Home Novel Cinta SNOW WHITE DAN ROSE RED
SNOW WHITE DAN ROSE RED
Pena Putera
13/12/2017 21:53:20
52,732
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13


UMAIRA bergegas ke hospital setelah dihubungi kakaknya yang salah seorang sepupunya dimasukkan ke hospital akibat kemalangan. Hari ini memang hari malang sedunia atau apa? Tak baik fikir negatif, Umaira. Setiap yang terjadi itu ada hikmahnya.

"Apa dah jadi, Kak Hanna? Bagaimana Soffiya boleh kemalangan pula?" soal Umaira mengenai kemalangan sepupunya. Setahu dia, Soffiya sedang sarat mengandung. Ya Allah, beratnya ujian untuk sepupunya. Lebih berat daripada dia dibuang kerja kerana menengking seorang peguam yang menuduhnya 'pervert'.

Hilang semua respect dia pada Datin Wahida. Eh, wanita tua tak sedar diri itu boleh jalanlah dengan bisnes fesyen dia. Lagipun, Umaira tak rasa dengan kehilangannya di syarikat itu akan memberi kesan. Mereka ada Karissa, designer paling unggul untuk masa ini.

"Dengar cerita, dia keluar pergi kedai... Entah macam mana, ada motor terlanggar dia. Kira kes langgar lari," jawab Umaira berdasarkan versi cerita yang dia dengar dari mulut-mulut orang.

"Bagusnya orang yang langgar itu. Tak ada sifat tanggungjawab. Orang macam ini memang tak diperlukan sangat dalam masyarakat dan negara. Memburukkan imej negara di mata dunia. Tak malu, ke kalau negara luar tengok peranai tak bertanggungjawab rakyat negara kita kemudian kutuk kita?"

"Yang Umaira tiba-tiba emo sangat ini, kenapa? Bendera Jepun, ke?" Pelik Hanna dengan adiknya itu.

"Umaira kena buang kerja."

"Apa? Biar betul Umaira? Kenapa pula kena buang kerja ini? Kalau pasal design Umaira itu tak boleh nak diterima, tak akanlah sampai kena buang kerja kut." Hanna ragu-ragu. Macam tak percaya pun ada.

"Tak, kak. Ada alasan lagi bodoh daripada itu."

"Apa dia?"

"Nantilah Umaira cerita. Sekarang ini, Umaira malas nak fikir sangat pasal itu. Buat semak kepala aje." Umaira memilih untuk tutup mulut. Hanna tidak mendesak. Dia mahu memberi ruang untuk adiknya bernafas seketika.

Satu nofikasi masuk ke telefon Umaira. Daripada Instagram, ada orang mula mengikut anda. Okey, mari tengok siapa yang baru follow. Teruja Umaira. Namun, keterujaannya tidak bertahan lama bila 'penyebab' dia dibuang kerja rupanya pengikut baru dia.

"Oh, guess what... Seseorang yang tak ada rasa malu dalam diri baru sahaja mengikuti Umaira di Instagram."

"Siapa?" Hanna bertanya. Umaira cuma menggeleng tidak mahu memberitahu. Hanna malas mahu melayan lagi setelah itu.

Setelah itu, nofikasinya masuk berderet-deret. Lelaki ini sudah gilakah? Semua gambar yang Umaira post sebelum ini, semuanya dia like.

DM daripada peguam itu masuk.

@littleaman : Maaf. Sebab saya, awak kehilangan kerja.

Tak balas. Tak nak layan. Tak ambil peduli. Itu yang Umaira sedang lakukan. Kalau dengan maaf lelaki itu boleh kembalikan semuanya pulih seperti sediakala, Umaira sanggup terima maafnya. Kalau maaf itu hanya sekadar maaf, maaflah. Sila tunggu untuk kelulusan pada masa akan datang.

Umaira pun manusia biasa. Memaafkan orang itu bukan senang. Perlukan masa.

@littleaman : Kalau ada sesuatu yang boleh saya lakukan untuk tebus kesalahan saya, cakap saja. Jangan buat saya rasa serba salah.

Bla bla bla... Kau pun satu, Umaira. Kata tak nak layan, tapi semua mesej dia pergi baca.

Sambil itu, Umaira stalk Instagram lelaki itu. Nama penggunnya @littleaman. Agaknya, nama dia Aman, kut?

WhatFollower dia cecah 50k? Biasalah. Orang hensem mesti dapat perhatian perempuan miang. Tak tahulah kalau ada pondan terselit juga dalam kalangan follower dia itu. Yang si Aman ini follow cuma sebelas orang aje.

Dalam banyak-banyak orang yang dia follow itu, kebanyakkannya lelaki. Mungkin ahli keluarga atau kawan-kawan dia. Yang perempuan, cuma dua orang. Seorang itu nampak tua, mungkin mak dia. Lagi seorang... Akulah. Haha, masih mahu tanya. Padahal dah dapat nofikasi yang dia follow kau, Umaira.

Umaira tercengang. Baru sedar sesuatu. Hanya dia sahaja perempuan yang tak ada kena-mengena dengan lelaki itu dalam list following. Entah angin apa buatkan dia rasa nak mendongak dagu ke langit dan bangga.

