Home Novel Cinta Cinderlisa
Cinderlisa
Meja Editor
11/11/2024 09:36:59
1,466
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6
MASUK saja ke dalam kereta, aku menarik tali pinggang keledar, meletak beg tangan atas paha dan terus memandang Fareez yang sedang melambai mama dan papanya. Kereta mula meluncur keluar dari pekarangan banglo itu. 

“Kenapa encik tak beritahu saya awal-awal yang encik ni anak tunggal kepada pemilik KN Properties?”serangku. 

Sejak tadi, aku dah tak puas hati dengan dia.Bukan saja tak puas hati sebab dia tak beritahu, tapi juga sebab angkara dia yang tak reti nak beritahu aku perkara seperti itu. Akhirnya, aku dah memalukan dirisendiri dengan mengumpat KN Properties tempoh hari. 

AKU MENGUMPAT BAPAK DIA, TAHU TAK? 

“Perlu ke?” 

Dua patah perkataan saja dia balas! Dua patah! 

“Perlulah! Kita kan tengah bekerjasama sekarang? Banyak benda pasal encik yang saya tak tahu. Kalau tiba-tiba mama encik buat interviu lebih dalam macam mana? Tak ke pelik mama encik tu nanti kalau satu benda pasal encik pun saya tak tahu?” 

Fareez diam tidak menjawab. Hanya fokus memandu tanpa sedikit pun mengerling ke arah aku. Di depan lampu isyarat yang terang benderang berwarna merah itu pun, dia masih diam tanpa menoleh ke arah aku.“

Encik?” panggilku. 

Aku sudah panas ketiak. Pendingin hawa yang sejuk pun tidak dapat nak menenangkan aku bila Fareez pilih untuk buat bodoh saja dengan semua leteran dan soalan yang aku ajukan tadi. 

“Apa yang susah sangat nak beritahu saya tentang encik? Saya bukannya nak tahu saiz seluar dalam encik atau nombor pin akaun bank encik. Saya hanya nak tahu basic information encik. Kalau mama dan papa encik soal siasat saya, saya tak ada masalah nak jawab macam tadi lagi.” Aku sambung lagi sesi berleter. 

Bukannya aku nak gunakan informasi dia untuk buat love scam dekat perempuan lonely yang tergila-gilakan lelaki kacak dan poket tebal macam dia pun! 

Kalau aku buat pun, bukan dia tahu. 

 “Tak perlu tahu tentang aku untuk bekerja dengan aku, Alisa. Buang masa. Kerjasama antara kita tak lama mana. Bila mama dan papa dah percaya yang aku ada usaha untuk sebuah perkahwinan, kerjasama antara kita akan tamat. Aku akan beritahu mama dan papa yang kau dan aku tak serasi. Simple.” 

That ‘simple’, huh?” Aku tekankan perkataan simple itu. 

Cara Fareez cakap itu seakan-akan semua perkara ini semudah macam main “tepuk amai-amai belalang kupu-kupu”. Yang kena hadap sesi temu ramah terhangat itu, aku! Bukannya dia. 

Kali ini, barulah Fareez mengerling aku sekilas. Walau hanya sekilas, tapi aku sempat membaca matanya. Itu adalah satu kerlingan amaran untuk aku. 

“Apa maksud kau dengan, that ‘simple’?”“Apa lagi maksud simple yang ada dalam kamus?”balasku.

“That ‘simple’, huh?” Fareez mengulang semula kata-kata aku tadi. 

“Aku dah bagi kau amaran, Alisa. I said it loud and clear. Jangan jatuh cinta dengan aku. Hubungan kita takkan ke mana. Tak lebih daripada seorang majikan yang mengajikan seorang pekerja. Takkan lebih.” 

Eh! Dahi aku terus berkerut serentak dengan mulut yang terlopong sesaat. Apa Fareez kata tadi? Aku tak salah dengar ke? Atau, aku salah mentafsirkan apa yang dikatakannya? Dia fikir aku sebut perkataan ‘that simple, huh?’ itu sebab aku dah suka dekat dia? Ada perasaan pada dia, maka perkara itu sudah tak lagi simple? Bertukar jadi sebaliknya pula? Complicated? 

Oh! Perasannya kau! Keyakinan kau memang tinggi, brader! Aku salute dengan keyakinan yang satu itu. Tapi, ini Medina Alisa, okey! Seorang Medina tak kejar lelaki! Bak kata arwah nenek dulu, neberrr

“Kalau encik maksudkan yang saya ni mungkin dah jatuh cinta pada encik hanya sebab saya kata ‘that simple’tu, encik memang salah besar! Saya maksudkan yang semuanya tak semudah seperti yang encik bayangkan. Kalau saya tersalah jawab sebab saya tak tahu apa-apa tentang encik, kerja antara kita akan hancur! Gagal!”Aku menyerang lagi untuk jatuhkan keyakinan lelaki ini yang mencanak tinggi. 

