Home Novel Cinta Hello, Encik Tulang Rusuk!
Hello, Encik Tulang Rusuk!
Eisya Azra
23/2/2021 11:26:35
27,358
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

“Tini..ada stok baru sampai.  Kamu susunikut rak yea..”

Diahanya mengganguk.  Faham dengan tugasanyang perlu dilakukanya.  Itulah rutinseharianya, menyusun buku dan menjadi jurujual. Jika tidak ada pelanggan, masanya banyak dihabiskan dengan membaca noveldan majalah yang terdapat di kedai tersebut. Dia amat suka membaca dan itu menjadi satu sebab mengapa dia memohonkerja di situ.  Serasanya sudah hampirtiga tahun dia bekerja di situ, bukan tidak ada tawaran kerja yang lebih baiktetapi dia lebih senang di situ.  Dekatdengan ayah dan adik-adik. Sekurang-kurangnya, dia masih boleh menjalankan tanggungjawabnya sebagaiseorang anak dan kakak. 

“Cik, saya nak tahu..apa buku keluaran terbaru NB KARA?”

Diamenoleh apabila terasa yang suara tersebut begitu hampir denganya.  Dia tersenyum walaupun senyumanya tidakdisambut oleh pemuda di hadapannya ini. Uih..sombong! hatinya mengutuk…     

“Kat sini adalah buku-buku keluaran terbaru Alaf 21 dan NB KARA… saudara bolehpilih sendiri.  Stok baru sampai pagitadi”

“Saya tak pandai nak pilih..sebab tu saya tanya awak.  Kalau tak, apa guna awak jadi pekerja katsini”

Diaterkejut. Sinis. Tajam.  Dia menahansabar..pemuda itu adalah pelanggan..pelanggan sentiasa betul…Mukanya masih lagidimaniskan.

“Saya rasa elok encik cuba baca buku ni..dengarnya sambutan yang diterima amatmemberangsangkan…karya Norhayati Berahim...”

Diamenghulurkan salah satu buku yang berada di rak tersebut.  Buku yang dihulur tidak disambut.  Dia hanya menahan sabar dengan tingkahlakuyang ditunjukkan oleh pemuda tersebut. Apa lah malang nasib, baru sekerat hari bekerja dah jumpa manusia macamni…Hebat sangatkah kau manusia sehingga boleh belagak sombong macam ni?

“Kenapa bagi kat saya? Bungkuslah! Itu pun nak kena ajar ke?”

Diaterkejut.  Terasa ayat yang diluahkanoleh pemuda yang berlagak di depanya ini terlalu kasar.  Darahnya naik sampai ke kepala..ada jugak akuhempuk je buku ni kat kepala mamat ni..baru dia tau langit tu tunggi ke rendah.

“Berapa?”

“Rm24.90”

Diamenjawab ala kadar.  Malas mahu melayankarenah manusia yang tidak pandai untuk berbudi bahasa.  Bukankah rakyat Malaysia kaya dengan budibahasa..budi bahasa budaya kita..kononnya! Seboleh mungkin dia cuba berlagaktenang dan berusaha untuk tidak mamandang wajah pemuda tersebut.

“What? Buku macam ni pun mahal?” Ada nada ketidakpuasan dalam suara pemudasombong itu.

Ish..inidah melampau.  Dia mengetap bibir..tadiberlagak, tak kan sebuah buku yang tak sampai lima puluh ringgit dahkomlen….apa punya manusia la mamat ni…

“Awak nak beli ke tidak?” Dia seperti sudah kehilangan sabar.

“Eh..awak jangan nak perli saya lak..saya ada duit tau!” Pemuda itu membulatkanmata.  Dia hanya membalas.  Apa? Ingat aku takut?

“Ada saya cakap awak tak ada duit? Saya Cuma tanya awak nak beli ke tidak bukuni?”

“ Tapipertanyaan awak macam perli saya…” Pemuda tadi masih mahu melancarkan peluruterhadapnya.

“Awak jangan nak memanipulasikan ayat saya…”

Hartinidah mula rasa nak muntah.  Dia sebenarnyacukup pantang bila berdepan dengan manusia yang sombong tidak bertempat.

“Awak jangan nak belagak dengan saya, boleh tak?”

Diamengurut dada.  Matanya tercari-carikemana menghilangnya Maisara iaitu bos dan merangkap pemilik kedai buku MaisaraEnterprise.

“Encik, sebenarnya encik datang ke kedai ni nak bergaduh dengan saya atau nakmembeli buku?”

Diamengangkat buku yang berjudul ‘Layang-layang Terputus Tali’ karya NorhayatiIbrahim itu tinggi-tinggi. Serasanya selama hampir tiga tahun dia bekerja disini, tidak pernah lagi dia berhadapan dengan pelanggan seperti pemuda yangberada di depannya ini.

