Home Puisi Keluarga Bukan Engkau Yang Dulu
Bukan Engkau Yang Dulu
Aku Mastura Ku Abd. Aziz
12/1/2017 12:48:59
2,769
Kategori: Puisi
Genre: Keluarga
Bukan Engkau Yang Dulu

Semalam
Tika dinihari mahu tidur
Engkau mampir dekat
Engkau kucup dahiku lembut
Bukan sekali seperti selalu
Kali keenam ciuman terlama

Awal engkau bersiram
Mahu ke kantor
Putera puteri yang nyenyak lena
Erat engkau peluk
Belai manja kau rangkul kejab
Berbaring engkau ditengah mereka

Engkau datang kepadaku
Tanganku kau genggam kuat
Ada bicara rasa kau mahu kata
Tiada terluah
Lama benar kau pandang sepi
Sana sini keliling rumah
Engkau mundar mandir

Rahsia apakah?
Mahu engkau kongsikan
Pelik benar
Bangunku sarapan tersedia
Subuhku jemaah bersama
Anak-anakmu dibelek lama
Engkau senyum kelu
Tangan melambai jatuh
Mobilmu hilang dalam kelam suram

Pagi itu,
Jarum pendek tegak sepuluh
Seorang sahabatku datang berpeluh
Tunduk, duduk di sofa
Air-air mutiara dipipinya
Wajahnya seolah bersalah

Titisan merah pada dompet
Berinya kepadaku
Titisan itu sudah beku
Tersentak nadiku rasa berhenti
Katanya....
Jangan engkau marah
Suamimu istimewa buat  Tuhan
Dia dilanggar lari
Pencipta azali menjemputnya pergi

Patutlah...
Kucupan itu kucupan akhir
Genggaman itu genggaman penamat
Pelukan itu pelukan abadi
Lambaian itu lambaian syahdu

Aku...
Kutadah tinggi-tinggi tanganku
Kuperhati sinar mata anak-anakku
Ya rabbi...
Berikan aku secalit masa
Buat mereka
Ambillah aku pabila sudah cukup waktu
Aku juga rindu....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.