NAMA aku Fairul Imran. Aku seorang pemain badminton professional
Malaysia. Aku mula berkecimpung dalam bidang sukan ini ketika usiaku menjangkau
18 tahun. Di saat remaja-remaja lain bebas bersama teman-teman menikmati usia
remaja mereka, aku sudah terikat dengan jadual sendiri. Jadual yang cukup
memeritkan aku setiap hari. Namun kini tidak ada langsung perkataan kesal dalam
hidupku memilih bidang yang dipandang seolah tiada masa hadapan. Terimbau
kembali saat kali pertama aku menjebakkan diri dalam dunia badminton. Jiwaku
memberontak resah ketika itu kerana minatku lebih mendalam terhadap sukan bola
sepak. Ayahku Haji Marzuki bertegas mahu aku belajar bermain badminton dan atas
dasar hormat pada ayah, akhirnya aku turutkan jua kehendaknya.
Hari pertama aku menjalani latihan bersama coach Ah Beng yang juga sahabat ayah sebagai
seorang pemain amatur. Masih terngiang-ngiang di telingaku setiap kata-kata
jurulatih pertama yang menggilap bakatku dalam dunia badminton hingga
menjadikan aku kini sebagai seorang pemain professional.
“Fairul, sekarang saya mauyou warm up dulu.”Coach Ah Beng memberi arahan pertamanya
padaku.
Di saat aku sedang memanaskan badan, mataku liar memerhati
sekeliling. Kelihatan beberapa pemain muda berbangsa cina ligat menjalani
latihan badminton di bawah pemerhatian coach Ah Beng.
“Coach,
saya sudah warm up.” Aku bergegas
mendapatkan coach Ah Beng sambil menunjukkan kesediaan
aku untuk memulakan latihan.
“Okey good,
sekarang kamu ada nampak itu padang? Saya mau kamu lari itu padang 20
round.”
Mata aku terbeliak waktu itu, 20 pusingan padang sebesar bola
sepak? Ah.. mungkin aku tersalah dengar. Aku cuba menyedapkan hati sendiri.
“Why?
Tak cukup ke? Okey then saya tambah, pergi lari 25 pusingan.”
What!! 25 pusingan? aku masih tercengang di saat coach Ah Beng terus-terusan menduga aku.
“Erk.. 25 coach?”
“Why? Still
not enough ah?” Ringkas coach Ah Beng menyoal.
“Eh..cukup-cukup, saya lari sekarang.” Aku sedar angka pusingan
yang perlu aku lari pasti akan bertambah andai aku terus di situ. Aku mula
berlari anak sekeliling padang, dalam masa yang sama mulut aku terkumat kamit
sempat membebel sendiri melepaskan marahku pada coach Ah Beng.
“Sudah coach, complete 25 round.”
Tercungap-cungap aku mendapatkan coach Ah Beng selepas selesai membuat larian
25 pusingan. Aku terduduk penat, sebotol air mineral yang tersedia di meja
berhampiran terus aku capai dan minum hingga tiada setitis lebihan air yang
tinggal dalam botol itu.
“Get up!! Now saya mau kamu buat sit
up 30 kali, push
up 30 kali and
then kita akan buat blip
test untuk ujian
masa.” Cukup tegas, tiada sedikit pun senyuman yang diukir untuk aku sepanjang
latihan.
“Huh..Coach saya baru habis lari, bagi lah masa
rehat sekejap.” Aku masih dapat merasakan seluruh kakiku kebas lenguh dengan
larian tadi. Simpati cuba ku raih untuk berehat sebentar.
“Only five
minutes, then I want you to start the exercise immediately. Jangan
ingat saya tak nampak tadi kamu berlari or berjalan.” Tiada
sedikit pun belas kasihan yang ditunjukkan.Coach Ah Beng terus beredar selepas memberi
arahan seterusnya pada aku.
“Nak bunuh aku agaknya orang tua ni?” Aku tertanya-tanya kenapa
latihan yang diberi begitu sukar dan memenatkan walaupun baru di hari pertama
latihan. Bagai ada api menggelegak dalam diri bercampur perasaan tidak puas
hati.
