Home Novel Cinta Hello, Encik Tulang Rusuk!
Hello, Encik Tulang Rusuk!
Eisya Azra
23/2/2021 11:26:35
27,379
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Irfan termenung. Di tangannya tetap setia talefon bimbit yang dipegangnya seerat mungkin. Mahu rasanya dia membaling talefon nipis itu ke arah dinding biliknya. Hatinya berkecamuk! Jiwanya resah kerana menanti pesanan ringkas mahupun panggilan daripada daripada Hartini. Kenapa dengan aku? Aduh..kemana harus aku mencari Hartini....


“Salam...Akak, Hartini mana?” 


Maisara berhenti menulis pesanan yang diterimanya sebentar tadi.  Pandangannya beralih pada satu wajah yang agak kusut dihadapannya itu. Kenapa dengan Irfan? Hatinya mula sangsi...


Mata Irfan meliar, memerhatikan suasana kedai yang tidak banyak berubah.  Sama seperti pertama kali dia menjejakkan diri ke kedai tersebut. Kerinduan yang mendalam terhadap gadis tersebut menyebabkan dia gagahkan langkah untuk kemari. Mahu menatap mata bundar yang penuh dengan pengertian dan ketenangan tersebut. Mahu meminta maaf dengan seikhlas hati...Atau, sekiranya perlu...Dia tidak teragak-agak berlutut....


“Tini cuti Irfan...Seminggu”


Maisara menjawab. Langsung tidak memandang wajahnya dan meyambung semula kerjanya.  Dia bimbang andai terlupa mencatit pesanan yang telah dibuat.  Sejak akhir-akhir ini, dia semakin pelupa....


“Cuti? Kenapa?”


Irfan kaget. Hartini bercuti dan gadis itu langsung tidak memberitahunya?


“Eh...Salah ke kalau pekerja akak nak bercuti? Akak bukan majikan yang tidak bertimbang rasa...Lagipun, Hartini memang setiap tahun akan mengambil cuti bila tiba hari lahir dia...”


Maisara menjawab perlahan.  Memang Hartini akan bercuti untuk meraikan hari ulangtahunnya bersama keluarga setiap tahun. Dia sudah faham benar dengan rutin pekerja kesayangannya itu setiap tahun dan dia sendiri tidak kisah kerana Hartini jarang mengambil cuti melainkan cuti terdesak. Tetapi, kali ini hatinya resah...Hartini mengambil cuti selama seminggu dan hanya diberitahu melalui whatsapp...Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku kepada gadis tersebut, tetapi apa ya?


“Lamanya kak...Dia kahwin ke?” Dengupan jantung Irfan sudah tidak senada.


“Ish..kamu ni Irfan, kalau dia kahwin mestilah dia bagitahu akak...Kan akak dah cakap dia ambil cuti sebab nak bersama keluarga untuk menyambut hari jadi dia”


Maisara menjawab walaupun dia sendiri keliru dengan jawapan yang harus diberikannya kepada Irfan.


“Birthday dia? Bila kak?” Irfan terkejut.


Maisara menaikkan kening.


“Kamu tak tahu? Kan esok....”


Hanya itu ayat terkahir yang didengarnya daripada Maisara.  Dia sudah tidak sanggup untuk mendengar apa-apa lagi. Langkah kakinya diatur ke kereta dan mahu pulang ke rumah dengan perasaan yang sangat hampa. Apa yang tinggal sekarang hanyalah persoalan demi persoalan yang tidak punya jawapan. Dia menekan lagi nombor talefon Hartini untuk kesekian kalinya tetapi hanya peti suara yang menjawab. Dia tersandar kehampaan sambil merenung tajam pintu masuk kedai buku Maisara Enterprise.


Argh!


Dia menjerit dalam hati. Pintu kereta dibuka kembali.


Kali ini, langkah kakinya semakin laju....


            “Akak, saya nak alamatTini...Sekarang!”


Maisara terkejut. Baru sebentar tadi dia melihat Irfan berlalu meninggalkan kedainya tanpa salam dan tidak sampai seminit, pemuda itu masuk semula dan menyergahnya dengan begitu. Ish,nasib baik aku tidak mengidap lemah jantung!


“Kamu nak buat apa dengan alamat dia?”


“Nanti saya ceritalah! Akak bagi la cepat..” Irfan bagaikan mendesak pula.


“Kamu jangan macam-macam Irfan...Akak bukan tak kenal perangai kamu. Kakak kamu tu kawan baik akak...”


“Kak! Saya tahu la saya ni teruk,tapi saya ikhlas berkawan dengan Hartini dan saya tak pernah seikhlas ni selama ni...Puas hati?”


Maisara seakan terkaku mendengar apa yang dituturkan Irfan. Dengan pantas dia memberikan alamat rumah Hartini kepada Irfan dan Irfan menyambutnya dengan senyuman lebar...

 

 

 

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.