Home Novel Thriller/Aksi BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
#mystrill
21/11/2019 21:32:39
41,935
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 6

“Jay merupakan teman lelaki mangsa. Berdasarkan telefon pintar yang ditemui, Jay merupakan orang terakhir yang bercakap dengan mangsa.Jay juga mengakui bersama kawan-kawan nya di rumah ketika kejadian mangsa dibunuh. Saksi juga mengakuinya.” Kata seorang anggota polis memasuki bilik Detektif Mizi. Di bajunya tertulis nama ‘Derman’ dengan membawa fail-fail berkaitan kes pembunuhan itu.

“Jay juga berkata dia terdengar mangsa menjerit sebelum talian telefon dimatikan”. Kata sub inspektor Derman lagi.

“Baik Derman, terima kasih” kata Detektif Mizi. Detektif Derman berlalu dari situ selepas tiada lagi yang perlu diterangkan kepada Detektif Mizi.

Detektif Mizi merenung seketika. Setelah meneliti beberapa perkara, dia menyimpulkan orang yang sangat dikenali oleh mangsa bukan suspek utama walaupun mereka mempunyai motif untuk membunuh.

Detektif Mizi menghampiri Puan Zalina yang berada dalam bilik keterangan. Ibu kepada Izlin masih menangisi kematian anaknya. Kelopak matanya masih belum kering dari air mata. Hanya sesekali sapu tangan mengelap sisa-sisa air mata yang merosakkan eye liner.

“Maaf puan. Puan ada bertengkar atau salah faham dengan mangsa sebelum kejadian ini berlaku?” Zaril menyambung soalan nya yang taditerhenti apabila Detektif Derman datang memberi informasi. Kelihatan Puan Zalina menggeleng kepala tanda menafikan soalan Detektif Mizi tadi. Puan Zalina juga menafikan yang Izlin mempunyai musuh atau orang yang tidak puas hati kepadanya. Ayah Izlin juga berada di Indonesia ketika kejadian berlaku.

“Baiklah, itu sahaja soalan saya. Kalau ada apa-apa informasi lanjut saya akan beritahu puan kemudian.” Detektif Mizi bangun dari tempat duduk dan membuka pintu bilik itu.

Selepas itu, seorang lelaki menghampiri detektif Mizi dari luar bilik. Lelaki itu ialah ayah kepada Izlin. Sebaik sahaja Puan Zalina ternampak ayah Izlin, dia terus membuka mulut.

“Rupanya awak tahu hubungan Izlin dengan Jay. Kenapa awak tak beritahu saya”

“Itu salah awak. Awak tak ambil berat tentang apa yang Izlin mahu dan perlu. Awak hanya sibuk tentang harta yang awak usahakan.” Jawab ayah Izlin sejurus melihat Puan Zalina yang berada dalam bilik itu.

“Saya rasa awak perlu beredar Puan Zalina, saya akan mengambil keterangan dari Encik Zamri pula” kata Detektif Mizi yang ingin meredakan keadaan di situ. Puan Zalina mengambil beg tangan dan terus menerpa ke pintu. Apabila melintasi Encik Zamri, Puan Zalina sempat berkata.

“Ini semua salah awak. Kalau awak tak beritahu saya tentang jay tentu Izlin tak mati. Saya yakin Jay yang membunuh anak saya.” Puan Zalina berlalu dari situ sambil teresak-esak menangis. Puan Zalina masih tidak menerima kenyataan yang Jay tidak membunuh Izlin walaupun ada bukti yang kukuh. Meluat Puan Zalina terhadap orang miskin semakin membuak-buak. Difikirnya Jay mahu membunuh Izlin kerana mahukan wang dari anaknya itu. Encik Zamri yang baru pulang dari Indonesia hanya memandangnya tanpa sebarang kata. Dia juga ingin mendapatkan maklumat tentang kematian anaknya itu selain memberi keterangan berkaitan Izlin.

