Home Novel Cinta BaYaNGaN GuRaUaN
Bab 30


MAJLIS resepsi perkahwinan di Dewan Merdeka, Pusat DaganganDunia Putra itu berlangsung dalam suasana meriah. Kehadiran jemputan yang ramaijuga begitu mengujakan. Bertambah teruja apabila melihat pasangan mempelai,Tengku Hafiy begitu segak dengan busana pengantin berwarna putih mutiarabersama isterinya, Helena yang turut memakai busana sedondon. Bagaikan pinangdibelah dua, itulah perumpaan yang lengkap untuk kedua-dua mempelai tatkaladipersandingkan di atas pelamin.

Izzul juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama meraikanhari bahagia rakan baiknya malam ini. Dia yang hadir bersama isteri dananak-anaknya serta Irish, turut membawa kedua ibu bapanya atas permintaanTengku Haiyan dan Tengku Dafina sendiri.

Pada mulanya memang Encik Izzuddin serta Puan Qarinaenggan turut serta. Alasannya, majlis ini hanya untuk orang kenamaan danberstatus tinggi. Namun setelah berkali-kali Izzul memujuk, dibantu pula Irish,kedua-dua mereka akhirnya mengalah. Dan kini mereka tampak mesra bersembangsemeja bersama Tengku Haiyan serta isterinya. 

“Along.” Irish mencuit bahu Izzul, membuatkan lelaki ituserta-merta menoleh.

“Kenapa?”

“Along tak bawa sekali ya hadiah untuk Abang Hafiy tadi?”tanya Irish, membuatkan Izzul menepuk dahinya.

“Alamak! Along terlupalah, Irish. Ada kat bonet kereta tu. Keluar kereta tadi terusterlupa  nak ambil sekali. Tak apalah.Biar along pergi ambil sekejap.”

“Eh, tak apa.” Irish menarik lengan Izzul untuk kembaliduduk. Terbit rasa kasihan apabila melihat alongnya yang sedang memangkuQisrina yang sudah pun terlena di pangkuan. “Biar Irish yang pergi ambil. Alongduduk sini aje. Kunci?”

“Betul ke Irish nak pergi ambil ni? Sorang-sorang?”

“Ya, betul! Along tak payah risaulah. Sekejap aje. Lagipunorang ramai kat sini, kan.”

Irish mengukir senyuman, cuba meyakinkan Izzul sebelumalongnya menyerahkan kunci kereta padanya. Setelah itu dia melangkah keluardari dewan lalu menuju ke tempat di mana Izzul meletakkan kereta sewaktu merekasampai tadi. Hadiah itu dibelinya bersama Izzul semalam untuk diberikan kepadaTengku Hafiy sempena perkahwinannya. Setelah mendapatkan hadiah tersebut, gadisitu kembali berjalan menuju ke arah dewan majlis.

“Laju jalan.”

Langkah Irish terhenti. Hatinya berbelah bahagi samaada mahu berpaling ataupun meneruskan langkah saja. Lantaran teringatkanpesanan Izzul, terus kakinya diayun untuk segera masuk ke dalam dewan. Namun baru dia hendakmenapak semula, suara itu kedengaran lagi.

“Tak nak tengok Idulu?”

Serentak itu kedengaran bunyi derapan tapak kakimelangkah menghampiri. Irish berpaling ke belakang. Dilihatnya seorang lelakiyang segak bergaya dengan suit hitam sedang berdiri tegak memandangtepat ke arahnya. Irish mengamati lelaki itu. Serasa dia pernah melihat wajahitu sebelum ini, tetapi dia tidak ingat di mana.

Still can’t remember me, Miss Irish?”

Kaget Irish jadinya. Terkejut bagaimana lelaki itu bolehmengetahui namanya.

“Maaf. Kita pernah berjumpa?”

Of course! Haiyan Holdings’s annual dinner. Wemet that night,” terang lelaki itu bersama satu renungan tajam.

Melihatkan renungan itu, serta-merta ingatan Irishmelayang pada majlis makan malam Haiyan Holdings tempoh hari. Renungan yangtidak diendahkan dek insiden yang berlaku antara dia dan Tengku Harrys malamitu.

So, dah ingat sekarang? Tengku Zafran. Abang TengkuMelissa.”

“Ya. Maaf... saya betul-betul tak ingat.”

