Seorang pak cik tua di sebuah kedai roti canai tiba-tiba mengamuk dan marah-marah.
Pakcik Tua :(Sambil mengetuk meja dengan kuat ) Oiiiiii, mana tukang kedai?! ke sini sekejab.
Peniaga : Kenapa pakcik, macam marah jer? ada masalah ker?
Pakcik Tua : Memang ada masalah, kedai pengotor. Gigi siapa ni? Atas roti canai aku. Gelinya, pengotor betul.
Peniaga : (Peniaga itu masuk ke dalam kedai lalu keluar semula sambil membawa sebuah cermin.)Peniaga itu pun berkata "cuba pakcik tengok apa yang tidak kena dekat mulut pakcik.
Pakcik Tua :Sambil melihat cermin, tersengih-sengih si pak cik tua lalu berkata...eh, bila masa gigi palsu pakcik tertanggal atas roti canai ni...hehe...ingatkan gigi siapa tadi, rupa-rupanya yang pak cik punya.
Orang ramai di kedai roti canai yang diam terpaku dek amarah pak cik tadi ketawa berdekah- dekah.......