Home Novel Thriller/Aksi Legasi Pejuang 2
extended version

Saya akan uploadkan part yang telah di edit dalam Novel ini. Part-part ini tiada dalam Novel tetapi ada dalam Manuskrip. Ada beberapa bahagian dalam Novel yang kelihatan sedikit tergantung. Jadi dalam MSS ini di ceritakan dengan lebih terperinci. Bukan sebab apa di keluarkan kerana terlalu tebal ceritanya..:)


Gazaku berdarah lagi

Belum hilang lelah semalam

Belum kebah sakit semalam

Belum sembuh luka semalam

Kini Gazaku berdarah kembali

Tika terhimpit dalam derita

Tika hilang tiang bersandar

Tika rebah tidak bisa bangkit

Saat ini Gazaku berdarah sendirian

Tiada yang peduli

Tiada yang memandang

Tiada yang mendengar

Tertutup kemas hati mereka

Kerana itulah Gazaku berdarah lagi

Darah ini tidak akan pernah berhenti mengalir….

Muaz Fahim/8th Jan 2013

Ringkasan dari Bahagian Pertama Novel Legasi Perjuang

Syed Kairi bin Syed Fahim adalah seorang anak muda kelahiran dan warganegara Malaysia, Bapanya berbangsa Arab dan Ibunya pula berbangsa Perancis, seluruh usia mudanya dihabiskan di Kuala Lumpur. Telah terjadi perkara yang tidak pernah disangka oleh sesiapapun, dia diculik dan di jadikan tebusan serta di bawa ke Algeria oleh Sheikh Mahdi seorang pemimpin sebuah pertubuhan Islam. Di sana dia telah ditukar namanya menjadi Muaz dan dilatih menjadi seorang Pejuang Islam, Kerana kehandalannya dia telah dihantar bertugas dibanyak Negara dan menimba banyak pengalaman yang menjadikan dia mesin pembunuh dan digeruni oleh pihak musuh, sehinggalah dia bertemu dengan Maria Biskic dan telah menjalankan hubungan dengan Wanita berbangsa Bosnia itu. Muaz menjadi buruan pihak CIA kerana mereka mendapat maklumat yang ia adalah orang yang menghapuskan Perdana Menteri Israel dan kerana sukar untuk menangkap dan memerangkap Muaz mereka telah menggunakan cara yang hina iaitu menangkap sahabat baik dan teman wanitanya.

Kerana dipengaruhi perasaan marah dan benci dengan tindakan CIA itu dia telah mengambil keputusan untuk memecah masuk Ibupejabat CIA di Lengley, tetapi tindakan nekad Muaz itu telah membawa padah kepadanya dia bukan sahaja kehilangan kawan baik dan teman wanitanya malahan Muaz sendiri telah ditembak dan jatuh ke dalam sungai. Dengan Kuasa ALLAH Muaz, tidak mati kerana tembakan itu tetapi dia telah kehilangan semua ingatannya, dia telah dianggap mati oleh CIA sehinggalah Takdir ALLAH telah mengembalikan Muaz untuk membongkarkan segalanya…..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.