Home Novel Thriller/Aksi DARAH
DARAH
Pemburu Malam
26/11/2017 09:36:13
23,985
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 1

       PEWANGI dari jenama Hugo Men , disemburkan ke seluruh tubuhnya bermula dari leher .Tali leher di perkemaskan lagi ikatannya.Rambut ' sleek' di sikat lagi supaya menjadi pompedour trend pria terkini.

       Wajah ala Johny Deep, di renung lama dalam cermin.Perlahan-lahan bibirnya yang berkumis nipis di senyumkan.Dalam masa dia merenung ke dalam cermin di meja soleknya, tiba- tiba matanya tertumpu pada selonggok kemeja putih yang telah di cemari cecair berwarna merah pekat.Di sisinya pula kelihatan satu benda metal berkilau .

        " Salam sejahtera, Saya Hazrin melaporkan dari dalam bilik berita .Satu pembunuhan kejam telah berlaku di sekitar ibukota jam 2.30 pagi hari ini, mangsa dilaporkan seorang lelaki dan seorang perempuan dalam lingkungan 30 an.

           Mangsa di laporkan telah meninggal  sejam yang lalu ,     sebelum 2.30 pagi menurut laporan forensik.Kedua- duanya kehilangan kepala, kaki juga tangan.Mayatnya dibiarkan ditepi kedai 24 jam.Menurut laporan lagi , kepala dan anggota lain mereka di jumpai di dalam tong sampah di belakang bangunan yang sama.

           Menurut salah- seorang pegawai polis yang bertugas , suspek seorang yang teliti .Kerana setiap cop jarinya telah di hapuskan.Cuma yang menjadi persoalannya ialah setiap mangsa perempuan mesti bermula huruf ' S' pada pangkal nama mereka.Dan , satu lagi perkembangan terbaru ibu jari setiap mangsa berlubang seolah ditusuk sesuatu ." 

         Tup ! Punat radio di matikan , dia menapak ke arah longgokan baju berkenaan lalu di hidu .Bau darah yang masih lagi segar ! Sesegar darah - darah mereka ! Pisau di angkat , lalu di tayangkan di hadapan matanya .

          Perlahan- lahan pisau itu di halakan ke arah mulutnya .Panjang lidahnya menjilat sisa- sisa darah yang masih lagi melekat di bilah tajamnya.

           Slurpppp.....Sedap ! Segar ! Fresh ! Bilah tajam itu dijilatnya dengan berkali tanpa sedikit pun rasa seriau pada ketajaman pisau itu .Tatkala, ingin mengambil kemeja putih yang tiada lagi putihnya itu tangannya tanpa di sengajakan telah tertolak satu bingkai kecil berukuran A3 yang terletak tepi birai meja itu.  

             Kemeja di campakkan semula , lalu dia menunduk lantas bingkai yang terkatup itu diangkat dan dibuka kembali .  

             " Sudahlah ! I bosan tahu tak ! I bosan hidup dengan you ! You lihat lah diri you itu ??? I rimas tahu takkkk !! Sampai bila I mesti bertahan??" 

             " Sayang....Please sayang...Please, jangan buat I begini....I masih sayangkan you ...." ujar lelaki itu melutut seraya mengenggam erat jemari gadis itu walau di tepis kuat .

             " Huh ! Sayang ??? Sayang you kata ,?? Ini ???? Ini you kata sayang ???" Soalnya angkuh seraya mencampak dompet milik lelaki kacak itu , walaupun wajahnya kelihatan berserabai dengan kumis yang tidak terurus juga rambut .Namun, kekacakannya masih terserlah.

            Tapi itu semua tak berguna buat gadis yang sedang berpeluk tubuh itu.Jika tiada wang dan juga harta, baginya cinta tak bermakna .Ya, memang benar semua itu tetapi berpada- padalah.

           Tanpa berpaling pada lelaki itu, Sabrina terus merangkul lengan lelaki yang baru keluar dari dalam kereta Porshe itu .Aiman Syafiq di tinggalkan tanpa sebarang pamitan.Dengan linangan airmata, Aiman merangkak atas aspal itu lalu mengutip dompet dan cincin mereka.

        Aiman Syafiq langsung bangun seraya merenung hadapannya dengan tajam sekali .Buku limanya kian erat tergenggam.Peluh kian deras alirannya kini.Kerana terlalu kuat menggenggam, otot bicepnya kelihatan.Begitu juga otot dan urat merah pada mata putihnya mulai kelihatan .

         Tiada langsung rasa belas kasihan tatkala melihat dua insan yang terikat di bangku itu .Keduanya berlumuran dengan darah pekat.Pisau Rambo miliknya masih lagi terpacak di paha lelaki perampas kekasih hatinya itu .

