Home Novelet Cinta LAMUNAN TERHENTI
LAMUNAN TERHENTI
Syameen
31/12/2015 17:01:00
5,380
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 5


“Assalamualaikum Jue…”Satu pesanan ringkas menerusi aplikasi Whatsapp dihantar kepada Juliana. Selepas 15 minit menunggu, masih tiada sebarang mesej balas yang diterima. Sekali lagi kelihatan jari-jemari Arman menari-nari di permukaan skrin telefon pintarnya.

“Juliana.. awak tahu kan saya sayangkan awak, dan saya juga tahu awak sayangkan saya. Tapi untuk membina satu mahligai perkahwinan kita perlu restu dari kedua orang tua kita Jue. Saya dah tak ada ibu bapa jadi sebolehnya saya memang tak mahu ada sebarang hubungan yang keruh dengan bakal ibu dan bapa mertua saya. Saya faham awak satu-satunya anak perempuan mereka, sudah semestinya mereka nak yang terbaik untuk awak dan saya bukan yang terbaik Jue. Maafkan saya Juliana, but i hope can still keep contact with you. Saya akan tetap sayang awak Jue.”

Sekali lagi telinga Juliana menangkap bunyi deringan mesej masuk ke telefon bimbitnya. Dengan mata yang masih bertakungan air, Juliana membaca mesej dari Arman. Tanpa sedar takungan air matanya mengalir ke pipi, mengalir dan terus mengalir. Kali ini Juliana tidak lagi mampu menahan untuk tidak membalas mesej dari kekasih hatinya itu.

“Awak dah give up?” Awak cakap awak sayangkan saya tapi tak sangka begini mudah awak putus asa Arman.” Kedengaran nada kesal tersembunyi disebalik tulisan mesej dari Juliana.

“Saya bukan putus asa Jue, tapi kehendak ayah awak terlalu tinggi. Memang darjat kita tak sama, saya tak mampu Jue. Memang salah saya sendiri mencintai orang yang setinggi taraf awak, saya minta maaf Jue. Awak sendiri dengar apa yang ayah awak cakap. Saya dah tak ada maruah untuk berhadapan dengan keluarga awak lagi Juliana.”

“Arman, awak jangan cakap macam tu. Saya akan cuba pujuk ayah saya ya. Saya lebih kenal awak Arman, saya tetap sayangkan awak.”Juliana cuba memberi harapan, hanya itu yang diinginkannya ketika ini, kehidupan bersama Arman.

“Baiklah Jue, awak cubalah bincang dengan family awak ye. Saya hanya mampu berharap awak dapat ubah keputusan family awak sekarang ni.” Perbualan mereka terhenti, masing-masing menggamit rasa rindu yang tidak berpenghujung.

****

“Ayah, Jue nak kahwin dengan Arman.” Keberanian dikumpul, perasaan yang terbuku di hati dimuntahkan tanpa berselindung. Haji Darus tersentap, mood nya untuk menonton televisyen direntap Juliana.

“Juliana, ayah dah bagi jawapan. Cukup! ayah dah tak mau dengaq apa-apa lagi tentang Arman. Keputusan ayah muktamad!.” Suara Haji Darus cukup tegas kedengaran.

“Tak kan sebab Arman kerja Pengawal Keselamatan, ayah nak hina dia macam tu? Dia baik ayah, baik sangat. Jue dah lama kenal dia ayah, niat dia baik nak jumpa mak dan ayah untuk pinang Jue. Jue yakin ayah, Jue yakin akan bahagia dengan Arman. At leastbagilah peluang dekat dia untuk buktikan sesuatu pada ayah dan mak.” Juliana terus memujuk tanpa lelah.

“Ramai lagi lelaki yang baik dan kerja lebih elok dekat luaq tu. La ni ayah nak hang lupakan Arman. YB Ishak dah bincang dengan ayah, dia nak jodohkan anak dia si Faizal tu dengan hang. Dia tu budak baik, keluarga pun baik-baik, kerja pun elok dah dok jaga syarikat YB Ishak tu. Ayah dah setuju dah. Tak lama lagi keluarga depa nanti mai merisik hang.” Juliana bagaikan menerima tamparan dari ayahnya sendiri, otaknya bagaikan gagal berfungsi, hampir seminit tiada nada kedengaran dari Juliana.

