Hello dear…”
Digagahkan juga diri untuk melepaskan
suara dari kerongkong yang perit. Walaupun tidak berniat untuk sengaja
membiarkan Navin mengetahui akan keadaannya itu, namun menyembunyikan suara
yang ditenggelami sedu-sedan juga bukan mudah.
“Iye dear…” sambut Navin di hujung
talian. Sengihnya sudah hampir sampai ke telinga. Hatinya gembira tiap kali
mendengar suara itu.
Namun demi mendengarkan nada suara Adriana
tika itu, Navin seperti sudah mampu menghidu kejadian. Nada Adriana tidak
seceria atau tidak berbunyi rajuk seperti selalu. Nada itu seperti ada airmata
bersamanya.
“Dear...”
Hati Navin berdebar. Mengapa dia rasa
seolah dia tahu apa yang sedang dan telah berlaku.“Dear,
are you crying?”soalnya perlahan. Teragak-agak.
Semakin ditanya semakin itu pula esakan Adriana kedengaran. Tidak
terbendung lagi oleh sekeping hati yang begitu kecil. Navin menjadi tidak
keruan. Apa yang berlaku kepada Adriana?
“Dear, what happen? Tell me... tell me dear...”dia cuba
memujuk sedang punggungnya sudah tidak senang duduk. Tapak kaki pun sudah tidak
terasa di lantai. Tempurung lutut usah cakap, pasti sudah tidak mampu untuk
mengampu diri. Takut ada sesuatu yang buruk terjadi kepada Adriananya.
“Dear,Mama…” Teddy Bearyang
melekat di dadanya makin didakap erat. Jemarinya meramas belakang patung besar
kesayangannya itu. Sebak di hati menyukarkan dirinya untuk berkata-kata.
Hmm… ia tentang keluarga. Mesti ada
kaitannya dengan aku… desis hati Navin pula.
“Mama you kenapa dear?”Navin bertanya perlahan.
Navin jadi bertambah gusar bila keluhan
dan esakan Adriana kedengaran semakin kuat
hingga ke hujung taliannya. Memang betullah tu ada sesuatu yang tidak
kena. Dia dapat merasakannya bila Adriana sudah menyebut perkataan Mama.
“Mama youtak kasi jumpa Ilagi
iye?Mama suruh youlupakan I?” terus dan terang sahaja Navin bertanya.
Dan Adriana pun menangis semakin kuat di hujung talian sana. Hatinya
menjadi tidak keruan. Sepanjang tempoh perkenalan dan perhubungan mereka, belum
pernah Adriana menangis sebegini.
“Dear, why are you crying so badni? What happen?”soal
Navin cemas. Adriana tidak mungkin akan menitiskan airmata untuk sesuatu
perkara yang sangat remeh dan temeh.
“Dear, Kak Ni tampar I…Mama dan Papa tak izinkan kita berkawan lagi. Macam mana kita nak kahwin ni dear? I
tak boleh hidup kalau tak ada you…” Adriana makin teresak.
Navin hanya mampu mengeluh. Haruskah dia
marahkan Adriana saat itu? Haruskah dia salahkan gadis itu di atas segala yang
telah berlaku?.
“Dear, youdah bagi tau Mama dan
Papa youke pasal kita?” tanya Navin perlahan.
Dan bila Adriana hanya membisu diselangi
esakannya, Navin sudah tahu jawapannya.“Kan Idah kata jangan bagi tau
dulu...” perlahan sahaja nada dalam teguran itu. Bimbang Adriana sangka dia
sedang menyalahkannya pula.
“Kita kena fikir semua ni baik-baik dulu dear
before anything.Kenapa you confrontjuga Mama dan Papa you?”
“Dear,kan Idah bagitahu you
hari tu yang Mama mengamuk pasal bil handphone? Lepas tu dia dapat
tangkap pasal perhubungan kita. Tu lah, Ikan dah cakap dengan you,lebih
baik kita berterus-terang awal-awal sebelum Mama yang tahu sendiri.”
