Home Novel Cinta Dia Yang Terakhir
Dia Yang Terakhir
Ms.Lia
6/4/2020 13:26:30
19,414
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 6

Karl keluar dari wad apabila Lara sudah tidur. Lalu dia ternampak Zafril di laluan yang sama. Pantas dia memanggil lelaki itu. 


"Zafril!" panggilnya. 


Langkah Zafril terhenti, dia menoleh ke arah suara itu. Karl datang mendekatinya. 


"Kau tahu apa–apa pasal Lara ke?" soal Karl serius. 


"Kenapa dengan dia?" tanya Zafril semula. 


"Kenapa jantung Lara lemah?" 


"Dia demam kan?" Zafril mula gugup. 


"Kau tak payah nak tipu akulah Ril! Demam apa kau ni? kau fikir aku ni bodoh sangat ke?" ujar Karl kasar. 


Zafril terkejut. Personaliti Karl sangat berbeza dari yang dulu. 


"Karl, walaupun kau doktor. Tapi aku doktor yang lebih pakar dari kau. Aku tahulah." jawab Zafril, dia cuba menenangkan diri. 


"Lara pernah buat appointment dengan kau. Dia sakit apa?" Karl berterusan menanyakan soalan. Banyak yang dia curiga. 


"Karl, kau tu kawan dia dah 14 tahun, takkanlah kau tak tahu apa–apa pasal dia?" Zafril buang rasa gugup. Dia harus berhadapan dengan semua ini. 


Karl terdiam. Selama 14 tahun, dia tidak pernah melihat gadis itu sakit. Selama 14 tahun, adakah semua rahsia Lara dia sudah tahu? atau masih banyak yang disorokkan? 


"Karl, apa pun terjadi. Kau sebagai suami, kena doakan dia yang baik–baik. Jaga dia sebaik mungkin, hargai dia selagi dia masih ada. Aku takut... kau menyesal di kemudian hari. Dan, doakan dia panjang umur." Zafril menahan rasa sebak. 


Rahsia yang Lara sakit, hanya dia saja tahu. Gadis itu berpura–pura ceria, sedangkan dia sedang menanggung sesuatu yang besar. 


1 TAHUN LEPAS 


Lara menunggu keputusan. Dia tidak tahu kenapa dia tidak berdaya untuk mengangkat barang berat. Kadang–kadang dia tersungkur tanpa sebab. Kakinya terasa lemah. 


"Lara..." panggil Zafril. 


"Macam mana? kenapa saya asyik tersungkur je?" tanya Lara. 


Raut wajah Zafril berubah. Dia memegang sekeping gambar X-Ray. 


Dia memberikan keputusan X-Ray itu kepada Lara. 


"Kenapa tulang saya nampak lain?" Lara teliti gambar X-Ray itu. 


"Sebenarnya... awak kanser tulang Lara..." jawab Zafril perlahan. 


"Hah? awak ni, janganlah main–main. Ni sebab saya terseliuh eh?" Lara cuba mengubah suasana. 


"Awak kanser tulang dah tahap 3 Lara..." hatinya menahan sebak. Dia tidak sangka, orang yang rapat dengan dia sedang bergadai nyawa. 


"Zafril..." Air matanya menitis. Perit. Dia berharap bahawa apa yang didengarnya adalah tidak benar. Tapi inilah realitinya. 


"Kalau awak baru kena, saya jamin awak boleh terlepas dari kanser tulang. Tapi sekarang ni, awak dah tahap 3 Lara... tak apa, saya akan hantar awak pergi US. Awak akan dirawat oleh doktor yang lebih pakar dari saya." cadang Zafril bersungguh–sungguh. 


"Berapa masa yang saya ada, kalau saya tak dirawat?" tanya Lara.


"Setahun lebih. Dengar cakap saya Lara, saya..." 


"Okay. Saya takkan buat pembedahan." balas Lara keras. 


Zafril membuntangkan matanya. Takkan buat pembedahan? 


"Lara, awak tak takut ke, masa awak hanya ada  setahun lebih." Zafril cuba memujuk. 


"Berapa percent peluang untuk saya hidup lepas pembedahan?" soal Lara. 


Zafril terdiam. Dia tahu, pembedahan pun banyak risikonya. Dia beranikan diri untuk menjawab. 


"Fifthy-fifthy, tapi saya yakin awak akan ada peluang untuk hidup." balas Zafril yakin. 