“Ayah cakap apa ni?” Tidak percaya, Juliana tidak percaya apa yang baru sahaja didengarinya. Faizal? Juliana cukup kenal lelaki ini, lelaki yang sentiasa dikelilingi ramai wanita dan cukup sosial kehidupannya.

“Ayah rasa hang dah dengaq apa yang ayah cakap tadi, tak perlu ayah nak ulang lagi banyak-banyak kali. La ni ayah nak hang bersedia untuk terima Faizal.” Ringkas kata-kata dari Haji Darus.

“Ayah, kenapa Faizal? Ayah bukan tak kenai Faizal tu macam mana orangnya.” Juliana bingung memikirkan bagaimana ayahnya setuju untuk jadikan lelaki sebegitu sebagai menantu.

“Itu dulu, sekarang dia dah berubah. Manusia boleh berubah Juliana, lagipun ayah cukup kenal keluarga YB Ishak tu. Ayah tak ada masalah nak berbesan dengan mereka. Dengar cakap ayah Juliana, lupakan Arman.”

“Dulu pun ayah bukan orang senang, tapi mak tetap terima ayah. Kenapa tidak Arman?”

“Juliana!” Satu tamparan tangan kasar seorang lelaki hinggap di pipi putih Juliana. Haji Darus tidak dapat menerima kebiadaban anaknya dengan kata-kata sebegitu.

Pipi sakitnya dipegang, amarahnya berkuasa. Juliana terus berlari ke bilik, tanpa daya hanya mampu teresak dengan tangisan. Keesokan harinya, Juliana tidak pergi ke kerja seperti biasa, dirinya dikurung sendiri di dalam bilik. Emosinya masih belum stabil. Tiba-tiba kedengaran pintu biliknya diketuk.

“Jue, buka pintu Jue, mak nak cakap sikit.” Kedengaran suara Puan Hasmah di sebalik pintu.

“Bukalah pintu tu mak, tak kunci pun.” Jika dibandingkan Puan Hasmah dengan Haji Darus, Ibu Juliana ini lebih tenang dan rapat dengan anak-anak. Tidak hairanlah kenapa Juliana dan abangnya lebih selesa berkongsi masalah dengan ibu mereka.

Puan Hasmah perlahan-lahan memulas tombol pintu bilik anak dara tuggalnya itu. Kedudukan diambil bersebelahan Juliana yang sedang duduk di atas katil.

“Jue, mak faham perasaan Jue. Selama ni mak dan ayah besarkan Jue dan abang tanpa kurang apa-apapun. Tak kan soal memilih jodoh untuk Jue kami nak main-main. Mak tak ada masalah untuk terima Arman, tapi mak juga faham kenapa ayah kamu membantah. Ayah Cuma nak yang terbaik untuk kamu Jue, dia nak tengok Jue bahagia tanpa kekurangan.” Puan Hasmah cuba memujuk Juliana dengan cara berbincang secara tenang.

“Tapi mak, Arman pun baik. Jue dah lama kenal dia mak. Dia betul-betul ikhlas sayangkan Jue dan Jue yakin dia boleh bimbing Jue ke arah yang lebih baik.” Mana mungkin cinta yang dipupuk selama ini dapat dilenyapkan dalam sekelip mata. Mustahil bagi Juliana, mustahil!.

“Jue.. Selama ini mak dengan ayah tak pernah minta apa-apa pun daripada Jue. Cuma sekarang ni mak cuma nak minta satu sahaja dari Jue, ikutlah kehendak ayah kamu, jangan derhaka nak. Kalau selama ini segala permintaan Jue kami turutkan, kenapa tidak Jue tunaikan satu permintaan kami. Kami cuma nak kan yang terbaik untuk Jue. Semalam ayah cakap keluarga YB Ishak akan datang untuk merisik Sabtu ni, mak harap sangat Jue dapat terima Faizal. Fikirkanlah ya nak, jangan lukakan hati kami ibu bapa Jue.” Bahu Juliana ditepuk-tepuk beberapa kali dan tanpa mengharapkan apa-apa kata balasan dari Juliana, Puan Hasmah terus bangun dan beredar memberi ruang untuk anaknya berfikir sendiri.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.