“Sila masuk Encik Zamri” Detektif Mizi menghalang Encik Zamri dari memikirkan apa yang baru berlaku tadi. Dia hanya mahu meneruskan tugas tanpa melibatkan sebarang emosi yang tidak stabil. Encik Zamri hanya mengangguk. Mizi mula mengambil keterangan dan maklumat dari bekas suami Puan Zarina itu.

..................................................................................................................................................................

Kaki Zaril tidak berhenti dari mengorak langkah berulang-alik dari kiri-ke kanan di dalam biliknya. Fikirannya runsing dengan apa yang berlaku di gerai burgernya semalam. Dia tidak keruan. Wajah mengerikan makhluk yang mengganggunya itu masih lagi di ingatan. Emosinya ternganggu.

Dia membuka komputer ribanya dan jari-jemarinya mula menaip sesuatu. Dia ingin mendapatkan maklumat tentang sarkas di jalan sekerat itu, memandangkan Aria juga nampak benda yang sama ketika berada di situ.Dia pantas menyelak halaman-halaman digital yang menceritakan tentangsarkas itu satu per satu.

Tiba-tiba dia terbaca satu artikel yang berkaitan tentang sarkas itu dari sebuah blog. Blog itu menceritakan pengalaman ramai orang yang tahu mengenai sarkas itu. Menerusi bacaan itu, Zaril mendapati sarkas itu tempat di mana banyak terjadinya kejadian-kejadian misteri yang sukar dirungkaikan. Antaranya yang paling banyak diperkatakan ialah terdapat beberapa orang yang dijumpai mati dalam sarkas itu dengan punca kematian yang tidak dapat dikenalpasti. Mereka adalah di antara penagih dadah yang sering berkunjung di situ pada waktu malam bagi mengelak dikesan polis.

Walaupun kejadian itu berlaku lama dahulu, tetapi cerita itu masih segar dalam ingatan orang yang berada di persekitarannya. Disebabkan cerita itu juga ramai yang tidak lagi berani untuk pergi ke sana kerana dikhabarkan ada beberapa orang ternampak kelibat makhluk yang mengerikan. Pemilik sarkas itu pula langsung tidak membuat sebarang pengubahsuian ataupun pencerahan. Ada juga yang memberitahu yang pemiliknya sudah meninggal dunia dan pemilik sekarang tidak dapat dikenalpasti. Terdapat juga blog yang menceritakan yang pemilik sarkas itu mati dibunuh kerana tanah sarkas itu berpuaka. Sebab itulah ianya dijual kepada pemaju-pemaju hartanah yang ingin membangunkan tempat itu. Tetapi malangnya, tiada siapa pun yang berminat walaupun tempat itu berhampiran dengan bandar. Mengikut sesetengah orang, ada orang dulu yang membuat perkara khurafat dengan memuja hantu di situ memandangkan tempat itu dianggap sebagai keramat.

Zaril musykil. Mana mungkin sarkas berhantu itu menyebabkan Lisa mati. Sekiranya Lisa mati disebabkan gangguan hantu, maka mereka yang lain juga akan mengalami nasib yang sama kerana mereka juga mengunjungi tempat itu. Tetapi Zaril percaya yang pengunjungan ke sarkas itulah punca gangguan berlaku di gerainya tempoh hari. Dia kini mula fikirkan sesuatu untk menyelesaikan masalah tersebut. Segala maklumat dikumpulkan untuk bertindak. Tetapi pendapat tentang punca kematian Lisa yang disebabkan oleh mahkluk itu, zaril masih ragu-ragu. Dia,Rafi dan Aria perlu mengambil langkah berhati-hati. Persoalannya siapa yang membunuh? Mengapa Lisa menjadi mangsa pertama? Mungkin ada orang mengekori mereka ketika mereka berada di sarkas itu tempoh hari. 


Previous: Bab 5-1
Next: Bab 6-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill