KARYA : JUE ZURHANISZA
TEMA : PSIKOTHRILLER & LAGU
TAJUK : CINTA SIMPUL
MATI
TAGLINE : Andai
ikatan itu terlerai aku pasti memburumu
Seringkali
aku menduga,Seringkali ini terjadi,
Segala
rahsia sudahku tahu,Rupanya aku tak dicintai..
Untuk
apa kau buat aku begini,
Segala
apa yang telah aku lakukan,
Airmataku
mengalir di pipi,
Segala
yang kukorbanku untuk dirimu..
Satu suara sumbang sayup-sayup kedengaran
menyanyikan lagu bertajuk Sudahku Tahu daripada Projector Band itu. Penuh penghayatan walaupun suaranya itu lebih
teruk daripada persis katak memanggil hujan. Umairah menutup kedua-dua belah
gegendang telinganya. Dia duduk bertinggung di satu ceruk. Lantai yang
sememangnya tidak berlapik itu begitu dingin rasanya apabila bontotnya mula
mencecah sehingga sejuknya terus merebak ke urat saraf.
Umairah menyapu kasar airmata yang mengalir
deras di pipi gebunya. Bait-bait lagu
tersebut begitu merobek hatinya tika ini. Mengapa begitu tegar insan tersebut
melukakan hatinya?Bodohkah dia yang begitu mempercayai janji-janji manis sang
suami yang begitu dicintainya itu. Dungukah namanya kalau dia begitu taat
dengan lafaz cinta simpul mati sang kekasih halalnya itu?
Mengapa
masih lagiku,
Berdiri
menunggu cintamu,
Mengapa
masih adamu,Menyakiti di siang malamku,
Aku
terima cintaku dipersiakan…Wooo..!!!
Sayangggg…!!!!
Lirik sudah masuk ke bahagian korusnya. Ditarik tinggi melangit sehinggakan mahu
pecah kerongkong sang penyanyi dibuatnya. Jeritan suara tersebut begitu
membingitkan telinga Umairah.Dia mula hilang sabar. Sudahlah nyanyian ke laut,temponya entah
kemana, merata-rata perginya lagi ada hati mahu menyanyi di tengah-tengah malam
sunyi ini. Umairah mengomel dalam hati.
Berselirat kepala otaknya yang sememangnya sudah
tepu sejak dimasukkan ke dalam sel ini beberapa hari yang lalu. Sel yang
memisahkan dirinya dengan dunia luar. Dunia
luar yang sangat kejam. Kejam..,sekejam..kejamnya.. Sehinggakan Umairah yang
terkenal dengan sikap lemah lembut dan sopan santunnya sejak sekian lama boleh
bertukar menjadi pembunuh dalam sekelip mata. Ya,pembunuh! Umairah seorang
pembunuh! Dia pemburu cinta! Kerana cinta dia tegar melakukan perkara yang
diluar kewarasan akal manusia normal itu. Kerana cinta dia terkurung di sini. Terkurung
dalam neraka dunia ini bersama-sama dengan banduan-banduan yang lain. Termasuklah
banduan yang bersuara sumbang itu tadi!
Sayang…!!!
Aku
kau lupa..,
Aku
kau luka,
Tanpa
kau sedar,
Sayang..!!!
Selamat
tinggal..Aku kan pergi..,
Buat
selamanya..,
Aku
pasti kau bahagia tanpaku selamanya…
‘’Oit diamlah memekak je!’’
Umairah mula menjerit nyaring. Sejak tadi dia
hanya berdiam diri menahan rasa. Gegendang
telinganya sudah tidak tertahan lagi mahu mendengar nyanyian sumbang-mambang tersebut. Yang pastinya lirik lagu tersebut begitu kena
dengan situasi yang dihadapinya sekarang. Setepek terkena batang hidungnya
sendiri. Sakit! Masakan dia akan terus-terusan membiarkan wanita yang bersuara
parau tersebut mendendangkan lagu menyakitkan hatinya itu.
‘’Suka hati akulah nak memekak ker apa!Kau tak
payah sibuklah!’’
Banduan wanita yang berambut pendek paras bahu
tersebut mula membalas kasar. Dia masih
lagi menyanyi-nyanyi bagai nak gila mengulang lirik yang sama. Merewang entah
kemana-mana tempo nyanyiannya itu. Sengaja
dia mahu mencabar Umairah. Banduan tersebut tersengih-sengih tanda mengejek. Sempat lagi dia menjulurkan lidahnya kepada
Umairah disebalik tirai besi itu.