“Mestilah nak!”

Diaterus memasukkan buku tersebut ke dalam beg plastik. Dia mahu pemuda tersebutcepat-cepat pergi daripada kedai. Mahu segera menamatkan segala sengketa yangtercetus dan yang paling penting dia tidak mahu membuang masa untuk melayankarenah manusia sombong di hadapannya itu.

“Terima Kasih…Datang lagi..”

Diamemaniskan wajah dalam keadaan terpaksa. Pemuda itu mengambil buku yang beradadalam tanggannya dengan kasar. Tanpa menjawab apa-apa, pemuda itu terusmelangkah pergi dan tidak menoleh lagi.

Diamengurut perlahan dadanya. Ya Allah, berikan aku kesabaran….

…………………………………………………………………

“Tini, ini gaji bulan ni…”

Maisaramenghulurkan sampul berwarna biru kepadanya. Dia menyambut dengan rasa kesyukuran.Tidak sabar rasanya mahu memberikan sedikit duit daripada gajinya itu kepadakedua adiknya iaitu Hardina dan Haryani. Dia tidak mahu adik-adiknya merasakankesusahan yang telah dia rasa sedikit waktu dulu. Dia pernah merasa peritnyamahu membayar yuran peperiksaan setiap tahun dan sukarnya menahan rasa apabilabaju sekolah yang dipakai jarang berganti. Dia masih ingat, pernah dia menahanperut pada waktu rehat kerana mahu menyimpan duit sekolah sebanyak seringgitsehari yang ayah berikan. Ah! Kenangan waktu persekolahan memang sukar untukdilupakan!

“ Tini…”Terasa ada tangan menyentuh bahunya. Dia tersedar. Jauh benar dia mengalamunrupanya!

“Tini, mari kita duduk-duduk sekejap. Akak ada perkara nak tanya Tini…”

Diamengerutkan dahi tanda tidak mengerti namun kakinya digagah jua mengikut geraklangkah Maisara. Dia dan Maisara duduk di atas sofa pada ruangan yang agakkecil, memang dikhaskan oleh Maisara untuk pelangan yang ingin berurusandengannya dalam hal jual beli buku.

Tidaksampai seminit duduk dengannya, Maisara bangun dan menghampiri pintu utamakedai. Tanda ‘open’ digantikan dengan‘closed’.

“Ada apa Kak?”

Diabertanya. Bimbang kalau-kalau ada tingkahnya yang tidak menyenangkan Maisara.

“Tini ada masalah?”  Maisara memulakanbicara.

Hartinihanya tersenyum. Sejak daripada dulu lagi, dia amat mengkagumi keperibadianmajikannya itu. Sudahlah cantik, berbudi bahasa pula…

“Tak ada apa kak…Kenapa?”           

“Akak nampak muka Tini macam orang yang ada masalah. Ceritalah kat akak, mungkinakak boleh tolong…”

“Akak…Saya tak ada masalah. Terima kasih sebab ambil berat pasal saya. Akakjangan bimbang ye, kalau saya ada masalah…Saya pasti akan cerita kat akak…”

Diamengemgam erat tangan Maisara yang telah dia anggap lebih daripada seorangmajikannya. Maisara tersenyum manis.

“Lega hati akak bila dengar Tini cakap macam tu. Akak bukan apa, cuma risaukalau-kalau Tini dirundung masalah…Sebab akak tahu, Tini dah banyak diuji…”Seperti ada nada pilu di situ.

“Akak…Bukan ke semua orang yang lahir kat muka bumi ni akan diuji? Apa la sangatujian yang saya dapat jika nak dibandingkan dengan orang lain yang lebihteruk…Sekurangnya saya bersyukur kak, Allah mahu menguji saya…Itu tandanyaAllah sayangkan saya…Kan kak?”

Diabersuara tenang. Maisara hanya mengangguk.

“Akak kagum ngan Tini..Tini gadis istimewa…”

“Jangan memuji saya kak..Saya masih banyak kekurangan yang akak tak nampak”

Diasudah tertunduk malu walaupun dia sedar Maisara sudah banyak kali memujinya.

“Emm…Sebelum akak terlupa, tadi akak ada belikan banyak lauk untuk makan malam.Akak dah asingkan untuk Tini separuh. Balik nanti, makan dengan ayah danadik-adik Tini…”

Maisaraseperti mahu bangun daripada tempat duduknya.

“Tak payah lah akak…” Dia sudah terasa serba salah. Maisara terlalu baik!

“Tini…Akak beli banyak,mana habis kalau akak makan dengan abang Norman. Tiniambil ye..Akak tahu Tini letih, hari ni pelanggan kita ramai…So,malam ni Tinitak payah la masak”

Hartinimembalas senyuman Maisara. Tuhan, terima kasih! Dia mengucap syukur…

 

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.