Home Novel Cinta Dia Yang Terakhir
Dia Yang Terakhir
Ms.Lia
6/4/2020 13:26:30
19,413
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 5

Lara sudah bersiap–siap memakai baju pengantin yang disulami seratus peratus buatan tangan Puan Bettyra. Ibu kepada Lara. 


"Itulah, dulu bukan main berlagak lagi. Kata tak suka Karl la apa lah, sudahnya, dia yang jadi suami kamu." Sindir puan Bettyra.


"Mama ni, cantik tak Lara pakai baju ni?" soal Lara.


"Cantiklah. Tengok siapa yang buat?" puan Bettyra tersenyum bangga. Baju itu sangat sepadan dengan Lara. 


"Okay now, ni kawan mama nak solek kamu. Juru make up artis, bukan calang–calang orang tau!" 


Puan Bettyra menarik jurusolek itu dekat dengan Lara. 


"Your daughter is gorgeous." pujinya. 


"Mestilah. Make up dia cantik–cantik okay?" 


Lara sudah tersenyum lebar. Pandai jurusolek itu mendandan wajahnya. Cantik! 


Usai make up. Puan Bettyra sudah senyum sampai ke telinga. Serupa artis anaknya itu. 


"Lara... jom, pengantin lelaki dah nak sampai." 


Lara baru sahaja melangkah, lututnya terasa lemah. Dia terus tersungkur. 


"Lara! kenapa ni sayang?" soal puan Bettyra. Risau pula dibuatnya. 


Raut wajah Lara berubah. Benda ini selalu bermain di fikirannya. Perkara yang diberitahu oleh doktor Zafril kepadanya. 


"Ma..." panggilnya. 


"Kenapa ni? boleh bangun tak?" puan Bettyra masih risau. 


"Lara... doakan Lara sihat ma, doakan Lara panjang umur. Lara taknak mati..." bunyi tangisan dilepaskan. Dia menangis. 


"Lara... kenapa ni? Lara sihatkan? mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Lara." Puan Bettyra memeluk anaknya. Kenapa pula Lara cakap perkara bukan–bukan ni? gusar hatinya.


__________________


"Aku terima nikahnya, Lara Zafira binti Hamid dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai." akhirnya Lara sudah sah menjadi isterinya. 


"Sah?" soal tok kadi. 


"Sah, sah, sah." jawab yang lain. 


"Baiklah, pengantin lelaki, boleh sarungkan..." terhenti bicara tok kadi apabila mendengar kekecohan yang berlaku. 


Baru sahaja lafaz akad nikah. Karl sudah terdengar para tetamu di belakang terjerit–jerit. Seperti ada sesuatu yang berlaku. 


"Lara! bangun!" jerit puan Bettyra. 


Karl tidak sedap hati, dia pusing ke belakang. Terlihat Lara sudah pengsan di dalam pangkuan Puan Bettyra merangkap ibu mertuanya. 


"Lara!" puan Bettyra menggoyangkan tubuh kecil itu. Lara langsung tidak menyedarkan diri. 


Karl bergegas ke belakang, dia menghampiri Lara.


"Ma... macam mana Lara boleh pengsan?" Tergetar–getar suaranya bertanya. 


"Karl, tolong aunty. Tolong selamatkan Lara!" puan Bettyra merayu. Air matanya sudah mengalir deras. 


"Lara... ba... bangunlah. Janganlah buat lawak." dia menyentuh bahu Lara. 


Karl terus mengeluarkan telefon pintarnya. Dia menghubungi seseorang. 


"Zafril! suruh ambulans datang sini sekarang. Lara pengsan!" arah Karl. Dia terus meletakkan panggilan. 


Karl merasa nadi di tangan Lara. Dia terkejut. Nadinya sangat lemah. Sama seperti pesakit yang meninggal dunia selepas dibedah. 


_________________


"Bilik kecemasan. Sekarang!" 


Karl pandang Zafril. Mengapa bilik kecemasan? dia hanya pengsan biasa. 


"Kenapa tak masuk bilik ER?" soal Karl serius. 


"Bilik ER penuh. Kau duduk sini dulu." arah Zafril.


"Mana boleh! dia isteri aku. Biar aku yang rawat dia. Sediakan bilik kecemasan sekarang!" Yang lain hanya akur dan pergi ke bilik kecemasan. 


Mereka mula memasang wayar di tangan Lara, dan cek degupan jantung serta nadinya di satu mesin. 


"Kadar degupan jantung turun mendadak doktor!" 


Karl terkejut. Serentak itu dia naik atas katil dan menekan bahagian berkali–kali. 


"Lara... please, jangan mati." tekanan di bahagian jantung diteruskan. 


"Karl... biar aku ganti." Zafril cuba untuk menolong, namun ditepis kasar oleh Karl. 


"Tepi!" Karl meneruskan tekanan di bahagian jantung. 


"Degupan jantung kembali normal. Cuma, denyutan nadi sangat lemah doktor." 


Karl menarik nafas lega. 


__________________


Karl menggenggam tangan Lara yang masih tidak menyedarkan diri. 


"Karl..." panggil satu suara. 


Karl terus memandang Lara. Ya, Lara sudah sedar! 


"Kenapa kau buat aku macam ni?" soal Karl. Tangan Lara masih tidak dilepaskan. 


Lara tergelak kecil, wajahnya masih kelihatan tidak bermaya. 


"You are my husband now..." ujar Lara perlahan. Genggaman Karl dibalas oleh Lara. 


"Kenapa kau pengsan tadi? kau buat aku takut Lara. Apa yang kau cuba sembunyikan?" 


Lara enggan menjawab. Dia hanya balas kata–kata itu dengan senyuman. 


"Aku takkan bagitahu hal sebenar selagi aku bernyawa Karl..." bisiknya dalam hati. 


"Tak ada apalah, demam sikit je. Aku dah okaylah sekarang." Lara cuba berlakon supaya tidak disyak apa–apa oleh Karl atau merangkap suaminya. 


"Aku belum sempat sarung cincin dekat kau, Lara... kalau kau mati, aku pun boleh mati Lara. Jangan tinggalkan aku..." ujar Karl seakan merayu.


"Eleh, tak gentle lah kau. Mana pergi Karl yang keras tu? aku demam sikit kau dah gelabah." Lara cuba ubah suasana. 


"Orang demam takkan melibatkan jantunglah Lara..." balas Karl perlahan. Dia masih berfikir, apa yang terjadi pada Lara sebenarnya. 


"Kau ni, doktor Zafril kata, kalau antibody tak kuat, boleh libatkan jantunglah. Takkanlah kau doktor pun tak tahu?" 


"Kau ada rahsia apa–apa dari aku ke Lara?" soal Karl yang mula serius. Semua tindakan Lara dia sudah faham. Dia syak, ada sesuatu yang dia tidak tahu.  


"Tak adalah. Macam mana kau selamatkan aku tadi? kau bedah aku ke?" soal Lara. 


"Tak adalah sampai bedah, CPR je..." Karl tersenyum sinis. 


"Ouh, what? CPR yang mulut tu?!" tinggi suaranya apabila memahami maksud itu. 


Dia tumbuk lengan Karl sekuatnya. Berani betul kau ni Karl! 


"Cuba bersyukur sikit." ujar Karl. Dia memegang lengannya yang ditumbuk tadi. Sakit woo! 


"Don't talk to me!" Lara terus berpaling. Panas wajahnya mendengar jawapan Karl. 


Mereka dahlah hampir 14 tahun bersama! terasa asing dengan perbuatan itu!

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.