Home Novel Seram/Misteri ANTOLOGI MISTIK JEMBALANG : Bidadari Pencabut Nyawa
ANTOLOGI MISTIK JEMBALANG : Bidadari Pencabut Nyawa
Riduan Judin
20/12/2014 10:01:34
28,956
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Bab 5

Kundasang, Sabah

FEDOR berjalan dengan kaki yang bertunjangkan dengansemangat yang hampir punah. Harapannya untuk hidup terasa semakin musnah sabanwaktu. Pemergian Kamelia secara terpaksa membuatkan hatinya benar-benar tidakrela. Tetapi apakan daya, jodoh mereka begitu singkat walaupun cinta merekatetap utuh sampai bila-bila.

            Langkahnyadihentikan. Kakinya yang sedikit terasa kebas digoyang-goyangkan setelahmengharungi perjalanan menuruni kawasan tinggi Laban Rata. Fedor berpaling kebelakang sambil mendongak sedikit. Kawasan Laban Rata sudah agak jauhditinggalkan. Terasa hujung hatinya bagai disentuh lembut. Ternyata,sedikit-sebanyak hatinya menjadi tenang semasa bersembunyi di puncak tinggiitu.

            Lelakiitu meneruskan perjalanan. Dan sudah pasti tujuan utamanya adalah berjumpadengan Manur, bapa Kamelia. Dia ingin memohon maaf. Dan mungkin, Fedor akanmeninggalkan Kundasang buat selama-lamanya. Jika itu lebih baik, maka itukeputusannya.

            Kalaulahmusibah itu tidak menimpa mereka, sudah tentu tali pertunangan antara merekaberdua akan sampai ke hujung jodoh. Tapi apakan daya, manusia merancang ALLAH jugamerancang, dan sebaik-baik perancangan ialah ketetapan ALLAH walaupun merekabukan beragam Islam.

MANUR duduk-duduk di kaki lima rumah. Ia umpama ruanglanggar yang dibina untuk berehat. Isterinya pula sibuk memasak di dapur.Beberapa saudara mara mereka turut berada di situ. Hari ini, masuk hari keempatKamelia pergi meninggalkan mereka. Kehilangan itu sangat terkesan di hati danrumah itu umpama hilang seri.

            “Bapa…”Satu suara memanggilnya dari tangga rumah.

            Manursegera menoleh. Alangkah terkejutnya dia apabila yang datang itu ialah Fedor.Tunangan mendiang Kamelia walaupun ia sudah putus dek perpisahan nyawa. Lelakiitu menarik nafasnya dalam-dalam. Baginya, kepulangan Fedor hanya menambahmasalah di kemudian hari.

            “Kaukembali lagi Fedor?” Ujar Manur dengan nada suara yang rendah.

            “Akuminta maaf, bapa. Aku tidak boleh pergi jauh tanpa berjumpa semula denganKamelia.” Fedor kelihatan agak murung.

            “Kameliasudah lama pergi, Fedor. Jangan ungkit lagi masa lalu.” Manur tetap bertenangdalam bicara.

            “Apakeputusan bedah siasat, bapa?” Fedor kelihatan bersungguh-sungguh untukmenginginkan jawapan.

            “Pembunuhan…dan suspek utamanya ialah kau, dan Barau!” Jawab Manur dengan jujur.

            “Aku…dan Barau?” Fedor sukar hendak menerima hakikat. Hatinya memberontak.

            “Akuyakin bukan kau yang melakukannya, Fedor. Tapi, kau yang bersama dengan Kameliamalam selepas pertunangan kamu.”

            “Barau!!!”Fedor agak terkilan dan terancam dengan nama itu.

            “Eya,itu cuma andaianku saja. Aku yakin bukan kau yang membunuhnya, itulah akumenyimpulkan bahawa ini kerja ‘mereka’, kerja puak-puak Barau!” Marah Manur.

            “Akudicari Polis, bapa?” Akhirnya, soalan yang sememangnya ligat bermain difikirannya terluah juga.

            “Sebaiknya,kau pergi jauh dari sini, Fedor. Ke mana saja kau pergi, dan kenapa kembalilagi?” Manur berasa hairan.

            “Akulari di Laban Rata. Aku fikir, aku akan mati dan rohku akan dapat bersemadi dipuncak Nabalu.”

