Home Novel Cinta Hello, Encik Tulang Rusuk!
Hello, Encik Tulang Rusuk!
Eisya Azra
23/2/2021 11:26:35
27,368
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

Hartini menyusun semua hidangan yang telah siap dimasaknya. Walaupun tidak banyak tetapi dia merasakan itu sudah cukup memadai untuknya sekeluarga. Ada nasi dagang, kek coklat, puding jagung dan sedikit pulut kuning untuk dimakan dengan rendang ayam. Semuanya disediakan sendiri olehnya.  Adik-adiknya tidak dibenarkan untuk menolongnya di dapur hari ini. Dia mahu lakukan semuanya sendiri, mahu merasa nikmatnya meyambut hari lahir dengan cara sendiri dan dia dapat merasakan kebahagiaan dengan berbuat begitu....Pedih semalam dan kelukaan yang sangat dalam sedang ditanggungnya mahu dilupakan seketika. Dia tahu,dia harus kuat dan dia juga tahu dia masih ada orang-orang yang sayangkannya...Dia masih ada ayah,adik-adik, Maisara dan juga Irfan...Emm..Mengingatkan pemuda itu,membuatkan dia mahu mengukirkan senyum...Temannya itu gila!


            “Semua dah siap!”


Dia memanggil adik-adiknya. Hidangan untuk ayahnya sudah diasingkan. Dia tidak mampu untuk memapah ayahnya ke meja makan yang ada di dapur.  Rumahnya juga rumah kayu yang agak usang,ayahnya tidak boleh melompat menggunkan sebelah kaki...Ayah hanya boleh mengensot tetapi dia tidak mahu ayah berbuat begitu di hari bahagianya.


            “Along...Apa kata kita angkut semua makanan ni depan ayah? Kita makan ramai-ramai depan dia...Bersila...”


Hardina membuat cadangan. Dia agak terkejut...


            “Ish..Angah ni, nanti ayah marah!”


Imran bersuara. Mungkin dia masih trauma akibat ditengking oleh ayah sewaktu merenggek mahu makan nasi bersama-sama ayah beberapa tahun sudah. Dia sebenarnya tidak mengerti mengapa ayah tidak membenarkan mereka sama-sama makan dengannya. Apa yang dapat dia fikirkan hanyalah ayah tidak mahu dia dan adik-adik tidak berselera untuk menjamah nasi bila berhadapan dengan sebelah kaki ayah yang masih ada....


            “Assalamualaikum!”


Ada suara memberi salam saat dia menghulurkan piring kepada Haryani. Semua mataadik-adiknya terarah kepadanya.


            “Adik pergi tengok siapa datang”


Dia memandang Imran.


            “Asyik-asyik adik yang kena suruh...”


Mulut adik lelakinya membebel walaupun kakinya sudah dihayunkan menuju ke ruang tamu yang mengadap pintu utama rumahnya. Otaknya ligat berfikir, siapa yang sudi bertandang ke rumahnya tengahari begitu....


            “Along! Abang Irfan datang ni!”


Suara adiknya kuat daripada pintu utama. Abang Irfan?


Dalam kebingungan, langkah kaki dihayunkan juga untuk mendapatkan adik lelakinya yang masih lagi tidak berganjak daripada pintu utama.  Sempat dia melirik kepada ayahnya yang hanya tenang memandangnya.


            “Assalamualaikum Tini”


Saat dia menjengukkan wajah, ternampak sengihan melebar Irfan terhadapnya. Dia hanya mengeluh, sudah masak benar dengan perangai Irfan yang kadangkala sukar untuk dia jangkakan.


            “Along, ajaklah abang Irfan masuk”


Imran juga tersengih memandangnya. Apa kes dengan diaorang ni? Macam ada konspirasi sulit je...Sejak bila pula Imran tahu nama Irfan?


            “Adik kenal kawan along?”


Dia membulatkan matanya besar-besar....


            “Kenal la...Tadi,abang Irfan cakap kat adik...’Salam adik comel...Saya abang Irfan,kawan kakak adik!’...So,adik kenal la...kan abang Irfan...” Penjelasan Imran disambut gelak besar oleh Irfan...amboi,cepat benar mesra!


