Home Novelet Kanak-kanak Pengembaraan ke dunia Kit
Pengembaraan ke dunia Kit
Nik Zah
6/3/2017 21:43:55
69,840
Kategori: Novelet
Genre: Kanak-kanak
Bab 17

 NYAWA ATUK DONI

Kit,Norli dan Gemuk setia menunggu kedatangan Doni di tempat yang telah dijanjikan.Lima minit telah berlalu, namun masih tidak kelihatan bayang Doni. Lain pula dengan Gemuk yang awal-awal lagi sudah datang dan berkumpul dengan Kit dan Norli. Bersemangat sungguh Gemuk kali ini. Mereka membawa kapak dan juga tali.

            “Mana Doni ni? Jadi ke tak datang ni?” Kit semakin risau kerana Doni masih tidak muncul. Selalunya Doni tidakseperti ini. Pasti ada sesuatu telah terjadi kepada Doni.

            “Jom kita ke ke rumah Doni,” ajak Norli, tidak mahu menunggu lebih lama.

            “Tak payah, tu Doni dah datang,”Gemuk menunjuk ke arah hadapan. Benar, dari jauh mereka dapat melihat Doni berlari anak menuju ke arah mereka. Doni mencungap-cungap kepenatan.

            “Maaf, aku terlambat sikit,” kata Doni sambil mengesat peluh di dahi.

            “Ni bukan lewat sikit tapi dah lewat sangat,” jawab Gemuk.

            Doni memandang Gemuk tanda tidak berpuas hati.

            “Tak apa lah, asalkan kau datang.Kenapa lewat?” tanya Kit. Kit tahu bahawa Doni pasti mempunyai alasan yangkukuh.

            “Tadi aku terpaksa menjaga atuk yang sakit,” terang Doni membuatkan mereka bertiga bersimpati.

            “Atuk sakit apa?” cepat-cepat Norli bertanya, tanda ingin tahu. Norli tidak pernah berjumpa dengan atuk Doni. Doni juga tidak pernah memberitahu mengenai atuknya. Mungkin bagi Doni itu tidak penting.

            “Badan atuk saya sakit-sakit.Lagipun sebelum ini Coreng pernah cederakan atuk,” terang Doni. Doni masih ingat peristiwa itu. Doni tidak dapat memaafkan Coreng.

            Kit dan Norli berpandangan. Jika keadaan seperti ini, bolehkah Doni ikut serta bersama mereka untuk rancangan yang telah mereka rancang? Perlukah mereka menangguhnya kepada hari yang lain?

Rancangan ini ialah idea daripada Norli dan mereka terus bersetuju. Norli pula masih risau seandainya rancangan ini tidak menjadi.Mungkin keadaan akan menjadi lebih teruk. Kit berpesan kepada Norli bahawa tidak salah untuk mencuba kerana usaha itu tanda kejayaan.

“Macam ni lah Doni, kau jaga atuk. Biar kami je yang cari bahan,” usul Kit tetapi Doni cepat-cepat menolak.

“Kita dah berjanji untuk bekerjasama. Aku tak mahu mengalah lagi,” kata Doni.

Mereka duduk sebentar untuk mencari jalan penyelesaian tetapi tidak boleh terlalu lama.

“Kalau macam tu biar kau je la yang tinggal kat sini.Lagipun kau bukannya berani sangat. Kau pun suka makan je kan,” Doni cuba mengusik Doni.

“Kenapa pulak aku? Sekarang aku dah berubah la. Tadi aku datang awal tau,” Gemuk tidak mahu mengalah.

“Alah, baru hari ni je datang awal kan,” Doni masih lagi mengusik Gemuk. Norli geli hati melihat telatah Doni dan Gemuk.

Kit pula terfikirkan sesuatu perkara. Kit teringat sewaktu badannya dipenuhi luka, keluarga Norli yang telah merawatnya sehingga sembuh. Kit tidak akan melupakan jasa mereka selama-lamanya.

Norli pula tiba-tiba teringatkan ibu dan ayahnya.Apa khabar mereka sekarang? Adakah mereka sedar akan ketiadaannya? Norli juga risau sekiranya dia pulang nanti, mungkin dia akan dimarahi oleh ibu dan ayahnya kerana keluar tanpa meminta izin.

“Norli, tentu sekarang awak rindukan keluarga awakkan,” Tanya Kit tiba-tiba.Norli tidak menyangka Kit akan bertanya soalan seperti itu. Sudah semestinya Norli rindu kepada ibu dan ayahnya. Malah sudah lama Norli ingin pulang tetapi tidak kesampaian.

“Macam ni lah Norli, saya ingin meminta pertolongan awak dan keluarga awak untuk kali ini, saya harap awak tak hampakannya,” Norli menunggu kata-kata seterusnya daripada Kit. “Boleh tak awak merawat atuk Doni di rumah awak?”