          Manakala Sabrina pula sengaja dia mengelar wajah ayu itu sehingga sirna segala keayuannya .Darah yang menitis telah pun memenuhi bekas takungan darah.

          " Sabrina sayang ....Sakit ya?" 

          " Sam....Sam....Sampai hati buat Rina be.....gini...." Agak sukar untuk Sabrina berbicara tatkala mulut dan bibirnya pedih tiapkali bergerak .

          " Sayang juga sampai hati!!!" Bentaknya lalu dibenamkan besi tajam yang telah berkarat itu ke paha Sabrina." Allahhhhhh.....!" Jerit Sabrina menggelepar kesakitan .

           PANG ! PANG ! PANG ! Berkali - kali dia menampar wajah Sabrina hingga gadis itu terdiam.Ibu jari Sabrina disuakan ke dalam mulutnya kini.Disedut darah milik Sabrina semahunya.Setelah itu , dia menapak pula ke arah lelaki yang nyawa- nyawa ikan itu pula.

          " Arghhh!!! " Jeritnya dengan kuat sekali .Dia benar - benar sakit pabila pisau yang telah lama terpacak dipahanya ditarik dengan secara tiba- tiba,dan  dengan kuat sekali .Darah memancut keluar dari arah paha yang telah berlubang itu.

          Darah yang mengalir disepanjang pisau itu di jilat sehingga pisau itu menjadi bersih sekali .Aiman terhenti seketika kerjanya itu lalu dengan pantas menghalakan pandangannya ke arah gadis yang telah tiada itu .

        Pisau di tangan dia lepaskan lalu tergeletak di tepi kakinya.Wajah yang menyinga dan adakalanya bersahaja kini mulai berubah mendung .Aiman Syafiq meluru ke arah Sabrina.

         " Sabrinaaaaa......! Sayangkuuuuuu......!!" Teriaknya lalu memangku kepala yang terkulai itu ." Sayang ..Maafkan abang , sayang......Abang tak...

Tak sengaja .....Hati abang sakit sayang  .....Hati abang sakit pabila sayang tinggalkan abang begitu sahaja       .....Hati abang sakit , sayang .....Sakit ....!" 

          Setelah ikatan telah dihuraikan, gadis yang telah tiada nyawa itu dibaringkan atas lantai." Hati abang lagi sakit pabila sayang tidak mahu layan abang ....Kenapa sayang ? Kenapa ? Sedangkan abang juga berhak ? " soalnya perlahan- lahan menarik zip gadis itu.

           Dengan wajah bersahaja, Aiman Syafiq terus ' menunggangi' mayat gadis tersebut dengan rakus dan berkali - kali sehingga puas..

            Tubuh yang tak bermaya itu didudukkan secara rapat .Pintu di tutup dari luar.Kereta yang sememangnya menghampiri ke arah jurang di tolak sekuatnya.Berguling- guling kereta itu kini menelusuri laluan gaung itu lalu terjunam jauh ke bawah.

           Kedengaran satu letupan.Asap hitam mulai menerawang kini ke ruang udara.Aiman tersenyum sinis lalu menapak pulang .Sedikit pun dia tak rasa gentar seandainya,  ulahnya  dinampak oleh orang lain.

          Simkad , bateri dibuka lalu dicampak berasingan dengan telefon pintar milik lelaki itu setelah melakukan satu panggilan kecemasan.Setelah selesai semuanya, sarung tangan dibakar dengan lighter miliknya.Dia tersenyum puas kerana segala bukti dan cop jarinya tidak mungkin akan ditemui oleh pihak berkuasa.   

        Cap di tanggalkan, zip ditarik ke bawah .Kacamata di tanggalkan.Dan dia melangkah seperti biasa.Wajahnya bersahaja seolah - olah tiada apa- apa yang berlaku .  

         Setelah dicium bertalu, bingkai tersebut diletakkan semula ke atas meja.Seperti biasa , lighter di ambilnya lalu kaki terus melangkah ke arah bilik air  .Kemeja berjenama itu harus dia musnahkan.

         Setelah selesai melaksanakan tugas terakhirnya itu , dia mencapai briefcase dan kunci kereta sport merahnya.

          15 kali misscall

           10 kali panggilan masuk

" HAI ...

ENRIQUE SAYANG ....Y TAK ANGKAT CALL I ?? MISS U SAYANG ....REALLY MISS UR HUG ! UR KISSESS ....UR ? Hihihi...


SALLY ....

SEE ME TONITE YA ...MUAHHH...

         Semuanya di delete.Hanya senyuman sinis dia lemparkan ." Okay Sally ku , sayang....I pun dah takkkk......sa......bar nak jumpa YOU ! " 




2016


Previous: PROLOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.