Home Puisi Umum MENUNGGU NOKTAH AKHIR
MENUNGGU NOKTAH AKHIR
Noreey
7/12/2015 02:50:23
1,973
Kategori: Puisi
Genre: Umum

MENUNGGU NOKTAH AKHIR

Waktu sunyi telah hadir

Menghantarku ke ruang fikir

Kadang-kadang aku jadi getir

Sukar untuk memaknakan tafsir

Pada bayang-bayang yang hadir

Tak pernah aku usir

Lara hati yang meminggir

Tika aku sendirian bermusafir

Tika aku masih fakir

Jalananku dulu penuh kerikil

Begitu payah begitu kerdil

Tak mampu untuk aku nukil

Untuk ku zahirkan sebuah hasil

Barangkali jerih semalam bakal berakhir

…boleh jadi juga belum berakhir

Sehingga ku temui noktah terakhir

Biarlah aku bersembunyi, di belakang tabir.

NUKILAN

Nor Riha Kadir, Port Dickson.

DEC 2015

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.