Home Novel Cinta BaYaNGaN GuRaUaN
Special Teaser 1

SPECIAL TEASER 1 


“Tengku carilah gadis lain.”

Why?”

“Saya tak layak untuk Tengku.”

“Kalau macam tu, samalah jugak awak anggap saya tak layak untuk awak,” bidas lelaki itu sambil memalingkan kembali wajahnya ke hadapan.

“Saya tak bermaksud macam tu.”

Then what?”

“Tengku berhak dapat yang lebih baik. Kat luar sana masih ramai lagi gadis yang boleh Tengku pilih. Lagipun kita tak pernah bercinta. Dan pertunangan ini atas dasar pilihan keluarga. Jadi saya rasa tak menjadi masalah untuk Tengku putuskan,” terang Irish sejelas yang mungkin, mengharapkan agar Tengku Harrys akan memahami.

“Yakin ke saya akan jumpa perempuan yang lebih baik?”

“Tak mustahil.”

“Macam mana dengan awak?”

“Kenapa dengan saya?”

“Awak minta saya putuskan pertunangan ni dan cari perempuan lain. Then what happen to your life?”

Irish tersenyum hambar. Kepalanya ditundukkan semula memandang pasir pantai. “Hidup saya tetap sama macam yang sebelum Tengku kenal.”

“Sampai bila?”

“Sampai saya dah tak ada.”

Sekali lagi Tengku Harrys tertawa kecil. Namun kali ini kedengaran sedikit sinis. “Awak nak saya tinggalkan awak dan cari perempuan yang lebih baik? Sedangkan awak tetap macam ni sampai bila-bila? Awak buatkan diri saya nampak kejam, Irish.”

“Mungkin saya memang bukan ditakdirkan untuk lelaki.” Perlahan sahaja suara Irish kedengaran sambil kakinya menguis lembut pasir pantai yang basah dipukul ombak.

“Setiap manusia dilahirkan untuk berpasangan.”

“Tapi takdir hidup saya mungkin bukan tertulis macam tu.”

“Habis perasaan saya macam mana?”

“Saya rasa perasaan Tengku belum pergi lebih jauh. Ataupun mungkin belum ada apa-apa sekelumit pun perasaan lagi. Jadi masih belum terlambat untuk undur diri.”

Tengku Harrys mengetap gigi. Setiap bait-bait kata yang keluar dari mulut Irish bagaikan pisau tajam yang menghiris hatinya. Dipejamkan mata seketika sebelum membukanya kembali. Angin petang yang dingin dihirup perlahan dengan harapan dapat menyejukkan hatinya yang sedikit hangat ketika ini.

“Seumur hidup saya mungkin belum pernah bercinta. Tapi sekali saya dah jatuh cinta, jangan harap saya akan berpatah balik.”

Tergamam Irish saat mendengar ayat itu. Kaki yang asyik menguis pasir pantai sedari tadi lansung terhenti. Pantas dia menoleh.

“Apa maksud Tengku?”

Tengku Harrys tidak menjawab. Hanya mata kekal tegar memandang lautan tanpa sedikit pun dikalihkan pada Irish.

“Tengku?” sekali lagi Irish memanggil nama lelaki itu. Dapat dirasakan degup jantungnya semakin laju, berdebar-debar menantikan bicara selanjutnya.

“Kemaskan barang-barang awak malam ni. Esok pagi kita bertolak balik. Our family are waiting us,” arah Tengku Harrys yang sudah mahu beredar dari situ.

“Tapi soalan saya Tengku belum jawab lagi.”

Once we get back, you will know the answer. For now on, awak balik ke bilik dan berehat.”

Tengku Harrys mula mengatur langkahnya meninggalkan pantai tersebut. Hanya beberapa langkah sahaja dia menapak, Irish kembali memanggilnya. Lantas tubuhnya dipusingkn kembali menghadap Irish.

“Tengku macam mana?”

“Macam mana apa?”

“Malam ni. Tengku nak tidur kat mana?”

Spontan terlihat senyuman kecil terbit di bibir lelaki tersebut. “Kenapa? Nak offer saya

tidur bilik awak ke? Saya tak kisah.”

Irish mengetap bibir. ‘Orang tanya betul-betul, dia main-main pulak. Tinggalkan kat sini kang!’

Melihatkan tiada tanda-tanda lelaki itu akan menjawab pertanyaannya, Irish mula mengatur langkah pergi dari situ. Sikit pun dia tidak memandang wajah Tengku Harrys. Hanya berlalu melewati lelaki tersebut.

I already checked in.”

Serta-merta tubuh Irish berpaling ke belakang. “Hmm?”

Next to your room.”

Irish mengecilkan matanya. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengar. “Macam mana Tengku boleh tahu bilik saya? Dan macam mana Tengku boleh tahu saya ada kat sini?”

“Kalau kita ikhlas mohon dari Dia, semuanya akan jadi mudah.”

Selamba sahaja Tengku Harrys menuturkan kata-katanya. Dengan perlahan dia bergerak menghampiri Irish sebelum berhenti betul-betul di hadapan gadis itu. Di sebalik kacamata hitamnya, dia merenung anak mata Irish dalam-dalam.

“Allah jadikan hati kita dekat. Sejauh mana pun awak lari, saya hanya perlu mencari mengikut gerak hati. Dan sebab Dia jugalah, saya berada dekat dengan awak sekarang ni. Jadi jangan cuba bermain dengan takdir-Nya, Irish.”

Seraya itu Tengku Harrys beredar meninggalkan Irish. Langkah diteruskan tanpa menoleh ke belakang lagi. Sementara Irish masih lagi terkaku di tempatnya. Terkedu dengan setiap butir bicara Tengku Harrys sebentar tadi. Segera dia berpaling. Namun lelaki itu sudah jauh meninggalkannya keseorangan di tepi Pantai Batu Ferringhi ini.



** Seperti yang dijanjikan, Special Teaser of BG dari saya.. Tetapi ia bukan full chapter.. Hanya sedutan dari bab-bab yang ada dalam naskhah penuh Bayangan Gurauan.. You can share anywhere if you want.. Speard it out to your friends.. Selamat membaca.. Jumpa lagi dalam Teaser seterusnya..... (^_^)




Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.