Home Novel Keluarga SUAMIKU HEROKU (Sayang You Kerana Dia)
PROLOG
Tak pernah aku jauh darimu, meninggalkan cinta kita...”

Nyanyiannya berlagu perlahan saat menebar luas cadar katil yang berwarna biru laut itu.Sambil-sambil menegangkan kain cadar di atas permukaan katil.Sesekali menggoyangkan tariannya mengikut alunan lagu Alif Satar, berkumandang dari televisyen yang terpasang di sudut billik.

“Tiada yang lain selain diriku, kekal tinggi di hatimu, tiada pengganti yang mampu you cari,” dia buat gayatarian mengikut lirik yang sedang dia nyanyikan.

“Yang secantik diri daku...” Adriana mengikik sendirian saat kedua-dua telapak tangannya bercantum dan melekat ke dadanya. Lucu sendiri dengan lirik lagu yang sudah dia tukar ikut suka hatinya itu.

“Perasan...” tegur lagi seorang gadis sambil melemparkan bantal kartun biru yang mereka namakan Senget itu.

“Cinta ini untuk diriku, rasa ini untukkuuuuuu!” semakin kuat dia menyanyikan lagu yang sekali lagi dia tukar kata ganti namanya itu. Sengaja ingin terus menyakat si gadis yang sedang berbaring di atas katilnya.

“Dengkilah tu...” dia cuit dagu gadis itu dengan nakalnya.

“Tak de maknanya kalau nak dengkikan suara doraemon awak tu...”

“Kak Ni...”

“Hmm...”

Besttak, ada boyfriend?”

“Apa punya soalan tu?”

“Alah, Kak Ni kan dah ada boyfriend...ceritalah sikit... seronok tak?”

“Awak tu budak kecik, tak payah lah nak ambil tahu pasal benda tu...”

Dia cebik. Aku budak kecik? Kalau aku ni budak kecik, dia fikir dia besar sangat dah ke?

“Tak pa... tak pa... nanti Dik Na pun nak cari boyfriendjuga! Yang baik, yang alim, yang handsome,yang romantik, yang sayangkan Dik Na, yang...” dia hitung jemarinya.

“Berapa banyak yang lah dik oii...”

“Suka hatilah, mulut Dik Na yang sebut...”

“Banyak sangat yang, yang... kang kalau dapat yang ge-lap?”

Mulutnya sudah muncung sedepa. “Tak apalah, gelap-gelappun makhluk manusia ciptaan Allah juga... kalau Dik Na dapat yang macam tu maka jadilah dia kekasih gelap Dik Na!” lalu mereka pun saling berdakapan dan berguling-guling di atas katil. Ketawa dua orang saudara.

Previous: CHAPTER 2
Next: CHAPTER 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.