Kebahagiaan,
Satu
simbolik kehidupan yang menjadi idaman setiap manusia,
Namun
apabila menyebut tentang realiti hidup,
Aku
tercari-cari dimana sembunyinya kebahagiaan yang diharapkan.
Apabila
gula ku makan rasanya bagai hempedu,
Apabila
garam ku telan bagai tiada sebarang rasa,
Apabila
jenaka ku tonton air mata mengalir,
Aku
mula sedar ada virus mengganggu kewarasan.
Sejak
lahir setiap kepahitan terus ku telan.
Tidak
ku mengeluh atas takdirku,
Tidak
ku salahkan tuhanku yang Maha tahu,
Tidak
ku mengalah selagi jasad dan nyawa bersatu,
Tidak
ku kecewa kalian hadir dalam hidupku.
Namun
terkadang apabila emosi mengawal minda,
Apabila
kewarasan menjauh sejenak,
Apabila
hati pedih terluka,
Takdir
ku persoal,
Hati
ku memberontak,
Hormat
ku lenyap,
Nada
ku ketara,
Kasih
sayang ku terbenam,
Benci
ku berkuasa.
Tidak
ku pinta wang berjuta,
Tidak
ku pinta kedudukan istimewa,
Sekadar
mengharapkan kebahagiaan bersama kalian di dunia.
Aku
takut, benci tidak dapat ku bendung pasti mengundang ruang derhaka,
Aku
takut kasih sayang ku lenyap pasti ku tinggalkan semuanya,
Aku
takut hormat ku pudar pasti engkau akan berduka,
Aku
takut semua ini akan menyebabkan aku tidak punya apa-apa di akhirat sana.
Aku
bukan manusia gembira berkongsi duka,
Segala
ku pendam penuh kesabaran dan kewarasan,
Namun
aku semakin jemu menonton drama ini,
Drama
murah menyakitkan hati.
Setiap
cerita pasti bernoktah,
Tak
mampu ku duga percaturan Allah,
Doa
ku pohon tidak pernah lelah,
Menghapkan kebahagiaan yang dicari bakal menyerlah,
In
Shaa Allah.
~ TAMAT
~