‘’Suara pun sumbang ada hati nak memekak. Jangan sampai kau tu pun aku bunuh. Dah alang-alang aku masuk sini sebab bunuh
orang memang tak teragak-agak aku nak membunuh lagi!’’
Umairah mula mengugut. Banduan tersebut mengekek ketawa mendengarkan
kata-kata berbaur amaran itu. Nasib
baiklah sel banduan tersebut bertentangan dengan sel yang menempatkan Umairah. Mereka berdua dipisahkan dengan jeriji besi. Kalau tidak memang boleh bertumbuk dibuatnya
ketika itu.
Umairah rasa hendak tinju-tinju saja muka
banduan wanita yang tidak diketahui namanya itu. Alang-alang hatinya sudah membengkak,biarkan
saja dia bengkak-bengkakkan muka banduan wanita yang menyanyi kelaut itu. Biar puas hati Umairah yang sedang mendidih
marah.
Entah mengapa Umairah yang penyabar orangnya
sebelum ini sudah bertukar menjadi pemarah.
Mungkin keadaan persekitaran yang mendorong dia menjadi begitu. Umairah sudah bergelar pembunuh dan dia juga
seorang pendosa. Dia berdosa kerana
membunuh suaminya sendiri. Dosa sesama
manusia. Dosa kepada Tuhan.
‘’Tapi dia memang patut mati!Lelaki tak guna itu
pengkhianat cinta!Dia mungkir janji!’’
Suara hati Umairah mula berkata. Suara hati yang
bertunjangkan bisikan syaitan. Umairah
ketawa mengekek pula. Dia berasa puas
hati dapat membunuh lelaki itu. Pengkhianat
cinta memang patut dibunuh! Berkali-kali hati Umairah menegaskan kenyataan itu. Seakan menyokong tindakannya sebelum ini adalah sangat tepat sekali. Tidak perlu ragu-ragu lagi.
‘’Gila!’’
Banduan wanita tersebut mencelah apabila
mendengar Umairah berkata-kata sendiri sambil mengekek ketawa. Umairah sudah terbawa-bawa dengan perasaan
sendiri tanpa memperdulikan banduan wanita itu lagi. Sekejap-sekejap dia
menangis. Sekejap-sekejap pula dia
mengekek ketawa lalu mengilai macam Pontianak.
Umairah tidak peduli dengan suara-suara lain yang menyuruh dia senyap
termasuklah warden. Dia terus berada dalam dunianya sendiri. Jiwa kacau.
************
When marimba rhythms
start to play,
Dance with me, make
me sway ,
Like a lazy ocean
hugs the shore,
Hold me close, sway
me more,
Like a flower bending
in the breeze,
Bend with me, sway
with ease,
When we dance you
have a way with me,
Stay with me, sway
with me…
Irama dan alunan lagu rancak berbahasa inggeris bertajuk Sway
yang didendangkan oleh Michael Buble itu begitu mengasyikkan sekali dengan
diikuti liuk-lentok langkah tarian tango oleh Umairah dan Fareel. Sepasang suami isteri yang kelihatan sedang
mabuk dilamun cinta.
Malam ini malam istimewa iaitu malam ulangtahun perkahwinan
mereka. Umairah sangat terharu dengan
kejutan yang dibuat oleh suaminya itu. Makan
malam istimewa dan diselang-selikan dengan tarian romantis. Hanya mereka berdua. Terasa seperti dalam dunia ini hanya wujud
dua insan bercinta bernama Umairah dan Fareel. Alangkah indahnya perasaan
Umairah ketika itu. Sungguh dia tidak
mahu masa ketika ini berhenti berdetak. Dia
mahu terus-terusan rasa bahagia seperti ini.
Selamanya…Sampai mati.
‘’Sayang…’’
Fareel memegang dagu Umairah yang cantik berlekuk seperti dagu
penyanyi tersohor nombor satu negara, Siti Nurhaliza itu. Umairah mendongak dan memandang tepat ke anak
mata suami tercinta. Fareel senyum penuh
romantis sambil mengusap lembut anak rambut sang isteri. Dahi Umairah
dikucupnya penuh kasih.
‘’I love you, sayang…Cinta abang dekat sayang simpul mati tau…Takde
siapa yang boleh uraikan ikatan cinta kita berdua.’’ Ucap Fareel penuh yakin.
‘’Abang janji akan cintakan sayang sampai mati?’’ Tanya Umairah
pula mahukan kepastikan. Dia risau
jikalau Fareel memungkiri janji.
‘’Sumpah. Demi Allah abang takkan lukakan hati sayang. I really
love you. Forever and Ever.’’ Fareel mengangkat tangannya tanda bersumpah.
