Home Novel Cinta IMAMKU ENCIK PILOT
IMAMKU ENCIK PILOT
Pena Putera
4/7/2017 20:14:49
179,495
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

PERLAHAN-LAHAN aku cuba membuka mata. Berpinar rasanya. Bila sudah sedar sepenuhnya, mata meliau keadaan sekeliling. Aku terbaring di atas katil yang cukup asing untuk aku. Dan rasanya ini bukan bilik aku. Semakin aku cuba mengingat apa yang dah jadi, semakin berputar kepala ini mengingatnya.


Bunyi pintu terkuak menarik perhatianku. Daniel muncul dengan wajah yang risau lalu datang menuju ke arahku. Aneh… Dia sudah pulangkah?


“Qasha tak apa-apa?” soalnya penuh bimbang.


“Saya ada dekat mana ini?” Aku cuba mencari tahu. Rasanya tempat seperti ini aku kenal. Macam… Entahlah.


“Qasha ditahan di wad. Qasha terkena demam panas. Abang risau betul dengan apa yang dah jadi. Kenapa Qasha tak beritahu abang yang Qasha sakit. Kalau dibiarkan, boleh melarat. Jangan pandang remeh walaupun cuma demam.” Daniel membebel mak nenek. Aku tarik muka.


“Kenapa saya ada di sini pula? Saya tak demamlah!” Aku letakkan belakang tapak tangan ke dahi. Dan… Bingo! Terkedu aku bila terasa panas dahi.


See? Dah sakit pun masih cuba buat-buat sihat. It’s not good, Sha.”


Aku terus dapat idea.


“Aduh, aduh, aduh… Sakitnya kepala.” Aku mula buat-buat sakit kepala dan rebah atas katil. Sempat memandang wajah Daniel semakin bimbang. Maaf, abang. Bila lagi waktu nak bermanja? Haha.


“Kenapa ini? Qasha okey tak?”


“Entahlah. Kepala ini sakit sangat.” Aku merengek manja.


“Nak abang panggilkan doktor, ke?”


Aku geleng. Kemudian, datang idea nakal.


“Picitkan kepala.” Aku arah Daniel. Tanpa banyak bunyi, Daniel menurut. Namun, bimbang pada mukanya masih tidak hilang. Aku gembira dalam hati. Sebab? Kerana ini membuktikan Daniel ambil berat pada aku.


Dan secara teorinya, orang yang ambil berat pada seseorang itu beerti dia menyayangi orang itu juga! Wah, sukanya. Kalau boleh menjerit, mahu aku menjerit. Tapi, memandangkan aku rasa lemah sangat, aku simpan sajalah hasrat itu.


“Abang…”


“Hurm?”


“Tak ada apa-apa.” Aku senyum.


“Habis itu, kenapa panggil?”


“Nak dengar suara abang.”


“Sakit pun nak mengada-ada.”


Bukan selalu sakit. Eleh, kalau sihat pun nak mengada-ada juga. Barulah hari ini aku sedar, betapa manjanya aku. Kadang-kadang, meluat juga aku menjadi manja seperti ini. Namun, kadang-kadang aku terasa bahagia.


“Abang…”


“Hurm?”


“Abang…”


“Hurm?” Suara Daniel mula kedengaran lebih dalam. Mesti dia sudah meluat. Sukanya dapat mengusik dia.


“Abang…”


Satu kucupan hinggap di pipi. Aku terkedu. Terdiam tidak berkata apa-apa lagi. Mataku mencari Daniel dan otak ini masih tidak memahami sepenuhnya apa yang baru sahaja terjadi. Bibir Daniel terukir senyuman.


One call for one kiss. Fair, right?”


Really?” Aku meminta kepastian. Daniel mengangguk laju. Nampaknya, bukan hanya aku yang bermain di dalam permainan ini. Kalau Daniel mahu turut serta, aku mengalu-alukannya.


“Abang? Oh, abang?”


Satu kucupan… Dua kucupan… Ah, suami aku ini!


Well, you asked for it. And I give it.”


Tangannya yang memicit kepalaku tadi terus bergerak ke pipi dan mengusap lembut di situ. Matanya merenung mataku sedalam-dalamnya. Seakan kami berdua, berada di dunia asing yang hanya ada kami berdua.


“Jangan buat abang bimbang lagi. Abang cemas. Abang takut kalau ada sesuatu jadi pada Qasha.”


“Apa maksud abang?”