            “Kaupasti tidak sampai hati membunuh dirimu sendiri di puncak itu, Fedor. Itutempat ketenangan. Syurga bagi roh nenek-nenek moyang kita.” Sambil itu, Manurmenoleh ke puncak Kinabalu yang tersergam indah di bahagian kanan rumahnya.

            “Akusudah putus asa, bapa.”

            “Akulagi kecewa, Fedor. Tapi itu takdir Tuhan. Terima dan kita bina hidup baharu.”Cadang Manur.

            “Akusudah tiada kehidupan di sini, Bapa. Mungkin, aku mahu pergi jauh dariKundasang.” Fedor terpaksa akur yang dia tiada siapa-siapa lagi di tempat ini.Dia, sebatang kara yang malang.

            “Seeloknyabegitu, Fedor. Lagi pun… Polis mencarimu di kawasan ini saban hari.”

            “Akumemang hendak pergi… Tapi, aku hendak melihat tempat persemadian Kamelia buatkali yang terakhir. Di mana kuburnya, bapa?” Fedor kelihatan bungkam. Manurpula hanya berdiam. Ternyata, Fedor benar-benar berasa kehilangan dalamhidupnya.

TANGAN kekar Fedor mengusap-ngusap seketul batu empatsegi yang tertulis nama Kamelia di atasnya. Tarikh kelahiran dan kematiannyajuga tertulis di situ. Itu kuburan Kamelia yang hanya ditanda dengan batu.Mereka tidak beragama, dan itulah cara pengebumian mereka. Meninggalkan batusebagai tanda, dan mempercayai roh mereka akan bersemadi di puncak Kinabalu.

            “Kamelia…”Fedor hampir meraung.

            Masainilah air matanya jatuh bercucuran. Umpama mutiara yang menitis di ataspermukaan kaca. Ia hampir sama, tapi keindahan dan kesuciannya sangat berbeza.Dan begitulah hatinya. Walaupun mereka sudah terpisah dengan hijab dunia yangberbeza, tetapi cinta mereka tetap sentiasa mekar bagai bunga.

            Tangisannyasemakin lebat. Masa ini, hujan pergunungan mula turun. Namun, seinci pun diatidak berganjak. Air mata jernihnya bercampur dengan air hujan. Tangannya terusmeraba tanah yang masih merah. Seolah-olah dia ingin Kamelia bangkit semuladari tanah perkuburan itu. Hidupnya benar-benar terasa hancur. Hatinya patahsehingga dia berasa mustahil akan tumbuh semula.

            “Kembalilahkepadaku, Kamelia…” Laung Fedor. Guruh yang berdentum dan kilat yangsabung-menyabung langsung tidak menakutkan dirinya.

            “Akuakan mencintai kau sampai aku mati, Kamelia.” Hatinya remuk melihat aliran airtanah yang berwarna merah dari lekuk timbusan tanah perkuburan itu.

            ‘Ginawo kito gisom kapataion.’ (Hatikita sampai ke hujung kematian) Suara manja Kamelia menusuk jiwanyaperlahan-lahan. Perlahan dia mengalihkan batu nisan itu lalu mengorek satulubang dan menanam sesuatu di bawah tanah itu sebelum ditimbus semula denganmenggunakan tanah dan batu itu.

            “Selamattinggal, Kamelia. Aku akan terus merinduimu.” Lafaz Fedor dalam kesayuan.Selepas itu, dia berdiri perlahan kemudian meninggalkan tanah perkuburan itutanpa menoleh lagi.

HUJAN semakin mencurah lebat dari langit. Sepertiingin menghanyutkan air mata Fedor yang tak kunjung kering di tubir mata.Langkah kakinya terasa goyah namun sengaja digagahkan. Apa yang penting, diaharus keluar dari daerah Kundasang hari ini juga. Baginya, tinggal di tempatitu hanya akan menambah luka.

            “Buathal pula kereta ni!” Rungut Sarah yang tengah memegang payung untuk ayahnyayang sedang menukar tayar di tepi lebuh raya lereng Kinabalu.

            “Keretaini rosak?” Tegur satu suara dari arah belakang. Sarah dan ayahnya Hanifmenoleh dalam keadaan yang agak terkejut. Fedor tersenyum hambar.

