Home Novel Cinta CINTA HILANG ARAH
CINTA HILANG ARAH
Noreey
27/11/2015 01:22:32
1,844
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 25

BAB 25

PELUKIS BERKULIT HITAM manis itu mundar mandir di biliknya. Sejak pulang dari Ekspo Kesenian beberapa hari lepas perasaannya tidak tenteram. Ada sesuatu yang mengganggu benaknya.

Semuanya membangkitkan nostalgia. Wajah gadis itu…, juga harumannya kembali membuat hatinya diruntun dan dipalu rindu detik demi detik.

Waktu yang sudah menjauh pergi membawa bersama kemesraan yang sudah berputik di hati, namun enggan juga ia jatuh dari tangkainya. Sakit dan perit rasanya menyimpan kenangan manis yang tidak mungkin dapat diulangnya kembali.

Mestikah dia tunduk pada kemahuan hatinya, sedangkan dia sudah berusaha untuk melupakan semuanya?

Telefon bimbit di tangannya digenggam erat dan di renung dengan perasaan yang tidak menentu. Akhirnya di tinggalkan saja telefon kecil itu di atas meja di sisi katil bujangnya. Dengan langkah yang tidak bersemangat dia bangun menuju ke pintu biliknya untuk keluar.

Tangannya terhenti dari memulas tombol pintu bila telefon yang ditinggalkan tadi berlagu, seolah-olah menahannya agar jangan pergi. Dia menoleh. Hatinya berdebar sekejap. Ah, tak

mungkin dia yang menelefon! Dia kembali untuk menjawab panggilan itu.

“Hai..”

Satu suara perempuan menyapanya sebelum sempat dia memberi salam. Dadanya diketuk debar yang sebentar.

“Ya, siapa tu?” soalnya ingin kepastian. Untuk seketika dia menahan debar. Duduk semula dia di birai katil, telefon dirapat ke telinga sambil cuba menguasai semula perasaanya yang telah hilang sebentar tadi.

“You tak kenal I lagi ke?”

“Emylia?” Bibirnya berbisik.

“You sudah lupakan I ?”

Pelukis yang sudah berusia lewat 20an itu diam sejenak, terkasima. Tadi dia yang begitu beria-ria ingin menghubungi yang empunya suara itu, kini yang empunya suara itu benar-benar sedang berbicara di hujung talian bagaikan dekat benar di telinganya. Sedang bermimpikah aku? Sempat juga dia menyoal diri.

Kamalia seolah-olah mendengar dan menjawab suara batinnya. Pemuda itu diam juga, tidak tahu apa yang harus diucapkannya.

“B…” lembut suara itu memanggil dan terlalu dirinduinya.

“I tak pernah lupakan you,” akhirnya terungkap juga sepotong ayat meskipun payah baginya.

“Kenapa you offkan telefon you, I mesej you tapi satu pun you tak balas?”

“I ni cuma kawan you, so untuk apa you nak terasa kalau I tak balas mesej-mesej you dan tak jawab panggilan you?”

“Hemm..., you nikan suka sangat merajuk! You merajuk sebab I tolak hasrat you dulu?"

“I ni cuma manusia biasa.”

“Kalau you marah I sekalipun, you janganlah pergi begitu saja.”

“ I bukan jenis lelaki yang suka memporak perandakan perasaan orang lain!”

“You sindir I?”

“Kenapa mesti you terus-terus terasa, I cakap diri I bukan orang lain.”

“I hubungi you bukan untuk mendengar ini semua, I hubungi you atas dasar satu hubungan…”

“Hubungan? Hubungan apa yang you maksudkan sebenarnya?”

“I sayangkan persahabatan ini!”

“Sekadar hubungan persahabatan yang tak bermakna lebih baik dikuburkan saja.” Raish terus memotong, sengaja berkata begitu melepaskan rasa terkilan yang sedang berbuku di hatinya. Ternyata egonya belum juga mahu runtuh meskipun batinnya menjerit-jerit melaung rasa rindu yang tidak terperi.

“You tak sayangkan I lagi?”

Egonya tercabar sudah. Dia hanya berdiam sekadar untuk menyelamatkan egonya sebagai lelaki.

“Untuk apa you tanya, sedangkan you dah tahu isi hati I."

“Maafkanlah I, sekurang-kurang I sudah cuba untuk

berlaku jujur pada you.”

“So you nak apa lagi?”

“Kita tetap berkawan seperti dulu,” rayu Kamalia. Raish menelan liurnya, menelan juga rindunya.

“I lebih senang menganggap you kesayangan I, jujur I katakan sekarang kerana I tak mampu untuk bersahabat lagi seperti dulu.”

“Emmm…terpulang, itu hak you dan I tak boleh nak ubah pendirian you.”

“You dah tahu harapan I, I takkan desak you lagi tapi I tunggu jawapan you.”

“Biarlah takdir yang menentukan segalanya, I tak mahu kata apa-apa sekarang.”

“Mestikah you biarkan I begini?”

“I tak pernah biarkan you, you yang menjauh diri.”

Lembut sudah hatinya dibelit bicara manis Kamalia. Mestikah dibiarkan cintanya berlalu sekali lagi?

“I bukan menjauh diri, I sekadar mencari ruang dan mencari harga diri I.”

Perempuan itu mengeluh di hujung talian. Waktu dirantai sepi. Masing-masing terdiam, membiar hati menyapa dari kejauhan.

“Hemm…susahlah you ni, you tahu tak I tak ada kawan macam you.”

“You yang membuat semuanya jadi susah…mengapa susah sangat untuk you terima…”

“Sudahlah, kita jangan merumitkan lagi keadaan, kita mula semula seperti mana kita kenal dulu. You maafkan I, I maafkan you.”

Petah dan mudah sungguh bibir perempuan itu memujuk raganya. Sedingin salju semuanya meresap di jiwa. Apa yang harus dia fikirkan lagi, Kamalia tidak juga mahu hilang dari hidupnya.

Kamalia…, selagi rindu ini masih membisik namamu, selama itu dirimu masih ku sayang…


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.