“Abang sayangkan Qasha. Jangan jatuh sakit. Tolong… Kesakitan Qasha, kesakitan abang juga. Qasha sakit, abang lebih sakit.”


Perasaan ini tersentuh dengan ucapannya. Menyentuh sehingga ke dalam.


TUM!


Bunyi tembakan pistol itu… Menerjah kembali ke telinga sehingga berdesing. Bayangan itu muncul semula. Segalanya menjadi jelas semula. Aku mula teringatkan segalanya. Mimpi aneh itu menjadi tanda misteri.


Aku memandang Daniel. Tidak mungkin itu semua akan berlaku. Mungkin hanya sekadar mimpi. Cuma, mengapa aku merasakan sesuatu yang bertentangan dengan fikiran aku.


Yang mana aku merasakan itu adalah realiti?




BEBERAPA hari kemudian, demamku mula beransur pulih. Ya, secara fizikalnya aku sudah sembuh. Secara mentalnya, tidak sepenuhnya. Hanya di depan orang, aku cuba berlakon kuat walaupun hakikatnya aku tidak. Hanya keluarga dan rakan-rakan menjadi sumber kekuatanku kini.


“Hah, mengelamun!” Suara seseorang membuatkan aku terkejut. Bila aku berpaling muka, ternyata adik bertuah aku yang muncul. Ini kalau tidak diajar cukup-cukup oleh lecturer, biar kakaknya yang ajar.


“Balik lagi? Kerap betul balik sekali seminggu. Tak boleh ke tinggal saja dekat rumah sewa itu sampai habis belajar,” omelku kepada Adara. Hanya sengihan dibalas kepada soalanku.


“Kak Sha termenung tentang apa tadi? Tentang Adara, ke?”


“Tak ada maknanya.”


“Tahu dah. Siapalah Adara ini bagi Kak Sha. Tapi, yang ini mesti tepat. Kak Sha terfikirkan tentang Abang Daniel, kan?”


“Bukannya salah pun. Suami sendiri juga,” jawabku tanpa malu-malu. Tak perlu menafikan walaupun bukan itu yang menjadi sebab mengapa aku termenung jauh. Kalau betul pun, aku mengaku juga.


Tak payah nak cakap, mana adalah kemudian tersipu-sipu malu. Meluat.


“Adara, akak nak tanya sesuatu.”


“Tanyalah.”


“Apa pendapat Adara tentang mimpi?”


“Mimpi?” Adara berfikir sejenak. “Mimpi adalah sesuatu yang boleh dikatakan sebagai mainan tidur. Kadang-kadang, mimpi ini salah satu petunjuk. Ada orang kata, mimpi ini sambungan dari apa yang kita fikirkan. Apa-apapun, konsep mimpi ini luas. Kenapa Kak Sha tanya?”


Aku menghela nafas. Itukah erti mimpi? Kalau benar mimpi yang dialamiku belakangan ini hanyalah mainan tidur, aku boleh menarik nafas lega. Jika itu adalah petunjuk, apa yang harus aku lakukan? Sedikit sebanyak, ketakutan mula menguasaiku.


“Tak ada apa-apa. Saja tanya,” dalihku agar Adara tidak mengesyaki apa-apa.


“Saja eh? Okeylah.” Adara sudah tidak ambil pusing lagi. Dia mula ralat dengan telefon bimbit di tangannya. Sementara, aku mula gelisah sendirian.


Mengapa sejak belakangan ini, hidup aku selalu diuji dengan dugaan? Ada pihak yang mencemburui kebahagiaanku, ke? Kalau ya, apa sebabnya? Setahu aku, tidak pernah hidup orang lain aku ganggu.


“Wau!”


Aku berpaling ke arah Adara bila mendengar suaranya seperti terkejut.


“Kenapa?”


“Cuba tengok ini.” Adara menunjukkan skrin telefonnya kepada aku. Terpapar gambar seorang wania yang tidak kukenali.


“Siapa ini?”


“Pensyarah Adara dulu. Dia sempat ajar Adara sebelum dia pindah ke universiti lain. Cantik, kan?”


Aku mengangguk. Boleh tahan juga rupanya.


“Dulu, dia pernah ada skandal dengan orang atasan. Bila khabar angin itu tersebar, ramai staf dan pelajar pulaukan dia sebab kononnya, dia dah tunjuk perangai yang tak baik.”


“Skandal?” Aku berminat ingin tahu.


Adara mengangguk. “Dengar cerita, lelaki itu dah beristeri dua. Umur pun tua. Itu pun ada hati nak pasang lain. Memang gatal betul.”