Pasal itu pun nak bangga. Haruslah bangga sebab mahu cemburu perempuan-perempuan miang yang follow Aman itu. Haha... Bertabah dan sediakan tisu sambil menangis. Itu aje nasihat sis.

"KE mana kau pergi selama ini? Kau tahu tak, keluarga kau sekarang tengah risaukan kau? Tak pernah kau terfikir bagaimana perasaan mereka sejak kau hilangkan diri? Jangan sebab benda bodoh kau buat benda bodoh juga... Umar, Umar." Hadi geleng kepalanya beberapa kali.

Pertamanya, dia bersyukur kerana ditemukan semula dengan sahabatnya yang sudah lama menghilang. Keduanya, dia sangat marah dengan tindakan Umar. Tindakan yang hanya menambahkan luka dalam hati orang tersayang.

"Aku dah lama lupakan dia."

"Jadi, sebab apa pula kau menghilang?"

"Aku diculik."

Hadi terpempan. Tidak percaya dengan perkara tersebut.

"Biar betul? Kenapa kau tak beritahu aku? Apa dah jadi ini? Cuba kau cerita kepada aku. Aku masih tak faham lagi."

Umar mengeluh perlahan. "Cerita ini complicated. Aku tak tahu nak mula dari mana, tapi aku dah jumpa dia."

"Dia? Siapa kau maksudkan?"

"Kau tak perlu tahu semua itu sekarang. Terlalu bahaya untuk kau. Cuma, aku ada perkara yang nak minta tolong pada kau," ujar Umar separuh merayu. Dia mengharapkan bantuan sahabatnya.

"Cakap saja dengan aku, apa yang kau nak. Kalau aku boleh tolong, aku akan tolong."

Umar menghulurkan sekeping sampul kepada Hadi. Hadi melihat sampul surat itu dan mengambilnya dengan was-was.

"Apa ini?"

"Sampaikan kepada ibu dan ayah. Aku nak mereka baca surat ini."

"Kenapa kau tak jumpa dengan mereka, aje? Mereka rindukan kau. Selama ini, mereka salah faham yang kau pergi cari ketenangan setelah kekecohan yang berlaku. Rupanya, kau kena culik. Ibu dan ayah kau kena tahu."

"Tak boleh. Kalau mereka tahu benda ini, semuanya hanya akan memburukkan keadaan."

Hadi mendengus kasar. Geram juga dengan Umar. Tak nak berterus-terang keadaan sebenar. Dia tak suka dengan perkara begini. Buatkan dia sentiasa ingin tahu.

"Umar... Kita dah lama kawan. Kenapa kau nak rahsiakan masalah kau? Besar sangat masalah kau itu? Apa kata kalau kita buat report polis? Benda ini jangan main-main," tegas Hadi menyuarakan rasa kesalnya.

Wajah Umar sayu memandang Hadi.

"Sebab kita dah lama kawan, aku minta kau rahsiakan perkara ini. Kerana aku percayakan kau, Hadi."

"Tapi..."

"Kalau aku perlukan bantuan daripada kau, aku akan minta."

Sekurang-kurangnya, tidaklah terasa dia dipinggirkan. Hadi tersenyum lebar.

HANNA memilih makanan dan minuman untuk dibeli. Dia memilih beberapa roti untuk dijadikan alas perutnya dan perut ahli keluarganya yang lain. Sewaktu dia beratur untuk membayar, pandangannya dihala ke luar kedai. Melihat ramainya orang keluar masuk kawasan hospital.

Sepastinya penat bekerja sebagai doktor dan jururawat yang tidak menang tangan melayan pesakit yang datang. Tak hanya itu, staf yang lain turut terkena tempias. Pendek cerita, kerja di hospital amat meletihkan.

Selesai membayar makanan, Hanna tergesa-gesa keluar sehingga dia terlanggar seseorang.

"Maaf... Saya tak sengaja. Awak okey tak?" tanya Hanna kepada tuan empunya badan yang dia terlanggar tadi. Cuainya. Tak sepatutnya dia berjalan melulu saja.

"Tak apa, saya okey..." Lelaki itu kelam-kabut bangun dan berjalan tanpa memandang Hanna semula. Hanna hanya memandang lelaki itu pergi dengan serba-salah. Apalah dia dah buat tadi.

Hanna mengutip plastik makanan dan minumannya yang bertaburan di lantai. Habis berselerak semuanya. Eh, bagaimana boleh ada sekeping gambar di lantai itu? Hanna kutip dan melihatnya.

Nampak seperti gambar seorang lelaki tua bersama dengan wanita muda sedang berhibur di sebuah tempat yang gayanya macam... Kelab malam? Gambar apa ini? Jangan-jangan, lelaki tadi punya gambar.

Pandangan Hanna meliau mencari susuk lelaki itu, namun hampa setelah tidak dijumpai. Apa yang perlu dia buat dengan gambar itu? Macam-macam cadangan datang di fikiran. Agaknya, lebih baik dia buang.

Bukannya ada guna. Gambar pun tak senonoh dipandang.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.