"Kalau macam tu, ada kemungkinan saya akan mati masa dibedahkan?" Lara meneka. 


"Lara, saya..." 


"Zafril, kalau saya kena bedah dekat Malaysia, saya terima. Tapi kalau US, saya tak terima. Kalau saya mati dekat US macam mana? saya taknak Zafril. Tolong hormat keputusan saya." tegas Lara. 


Tahun berikutnya. Lara masih membuat temu janji dengan Zafril di hospital itu. Macam biasa, dia menunggu keputusan. 


"Lara... awak dah kanser tulang tahap 4. Peluang nipis untuk awak hidup tak kiralah selepas bedahpun. Kenapa awak taknak dengar cakap saya?" ujar Zafril serius. 


"Zafril, saya taknak habiskan sisa hidup saya dekat hospital. Beri saya peluang untuk luangkan masa dengan orang yang sayang. Tolong faham saya Zafril..." jelas Lara. 


Zafril mengeluh berat. Gadis itu dipandang penuh simpati. 


"Kalau ada apa–apa, call saya." pesannya. 


Zafril terus bangun dan keluar dari bilik itu. Dinding di hadapannya di tumbuk. Dia kecewa. 


"Kenapa kau susah sangat nak dengar cakap aku Lara..." ujarnya. 


____________________


"Karl..." panggil Lara. 


"Kenapa?" Karl menyahut. 


"Panaslah baju pengantin ni..." Lara merungut. Dia tidak selesa, baju itu membuatkan dia lemas.


Karl tergelak kecil, dia pandang Lara sambil tersenyum. 


"Nanti balik kita tukar baju ya sayang?" balasnya nakal. 


"Sekarang tak boleh ke?" soal Lara. Eh tak menyabar pulak dia. 


"Dah nak balik dah, tahan sikit okay?" jawab Karl. 


______________________


Setibanya mereka di hadapan pintu. Lara terus menekan password dan masuk ke dalam rumah mereka. 


Macam biasa, dia campak begnya di atas sofa. 


"Arhh my home sweet home..." Dia tersandar di atas sofa. 


"Pergilah tukar baju." arah Karl. 


"Karl... bukalah aircond. Panas." arah Lara pula. 


"Ya, pergilah tukar baju, nanti aku buka aircond." tegas Karl.


"Nantilah..." balas Lara. 


"Tak ada nanti–nanti, bau dah macam kambing, pergi tukar, mandi." arah Karl lagi.


Lara mula buat muka toya. Ei mamat ni! 


"Orang penatlah. Bagilah aku rehat kejap." ujar Lara seakan merayu. 


"Nak aku dukung masuk bilik air ke?" 


"Hish!" Lara terus bangun. 


Dia naik ke tingkat atas dan menghempas pintu. Uii! kuatnya tutup pintu!


Karl hanya menggeleng sambil tersenyum nipis. Tiba–tiba telefonnya berbunyi. Terus dia mengangkat panggilan itu. 


"Masaklah. Aku lapar, aku tahu aku turun je, dah ada makanan." panggilan ditamatkan. 


Karl mengeluh, ei minah ni, kalau tak mengarah tak sah! 


30 minit kemudian. Lara turun ke bawah.


Karl yang tersedar akan kehadiran Lara, terus dia melirik memandang gadis itu. 


"Asal pakai tudung?" soal Karl. 


"Kenapa? lantak akulah." balas Lara. 


"Buka je lah, aku ni suami kau kan?" arah Karl. 


Lara sudah memberi jelingan maut pada Karl. Sesuka hati je nak arah orang!


"Memang selama ni aku tak pakai tudung pun kan?" balas Lara tak puas hati. Panas pulak hatinya.  


"Iyalah. Itu dulu. Sekarang ni kau dah serumah dengan aku. Takkanlah hari–hari nak pakai tudung?" balas Karl tak mahu mengalah. 


"Yup." Lara mengangguk. 


Dia terus menuju ke meja makan. Kosong, tiada apa–apa di atasnya. Raut wajahnya bertukar kepada masam mencuka. 


"Buka..."


"Mana makanan? aku dah suruh masakkan?" soal Lara. Dahlah dia tengah lapar.


"Buka tudung dulu. Baru aku masak." ugut Karl. 


"Taknak! aurat!" Lara berkeras. 


"Aku suami kaulah!" balas Karl. 