“Okey Fairul, that’s
all for today. You can go back home.” Itu adalah arahan terakhir coach Ah Beng untuk hari pertama latihan
buat aku. Belum sempat sepatah perkataan keluar dari mulutku, coach Ah Beng sudah mengatur langkah
beredar dari situ. Aku tercengang seketika.
Seminggu berlalu, coach Ah Beng masih meminta aku mengulangi
rutin latihan yang sama seperti hari pertama. Aku mula rimas, latihan yang
diberi seolah-olah tidak bermakna dan aku mula nekad untuk berhenti dari terus
berlatih.
“Ayah tahu tak, hari ni dah seminggu along training,
tapi along belum pegang raket sekali pun. Setiap hari latihan yang sama dari
hari pertama sampai lah sekarang. Apa ni ayah? along tak nak pergi latihan lagi
dah, along nak berhenti.” Berkerut-kerut dahi aku cuba meluahkan rasa tidak
puas hati aku pada ayah.
“Along, mesti ada sebab kenapa dia bagi latihan begitu pada along.
Along kan baru lagi.”
“Tak ada maknanya ayah, budak-budak lain semua berlatih atas
gelanggang main badminton. Along ni pegang raket pun tidak, baik along main
bola sepak.” Sempat lagi aku cuba selitkan sukan kegemaranku dengan harapan
ayah terbuka hati untuk mempertimbangkan hasratku untuk menjadi seorang pemain
bola sepak.
“Along jangan nak mengada. Ayah nak esok along turun training,
jangan melawan cakap ayah. Ayah dah lama kenal Ah Beng tu, ayah tahu kemampuan
dia mendidik anak-anak muda macam kamu ni. Kalau along tak puas hati, along
tanya sendiri dengan coach tentang latihan along tu.” Siapa tak
kenal dengan ketegasan ayahku dalam soal mendidik anak-anak? Aku tak mampu
membangkang setiap katanya. Keesokkan hari ku gagahkan juga kaki ke kem training,
namun kali ini dengan niat yang berbeza.
“Coach,
saya mau cakap sikit.”
“YesFairul.” Ringkas dijawabnya.
“Coach, saya datang sini nak training badminton
bukan nak masuk olahraga. Setiap hari saya kena lari padang dan until
now saya langsung tak
main badminton.What kind of training is this?
Saya dah tak ada mood nak training lagi.” Bagaikan mendapat
satu kekuatan, aku meluahkan perasaan yang terbuku di hati.
“Fairul, you tahu tak apa perkara yang paling
penting untuk menjadi seorang pemain badminton?.First, you mesti ada semangat yang tinggi.Second
is you punya tahap kecergasan orfitness
level juga mesti
tinggi. Kalau you lari 10 round pun you sudah totally
exhausted, then how you mau
jadi a good badminton player?”
Ketika ini mulut aku mati dari berkata-kata. Hanya telinga aku aktif menyerap
bunyi dari kotak suara coach Ah Beng.
“I will let you play badminton but only on the day you prove to me
that you are totally ready mentally and physically to be a good badminton
player.I can see no seriousness in
yourself Fairul.You sendiri tak mau tolong diri you
then how can I help you?” Bagaikan menerima satu tamparan, aku
tercengang seketika. Kebenaran setiap kata-kata coach Ah Beng tidak mampu aku sangkal.
Terasa bagaikan aku baru sahaja dikeluarkan dari sebuah kotak hitam yang
tertutup dengan ego sendiri. Akhirnya aku tertunduk mengalah.
“Fairul, saya percaya sama kamu,
i know you can do it. Tapi sekarang i
just want you to give me everything you have. All
out Fairul and
then see the result.”Coach Ah Beng
terus memberi kata-kata semangat menanam keyakinan yang kukuh dalam diriku.
Sejak saat itu aku tekad untuk memberikan yang terbaik.Coach Ah Beng gembira melihat perkembanganku
hari demi hari. Hampir semua rakan-rakan seperjuanganku yang menjalani latihan
di bawah kendalian coach Ah Beng aku tewaskan. Kebiasaannya aku
menjadi pemain pertama yang akan tiba di lokasi latihan dan juga menjadi pemain
terakhir yang akan pulang selepas latihan, kerana aku percaya ‘no
pain no gain’.