Navin tarik nafasnya. Sedikit kuat berbaur keluhan yang pasti mampu
juga didengari oleh Adriana di hujung talian
sana.
“Habis tu apa kata Mama you?”
Air hidungnya Adriana hembus kuat ke dalam sapu tangan lalu menjawab
dengan suara yang bergetar, “Mama marah lah... lagi-lagi bila dia tahu youbukan
Melayu, bukan Islam.”
“And she could not take it that I am the non-malay guy in your
life?”hati Navin sakit pula ketika melafazkan pertanyaan itu.
“Dear, I’m sorry... Itak niat nak buat semua ni jadi tambah complicated.
Mama yang dah tahu sendiri. Now,Kak Ni pun berkeras dengan I...”
“Papa?”
“Papa tak cakap apa-apapun... Papa cuma nasihat Isupaya tak
timbulkan masalah lagi dalam keluarga...”
“Hari tu bila youbagi tahu abang pasal kita, dia macam
mana?”
“Abang tak adalah keras sangat. Cuma... dia cuma suruh Ifikir
betul-betul je,” Adriana hembus air hidungnya lagi.
Dan Navin mengambil kesempatan itu untuk menegur, “Tu lah youni...
sebab tu Idah pesan dengan you to go slow.”
Keluhannya masih terdengar. Navin harus berfikir lebih cepat kini
walaupun dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia fakir lagi. Dan Adriana rasa
hendak marah bila Navin berkata begitu. Tidak fahamkah Navin bila dia kata Mama
dapat tahu sendiri tentang hubungan mereka? Bukan dia yang membawa tajuk itu ke
hadapan ibubapanya pun!
“Semua ni bukan perkara senang dear...
especially when it is about me,”keluh Navin perlahan.
Bicaranya disambung lagi, “Youselalu marah I.Kata I
tak serius, kata Itak sayangkan youlah apalah semua.Sekarang ni dengan apa yang dah jadi, you
ada fikir tak apa yang I kata
pada youtu betul ke tak dear ?”
“Dear... Iminta maaf...”
Tak apalah, biar sahaja dia yang mengalah.
Adriana terus tenggelam dalam esak
tangisnya.
Navin duduk di atas rumput hijau di tepi
padang.
Hari itu dia sepatutnya bekerja shiftmalam.
Tetapi dia tidak ada
hati hendak ke kilang. Panggilan telefon dari Adriana malam tadi membuatkan Navin
tidak senang hati sepanjang malam sehinggalah saat ini. Semuanya serba
menyakitkan. Sampai migrainnya menyerang kembali.
Tadi
dia sudah pergi ke klinik panel kilangnya.Dia dapat MC untuk dua hari itu. Ubat-ubatan juga
turut dibekalkan. Tetapi seperti selalu dia tidak pernah mengambil semua pil
penahan sakit itu.
Dia cuba mempraktiskan nasihat Adriana
agar hanya mengamalkan minum air Hundred plus yang dicampur dengan air suam.
Untuk beberapa kali yang lepas, sudah terbuktilah keberkesanannya. Dan Navin
memang menyukainya daripada menelan semua friendly-drugsitu.
Padang masih kosong. Ye lah baru pukul
tiga lebih. Kalau adapun kanak-kanak atau orang dewasa yang bermain bola
selalunya jam lima petang ke atas. Sengaja dia duduk di situ. Sendirian.
Bila memandang kehijauan rumput dan biru
langit matanya jadi segar. Dan selalunya migrainnya juga bisa terpujuk dengan
cara itu. Ruang litup dadanya yang sempit juga dapat bernafas lega dengan
kitaran udara luar yang bebas dan segar.
Lagipun Navin sudah penat terperuk dalam
rumah sewanya yang kecil dan tidak ada ruang udara yang baik itu. Bahkan Adriana
juga bukan sekali dua menyuruh dia mencari rumah sewa yang lebih baik
keadaannya. Tetapi dia tidak mahu membazir untuk sesuatu yang tidak begitu
penting.
