“You ni sekarang kan dear, dah banyak berubah
ye?”
Telefon bimbit masih dia pekap di telinganya. Adriana
bertanya dengan nada sinis sambil menghempaskan
tubuhnya ke atas katil. Hatinya sakit. Begitu sakit sehingga mengeruhkan sinar
wajahnya.
Adriana lepaskan helaan nafas
yang berat. Sedikit kasar bunyinya. Tubuhnya yang masih berbalut uniform
hospital didudukkan di atas katil. Nafasnya kelelahan kerana begitu geram
dengan sikap Navin kebelakangan ini.
Beribu kali didailnya nombor
telefon bimbit Navin sepanjang jalan dari wad ke Asrama Puteri tadi. Tiada
satupun yang diangkat mahupun dibalas Navin.
Hampir habis bateri telefonnya mendail nombor itu hanya untuk mendengar
bahawa panggilannya dihantar ke kotak peti simpanan suara.
Ke mana saja lelaki ni? Dah
berhari-hari macam ni. Telefon rosak ke? Tak kan tak reti nak cari alternatif
lain bagi tahu! Hati Adriana terus marah-marah.
Tetapi itulah hakikatnya.
Sejak dia beritahu Navin tentang apa yang telah Mama dan Kak Ni lakukan
terhadapnya dua minggu lepas, Navin seolah sepi. Navin marahkah dia ingkari
Mama? Atau apakah Navin lebih suka dia ikut cakap Mama dan ditunangkan dengan
lelaki Syed itu?
Sekali dua perbualan telefon
mereka selepas itu, Navin hanya suruh dia go slow and buy times.Okay,
dia patuh dengan permintaan itu. Tetapi akhirnya Navin memang betul-betul sudah
jadi slow.Bukan setakat slow saja, tetapi sudah melampau sangat.
Kalau iapun Navin sedang
pening dengan konfrontasinya dan Mama, takkanlah harus biarkan dia sendirian
terkapai-kapai begini. Kalau iapun Navin
sedang cari ilham untuk usaikan semua simpulan ini, janganlah sepi terus
darinya. Macam Harry Porter pulak berkurung nak siapkan buku!
Adriana faham kalau di kalan
ini Navin sedang mati kutu dengan apa yang telah menimpa mereka. Satu-satu.
Mama, Papa dan Amma, semuanya turut
menyesakkan nafas Adriana juga. Bukan Navin tanggung semua itu sendirian.
Tetapi apa yang sangat ketara padanya saat ini ialah Navin sudah banyak
berubah. Sudah tidak seperti dulu.
Menelefonnya sudah
jarang-jarang. Kalau dia yang dail nombor Navin, hah inilah dia. Sejuta kali
pun tak pernah berangkat! Mesej yang dia hantar juga kadang-kadang ada yang
dibiarkan sepi. Apa yang sedang berlaku dengan hubungan mereka? Apakah Navin
sudah tidak mahu meneruskan hubungan mereka ini?
Teddy Bear besar, hadiah dari Navin
untuk ulang tahunnya yang ke 25 itu tergolek ke lantai bila dia membentak-bentak
begitu. Cepat-cepat diambil semula patung beruang kesayangannya itu lantas
memeluk ia rapat ke dada. Kesal kerana melampiaskan geramnya terhadap Navin
kepada beruang kesayangannya itu.Teddy Bearitu kan tidak berdosa...
“Berubah apa dear? I
kan masih macam dulu. I masih sayangkan you kan…” suara Navin
kedengaran tidak bermaya di hujung talian.
“You sekarang dah
jarang telefon I. Message I pun berjam-jam baru you nak balas! You
kenapa?”
Pipi tembam Teddy Bear itu
Adriana cubit lagi bertubi-tubi. Seolah-olah sedang melepaskan geramnya kepada
Navin. Baru tadi dia meminta maaf kepada beruang itu kerana menyakitinya. Nah,
sekarang dia buat lagi!
Di hujung talian sana, Navin
sedang menggaru kepalanya.Kemudian dia picit dahinya pula. Sakit kepalanya itu semakin menjadi-jadi
ditambah pula asakan dari si gadis yang terlalu dia cinta itu. Makan minum pun
tidak tertelan di tekaknya.
“I sibuk dear…”
ujarnya perlahan seolah mengharap pengertian.
“Macamlah dulu-dulu tu tak sibuk?”
bidasnya geram.
“Dear, tolonglah faham.