It’s okay. Gadis secantik you mana sudi nak ingat I.”Tengku Zafran melangkah untuk mendekati Irish dengan lebih dekat. “Well...nice to meet you, Miss Irish!” ucapnya seraya menghulurkan tangan untukbersalaman.

Irish memandang Tengku Zafran. Serba salah dirinya untukmenyambut huluran salam itu. Dia tidak begitu mengenali Tengku Zafran,walaupundia tahu lelaki itu adalah abangTengku Melissa, juga sepupu kepada Tengku Hafiyserta Tengku Harrys. Hendak atau tidak, terpaksa jugalah dia menyambutnyawalaupun dalam hati teragak-agak untuk menerima.

Baru sahaja tangan Irish ingin membalas huluran salamtersebut, bunyi deheman seseorang mengejutkan mereka. Pantas Irishmenyembunyikan semula tangannya. Mengucap syukur gadis itu dalam hati keranaterselamat kali ini. Namun, leganya hanya seketika apabila matanya menangkappula susuk tubuh Tengku Harrys yang sedang berjalan ke arah mereka.

‘Oh, belum cukup selamat. Masak ni!’ ngomel Irish dalamhati. Cepat-cepat dia menjarakkan dirinya daripada Tengku Zafran.

Hey, bro!”

Tengku Zafran menepuk-nepuk bahu sepupunya itu sambiltertawa.

Your mom cari kat dalam,” ujar Tengku Harrysbersahaja. Tiada sekelumit senyuman pun terbit di wajahnya tika ini. Oh,iya ke?Okey! I ciao dulu. Bye, gorgeous! Seronok dapat kenaldengan you. Hope to see youagain!” Sempat Tengku Zafran mengenyitkan mata pada Irish sebelum berlalupergi. 

 Irish terkedu. TingkahTengku Zafran itu membuatkan dia semakin resah dengan pandangan Tengku Harrys. Tidaklama kemudian, lelaki itu datang menghampirinya, membuatkan Irish tertunduk.Bersiap sedia untuk berhadapan dengan sikap Tengku Harrys yang entah apa pulakali ini. Sikap yang sentiasa di luar jangkaannya.

“Lain kali jangan berani sangat jalan sorang-sorang katsini.”

Sebaik menghabiskan ayatnya, Tengku Harrys terus beredardari situ. Entah mengapa perasaannya tidak senang melihat Tengku Zafranmendekati Irish, walau lelaki itu sepupunya.

Sekali lagi Irish terkedu. Sudahlah tadi Tengku Zafran membuatkanhatinya resah gelisah, sekarang Tengku Harrys pula?

“Ya ALLAH! Apa kena dengan semua orang ni? Boleh jadigila aku dibuatnya!” gumam Irish sambil menepuk-nepuk dahi, bagai membuangsegala kekusutan yang bertandang. Malas mahu memikirkan, terus dia meluru kedalam dewan dan mendapatkan semula ahli keluarganya.

           

MATANYA yang semakin layu terus merenung anak-anak Izzul yangsudah terlena. Izmie berada di pangkuan Safiya, Qisrina masih lagi di peganganIzzul, manakala Qusyairi sudah terlentok di atas ribaannya. Sekilas dia melihatjam di tangan. Memang waktu sudah agak lewat. Tidak hairanlah anak-anak kecilitu semuanya sudah dibuai mimpi.

Irish mengelus-elus lembut rambut Qusyairi yang sedangnyenyak tidur itu sementara menanti umi dan ayahnya selesai berbual denganTengku Haiyan sekeluarga. Hampir setengah jam menanti, akhirnya Encik Izzuddindan Puan Qarina datang menghampiri bersama-sama Tengku Haiyan serta ahli keluarganyayang lain. Termasuk pasangan mempelai.

“Zul! Sorrylah, bro. Aku tak dapat naklayan kau malam ni!” ucap Tengku Hafiy.

“Eh, apa pulak? Hari ni kan majlis kau. Takkan kau nakduduk kat bawah layan aku, then Helena bersanding sorang-sorang kat atastu?” seloroh Izzul membuatkan yang lain ketawa.

“Tak adalah. Maksud aku, hari ni aku tak dapat nak borakdengan kau macam selalu.”

No problemlah. Majlis kau, kan.”

“Hmm... dah tidur dah semua cucu Nek Engku ni?”

“Penatlah tu agaknya. Dari siang tadi tak tidur. Sibuknak jumpa Tok Engku dengan Nek Engku katanya,” ujar Puan Qarina. 

“Laa... iya ke? Kesiannya. Tak sempat dia orang nak maindengan Nek Engku, ya.”