Wang gajinya yang tidak seberapa itu kalau
dicampur dengan bayaran kerja lebih masa yang dia buat cukup-cukup untuk
menampung segala tanggungannya. Duit untuk Amma dan adik-adik, duit sewa rumah,
ansuran Wira, petrol dan tolnya turun naik JB-KL. Untuk Adriana...
Fikirannya menerawang mengenangkan Adriana
semula. Dan semua yang diperkatakan oleh gadis itu melalui telefon malam tadi
berbaris patah demi patah di ruang ingatannya. Dia memang sudah menduga hari
itu akan tiba jua.
Hari di mana segala rintangan akan
membentengi penyatuan cinta mereka. Hari di mana mereka berdua akan harus
berhadapan dengan segala onak duri dan ranjau yang merintangi laluan mereka.
Kerana itu dia selalu cuba untuk tidak
mengendahkan Adriana setiap kali gadis itu bercerita tentang penyatuan dan
ikatan kasih sayang. Pasal perkahwinan, keluarga, tanggungjawab dan sebagainya.
Bagaimana hendak dia beritahu pada Adriana
bahawa dia lebih tahu tentang semua itu berbanding Adriana sendiri?Sudah
seperti ternampak-nampak di ruang matanya akan jejak yang bakal mereka lalui
itu. Malangnya Adriana masih belum sepenuhnya memahami tentang keadaan diri
Navin dan persekitarannya.
Bukan dia tidak mengutamakan Adriana.
Kalau ada Tuhan yang dia percayai, hanya Tuhan itu sahajalah yang tahu
bagaimana dalamnya lautan cinta dan kasih Navin terhadap gadis itu.
Tetapi kehidupan atas nama cinta sahaja
tidak akan pernah mencukupi. Orang putih kata life is no bed of roses.Kalaulah
perkahwinan mereka nanti boleh sempurna dengan satu perkataan cinta itu,
alangkah mudahnya.
Apatah lagi kalaulah perhubungan mereka
yang dikatakan kerana cinta itu mampu mencairkan hati Mama dan Papa Adriana,
alangkah senang hatinya. Tetapi cinta yang ada di antara mereka itu belum mampu
meleraikan kemelut dengan orang tua mereka.
Dan juga orang tuanya. Amma...
“Amma…”
“Tidak!” jerit Amma lantang sampai terkedu
Navin dibuatnya.
“Amma tidak setuju! Amma tidak akan
restu!” Amma menjerit sepenuh hatinya dengan tubuh tua yang berguling-guling di
lantai. Menarik-narik hujung sarinya yang lusuh itu. Amma protes dengan amukan.
Tangisan Amma menggila malam itu .
“Awak satu-satunya anak yang Amma boleh
harapkan jaga Amma. Jaga awak punya thamby, jaga keluarga. Macam mana awak
boleh jaga Amma sama kita punya keluarga kalau awak kahwin dengan itu perempuan
Melayu?”
Mulut Amma tidak putus-putus meratap.
Sesekali tapak tangannya menampar-nampar ke dahi dan ke kepala tuanya. Rambut
Amma yang sudah lebih putih dari hitam itu pun sudah kusut masai. Peri laku
Amma menunjukkan dia seolah kesal benar dengan apa yang sedang terjadi. Kesal
dengan diri Navin.
“Lagi awak mahu masuk Islam?”terjegil mata
Amma. “Ayoyo… Navindran, apa macam awak buat begini?”
Terjelepok Amma di atas lantai simen
rumah. Menangis sambil tangannya memukul lantai simen. Kemudian tapak tangannya
singgah pula di dahi. Ditepuk-tepuk dahinya sampai Navin pula yang rasa sakit. Kemudian
tangan Amma beralih pula menampar dada di sebalik sari lusuh yang berwarna
coklat itu.