Aku mula menyertai pertandingan di peringkat daerah. Nama aku mula
menjadi sebutan khususnya atlet-atlet badminton Teluk Intan. Di saat aku mula
menapak nama dalam arena sukan ini, tidak mampu untuk aku mengelak dari
mendengar cacian orang sekeliling terutamanya saudara maraku sendiri yang
memandang rendah terhadap pilihan kerjayaku ini.
“Orang lain semua kerja elok-elok dapat gaji besar, berjaya dalam
hidup. Yang kau ni nak main badminton? Apa kau dapat?. Kau ingat sukan
badminton tu ada masa depan ka?.”
Itu antara kata-kata sinis yang perlu aku hadap setiap kali
bertemu mereka. Namun aku abaikan sahaja kerana aku sedar tulang belakangku
yang sentiasa menyokong aku untuk terus berjuang masih setia berada disisi.
Siapa lagi kalau bukan ayahku sendiri, Haji Marzuki.
Aku terus melangkah cemerlang hingga mewakili negeri Perak dalam
Kejohanan Sukan Malaysia atau SUKMA. Pingat emas mudah ku raih menewaskan
pemain berpengalaman luas Chuah Yi Lun dari Pulau Pinang. Semangat dan
keyakinanku memuncak dan di saat ini juga cintaku pada sukan badminton semakin
mendalam.
1 Tahun kemudian…
Secara rasminya aku diikat kontrak sebagai pemain professional
Malaysia di bawah naungan Badminton Association Malaysia (BAM). Segalanya berbeza disini,
jadual latihanku semakin padat setiap hari, ditambah peraturan-peraturan
kontrak yang perlu aku patuhi. Kawalan pemakanan yang lebih teratur bersesuaian
sebagai seorang atlet sukan serta disiplin diri yang menjadi keutamaan setiap
pemain.
Di ketika usiaku mencapai 22 tahun, berada di bawah naungan BAM.
Buat pertama kalinya aku menghampiri gelaran juara pertamaku di kejohanan GP
Emas Terbuka Malaysia menewaskan pemain pilihan utama kojahanan dari Korea
Selatan. Penyokong tempatan mula menaruh perhatian, kepercayaan dan harapan
padaku. Begitu juga dengan jurulatih yang diimport khas dari Indonesia untuk
membimbing pemain perseorangan lelaki Malaysia.
“Good job Fairul, you deserve for the title today.”Coach Budianto menghambur pujian buatku.
Keesokkan harinya ku lihat terpampang besar gambarku di front
page hampir di semua
surat khabar dengan tajuk-tajuk besar yang mengiktiraf kejayaanku sekaligus
melabelkan diriku sebagai bintang harapan untuk menyinar di Olimpik. Tak
kunafikan Olimpik adalah satu pentas dunia yang diidam idamkan oleh setiap
atlet untuk beraksi, namun harapan yang diletakkan itu bagaikan memberi tugas
pengurus syarikat kepada seorang pekerja yang baru yang diterima berkerja.
Laman facebook ku buka, beratus-ratus notification ku terima dengan friend
request yang cukup banyak ingin menjadi teman alam mayaku sebagai peminat.
Berhambur pujian ku terima dari minoriti rakyat Malaysia khususnya peminat
sukan tempatan.
“Tahniah Fairul Imran, awak harapan Malaysia”. – Aleeya Sofia
“Target For
Olympic, Good Luck Bro” – Steven
“Congratulations
Fairul, ayuh harumkan nama Malaysia. Malaysia Boleh!!!! – Rohindren
Aku mula takut, aku takut tenggelam dengan pujian-pujian yang
tidak bernoktah, aku takut harapan yang mereka letakkan padaku tak mampu aku
tunaikan. Namun saat ini juga aku bangga melihat bagaimana rakyat Malaysia
mampu bersatu hati menyokongku, menyokong negara kesayangan mereka Malaysia.
Secara tak langsung satu persoalan singgah dimindaku.
Andai kita dengan berbilang kaum boleh berdiri di bawah satu
bendera untuk menyokong setiap atlet sukan tanah air, kenapa sehingga kini
masih ada persepsi hanya kelompok-kelompok kaum tertentu yang boleh terlibat
aktif dalam sesuatu sukan?. Seperti badminton sendiri, kurangnya masyarakat
melayu dan india yang mahu terlibat secara serius dalam bidang ini. Persepsi
seperti ini tak sepatutnya ada dalam minda masyarakat kita kerana sukan sendiri
sebenarnya boleh menjadi platform terbaik untuk menyatukan rakyat.