            “Tini,awak tak nak ajak saya masuk ke? Sesi soal kenal dah habis kan?” Irfan menunjukkan riak simpati...


            “Dah habis? Awak ingat semudah tu...Kalau dah rasa berani sangat, pergilah beramah mesra dengan ayah kat dalam tu!”


Hartini menyembunyikan senyum. Dia bergerak semula ke dalam rumah tanpa mempelawa temannya itu masuk. Dia terus menuju ke arah dapur, mahu menambah gelas dan pinggan untuk Irfan yang datang secara tiba-tiba. Apalah agaknya tanggapan ayah terhadapnya? Risau pula dia mahu memikirkannya....


            “Siapa along?”


Hardina dan Haryani hanya senyum-senyum kepadanya.


            “Kawan along”


            “Kawan yang hadiahkan along talefon tu?”


Dia hanya mengangguk.


            “Kawan yang sukakan along tu?”


Ish! Terus sahaja tangannya laju mahu mencubit lengan Hardina. Adik-adiknya itutidak habis mahu mengusiknya...Tidak mungkin Irfan suka kepadanya...Temannya itu terlalu banyak kawan perempuan dan dia yakin mana-mana perempuan juga pasti akan terpikat dengan pakej lengkap yang dimiliki oleh Irfan. Temannya itu punya segalanya...Dan dia? Hanyalah gadis biasa....


            “Tini...Ayah awak nak duduk kat mana ni?” Hartini berpaling. Matanya bulat memandang Irfan yang sedang memapah ayah untuk berdiri dengan stabil dibelakangnya. Dia rasa bukan dia sahaja yang terkejut melihat situasi itu tetapi juga kedua adik perempuannya.


            “Haaaa?”


Dia terkaku. Suaranya bagaikan tidak terkeluar kerana terkejut yang amat sangat.


            “Err...abang...letakkan ayah kat kerusi ni...” Mujurlah Haryani tidak lama melayan rasa kaget. Jika tidak,berpeluh juga Irfan mahu menampung beban tubuh ayah yang agak berat..


            “Macammana.....” dia cuba untuk bertanya...


            “Ayah yang mahu makan bersama dengan anak-anak ayah hari ni. Ayah mahu sama-sama meraikan hari jadi along”


YaAllah! Indahnya kurniaanMu...Al-hamdulillah, allah telah memakbulkan doanya. Allah mendengar keluh kesahnya selama ini!


            “Sudahla tu...Jom la makan...” Imran menyelamatkan suasana yang agak lesu.


            “Irfan, kamu duduk sebelah ayah...”  Hanafi mengarahkan Irfan...


Ayah? Hartini mahu membantah tetapi suaranya tidak berupaya untuk keluar.


            “Adik pun nak duduk sebelah ayah! Sekarang ada ayah,ada along,angah,uteh dan abang Irfan! Happy family...suka-suka...” Imran bagaikan sangat teruja dengan situasi tersebut.Hartini hanya menahan rasa dalam hati. Dia secara tiba-tiba berasa sangat segan dengan Irfan, dia tidak mhau temannya itu berfikir bukan-bukan....


            “Along,pasang hajat dan berdoa dulu...Lepas tu, potong kek!”


Hardina mengingatkan apabila melihatkan tingkah kakaknya yang agak terkesima. Hardina memandang Irfan, nampak dalam anak mata pemuda itu cahaya kasih kepada kakaknya...Dan,dia sebenarnya tahu mengenai pertunangan Saiful dan Adila sejak seminggu lepas tetapi dia tidak mempunyai kekuatan untuk berterus terang.Maafkan angah, along! Angah tak mahu menyampaikan berita menyedihkan itu pada along....Malam tadi dia tahu, hati kakaknya hancur,jiwa kakaknya patah...Walaupun kakaknya tidak mempamerkan apa-apa rasa tetapi dia tahu...Kakaknya menyimpan luka yang sangat dalam....


            “Doakan untuk saya sekaliTini...”  suara nakal Irfan menyampuk.Dia hanya tersenyum manis...Bahagia melihatkan keluarga kecilnya ada bersama-sama dihadapanya sekarang..

            ........................................................................................................
Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.