Norli terkejut mendengar ayat terakhir daripada Kit.Begitu juga dengan Doni dan Gemuk. Norli lihat wajah Kit serius, ini bermakna Kit tidak bergurau. Lagi pun dalam keadaan sekarang, mereka perlu lebih serius.

“Doni, kau tidak kisah dengan apa yang aku kata ni?”Kit cuba melihat reaksi Doni. Doni senyum.

“Saya tidak kisah. Saya tahu keluarga Norli sangat baik. Tapi kita perlu juga tanya persetujuan atuk” jawab Doni. Kit merasa lega dengan jawapan Doni.

“Saya…saya…boleh balik?” Norli tidak dapat menahan perasaan gembira. Norli terlalu rindu kepada ibu dan ayahnya. Norli tidak sabaruntuk memeluk mereka.

“Ya, tapi dengan membawa atuk Doni,” kata Kit cubamengingatkan Norli.

“Ya, saya tahu tapi bagaimana pula dengan kamusemua?” Norli berharap mereka juga dapat pulang dan mengikutinya.

“Tak apa, kami tetap di sini. Nyawa atuk Doni lebihpenting,” mendengarkan jawapan itu, Norli tiba-tiba berasa sebak. Kiranya iniialah pertemuan terakhirnya dengan Kit dan juga rakan-rakannya yang lain. Kitpernah memberitahu Norli sebelum ini bahawa jika Norli pulang ke dunianya, makaNorli tidak akan dapat dating ke sini lagi. Itu yang membuatkan Norli sedih. Norli sudah menyayangi Kit danrakan-rakannya.

“Nanti saya pasti rindukan kamu semua,” Norli tundukdan cuba menahan sebak. Gemuk terlebih dahulu menangis. Kit dan Doni bersimpatimelihatkan keadaan Norli. Walaubagaimanapun mereka terpaksa melakukan hal inidemi atuk Doni.

 

Donimembawa Norli, Kit dan Gemuk ke rumahnya. Perjalanan mereka tidak lama.Sebentar sahaja mereka sudah tiba di rumah Doni. Norli lihat rumah Doni sedikitusang. Norli simpati kepada Doni.

            “Saya tinggal dengan atuk je dirumah,” kata Doni kepada Norli. Norli mengangguk.

            Norli lihat atuk Doni yang agakkurus badannya sedang terbaring di ruang tamu serta di lapik dengan daun yanglebar dan besar. Kaki atuk Doni juga berbalut dengan kain. Terdapat sedikitluka kering yang melekat di kain tersebut. Badannya berwarna putih dan hitam. Mataatuk Doni terpejam, sekali sekala kedengaran atuk Doni batuk-batuk. .

            Norli seolah-olah bermimpi apabilamelihat binatang-binatang di sini yang kehidupannya seperti manusia. Bermuladengan perkenalannya dengan Kit sehinggalah akhirnya dia ke rumah Doni untukmelihat atuk Doni yang sakit. Tidak lama lagi Norli akan pulang, kali ini bukandengan Kit tetapi dengan membawa atuk Doni pula. Norli yakin, jika diamemberitahu kepada rakan-rakannya di sekolah, pasti mereka tidakmempercayainya. Rakan? Siapa rakan Norli di sekolah?

            Norli tersedar daripada lamunanapabila terdengar atuk Doni berkata-kata. Nampaknya atuk Doni sudah bangun.

            “Terima kasih sudi lawat atuk. Atukpun dah tua. Selalu sakit-sakit,” sayu suara atuk Doni.

            “Tadi kamu semua ke mana? Tadi Donibagitahu dia ada urusan nak bertemu dengan kamu semua. Oh, ini Norli ye. Doniada cerita pada atuk pasal kamu,” atuk Doni memandang Norli yang nampaknyamasih tidak biasa.

            Norli hanya mengangguk dantersenyum.

            “Eh, kau tak bagitahu ke pasalrancangan tu?” tanya Kit berbisik kepada Doni. Doni menggeleng.

            Norli dan atuk Doni berbual-bualsebentar. Kelihatan atuk Doni mengangguk.Norli semakin mesra dengan atuk Donidan tidak malu-malu lagi. Norli perlahan-lahan menghampiri kaki atuk Doni.

            “Eh, jangan buka!” larang Doniapabila melihat Norli memegang balutan di kaki atuknya.

            “Saya cumaingin tahu keadaan luka atuk awak, Doni. Senang untuk buat rawatan nanti,”Norli memberitahu hal sebenar. Norli tidak mahu Doni risau dengan tindakannya.

            “Awak bijak. Awak semakin matang,”puji Kit. Norli tersipu-sipu malu. Bagi Norli, dia patut menghulurkan bantuanselagi masih termampu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.