“Habis itu, skandal itu memang betullah?”


“Taklah. Ada orang cuba nak jatuhkan dia. Entahlah… Ceritanya berbelit. Yang Adara tahu, dia tak pernah bercinta. Ada khabar angin kata, hatinya dah dimiliki seseorang cuma lelaki itu tak tahu pun isi hati dia.”


“Macam mana Adara tahu yang hati dia dah dimiliki seseorang?”


“Orang Malaysia dan gosip mana boleh dipisahkan.”


Aku tergelak perlahan. Mata kembali menatap gambar wanita itu. Cantiknya dia. Nak dibandingkan dengan aku, mungkin tidak tertanding. Kami bagaikan langit dan bumi. Terlalu jauh berbeza.


“Qasha!”


Aku memandang Daniel yang memanggil.


“Puas abang cari Qasha. Qasha di sini rupanya.”


“Kenapa abang cari Qasha?”


“Abang ada benda nak cakap.”

Ops, sweet time. Maaf menganggu. Adara minta diri dulu,” celah Adara sebelum dia meninggalkan kami berdua sahaja. Sempat lagi Adara mengusik kami.


“Benda apa yang abang nak cakap tadi?”


“Abang nak ajak Qasha pergi jalan-jalan. Nak tak?”


Aku tersenyum lebar. Yes! Salah satu aktiviti yang aku gemar. Tidaklah terperap di dalam rumah sahaja. Ingat nak ajak Daniel tadi, tapi bila dipelawa lebih awal begini tak akanlah nak lepaskan peluang pula.




RIMBUNAN daun-daun lebat di pokok sekeliling kami benar-benar meromantiskan suasana. Angin pula seakan bertiup lembut mahu memberi keharmoian. Tangan aku dan Daniel berpimpin dan kami melangkah bersama-sama bagaikan di dalam satu kaki.


Mahu sahaja aku hentikan waktu dan ingin begini selamanya. Seluruh gelisah dan kekusutan fikiran sudah menjadi pudar. Hilang bersama angin yang bertiup lembut.


“Qasha selalu tengok dalam drama Korea yang heroin dia jalan dengan hero macam ini. Rasa macam tak percaya sebab Qasha boleh rasa sendiri pengalaman begini pada hari ini,” ujarku senang.


“Jangan tengok kuat sangat drama Korea itu.”


“Kenapa pula? Qasha punya pasal la nak tengok atau tidak.”


“Takut nanti abang tak dapat jadi sempurna seperti dia.”


Aku sengih dan memaut lebih kemas lengan Daniel. Sampai ke situ pula difikirkannya.


“Qasha tak adalah minta abang jadi sempurna seperti hero dalam drama itu. Bukankah manusia itu tidak sempurna? Dan Qasha sendiri pun tak sempurna, macam mana Qasha nak dapat yang sempurna?”


“Jadi, segala kekurangan abang… Qasha terima?”


“Seperti abang menerima kekurangan Qasha, kenapa Qasha tak boleh terima kekurangan abang? Bukankah perkahwinan itu maknanya kita sedia menerima kekurangan pasangan masing-masing? Dan inilah yang apa sedang Qasha lakukan kini,” jawabku tanpa berselindung. Hakikat.


Kemudian, kami duduk di bangku yang dilindungi pohon yang berdaun lebat. Tangan kami berdua masih tidak lepas. Terasa hangat pegangan tangan Daniel ketika ini.


“Boleh tak kalau abang nak minta sesuatu daripada Qasha?”


“Minta apa?”


“Abang nak pimpin tangan Qasha ini sampai ke syurga.”


So sweet


“Abang tak nak lepaskan tangan ini. Biarlah sampai ke akhir hayat, abang akan menjadi lelaki yang bertuah memegang tangan lembut ini. Boleh kan?”


Double sweet


“Tapi, kalau suatu hari… Abang yang tinggalkan Qasha, abang yang mungkiri janji ini… Macam mana?” Bukan satu kepastian, hanya keraguan yang bermain di fikiranku.


“Abang tak tahu nak kata apa. Sebab abang tak mungkin biarkan itu semua berlaku. Tidak ada yang dapat memisahkan kita berdua hanya maut.”


Jantungku berdegup sangat kencang. Sistem kardiavaskular menjadi lebih cerdas mengepam darah. Aku pegun beberapa saat. Mengapa kata-kata itu, seakan menggerunkan aku? Seolah menghimpit aku sehingga nafas ini terlalu sesak.


Entahlah....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.