Home Novel Thriller/Aksi DARAH
DARAH
Pemburu Malam
26/11/2017 09:36:13
23,983
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 2

DARI jauh , dia lihat lelaki itu menconteng sesuatu di dinding dalam ruangan yang kelam itu.Perlahan- lahan dia menapak ke dalam ruangan sel itu walau jenuh ditegah kerana ia amat berisiko buat dirinya.

Derap tapak kasut menangkap pendengarannya kini.Terhenti seketika penulisannya.Dan dia berpaling.

Kacamata di kenakan.Dr Amni memberikan sebuah senyuman pada lelaki berwajah bengis itu.Lama sekali wajah itu di telitinya .Dia seolah- olah mengenali gadis yang kini berada di hadapannya itu.

" Assalamualaikum...." Sapa Dr Amni sebagai pemula bicara." Kau ??? Bukankah kau dah mati ??? Aku yang bunuh kau ! !! Sabrina ???" Soalnya agak tegas.

Salah- seorang warden ingin masuk tapi ditegah oleh Dr Amni.'Siapa Sabrina ? Ada cerita di sebalik nasibnya itu !' Monolog gadis itu seraya merenung ulah lelaki itu yang meneruskan penulisannya itu . 

Boleh dikatakan dinding itu dipenuhi kata cinta, kata makian, nama gadis yang kebanyakkannya bermula dari ' S' .Apa kaitannya huruf ' S' pada lelaki itu ??? 

" Siapa Sabrina ," Soal Dr Amni membuatkan penulisannya terhenti sekali lagi ." Siapa Sabrina dengan awak ? Boleh kita berbicara sebentar ?" 

Dia adalah Aiman Syafiq a.k.a Enrique." Kau sepatutnya dah mati Sabrina ! Dah mati....!! ," gumamnya agak menderam.Warden diluar berjaga- jaga kini.Seandainya lelaki itu bertindak agresif dia akan terus tarik Dr Amni keluar.

" Aiman , Saya Amni ....Dr Amni ...." 

" Kau menyamar pula Sabrina ? Kau tak kenal aku ??? Akulah lelaki yang kau hina selama ini !" 

Dr Amni terangguk lalu , laju tangannya mencatat sesuatu dalam buku notanya .Poin utama telah pun dia dapat .Dendam...Cinta yang dikhianati.

" Aku tahu kau dah senang Sabrina ! Jangan kau cuba berlagak sombong denganku..." 

" Awak , Saya Amni....Kenapa awak panggil saya dengan nama itu , kita memang tak pernah bersua sebelum ini.Ini kali pertama kita bertemu mata ..." Dr Amni meletakkan kacamatanya ke meja.

" Dr Amni, jangan dekati dia bahaya!" Ujar suara dari corong suara kedengaran tegas.Namun, Dr Amni tetap dengan kedegilannya.Ada sesuatu menangkap pandangannya kini.

Potret seorang gadis , tetapi yang membuatkannya tergamam seketika lukisan potret yang sebesar itu dilukis menggunakan darah ! Dicalit sedikit lalu jari telunjuknya itu di bawakan ke hidung , lalu di hidu.Ternyata benar sangkaannya itu ia darah ! Tapi darah siapa ?? 

Dr Amni cuba memerhati tubuh itu dari belakang .Badannya kelihatan agak kekar walaupun ia sedikit kurus.Lengan yang di penuhi garisan seolah cakaran dan toresan .Mungkinkah darah itu darah lelaki bernama Aiman Syafiq itu ? 

" Dr Amni! Hati- hati ! ," pekik suara itu .Namun, sudah terlambat ! 

" Allah ! Awak ! Awak! Kenapa ni ? Awak , tolong awak ! Tolong lepaskan saya...." Teriak Dr Amni kecil, dan dalam masa yang sama dia perlu membuat pendekatan psikologi.

" Aiman Syafiq ! Lepaskan Dr Amni ! Lepaskan dia! " Bentak ketua warden dengan melaraskan senapang ke hala Aiman .Senapang yang mempunyai peluru ubat penenang .Hanya akan di gunakan bagi pesakit yang benar- benar merbahaya sahaja.

" Siapa Amni ??? Dia Sabrina !! Dia perempuan curang ! Dia harus aku bunuh !! Seperti mana aku bunuh Eizlan!! Hahahaha " Semakin erat lengannya melingkari leher Dr Amni.

" Aiman Syafiq ! Kami kata lepaskan dia ! Dia bukan Sabrina !" 

" Tidak ! Aku takkan lepaskan dia ! Dia Sabrina ! Aku mesti pastikan kali ini dia takkan terlepas! " 

" Awak....Please awak....Percayalah saya Amni! Saya bukan Sabrina ! Bagi saya satu sahaja peluang untuk bantu awak...." Dr Amni cuba berlembut .Melalui apa yang dia pelajari selama ini , pesakit seperti Aiman mesti di elakkan cara kasar .Kerana kalau kita berkasar pada mereka ini, mereka akan jadi lebih kasar malahan lebih merbahaya lagi.

Dr Amni sendiri pun mempunyai seorang adik seperti ini.Namun, umur dia tak panjang .Dia pergi menghadap Illahi ketika Amni masih lagi berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah .Oleh kerana itulah , Dr Amni menetapkan impiannya untuk menjadi pakar sakit jiwa.