I tak sihat ni, lagi nak kena standby kat kilang 24jam. Dah
banyak hari I tak tidur. Makan pun tak menentu, tolonglah dear…”
“Oh, jadi I mengganggu you
lah ye? You tak sihat, banyak kerja. I ni menyibuklah maknanya…?”
sinis cambur rajuk nadanya.
“Dear, janganlah cakap
macam tu…” dengusan nafas berat Navin jelas kedengaran.
“You don’t have to say that. Navin.You’ve
changed a lot! ” bentaknya.
Nada suara Adriana sudah berubah. Nadanya bukan
sekadar rajuk, tetapi sudah berbaur amarah, “You takut dengan Amma you
ye? You takut nak teruskan hubungan kita ni ye?”
“I have problem with my family too but I am
still here for you Navin. Tak kisahlah Mama nak kata apa atau nak buat
apapun pada I. Mama dah halau dan tak anggap I ni anak lagi
selepas I lari dari majlis pertunangan tu. Tapi I tak kisah! Apa pun halangan tak akan
patahkan semangat dan perasaan I, you tahu tak kenapa?” Adriana menarik
nafas dari dalam dada yang sedang berombak ganas.
“Because I love you dear…
tapi you?” dadanya beriak ketika melafazkan bicara itu.
“You ni dah macam mengalah je, you memang
dah tak sayangkan I lagi! You pun sama macam Mama, macam Papa dan
Kak Ni! Suka nak susahkan hidup I!” bagai bertih digoreng Adriana menghamburkan
kata-kata geramnya. Airmata bertakung di tubir mata.
“Dear please...” Navin bersuara perlahan.
Kedengaran seolah
tidak meyakinkan. Sungguh Navin bingung dan buntu saat itu.
“Now you tell me what should we do about us?”
Adriana bersuara tegas. Airmatanya sudah beratur di tubir. Tapi dia memang
marah sangat-sangat. Saat itu pula dia sudah rasa sebak. Yang tidak tertahan
lagi.
“Kalau I tahu you nak buat macam
ni kat I, lebih baik I commit suicide je terima jodoh yang Mama
dah pilih tu! You jahat!”
“Dear, please lah… cuba ingat Tuhan
sikit. Janganlah cakap yang bukan-bukan macam tu. I tak rasa keadaan ni as
bad macam apa yang you sangka tu dear. Now is not the time to
discuss about this. Spare me some time please dear. You tahu tak sekarang
ni dah pukul berapa dear?”soal Navin lemah. Terdengar segaris keluhan
halus di hujung bicaranya.
“Dah
pukul tiga pagi ni.Esok I masuk shift pagi. You pun
kena kerja kan dear…?P lease, let me have some sleep? Kepala I
sakit sangat ni,” rayu Navin dengan lembut. Khuatir Adriana berkecil hati.
Dulu bergayut dari jam satu pagi sampai 6 pagi,
tak pernah kisahpun! Hati Adriana memberontak. Lelaki…semua sama… Melayu ke,
India ke, China ke, Serani ke, English ke, semua sama! Tak kisahlah apa warna.
Putih, kelabu, coklat hatta hitam sekalipun! Semuanya mementingkan diri
sendiri! Jerit hatinya lagi.
“Fine! You need to rest. You need to go to
work right? Okay, I’m out! Take your
whole life time dear! And don’t ever bother about me anymore!Tak apa, I
boleh hidup sorang-sorang pun dalam dunia ni!”
Telefon bimbitnya dicampak
keras ke dinding. Lalu casingnya terpecah dua dan jatuh atas gulungan
toto di tepi almari baju. Toto yang selalu Farah gunakan kalau dia bermalam
atau lepak-lepak di bilik Adriana.
Macam-macam perkara yang
berlaku kebelakangan ini buat Adriana rasa hendak jerit pada semua orang. Mama
yang sangat tidak memahaminya, Kak Ni yang tidak boleh dia harapkan, Firas yang
bongkak dan sombong di wad, asyik mencari salahnya!
Dan sekarang, satu-satunya
penawar hati juga sudah menjeruk hatinya juga! Sudah tidak hiraukan dia lagi.
Semua orang sangat jahat! Semua orang tidak sayangkan dia!Dia peluk Teddy Bear
kuat-kuat. Menyembunyikan esakan di dada beruang yang berbulu lebat dan halus
itu.
Sudah seminggu Navin tidak menghubunginya.
Dan sudah satu minggu jugalah muka Adriana kelat dan tegang. Sampai tiada
seorangpun dari teman-temannya yang berani menegur. Farah lagilah, buat bodoh
sahaja dengan dia.