"Tetap taknak!" 


"Eh perempuan ni karang!" 


"Laparlah!" 


"Pergi masak sendiri!" 


Haaa tengok dah bergaduh. Walaupun dah 14 tahun bersama, tak sah kalau tak gaduhkan? Lara dengan keras kepalanya, Karl dengan pentingkan dirinya. Rumit! 


Tiba–tiba loceng rumah berbunyi. Mereka terus berhenti gaduh. Siapa pulak tu? 


"Lara!" jerit seseorang sebaik sahaja pintu dibuka.


"Mama... mama buat apa dekat..."


"Karl!" jerit lagi seorang. Iaitu Puan Sri Darina, ibu kepada Karl. 


"Errr, mama dengan mummy buat apa dekat sini?" tanya Lara kekok. 


"Ni, mama ada bawa makanan. Mummy Darina pun ada bawa. Jom makan dekat dalam." Pelawa puan Bettyra seraya masuk ke dalam rumah itu. 


"Ni, kami masak chicken chop, ikan kerisi masak tiga rasa, sambal udang, and sotong goreng." Lara sudah rambang mata melihat lauk di hadapan. Wow! rezeki wo! 


"Thank you mama, mummy. Tau–tau je kami tak ada makanan." Lara terus menyedok nasi di sebelahnya dan diletakkan atas pinggan. 


Dia mengambil lauk pauk yang berada di hadapan. Baru sahaja dia ingin menyuap makanan, Puan Bettyra bersuara. 


"Nasi untuk suaminya mana?" tanya puan Bettyra.


"Errr lupa."


Dengan rasa terpaksa, dia mengambil nasi dan meletakkan lauk di dalam pinggan. Lalu dia hulurkan pada Karl sambil tayangkan senyuman kelat. 


Setelah 1 jam berlalu. Akhirnya mereka balik juga. Kini tinggal Karl dan Lara di dalam rumah.


"Hish panas!" Lara mengeluh. 


Karl membulatkan matanya. Habis tu aircond yang dia buka tu apa function? 


"Dah tahu panas, bukalah tudung." cadang Karl. 


Lara terus memandang Karl serius. 


"Kau tak habis–habis nak suruh aku buka ni kenapa?!" Lara meninggikan suara. 


"Okay, aku doakan semoga kau terus kepanasan." balas Karl dengan muka selambanya. 


Peha Karl dicubit kuat. Uish mak ketam woi! 


"Sakitlah!" 


Karl memegang pehanya yang rasa perit. Fuh, lain macam! 


"Buka jelah!" Karl terus menarik tudung shawl yang terletak kemas di atas kepala Lara. Serentak itu, anak tudungnya sekali ditarik.


"Kau nak kena kan?!" Lara bangun. Karl juga bangun. Selangkah demi selangkah ke belakang, Karl terus lari. 


Lara sedaya upaya mengejarnya di sekeliling rumah. Namun tenaganya tidak berpanjangan, dia mencungap–cungap kerana penat berkejaran. 


"Kan elok tu?" 


"Kau tunggu situ!" jerit Lara.  Dia bersedia untuk lari, walaupun dah penat. Dia tak boleh mengalah!


Dia kejar Karl, apabila sudah hampir, dia tersungkur. Karl terus menyambut Lara dan jatuh bersama. 


"Aduh!" 


Kini Lara menindih badan Karl, rambutnya berjuraian ke hadapan. 


Karl pula? dah terpesona dengan wajah Lara yang sekarang tidak bertudung. 


"Kau memang..." serentak itu bibir Lara dikucup. Lara terkejut, dia menolak badan Karl kasar. 


Dengan rasa marah, dia bangun. Karl juga bangun.


"Can I kiss you?" tanya Karl. 


"No!" marah Lara pula. 


Karl datang mendekat. Lara pula mengundur. Semakin mengundur, akhirnya dia bersandar ke dinding. Tak guna betul kau dinding! 


"You are gorgeous baby..." Karl buat suara jantannya.


"Banyaklah kau punya baby, tepi!" dia menolak Karl. Tapi kali ini Karl seperti batu, tidak mampu untuk dia tolak. 


Tangan Karl melekat pada dinding. 


"Why not, kita halalkan?" 


Baru sahaja Lara ingin berbicara, Karl mengucup lagi bibir mulus itu. Kecantikan gadis itu benar–benar buat dia tergoda.

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.