak lagi. Saya akan pergi dari hidup awak buat selama-lamanya....
Kali ini giliran Tipah pula yang terkedu. Perasaan kasih dan
sayangnya masih tebal terhadap Rayyan. Sanggupkah dia kehilangan jejaka itu
dari hidupnya buat selama-lamanya? Tipah mengeluh. Keputusan harus di buat
sekarang. Dia patut terima atau tidak? Akhirnya Tipah nekad.
- Esok jumpa dengan
ayah saya dan tetapkan tarikh kahwin
PAP! Serta-merta ‘TIPAH CANTIK’ offline. Rayyan tersenyum
lebar hingga ke telinga. Akhirnya misinya berjaya. Tidak sabar-sabar dia
menunggu esok hari!