ZAHRA
menekan nombor di telefon bimbitnya. Dia sengaja keluar dari biliknya di
tingkat 3 dan turun mencari tempat yang sedikit sunyi. Dia ingin menelefon
tanpa didengar oleh sesiapa supaya buah butir perbualannya dengan si pemilik
nombor telefon itu akan sentiasa menjadi
rahsia. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu.
“Ha
kau! Aku nak kau balik minggu ni!” ujar lelaki itu dari hujung talian dengan
kasar sebaik sahaja Zahra mengatakan hello. Sejak tadi mesej whatsapp lelaki itu telah menerjah skrin
telefonnya menyebabkan Zahra resah. Entah kenapa tiba-tiba lelaki itu bermesej
pula dengannya setelah senyap sunyi sejak dua bulan lepas.
“Saya
banyak kerja.” jawab Zahra dengan kasar. Kalau boleh dia tidak mahu berjumpa
lelaki itu lagi selepas apa yang terjadi. Lelaki itu mendengus.
“Eh,
setiap kali aku suruh kau balik kau tak mahu. Kau mesti ingat kat rumah ni adik
kau aku yang jaga, aku yang keluar belanja. Kau tu lepas tangan. Aku dah banyak
bersabar dengan kau. Aku kata balik, baliklah.” marahnya. Zahra makin angin.
Lepas tangan?
“Awak
tahu tak saya sibuk? Saya banyak tugasan. Awak ingat saya ni holiday ke? Saya
sedang belajarlah. Ada masa saya boleh balik, ada masa tidak, faham?” marah Zahra
pada lelaki itu mahu berdalih lagi. Lelaki tu melepaskan nafas kasar.
“Kau
jangan berdolak-dalik. Aku dah lama bersabar dengan kau. Kau kena balik minggu
ni jugak. Kalau tak aku akan halau adik kau keluar dari rumah aku. Aku tak
kira…” ugutnya. Zahra makin geram. Lelaki itu memang suka benar mengugut dia. Kali
ini menghalau adiknya pula. Hati Zahra jadi galau. Kalau itu yang lelaki tersebut
lakukan bagaimana dengan adiknya? Argghh…dia tak mahu adiknya yang masih kecil
itu merempat pula.
“Janganlah
main ugut pulak macam tu. Kesianlah kat adik saya. Bukan saya tak mau balik…ini
minggu exam. Saya kena belajar. Boleh tak saya balik minggu depan bila saya dah
habis exam?” Zahra cuba berlembut sedikit. Ada nada memujuk walaupun dia tidak
pasti lelaki itu akan terpujuk. Lagipun, risau juga kalau lelaki itu kotakan
apa yang diugutnya itu.
“Hei…dengar
sini budak perempuan. Exam ke tak exam, kau kena balik jugak hujung minggu ni!”
jerkah lelaki itu dengan suara yang kuat sehingga mahu pekak telinga Zahra
dibuatnya. Zahra terpaksa menjauhkan sedikit fon itu dari telinganya. Menjerit
tak agak-agak!
“Tak
payahlah jerit sampai boleh pekak telinga orang. Cuba awak bagi tahu.. kenapa saya
kena balik? Apa yang penting sangat ni sampai awak nak ugut-ugut saya macam ni?”
tanya Zahra semula tidak puas hati dengan suara semakin meninggi. lelaki di
hujung talian senyap seketika. Zahra turut senyap. Seperti malaikat lalu
sahaja. Kedengaran desah nafas lelaki itu seketika.
“Balik
aje lah aku kata. Kau ni faham tak apa aku cakap? Nama saja budak universiti
tapi otak beku. Tak boleh nak faham arahan. Orang cakap banyak kali pun tak
faham-faham!.” ujar lelaki itu tiba-tiba, sempat menyindir. Zahra makin hangat.
Suruh balik tapi tiada sebab. Dia ingat masa aku ni tak berharga ke? desis hati
Zahra geram.
“Kau
nak balik ke tidak ni?” tanyanya lagi dengan suara kasar. Zahra mengeluh. Dia
tahu kalau dia tidak ikutkan kata-kata lelaki itu, ketenteramannya akan hilang
setiap kali mesej lelaki itu menjelma di whatsapp
nya. Bahkan, mesej lelaki itu akan terus menerjah dan menghuru-harakan
hidupnya. Kalau dia biarkan tidak berjawab dia pasti lelaki itu akan telefon
pula tidak kira masa. Yang itu akan menghuru-harakan lagi hidupnya.
“Ye..
saya baliklah.” ujar Zahra mengalah. “Tapi awak jangan halau adik saya atau
siksa dia pulak. Awak dah janji dengan saya. Kalau saya balik awak tak akan
apa-apakan dia.” pintanya pula.
