Home Puisi Keluarga Engkau Yang Bernama Cinta
Engkau Yang Bernama Cinta
Aku Mastura Ku Abd. Aziz
25/8/2016 15:15:29
3,046
Kategori: Puisi
Genre: Keluarga
Anakku Cinta
Semalam jemari ini keras kasar
Mencubit isi pahamu yang mulus
Engkau ternyenyak lena
Lelehan air kecilmu
Pada tilam kononnya kesayanganku
Buat aku lupa
Engkau lebih bermakna

Engkau menangis meronta
Permata seusia 4 tahun ini mengerti apa
Aku bengis, berkali-kali amaran kuberi
Engkau tunduk diam
Tersedu tersengguk-sengguk
Engkau datang memeluk aku
Aku tolak, aku terpaku...
Engkau tidak sengaja
Namun amarahku menyala-nyala

Anakku Cinta
Dinihari semalam
Berulang lagi
Engkau bangun sendiri
Kutersedar dalam kabus pagi yang sunyi
Bunyi sepi mencari-cari
Kulihat bayang hitam kecil
Menggagau jemarinya dalam kelam
Apa yang dicari?Lampin basah cuba ditukarnya sendiri
Takut terbocor pada tilam emasku lagi

Anakku Cinta
Dalam syahdu aku bertanya
Mengapa umi tidak dikejut?
Katamu lembut jujur
Adik pandai buat sendiri
Adik tidak mahu terkucil lagi
Adik takut marahnya umi...

Aku peluk anakku Cinta
Aku kucup dahinya
Aku menangis kesal
Dalam dingin malam 
Cinta ketiduran
Aku perhatikan wajahnya dalam-dalam
Hujan mataku berlinangan
Maafkan umi sayang
Umi lupa....
Engkaulah emas berharga tiada gantinya...

Dedikasi buat anakku Cinta Nur Zulaikha
AKU MASTURA

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.