Jangankan panggilan telefon, satu baris pendek
mesej pun tiada yang masuk dari Navin untuknya. Marah sangatkah Navin
kepadanya? Kalau SMS tidak ada, Yahoo Maillagilah... jangan harap! FB,
Navin tidak suka langsung.
Padahal Adriana tidak pernah lupa
memeriksa e-mailnya tiap hari biarpun dia sibuk dan keletihan. Namun hampa dan
kecewa sahaja yang dia perolehi. Tidak ada satu e-mail pun yang dikirimkan oleh
Navin.
Apa yang sudah terjadi dalam perhubungan
mereka kebelakangan ini? Entahlah, yang nyata dirinya dan Navin seolah berada
dalam suasana yang begitu tegang. Berkali-kali dia cuba mencari puncanya.
Tetapi setiap kali difikirkan, masih juga
Adriana gagal menemui sebarang kesan yang boleh memberi impak sebegitu. Kalau
pun ada satu dua isu dan perselisihan pendapat, bukankah segalanya masih boleh
mereka tangani bersama dengan waras?
Sudah bengkak matanya menangis. Bukan
menangis kerana sedih. Tetapi kerana dia berasa amat geram dan marah dengan
sikap Navin. Sakit hatinya bukan kepalang. Namun di sebalik semua itu dia tetap
mengakui bahawa dia terlalu merindui kekasih hatinya itu.
Rindu untuk mendengar suara Navin
memanggilnya dear… Terlalu rindu untuk mengadu suka duka kehidupan
sehari-harinya. Setiap hari yang dilalui selama ini harus ada suara atau mesej
dari lelaki itu. Kini bila hari-hari yang dia lalui menjadi suram dan sepi,
hatinya berubah kosong. Lalu dalam diri mula merusuh segala rasa.
Kebisuan Navin terlalu menyeksakan.
Navin… telefonlah…
Sudahlah dia rindu sangat-sangat dengan
Kak Ni dan Bibik dan... Ah, merekapun tidak pernah fikir tentang dia. Sejak dia
lari dari majlis pertunangan yang Mama adakan secara surpriseitu,
Adriana tidak pernah balik lagi.
Kalau Kak Ni telefon, sengaja Adriana
biarkan panggilan itu dihantar ke Voice Messagesahaja. Biar Kak Ni tahu
hatinya yang kecil ini sudah luka sangat-sangat. Biar Mama tahu anak bongsunya
ini merajuk...
Petang itu Adriana dan Farah sedang
memasukkan barang-barang yang telah dibelinya di Carefour ke dalam tempat duduk
belakang Hyundai Getz hitamnya itu bila seseorang datang menghampiri.
Farah mencuit bahunya dengan hujung jari
berkali-kali. Adriana berpaling menemui wajah Farah yang sedang menghalakan
muncung ke belakangnya. Berkerut keningnya melihat gaya Farah yang sedikit
pelik itu. Tidak faham sungguh. Digeleng kepalanya lalu terus laju menyusun
barang-barang keperluan yang dibeli sejak sejam setengah tadi ke dalam boot
Getznya.
Mendengar Farah berdehem dua tiga kali
lalu mengunjukkan dengan ibu jarinya menghala ke belakang Adriana. Dia kalih
posisi lalu menegakkan badan seraya berpaling. Sepasang mata bundarnya membulat
besar. Betulkah pandangannya tika itu? Macam tidak percaya!
“James?” teriaknya di luar
kawalan minda sedar.
“Hi there! My sweetAdriana!”
pemuda yang berkulit putih kuning dengan segaris kumis menyapanya dengan senyum
paling tampan.
“It’s you!? It’s really you?” Adriana
terjerit kecil. Hampir sahaja dia terlompat-lompat. Gembira tidak terperi.
Aduhai, terlupa seketika kerinduan terhadap Navin yang menyesakkan dada.
“Hmm…” James melirik ke wajah Adriana dengan
senyum penuh makna di bibirnya yang berkumis tipis.
“I saw a girl walk down the street,”James
berkata perlahan sambil menundukkan wajahnya agar tepat mendepani Adriana.
Sengaja menuturkan ayat-ayat jiwa yang suatu
waktu dulu pernah dikagumi gadis itu, “My heart said, it must be my sweet
Adriana. I followed my heart and I followed you. Obviously my heart was right.”
“ Always...”bisik James dengan senyum menggodanya.
“You still remember me?”tidak percaya.
Namun senyuman bangga tidak mampu dia tahan dari
terlukis di bibir. Teruja bila dirinya masih diingati sebegitu rupa. Walhal
antara dia dan lelaki yang bernama James itu sudah terputus hubungan sekian
waktu.
