Home Novel Thriller/Aksi Enigma
Enigma
Zhar Aruzi Hairi
6/1/2017 12:21:18
3,931
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab Bab 1

BAB 1


“ Anta, Keldai sudah sampai. Barang dah sedia kat dalam ni. Orang pun makin ramai” Satu suara separuh berbisik sedang menelefon. Mata lelaki itu tidak lari dari memandang Tony dan briefcase yang baru diletakkannya.

“Pergi dekat keldai tu. Tarik tangan dia keluar. Ana bagi korang lima belas minit sahaja untuk pergi jauh-jauh dari situ”

“Hmm..baik.” Lelaki itu bergegas ke arah Tony. Tangan Tony ditarik kasar menghala ke pintu keluar.


“Bukak bom di badan gua bodoh!!” Tengking Tony sebaik mereka jauh dari kelab tadi. Lorong berhampiran jalan Sultan Ismail dipilih sebagai tempat berhenti sementara. Dua tiga orang lelaki sedang merokok dan berbual tidak jauh dari situ. Suara Tony masih jauh untuk mereka dengar.

“Aku tak boleh buka. Kunci bukan pada aku” Lelaki itu membalas. Dia tersenyum mengejek. Lelaki panas baran ini perlu diajar.

“Benda ni bukan berkunci pun,..kan. Lu berdua yang binatang. Janji lansung tak boleh pakai” Getus Tony benar-benar panas.

“Kau tu binatang sebenar. Sepatutnya dari tadi aku dah suruh Raiyis tekan suis bom tu. Biar bersepai badan kau!!!”

Tony mengetap bibir. Dia bangun melompat dan menghentak badannya ke dinding bangunan. Dua kali dia jatuh tapi bangun semula untuk mengulangi gerak yang sama. Dia mahu bom di badannya itu meledak.

“Hoi tolol! Kau ingat dengan cara macam tu bom tu boleh meletup. Nak aku pun mati sekali dengan kau…Bodoh. C4 mampat tu tak terjejas pun kalau kau bergerak macam mana pun..Aku yang pasang, aku tahu la. Lain la kalau kau tahu cara nak hidupkan suisnya.” Lelaki itu tertawa.

Jawapan itu membuat Tony terus terduduk. Hampir sahaja dia mengalah kalau perkara ini tidak melibatnya nyawanya.Geram dan dendam mulai membara di hatinya.

“kenapa korang naya gua. Apa dosa gua pada lu orang!!” Jeritnya marah.

“Ha..Ha.. dosa..dosa kau lagi tinggi dari KLCC tau. Sah,,sah kau ni ahli neraka. Masa tengah senang dulu tak terfikir ke nak jadi baik.”

“Gua mana pernah langgar lu orang..Apasal buat gua macam ni!”

“Lu cakap itu macam ka…Dah tu masa lu jualanak-anak dara orang..jual dadah sama budak-budak sekolah..Lu rasa lu salah tak..”

Tony terdiam.

“Lu pun bukan baik-baik punya orang apa? Mau bom orang ma!”

“Aku baik sebab aku akan musnahkan orang seperti lu dan .…”

Telefon lelaki itu tiba-tiba berdering.

“Anta kena bukak bom kat badan keldai tu! Sekarang!! Arah suara di talian sebaik dia berkata “hello!”.

“Tapi anta, nanti dia report polis”

“Dia takkan ke polis. Hidup dia pun takkan lama..”

“ Tak lama ?”

“Esok kau akan faham. Anta Lepaskan dia sekarang.”

“Tapi..”

Tap! Talian terputus. Dia tahu Rayes takut panggilannya dapat dikesan.

Lelaki itu menyelitkan semula telefon ke dalam poket.

“Lu bangun!” arahnya pada Tony.

Tony bangun dan memusingkan badannya membelakangkan lelaki itu. Bunyi beep! Kedengan beberapa kali di bahagian belakangnya yang terikat. Ikatan jaket bom yang terpasang semakin longgar dan akhirnya ditanggalkan. Lelaki itu menggalas jaket itu di bahu.

Tony memusingkan badan dan menghela satu penumbuk ke perut lelaki itu.

Arghhh!!!

Lelaki itu terhenyak ke belakang dan tersandar di dinding. Tony cuba menyambung serangan dengan satu tendangan ke dada sebelum ditepis lelaki itu. Dia terhoyong hayang seketika.

“ Itu baru introduction dari gua..gua ingat muka lu. Lepas ni kalau jumpa lu matiii..” Tony memberikan amaran. Dia teragak-agak untuk terus menyerang kerana lelaki itu masih menyandang jaket bom di bahu.

“ Lu tidur baik-baik tau..jangan lu bangun nanti ada bom lagi di badan macam pagi tadi” Perli lelaki itu.

“Lu mesti mati nanti !!!i..gua janjigua mesti cari!!” Tony menengking penuh amarah. Dia berlalu dan menghilang di sebalik orang ramai yang lalu lalang.

“semua orang akan mati Tony…Lu..gua..semua. Cuma tak tahu bila!” Bisik lelaki itu sendirian sambil tersenyum.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.