            “Eya,tayar kereta ini pancut.” Jelas Hanif yang menghadapi sedikit masalah untukmenaikkan kereta itu bagi menggantikan tayar kereta dalam keadaan hujan.

            “Bolehaku tolong?” Fedor menawarkan bantuan dirinya.

            “Kalaukau tidak keberatan dan tidak terburu-buru.” Hanif tersenyum. Fedor membalasnyawalaupun senyumannya agak tawar.

            Fedorpantas menolong Hanif menaikkan bahagian tayar kereta yang pancut denganmenggunakan alat khas. Selepas itu, dia memutar pembuka skru bagi memudahkantayar itu dikeluarkan dari komponen utamanya.

            “Namaku,Hanif… itu anak perempuanku, Sarah.” Hanif memperkenalkan dirinya.

            “AkuFedor, gembira bertemu kamu berdua.” Jujur Fedor.

            “Kaumahu ke mana Fedor, dan kenapa kau basah kuyup?” Hanif bersimpati.

            “Aku mahupergi ke Kota Kinabalu. Kena hujanlah, itulah basah kuyup.” Fedor berseloroh.Serta-merta Hanif dan Sarah tergelak ketawa. Rupanya, Fedor masih pandaiberjenaka walaupun dia kelihatan agak serius.

            “Secarakebetulan, kami orang KK. Kalau tidak keberatan, ikutlah dengan kami sekali.”Hanif menawarkan bantuannya pula.

            “Terimakasih…” Lafaz Fedor perlahan.

            “Pakaiandia basah, ayah.” Sarah bersimpati melihat Fedor yang agak pucat keranadibasahi air hujan. Dalam pengamatannya, Fedor sudah agak lama dalam keadaanbegitu.

            “Siap.”Fedor melaga-lagakan telapak tangannya untuk membuang sisa-sisa tanah yangmelekat.

            “Alhamdulillah,terima kasih Fedor. Nanti kita singgah di mana-mana untuk menukar baju.” UcapHanif walaupun kerja menukar tayar itu dilakukan bersama.

KalangadanHomestay, Lereng Kinabalu

HANIF menghentikan keretanya di perkarangan rumahtumpangan itu. Kedudukannya yang betul-betul terletak berdepan dengan GunungKinabalu membuatkan panorama di situ sungguh mengagumkan dan memukau mata. Daritempat tinggi itu, kelihatan kabus putih yang berarak perlahan menuju ke arahpuncak gunung kelima tertinggi di Asia itu. Kalangadan bermaksud, ‘kerinduan’dalam bahasa sukuan kaum Dusun.

            “Fedor,kita tukar pakaian sekejap di rumah tumpangan ini. Ada baju lebih yang aku belidari Ranau. Lepas itu, kita menjamu selera, ya.” Tutur Hanif. Fedor hanyamengangguk perlahan. Kesejukan yang terasa membekukan dirinya, sengaja tidakdiendahkan.

            Selepasitu, mereka bertiga keluar dari kenderaan milik Hanif. Fedor hanya berjalantanpa menghiraukan lagi kesejukan di situ yang mula ditutupi kabus yangmemutih. Hanif dan Sarah pula berpayung ke perkarangan Kalangadan Homestay itu.

            Sebelummasuk ke dalam, Fedor tercegat di luar. Matanya sengaja dilontar jauh ke lubukpergunungan Kinabalu. Di situ, fikirannya menterjemahkan kedudukan Laban Ratayang menjadi tempat persembunyian sementaranya tempoh hari. Dan di situjugalah, dia mengukir satu kalimah perasaan yang menjurus kepada mendiangtunangnya, Kamelia.

            “Fedor…”Panggil Sarah.

            Lelakiitu menoleh perlahan. Gadis itu tersenyum kelat. Walaupun mereka berlainanagama, tetapi Sarah dan Hanif sangat baik dalam pengamatannya.

            “Kemari…hujan semakin lebat.” Sambung Sarah. Fedor menghempaskan satu keluhan berat.Kepanasan dalamannya yang terluah serta-merta menjadi sejuk apabila bertembungdengan suhu sekeliling. Buat seketika, Fedor melontar jauh ingatannya terhadapKamelia. Malam ini, dia akan menghadirkan lagi wajah gadis itu dalam mimpinya. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.