“Really?” Fareez mengerling aku. 

Ya ALLAH! Adakah muka aku ini nampak macam pendusta atau pembongak? 

Yes, really! Saya boleh jamin yang saya takkan jatuh cinta pada encik. Jadi, rasanya encik dah boleh mula ceritakan serba sedikit tentang encik supaya senang saya nak jawab soalan interviu mama dan papa encik nanti. Bukan apa … kalau projek calon isteri upahan kita ni gagal, yang harunya encik juga. Bukan saya. Saya, lepas habis kerja ni ... habislah. Saya dah boleh kembali ke kehidupan asal saya. Encik pula, kena figure out cara untuk tamatkan segalanya. Sama ada encik kena pergi dating dan kahwin betul-betul atau encik nak terus menghadap soalan bila nak kahwin daripada orang tua encik. Jadi, kalau encik tak nak projek ni gagal, encik perlu beri kerjasama. Okey?”

“Okey.” 

Fuh! Punyalah panjang lebar aku membebel tadi, dia balas okey saja? Tak nak ke puji otak aku yang sentiasa berfikiran tiga langkah ke depan ini? Kereta Fareez membelok masuk ke persimpangan deretan rumah teres. Beberapa minit kemudian, keretaFareez berhenti di hadapan rumah Kak Hanan. Jam baru menunjukkan angka 11.05 malam. Maksudnya, aku masih tak langgar peraturan Kak Hanan. 

“Rumah kau dah ada depan mata. Sebelum masuk jam 12.00 malam dan kau bertukar jadi Sleeping Beauty, baiklah kau pergi masuk rumah cepat.” 

Aku tergelak kecil sambil mencapai beg tangan. Periksa tempat duduk jika ada apa-apa barang kepunyaan aku yang terjatuh. Baru nak melangkah keluar, tiba-tiba .… 

“Terima kasih untuk dinner malam ni. Masakan kau sedap. Layak untuk dapat pujian. Dan terima kasih juga sebab kau, mama dan papa dah tak runsing lagi.” 

Fareez bersuara tenang tanpa bertentangan mata dengan aku. Dia hanya bersandar pada kerusi dan memandang pagar rumah Kak Hanan. 

“Sama-sama,” balasku ringkas. 

Aku melangkah keluar dari kereta sebelum menapak ke arah pagar. Baru nak membuka kunci pagar, sekali lagi tingkah aku terbantut bila terdengar pintu kereta dibuka. 

Aku berpusing ke belakang. Fareez sudah keluardari kereta dan lelaki itu bersandar pada badan BMW. Berpeluk tubuh sambil merenung aku. 

“Aku, Muhammad Fareez Syah. Ramai orang panggilaku Fareez. Ada juga yang panggil Syah. Aku lahir di Klang. Membesar dan tinggal di KL dari kecil sampai sekarang. Lahir pada 16 Januari 1992. Umur aku 31 tahun. Anak tunggal. Makanan kegemaran, apa saja yang sedap. Hobi? Tidur dan baca buku. What I love themost? Attention. What I hate the most? Women.” 

Aku terkebil-kebil. Satu, sebab perkenalan biodata yang tiba-tiba sangat itu. Dua, sebab ayat terakhir Fareez. Apa yang paling dia benci, perempuan? Mak kau jantan ke? Eh, sekejap! Fareez kata dia paling bencikan perempuan. Jadi, adakah spekulasi hangat aku hari itu memang tepat dan benar belaka? 

“Jangan pandang aku macam tu. Aku tahu apa yang ada dalam kepala kau, Alisa. Tak, aku bukan gay. I’m straight. Or at least, I was once straight as hell.” Seperti dapat membaca air muka aku, Fareez bersuara. 

“Was once?” Adakah ini bermaksud yang dulu dia lurus, sekarang dia bengkok? Ya ALLAH! Kaum Nabi Luth! 

Seriously. Kau ni banyak sangat tengok drama,Alisa. Tak, aku bukan gay. Aku juga bukan lurus. Aku tak berminat kedua-dua kaum ni. Tak ada hati dan tak ada minat, okey?” 

Oh? Macam itu pula? Kalau dah dua-dua kaum itu Fareez tak suka, tak ada hati dan tak ada minat, kaum apa pula yang jadi pilihan Fareez? Kaum yang tengah memperjuangkan hak “they” itu ke? Yang marah bila orang kelaskan sebagai ladies and gentleman itu? 

Aku tengok Fareez memandang jam di pergelangan tangannya. 