“Kau
siapa? Kenapa pulak aku kena ikut kata kau tu? Ikut suka aku lah. Cuba sedar
sikit siapa diri kau tu. Perempuan murah! Dahlah penipu!!” tuduhnya tanpa Zahra
dapat membela diri. Apapun yang Zahra ingin katakan atau jeritkan pada lelaki
itu sekarang dan juga sebelum ini, lelaki itu tidak pernah percaya. Entah
berapa kali dia membela diri tetapi semuanya sia-sia. Dia masih perempuan murah
dan penipu di mata lelaki itu.
“Nanti
aku hantar kereta ambik kau dari kampus.” katanya tiba-tiba.
“Tak
payah. Saya balik sendiri. Kalau awak nak saya balik, biar saya balik sendiri.”
tegas Zahra. Kalau ada kereta yang jemput nanti ramai pula yang salah faham.
“Kalau
aku tak jemput kau…kau akan tipu lagi. Dah 2 bulan kau tak balik. Setiap kali
aku suruh kau asyik berdalih. Kali ni kalau kau tak balik aku memang nak hantar
adik kau ke rumah anak yatim,” ugut lelaki itu lagi.
“Jangan!…saya
akan balik. Awak jangan risau…saya balik nanti,” ujar Zahra cuba meyakinkan
lelaki itu.
“Baiklah,
kau jangan main-main.” ujar lelaki itu dari celah gigi yang diketapkan.
“Saya
tak main-main. Saya serius dan saya akan balik ke rumah awak minggu ini seperti
awak minta tapi jangan apa-apakan adik saya.” pinta Zahra.
“Aku
akan tunggu. Kalau kau tipu, tahulah apa akibatnya nanti. Adik kau tu akan
merasa azabnya,” ugut lelaki itu.
“Saya
tahu. Awak kan memang kejam.” sindir Zahra pula.
“Hah,
tahu pun. Kau tahu kan apa aku boleh buat pada kau dan keluarga kau kan?!.
Jadi, kau jangan nak tipu aku!”
“Yelah
kat dunia ni awak bolehlah buat apa saja tapi awak kena ingat setiap kezaliman awak
tu ada yang memerhatikannya dan satu hari nanti akan ada balasannya.” sindir
Zahra geram. Lelaki di hujung talian ketawa. Ketawa menjengkelkan.
“Wah
sedapnya kau mengenakan aku ye? Macamlah kau tu baik sangat!” ujarnya di hujung
ketawa.
“Ikutlah.
Siapa yang makan wasabi dialah yang rasa sengitnya.” ujar Zahra mengenakan
lelaki itu sedas.
“Amboi
bukan main kau lagi ye. Tunggulah kau balik nanti. Aku tak kan lepaskan kau. Aku
ada sesuatu yang ‘special’ menunggu kau.” kata lelaki itu penuh makna
menyebabkan Zahra rasa bimbang dengan kata-katanya itu. Special? Namun, dia
tidak boleh lemah kepada lelaki itu. Dia perlu kuat untuk adiknya.
“Saya
tak takut dengan awak lah. Kalau awak apa-apakan adik saya, saya bersumpah saya
akan kerat awak halus-halus.”
“Eeee…takutnya
aku!. Dengar sini perempuan murah! Kau jangan nak tunjuk besar kepala pulak.
Kau kena ingat siapa aku pada kau. Jangan kau nak kurang ajar pulak ye.”
“Saya
tak kurang ajar. Saya nak bagi tahu yang saya mungkin seorang perempuan tapi saya
tak selemah yang awak sangka. Dan saya tak akan biarkan awak buli saya lagi.
Cukuplah apa yang awak dah buat pada saya dan keluarga saya.”
“Jangan
berlagaklah.” sindir lelaki itu.
“Ah!
Tak kiralah. Malas saya bercakap dengan awak ni. Saya banyak kerja. Tak ada
masa saya nak layan awak.” kata Zahra geram. Kedengaran tawa sinis lelaki di
hujung talian.
“Eh
eh…kau ingat aku suka sangat nak bercakap dengan kau???. Yang penting minggu ni
kau balik. Aku tunggu kau. Kalau kau tak balik, kau tahulah langit tu tinggi atau
rendah. Waktu tu jugak aku halau adik kau keluar. Dan aku akan datang cari kau
di universiti kau tu biar mereka tahu siapa kau sebenarnya!!!” jerkah lelaki itu
menyebabkan Zahra menyumpah dalam hati. Bencinya dia pada lelaki itu Tuhan saja
yang tahu. Dia benci lelaki itu sejak dua tahun lepas dan mungkin untuk
selama-lamanya!!