Aku sempat mengeluh sendiri.
Kedudukan ranking aku semakin meningkat setiap kali aku menyertai
kejohanan peringkat antarabangsa, aku cuba konsisten untuk berjaya
sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir setiap perlawanan.
Kejohanan Piala Thomas
Malaysia berjaya melangkah ke peringkat akhir Piala Thomas dan
perlu berhadapan dengan gergasi besar dunia badminton iaitu China. Tiket
perlawanan telah dikhabarkan sold out seawal pagi
bagaikan jualan pisang goreng panas. Rakan-rakan seperjuanganku telah
memberikan yang terbaik dan kini kedua-dua pasukan terikat dengan mata dua
sama. Aku menjadi pemain terakhir yang bakal menentukan keputusan kalah
menangnya Malaysia hari ini. Kakiku melangkah berat bagaikan ada rantai besi
yang mengikat.
“Fairul just main macam biasa ok, no
need to stress. I know you can do it” Coach Budianto sempat menyelit kata-kata
semangat buatku.
Aku cuba bertenang walaupun ketika itu suhu tubuh badanku semakin
berubah dingin. Perlawanan diteruskan, rakan seperjuangan tidak henti-henti
memberi semangat dari arah tepi gelanggang. Kedengaran namaku diraung-raung
oleh penyokong-penyokong Malaysia yang sanggup hadir di bumi China ini untuk
memberi sokongan padu. Bendera Malaysia yang mereka bawa, berkibar megah
bagaikan dahaga akan kemenangan ini. Lin Zhi Hao pemain muda dari China yang
akan membuat perhitungan denganku kali ini, aku sedar ini pasti bukan laluan
mudah untuk menentang bekas juara remaja dunia.
Sepenuh keringat ku kerah dengan mengumpul semua semangat dari
laungan penyokong aku berjaya memenangi set pertama dengan kemenangan tipis 23
– 21. Harapan semakin cerah untuk aku kibarkan bendera Malaysia dengan megah di
bumi China ini. Perlawanan dihentikan 2 minit break time pemain.
“Good Fairul, but don’t play too
defensive sebab lawan
kamu tu very aggressive. Saya nampak
dia kurang selesa dan kurang baik untuk ambil back hand shuttlecock. So
kamu perlu banyak hantar bola ke sebelah kanan gelanggang okey. Remember Fairul, this is
your best chance to win. Finish it.” Sedikit
sebanyak tips diberikan oleh coach Budianto untuk aku berdepan pemain China ini
di set yang kedua. Semangatku semakin berkobar-kobar, hanya tinggal selangkah
perjalananku untuk mencipta sejarah baru buat tanah air tercinta.
Perlawanan bersambung sehingga aku mendahului perlawanan di set
kedua dengan mata 15 – 11. Pemain muda China ini juga langsung tidak
menunjukkan tanda mengalah. Bola rendah dipukul Lin Zhi Hao melepasi jaring
gelanggang. Saat itu aku berada di bahagian belakang gelanggang dan tanpa
sempat bersedia aku terus berlari sekuat hati untuk mengambil bola yang seakan
menggulung jaring dan jatuh ke bahagian gelanggangku. Di saat itu kaki ku
terseliuh dan aku rebah ke gelanggang sendiri sambil memegang kaki. Perlawanan
dihentikan seketika. Kumpulan pembantu perubatan segera mendapatkan aku dan kakiku
diperiksa. Beberapa bahagian pada pergelangan kakiku ditekan perlahan untuk
mereka pastikan tahap kecederaan yang aku alami.
“Ahh.. sakit.” Aku mengerang kesakitan.
“Are you okey?” Salah seorang petugas perubatan cuba memastikan
keadaanku ketika itu.