“Dah. Pergilah masuk. Dah nak masuk jam 11.30malam. Lagi setengah jam, kau bertukar jadi Sleeping Beauty, nanti menyusahkan aku pula nak kena gendong kau bawa masuk dalam rumah. Kalau kena tangkap dengan kakak kau, tak apa. Kalau kena tangkap dengan JAIS? Mahu hari ni jumpa bakal mentua, esok dah masuk malam pertama.” 

“Hei! Kotor tau mulut encik ni!” Naik segan aku jadinya bila perkataan malam pertama diseret. Otak aku yang tak berapa nak bersih terus buat kerja lebih masa. 

“Eh? Aku tak ada cakap apa-apa yang kotor pun. Mulut aku yang kotor ke atau otak kau yang kotor?” bidas Fareez.

Dush!” Terus menusuk ke dalam hati. Tak pasalpasal aku pula yang kena sebiji dengan mulutnya. 

Okey, fine! Fareez memang tak ada cakap benda kotor. Tapi, dia tetap salah juga. Siapa pun yang dengar tentang malam pertama, mesti akan terfikir tentang perkara itu. Atau memang aku aje? 

“Okeylah, aku balik dulu. Jangan lupa mandi dan ambil wuduk sebelum tidur. Semoga diampuni dosa sehingga bangun pada subuhnya dan dilindungi.Selamat malam.” Fareez terus masuk ke dalam keretadan kemudian keretanya meluncur meninggalkan pekarangan rumah. 


NADA dering telefon yang berkonsert nyaring membuatkan aku terganggu. Aku celikkan mata sikit sambil tangan menjalar mengambil telefon yang terletak di atas night stand

Nama yang tertera pada skrin telefon membuatkandahiku berkerut hairan. 

Encik Muhammad. 

“Helo?” sapaku perlahan. 

“Selamat pagi, Cik Cinderlisa dan Sleeping Beauty. Baru bangun?”

Suara maco Fareez menerpa telinga. Daripada mengantuk, terus segar apabila mendengar suara lelaki itu. Pakai mandrem ke apa mamat ini? 

“Kenapa?” Pagi-pagi lagi call aku, dah kenapa? 

Assolatu khairum minan naum. Solat itu lebih baik daripada tidur. Bangunlah. Dah lima minit azan habis.Tak baik melambatkan solat. Berdosa. Azabnya tak rasadi dunia, tapi di akhirat sana.” 

Aku kena tazkirah pagi-pagi buta pula daaa …. 

“Kata orang yang tipu keluarga sendiri demi tak nakkahwin.” Tak nak kalah punya pasal, aku terus melawan. 

“Bukan tak nak kahwin, tapi belum lagi nak kahwin,”balas Fareez selamba. 

Aku diam. Nak berlawan lagi, tapi rasa malaslahpula. Pagi-pagi lagi dah bergaduh. Habis hancur mood aku satu hari nanti kalau aku kalah dengan Fareez. 

Bila aku diam, Fareez pun diam. Sudahnya, talian jadi sunyi untuk beberapa ketika. Hanya kedengaran deru nafas Fareez di hujung sana. 

“Encik ni call saya sebab nak kejut saya bangun solat subuh aje ke?” Aku menyoal sekali gus memecahkan kesunyian tadi. 

Pelik juga aku bila tengok nama Encik Muhammad di skrin telefon tadi. Mula-mula aku fikir dia nak sampaikan tugas terbaru ke apa, tapi lain pula jadinya. 

Aku dengar Fareez tiba-tiba terbatuk. Teruk pula itu bunyinya. Batuk kering ke apa? Entah-entah kena covid tak? Sudahlah kami baru berjumpa semalam. Kalau berjangkit dengan aku, macam mana? 

“Encik okey ke?” 

Bila aku tanya, terus batuk Fareez terhenti. Senyap sesaat sebelum Fareez bersuara. 

“Aku nak jalankan tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH di muka bumi untuk nasihatkan orang macam kau. Bangun solat subuh. Jangan lambatkan solat. Berdosa. Jangan fikir orang yang tak solat aje kena azab. Orang yang sengaja melambatkan solat pun kena. Dah, jangan kacau aku. Aku busy. Bye.” 

Panggilan terus ditamatkan seperti itu saja.Terkebil-kebil aku pandang skrin yang sudah gelap. 

Jangan kacau aku? Siapa yang kacau siapasebenarnya? Dia yang call aku, aku pula dituduh mengacau? Hisy, hisy, kesiannya .… Muda-muda lagi sudah mereng.


Nota: Ini siaran terakhir di laman ini. Bacaan lanjut, dapatkan buku anda di Karangkraf Mall: https://www.karangkrafmall.com/product-detail?products_id=5431

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.