Home Puisi Keluarga Anak Berdosa
Anak Berdosa
Aku Mastura Ku Abd. Aziz
16/11/2015 11:11:48
2,885
Kategori: Puisi
Genre: Keluarga
ANAK BERDOSA
Suatu malam aku pulang
Ruang tamu kebasahan
Atap rumah berlubang-lubang
Ibu kesejukan dalam selimut masam
Ayah mengeluh kedinginan
Sesekali diurut kakinya yang kekebasan
Sudah lama aku tinggalkan desa
Di kota hidupku penuh kemewahan
Aku lupa dan leka akan amanah Tuhan
Dua insan ini aku abaikan
Wang dan khabar langsung tidak kukurimkan
Pulangku ke desa kebetulan
Projek kantorku majukan sebuah hutan
Aku mengepalai dalam rungutan
Daerah terpencil ini aku kerimasan
Mengapa aku yang harus datang?
Rupanya Tuhan menghantar aku
Lamanku bermain waktu kecil sengaja terakam
Dalam sedarku aku mula perasan
Pondok buruk di hujung kampung itu
Milik dua insan yang banyak berkorban
Aku berlari ke pondok itu
Air mata sesalan berderaian
Dua insan saling berpandangan
Mereka kehairanan
Makhluk pendosa pulang tidak diundang
Mereka tidak menghalau
Malah datang berpelukan
Kulit kedut mereka
Kesat kasar tangannya
Sejuk dingin tubuh dua anggota
Sudah tidak bermaya
Mata buntang berbirat hitam
Tetap tersenyum
Diurutnya rambutku perlahan
Dalam samar malam
Kedua-duanya menutup mata
Alam kedua sudah menanti
Patutlah hujan tidak berhenti
Mananti aku biar aku mengerti
Pondok buruk menjadi saksi
Anak  berdosa...
Biar aku pula yang sunyi dan sepi
Tiada siapa mahu peduli
Tanggunglah azabku di sana nanti

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.