“Im not sure.” Aku cuba untuk berdiri, namun aku tidak mampu untuk
meletakkan sepenuhnya bebanan tubuhku pada kaki ini, terhinjut-hinjut aku cuba
berjalan. Aku sedar ini bukan satu petanda yang baik untuk aku teruskan
permainan, namun di saat ini aku terdengar sekumpulan suara yang cukup nyaring
menyebut-nyebut namaku dari arah tempat duduk penonton.
“Fairul…. Fairul…”
“Malaysia boleh…. Malaysia boleh…”
Ku lihat mereka melaung dengan penuh harapan. Sudah lama Malaysia
tidak menggenggam piala ini, dan di saat hanya tinggal selangkah untuk aku
merealisasikan impian mereka, tak mungkin aku mengalah. Aku tak sanggup melihat
wajah-wajah yang penuh berharap ini pulang hampa, aku tak sanggup mengecewakan
rakan-rakan seperjuangan serta jurulatihku.
“If you
still feel the pain, you have to withdraw.” Petugas perubatan itu
bersuara.
Tarik diri? Ah.. tak mungkin. Not this time, aku
bangkit terus mencari semangat kekuatan dari dalam diri, bendera Malaysia
berkibar megah dihadapanku. “Untukmu Malaysia” hati kecilku berbisik.
“No im okey,
I can play”. Setelah anggota perubatan menyembur sedikit cecair
untuk mengurangkan rasa sakit, raket ku capai, kaki ku gagahkan untuk menjejak
gelanggang. Permainan diteruskan dengan berbekalkan mata 15 – 12. Aku tidak
mampu bergerak aktif seperti set pertama, langkahku longlai dan lemah menahan
kesakitan. Setiap pukulan lawan tidak dapat aku balas dengan sempurna.
Keyakinan aku mula merudum dan kesempatan ini juga digunakan sebaik mungkin
oleh piha lawan untuk memenangi set kedua perlawanan dengan pungutan mata 18 –
21.
“Fairul, kamu injured. Don’t
force yourself.” Coach Budianto dapat mengesan tahap
kecederaan yang aku alami dan dia tahu aku tidak sepatutnya meneruskan
permainan.
“Tapi game ni penting coach.
Thisis for our team and also my dream.Coach tengok sana, mereka harapkan saya coach, how
can I disappoint them?.” Sambil menunjukkan kearah kelompok kecil
penyokong Malaysia yang tak berhenti menyokong, berkerut-kerut wajahku cuba memberi penjelasan.
“Fairul listen to me, I
know your feeling. Tapi sekarang kecederaan kamu agak serius, kalau
kamu terus bermain saya risau you will need extra time to recover
and also maybe kamu
kena lupakan Olimpik. Mungkin kamu tak dapat bawa pulang emas hari ini untuk
Malaysia, tapi jangan sia-siakan peluang kamu untuk success di
Olimpik, that’s your dream juga kan?. Kamu masih ada masa untuk
naikkan ranking dan main di olimpik next year. Kalau injuries kamu serius, kamu terpaksa berehat
panjang lepas ini dan mungkin juga ranking kamu akan jatuh. Not
only Thomas Cup, kamu juga perlu lupakan Olimpik.Think Fairul think.”
Mendengar kata-kata coach Budianto, aku sedar andai aku terus berkeras
kemungkinan besar aku terpaksa lupakan Olimpik yang akan berlangsung setahun
dari sekarang. Dengan hati yang sangat berat, aku membuat keputusan untuk
menarik diri dari bermain di set ketiga dan dengan rasminya kemenangan Piala
Thomas diberikan kepada China. Air mataku mengalir, aku dapat merasai
kekecewaan penyokong yang hadir apatah lagi yang berada di tanah air. Maafkan
aku rakyat Malaysia aku tak berdaya.
Pegawai perubatan mengesahkan aku mengalami kecederaan ankle
sprain atau
kecederaan buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Kemungkinan besar
aku terpasa berehat untuk menjalani rawatan dan tidak boleh menyertai beberapa
kejohanan yang terdekat.
Tapi insyaAllah akan ku bangkit semula untuk merealisasikan misi
emas pertama Malaysia di Olimpik nanti. Teruskan sokonganmu rakyat Malaysia,
perjuangan kami tak akan terhenti selagi anda terus menjadi kekuatan kami.
“I will not give up, this is not the end”
“Olimpik.. Kau tunggu aku datang.”
-Tamat-