Home Novel Cinta Tangisan Bidadari Pertama
Tangisan Bidadari Pertama
Pena Putera
16/11/2021 20:04:53
212
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 1
"SUDAH berapa lama abang dengan perempuan itu?" tanya Zaleha dengan sayu, menundukkan kepalanya. Hatinya tidak lagi betah memandang wajah suaminya. Memandangnya, membuatkan hatinya semakin remuk.

"Enam bulan."

Jawapan yang ringkas, namun cukup menambah kesakitan pada hati Zaleha.

"Selama enam bulan abang tipu Leha? Enam bulan abang berhubung dengan perempuan itu... Tanpa Leha tahu?"

Sunyi seketika. Tiada yang keluar daripada mulut Yusuf.

"Enam bulan abang main kayu tiga belakang Zaleha, enam bulan abang tipu Leha. Abang buat Leha macam orang bodoh, abang... abang duakan Leha..." suara Zaleha dengan teresak-esak. Menahan sebak di dada yang tidak mampu tertanggung peritnya mengingat segala pengkhianatan suaminya.

"Demi Allah, abang tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Abang cuma kawan dengan dia..."

"Kawan apa bang? Bermesra-mesraan masa mesej, setiap masa telefon, hari-hari tanya khabar... Abang boleh kata cuma kawan?" Zaleha menarik nafas dalam-dalam dan memberanikan diri menatap mata suaminya, dalam.

"Leha tak kisah abang nak berkawan dengan siapa... Tapi Leha sedih bang, bila Leha tengok betapa mesranya abang mesej dengan perempuan itu hari-hari. Betapa kerapnya abang telefon dia sampai abang balik kerja pun, abang sanggup telefon dia dulu sebelum masuk rumah. Dua tiga pagi pun abang masih telefon dia. Sampai Leha rasa, abang lagi rapat dengan dia daripada isteri dan anak-anak abang ini."

"Abang tahu tak, Leha sakit sangat bila baca abang sanggup bagi duit dekat betina itu sebab dia nak beli telefon baru. Untuk mudahkan kerja dia kononnya. Tapi abang tahu tak, anak abang nak buat kerja guna laptop itu, laptop dia problem bang. Pernah tak terlintas dalam fikiran abang untuk belikan dia yang baru? Tapi demi perempuan itu, abang sanggup hulurkan duit macam itu je. Bukan pinjam bang, tapi hulur bang!"

"Kau diam!" tengking Yusuf, sudah hilang sabar. Suara lantangnya membuatkan Zaleha terkedu.

"Kau tak payah nak bising sangatlah! Aku dah cakap aku dengan dia tak ada apa-apa. Apa susah sangat kau nak percaya ini?"

"Macam mana Leha nak percaya? Cara abang berhubung dengan dia pun lain. Lagi mesra, bang. Macam mana Leha nak percaya?" balas Zaleha kesal.

"Suka hati akulah nak berhubung macam mana pun. Kau tak payah sibuk sangatlah. Kalau aku dah kata tak ada apa-apa, maksudnya tak ada apa-apalah itu. Kau tak payah nak persoalkan hubungan aku dengan dialah. Kau nak sangat ke aku curangkan kau?"

Luluh hati Zaleha mendengar tutur kata suaminya. Tidak menyangka itulah jawapan yang terbit dari mulut suaminya. Sungguh kecewa sekali.

"Aku malas nak layan lagi. Kau tak payah nak kecoh sangatlah. Serabut aku dengar!"

Yusuf menapak keluar dan menarik pintu dengan kuat sehingga terhempas bising. AIr mata Zaleha terus bercucuran. Tangisannya semakin esak. Dia sunguh tersedu dengan apa yang telah terjadi. Bukanlah kali pertama dia melalui ini. Sepanjang 25 usia perkahwinan mereka, telah beberapa kali dia dilukai.

Akan tetapi, kebiasannya dia akan memendam sendiri dan makan hati sendirian. Tiada tempat untuk dia luahkan. Kepada siapa lagi dia mahu bergantung. DI usia lanjut sebegini, siapakah yang mahu dia berpaut?

Pada suatu ruang, pergaduhan mereka didengari oleh seseorang. Dia terbaring ke sisi, lemah. Entah mengapa, dadanya berdebar kencang, bulu romanya meremang. Degupan jantungnya terlalu laju sehingga membuatkan dia tidak selesa dengan keadaan sekeliling. Matanya yang mahu terlelap, tidak lagi dapat dia pejamkan. Keresahan menyelimuti dirinya ketika ini.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Pena Putera