“Tak apalah, Fina. Malam ni tak dapat, nanti-nanti Izzulboleh bawa budak-budak ni datang ke rumah.” Tengku Haiyan membalas kata-kataisterinya.

“Tengku, malam pun dah lewat. Jadi kami mintak diridululah,” pinta Encik Izzuddin lalu berjabat tangan dengan Tengku Haiyan.Begitu juga yang lain sebelum berpisah. Cuma Irish seorang tidak dapat berbuatdemikian memandangkan Qusyairi tidur di pangkuannya. Tidak larat dia inginmengangkat anak buahnya ini.

“Eh, Irish. Astaghfirullahalazim! Along terlupa langsungAiri!” Izzul bagaikan baru tersedar. Terus sahaja kakinya melangkah ke arahIrish.

“Along nak angkat Airi macam mana? Dengan Qis lagi.”

“Ya tak iya jugak! Err...”

“Tak apa. Saya tolong angkat.”

Satu suara mencelah tiba-tiba. Dan ketika itu juga TengkuHarrys yang segak berbaju Melayu putih lengkap bersamping datang menghampiritempat duduk Irish. Dengan penuh berhati-hati dia mengambil Qusyairi daripangkuan gadis itu. Irish pula hanya memandang perlakuan Tengku Harrys tanpasepatah kata. Renungan lelaki itu yang sempat singgah ke wajahnya membuatkanlidahnya terus kelu seribu bahasa.

Segera Irish bangkit dari kerusi sebaik tubuh Qusyairisudah berpindah tangan pada Tengku Harrys. Dia pasti wajahnya saat ini sudahmerona merah. Lebih-lebih lagi apabila menyedari semua mata sedang tertumpu kearah mereka.

 Minit berselang,kelihatan kelibat mereka keluar beriringan dari bangunan Pusat Dagangan DuniaPutra itu sebelum bergerak ke kereta milik Encik Izzuddin. Tengku Harrys yangmendukung Qusyairi sejak dari dalam dewan tadi, membaringkan semula si cilikitu di atas ribaan Irish setelah gadis itu masuk ke dalam kereta.

“Terima kasih,” ucap Irish perlahan. Namun hanya anggukanyang diterima daripada Tengku Harrys, tanpa lelaki itu melihat ke arahnya.

Kereta Toyota Wish milik Encik Izzuddin yang dipandu Izzulmula bergerak meninggalkan pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra. Sepanjangperjalanan pulang, Encik Izzuddin serta Puan Qarina tidak henti-hentibersembang tentang Tengku Haiyan sekeluarga yang begitu baik dan peramahwalaupun ini adalah pertemuan pertama mereka.

Hanya Irish sahaja yang tidak memberikan perhatianterhadap perbualan tersebut. Fikirannya melayang jauh memikirkan kelakuanTengku Harrys malam ini. Entah mengapa, hatinya resah dengan sikap lelaki itu.Namun dalam kedinginan Tengku Harrys, naluri wanitanya sedikit tersentuh denganperlakuan spontan lelaki itu sewaktu membantunya mendukung Qusyairi tadi.

Malah sewaktu kereta mereka mula bergerak, matanya sempatmelihat ke arah lelaki itu. Dan ternyata Tengku Harrys juga melakukan hal yangsama. Cuma pandangannya kali ini kelihatan lebih lembut. Sedikit redup. Tidakseperti ketika dia terserempak dengan Tengku Zafran di luar dewan sebelum itu.Sungguh! Dia tidak faham sebenarnya. Sikap lelaki itu benar-benarmembingungkannya. Mujurlah Tengku Melissa tiada di majlis malam ini. Kalautidak, tak tahulah apa akan jadi.

‘Hmm... Tengku Melissa. Kenapa aku tak nampak langsungmuka dia kat majlis tadi, ya?’ Irish bermonolog sendiri. Ralat memikirkanketiadaan Tengku Melissa di majlis perkahwinan Tengku Hafiy walaupun abangnyaTengku Zafran kelihatan hadir.

Tengku Zafran. Ah! Menyebut sahaja nama lelaki itu, hatiIrish sekali lagi dipagut resah. Entah mengapa, dia seakan tidak selesa apabilaberdepan dengan Tengku Zafran. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Namun diatidak tahu berkenaan apa. Asyik benar melayani fikiran, akhirnya gadis ituterlena di dalam kereta sebelum sempat sampai ke rumah.   

Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.