“Noone could ever forget their first and
beautiful love…”
“Oh, you’re so sweet…”wajahnya sudah mula kemerahan. Kembang setaman
dengan penghargaan yang dihujankan lelaki itu kepadanya. Perempuan…
“That’s me!”James tersengih lebar. Bangga.
Cepat-cepat Adriana menutup boot kereta. Dilihatnya
Farah sudah
berdiri di sisi pintu bahagian penumpang di depan. Pura-pura menguak pintu
seolah-olah tidak mempedulikan hal Adriana dengan lelaki Serani yang kelihatan
agak segak itu.
Adriana berdiri menyilang
tangan di dada. Sinar mentari terik terasa dingin bak salju yang menyimbah.
Bahagia terasa bila berjumpa seseorang yang sudah lama tidak ditemui. Apatah
lagi jika seseorang itu pernah menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup.
“So! Tell me, when did you come back?”
“I dah balik almost three months now,” balas James
sambil tersenyum.
“Really? And you never bother to ring me?” pantas Adriana
berteriak kecil. Tangan yang tadi disilang di dada kini dicekak ke pinggang
rampingnya. Marah-marah manja kononnya.
“Thousand apologies my princess,”James menautkan ke dua
tapak tangannya lalu diletak ke dada.
“Tapi youpun tahulah. Balik-balik pun
Ibukan boleh duduk goyang kaki.Parents I tak kaya macam parents you. Ikena
cari kerja.”
“So, you kerja kat mana sekarang?”
Adriana tidak mahu komen tentang ibubapanya yang kaya seperti kata James itu.
“Exxon. Now we are having new project inIndia.”
“Wow!Hebat.”
“You know that I always am.”
Jejaka yang dipanggil James itu mengangkat
sedikit dagunya, meluruskan bahu sambil membetulkan kolar T-Shirt.Mungkin sudah terasa akan
bahang mentari yang menggigit kulit muka. Atau terkesan dengan impressiongadis
itu.
“Ceh!” Adriana kerling wajah
itu.Gayanya
masih sama seperti dulu.
“You’re as pretty as before,” lelaki itu
memang pandai bermain kata-kata manis. Bukankah sudah menjadi lumrah gadis yang
suka kepada kata-kata pujian yang manis?Semua lelaki pasti tahu akan hal itu.
“You know that I always am,”
dipulangkannya semula kata-kata pemuda itu tadi dengan gaya yang sama. James
tertawa memandangnya dan Adriana pula masih merenung pemuda itu. Masih kacak
dan bergaya persis ketika mereka bercinta dulu.
“So, tell me… are you still single?”
Renungan bertaut seketika. Memori lama terimbau
kembali. Gadis Melayu keturunan Syed Syarifah itu pernah menjadi seseorang yang
terlalu istimewa dalam hidupnya. Hampir-hampir sahaja menjadi ratu dalam hati.
Sayangnya hubungan mereka
tidak kekal juga. Dulu Adriana beri alasan keluarga tidak menyetujui hubungan
mereka. Walau berat dia ikutkan sahaja. Pun dia masih belum mahu terikat dengan
apa-apa komitmen.
Tidak sangka hari itu mereka
dipertemukan lagi. Entah kenapa wajah Adriana begitu mengikat hatinya. Dan
entah mengapa pula dia terlalu mengharapkan jawapan yang positif dari gadis
itu. Kalau-kalau dia masih punya peluang.
Adriana memberi senyuman
paling manisnya yang ada saat itu. Seketika lupa di mana hijau rerumput dan
bebatu bumi yang dipijak. Perhatian dan keromantisan bicara James sedang menghanyutkan
Adriana jauhke tengah lautan
perasaan.
Kehadiran James seperti menyuakan bantal
kepada Adriana yang sedang kantuk. Navin yang diharap, James pula yang
menjelma. Tetapi Adriana tidak mahu fikir berat. James pernah menjadi seorang
teman. Atau tidak keterlaluan jika dikatakan lebih sedikit dari itu. Apa
salahnya hubungan sebagai teman ini mereka lalui sekali lagi. Tidak salahkah
berkawan?
Farah yang menyaksikan adegan itu hanya
terlopong.Geram ada,
menyampah pun ada. Adriana ni memang nak
kena dengan aku… getus hatinya. Farah hanya mampu melaga-lagakan giginya. Sakit
jiwa melihat gaya mengada-ngada dua manusia di luar kereta itu!