Dr Amni dapat merasakan lingkaran di lehernya semakin longgar.Aiman Syafiq menangis itu yang sempat gadis itu tatapi sebelum lelaki itu rebah .

" Awak ! " Laung Dr Amni menunduk dengan pantas cuba memapahnya supaya duduk. Manis ! Itu yang dapat Dr Amni katakan ketika lelaki itu tersenyum sebelum dia rebah ke lantai lalu tidak sedarkan diri.

Perlahan- lahan wajah Sabrina menghilang ditelan kegelapan." Dr Amni, awak telah meletakkan nyawa awak sendiri di dalam bahaya !" Bentak ketua warden itu tegas.Apa yang terjadi pada waktu itu di bawah tanggungjawabnya.Dan jika berlaku sebarang musibah dia yang akan dipersoalkan.

" Maafkan saya" 

" Lepas ini , saya takkan benarkan awak lawati lelaki itu lagi !" 

" Tapi Tuan ? " Soal Dr Amni membantah.Dia tidak berpuas hati selagi tak dapat info selanjutnya." Dr Amni ! Kenapa mesti awak bersusah- payah kerana dia ? Sedangkan warisnya pun sekali pun tidak mengambil berat pasal dia ! " 

" Kalau Tuan tak keberatan , izinkan saya untuk mengetahui maklumat waris- warisnya...." 

" Baiklah , tetapi saya berasa pelik, kenapa Dr Amni terlalu ingin tahu pasal Aiman Syafiq ? Bukankah , pihak mahkamah sendiri telah mengesahkan masalah jiwa yang dia alami itu" 

" Itu dari segi undang- undang tapi tidak dari segi perubatan....Saya yakin, ada rahsia disebalik semua yang berlaku .Tentu ada sesuatu yang menyebabkan Aiman jadi tidak waras seperti sekarang ! Siapa Sabrina ? Tuan ada maklumat tentang gadis ini ? " 

Ketua warden itu terdiam.Lalu dia mengambil sebuah fail dari dalan lacinya.Tiada sebarang maklumat yang diperolehi hanya sekeping gambar.Dah lama sebenarnya , ketua warden itu ingin memperlihatkannya.

Tak berkelip mata Dr Amni tatkala potret bersaiz pasport itu berada di depannya kini." Ini adalah sebab terbesar kenapa kami tak mengizinkan Dr menemuinya secara berdepan begitu." 

" Wajahnya saling tak tumpah wajah saya ?" 

" Ya, doktor ...."

" Kerana wajah sayalah menyebabkan dia bertindak sebegitu...." 

" Jadi doktor bagaimana ? Apa pendapat doktor ? Perlukah pertemuan seterusnya di jalankan ? " Soal lelaki berkumis tebal itu seraya menghentakkan jari - jemarinya atas meja.Wajah ayu doktor muda itu direnung lama.Pada fikirannya, mungkin gadis itu sebaya dengan anak perempuannya.

" Kalau Tuan izinkan , ya saya perlu teruskan lagi .Aiman Syafiq perlu di bantu Tuan...." 

" Tapi, kami tak mengizinkan doktor mendekatinya lagi ....Dia sangat merbahaya...." 

" Beginilah Tuan, biar saya tengok dahulu mood dia.Seandainya okay , saya cuba mendekatinya jika tidak saya akan berbicara dari luar sel..." 

" Adakah doktor yakin? Sebenarnya agak berat ..." 

" Jangan risau Tuan...

Seperti yang saya katakan tadi , semuanya berdasarkan mood pesakit ini " 

" Tuan, izinkan saya menyimpan potret ini ? " 

" Tetapi ?" 

" Hanya untuk sementara..." 


*********


" JAUH termenung nampak?," soal si rakan seraya mengambil tempat duduk disebelahnya.Liar matanya memerhati timbunan kertas, segala fail- fail juga berserakan.

Amni tersenyum lantas menanggalkan kaca matanya .Tengah antara mata dan batang hidungnya dilurut seketika ." Tak habis- habis lagi ke kes Aiman ni ? " soal Soraya teman serumah Amni .

" Complicated yang .." 

" Kau nak siasat apa lagi ? "

" Sue, ada banyak rahsia yang belum terungkap sebenarnya...." ujar Amni seraya memandang ke arah gambar Aiman Syafiq." Maksud kau , apa ? Bukankah pihak mahkamah dah bagi keputusan.Lagipun , ternyata dialah pembunuh kejam dan misteri itu .Bukan seorang dua gadis yang dia bunuh malah ramai .Kejam pula tu.....Tak cukup dengan itu , lelaki pun menjadi mangsanya ....And kau bayangkan....Dahlah dia bunuh kejam , mayat pula dirogol ...Terseksa si mangsa ..." Soraya dengan sepenuh perasaan meluahkan isi hatinya.

" Amboi kau ...Sepenuh perasaan nampak ?" Sindir Amni lalu mencicip air kopinya sehingga habis.

" Yelah ...Kau tak rasa ke yang si Aiman gila kejam sekali ? Psiko..." 

" Ada kisah di sebaliknya , Soraya ..." 





( KINI )


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.