“Amma,
kalaupun Navin masuk Islam, Navin kan tetap anak Amma? Navin tetap akan jaga
Amma dan keluarga kita. Navin janji...”
Ammanya
yang sudah berusia hampir 65 tahun itu menggeleng kepala berkali-kali.
Kedua-dua tangannya tergapai-gapai. Airmatanya bercucuran lebat. Navin lihat
tiga orang adik lelakinya dan seorang adik perempuannya yang bongsu hanya
membisu sambil membuat kerja sekolah mereka. Seolah–olah tidak mendengar
permasalahan yang meriuhkan suasana rumah mereka saat itu.
“Ayoyo Navin… Amma tidak rela! Kalau awak
sudah betul mahu kahwin, kahwinlah sama orang kita. Amma tidak halang. Tapi
Amma tidak mahu awak kahwin itu perempuan Melayu!”
Aduhai,
remuk hati Navin dengan tingkah Amma yang duduk memeluk kedua lututnya di atas
tikar getah yang terhampar di tengah rumah sambil tersedu sedan. Dia hanya
memandang lemah tikar getah yang sudah
bertahun-tahun menjadi hamparan rumah mereka itu. Sudah koyak di sana sini.
Bukan dia tidak mahu menggantikan dengan
tikar getah yang baru. Tetapi Amma tidak membenarkan. Katanya duit itu lebih
baik digunakan untuk perkara lain yang lebih penting. Mengganti tikar getah itu
bukan satu kemestian.
Navin menarik nafas panjang yang berbaur rasa
sebak. Tidak tahu bagaimana untuk menerangkan situasi dengan gambaran positif.
Supaya semua ini boleh difahami oleh Amma. Sekalipun dia merajuk membawa diri,
yang rugi adalah dirinya juga.
Amma tentu tidak akan ragu-ragu untuk
membunuh diri kalau dia keluar juga dari rumah. Senario ini memang sudah
membudayai dan sinonim dengan masyarakatnya. Bunuh diri kerana kecewa samada
menggantung atau membakar diri seolah jalan penyelesaian terakhir yang terbaik.
Navin pejam mata. Tidak mahu membayangkan
sebarang tragedi ngeri yang akan memporak perandakan mereka sekeluarga. Dia
harus lebih matang dan berfikir panjang. Berfikir dengan akal yang rasional,
bukan dengan jiwa yang sentimental. Sekurang-kurangnya tidak untuk saat itu,
ketika Amma sedang merusuh hebat.
Tangisan dan ratapan Ammanya masih lekat
di cuping walau sampai saat itu pun. Dia tidak sampai hati membiarkan Ammanya
itu bersedih. Akan tetapi dia juga tidak ega mengecewakan Adriana. Gadis itu
sudah menjadi sebahagian daripada dirinya.
Adriana
adalah belahan hati dan jiwanya. Adriana adalah bilasan tawa dan cerianya.
Adriana adalah segalanya buat dia. Bagaimana dia harus memiliki kedua-dua
wanita yang amat dia sayangi dan cintai itu?
Tembok
batu yang menghalangi kasih mereka lebih kukuh dari Tembok Besar China. Silap
haribulan akan jadi sentimen negara. Bukan setakat krisis perbezaan agama dan
budaya yang akan jadi masalah.
Silap gaya boleh berlaku perkara yang
tidak diingini. Keluarga Adriana boleh dikatakan agak berpengaruh juga. Jangan
pula sampai seluruh rakyat Malaysia menatap tragedi cinta mereka dalam media.
Jari-jemarinya
berhenti mencabut rumput. Fikirannya kacau benar. Berselirat. Atau haruskah dia
akur sahaja dengan permintaan Adriana.
Kahwin lari? Oh tidak. Navin tidak mahu
larikan anak dara orang. Tidak mengapa, dia akan berusaha untuk memujuk Amma
sekali lagi. Nanti...