‘’Kalau tipu jagalah abang nanti kena makan dek sumpah baru
tau!’’
Umairah hanya sekadar mengusik.
Fareel mengucup lembut kedua belah pipi gebu Umairah dan seterusnya bibir
mungil milik isterinya itu dipagut dengan rakus. Lama bibir mereka bertautan sebelum
dilepaskan. Umairah tersipu malu.
‘’Sayang cantik sangat malam ni.
Macam bidadari.’’
Pipi Umairah sudah mula merah padam. Malu dipuji sebegitu. Mata Fareel tidak
lekang memandang wajah Umairah. Sememangnya isterinya itu sangat cantik. Tidak
dapat dinafikan lagi. Puji Fareel dalam
hati. Beruntungnya Fareel dapat memiliki
Umairah. Sudahlah cantik, lemah-lembut
dan sudah semestinya isteri yang sangat sempurna buat dirinya. Mereka berdua sambung menari. Asyik..Sungguh
asyik dilamun asmara.
Other dancers may be
on the floor,
Dear, but my eyes
will see only you,
Only you have the
magic technique,
When we sway I go
weak,
I can hear the sounds
of violins,
Long before it
begins,
Make me thrill as only
you know how,
Sway me smooth, sway
me now…
***************
Kelihatan Umairah yang sedang memakai baju penjara itu menari
sendiri. Matanya sedang terpejam rapat. Wajahnya comot. Dengan rambut panjang mengurainya itu kusut
masai seperti bertahun tidak bersikat. Irama
rancak dan bait-bait lagu Sway itu seakan terngiang-ngiang dalam kotak
memorinya. Umairah berhati-hati
mengatur langkah tari mengikut rentak lagu
yang bermain di benaknya ketika itu. Tiba-tiba
langkahnya terhenti. Umairah mula
bertempik secara tiba-tiba pula.
‘’Pembohong!Kau mungkir janji!Munafik!’’
Segala sumpah seranah dihamburkannya dengan penuh perasaan
marah. Dia kembali duduk bertinggung di lantai sambil memeluk tubuh. Umairah menangis semahu-mahunya apabila
mengenangkan cintanya yang sudah dikhianati oleh sang suami yang tercinta. Dia berteriak seperti anak kecil yang
laparkan susu. Umairah laparkan kasih
sayang seorang suami yang sudah mati. Mati
ditangannya sendiri. Tragik.
********************
Aku yang mengejar
bayang,
Cinta kian terbiar,
Terpendam kata, tak
terungkap selamanya..,
Pedihnya hanya aku
yang merasa,
Mahu memilikinya,
Aku hanya hamba
cinta,
Bisik hatiku lepaskan
dirinya,
Sungguh aku tak bisa,
Biarlah aku sendiri,
Tanpa kasih di hati,
Aku tak mampu
pertahankan lagi,
Cinta yang menyakiti,
Biarlah aku pergi,
Tiada hampa di hati…
Kedengaran di corong radio lagu bertajuk Pendam, dendangan
penyanyi bersuara lunak, Shahir AF sedang berkumandangan sayup-sayup memecah
kesunyian di dalam kereta yang sedang meluncur laju di lebuhraya. Fareel
memperlahankan sedikit volume radio. Dia
memandang wajah isteri di sebelah yang sedang melayan perasaan sendiri sambil
ikut menyanyikan bait-bait lagu tersebut.
‘’Sayang nak tinggal dekat kampung ni berapa hari?’’
Tanya Fareel ketika dalam perjalanan menghantar isterinya itu
pulang ke kampung menjenguk ibu mertuanya itu.
Rindu katanya kerana sudah lama tidak pulang ke kampung. Masing-masing
sibuk dengan urusan kerja di Kuala Lumpur.
‘’Dalam seminggu…Lagipun Bos sayang tu baik hati pula luluskan
cuti lama-lama ni. Boleh ye abang?’’Pujuk Umairah. Wajah Fareel sudah mula
berubah. Merajuk kononnya.
‘’Lamanya…Kata haritu nak balik dua,tiga hari je…Tak kesian ye
tinggalkan abang sorang-sorang kat KL.’’ Mulut Fareel mula memuncung ke depan. Tidak
betah rasanya ditinggalkan si isteri lama-lama begitu. Sunyi.
‘’Ala Abang bukannya selalu sayang dapat peluang balik kampung
ni…Itulah sayang suruh abang mintak cuti sekali tak nak…Kalau tak boleh kita
luangkan masa bersama.’’Omel Umairah pula.
‘’Bukannya abang tak nak mintak cuti tapi kerja banyak sangat
belum settlelah sayang…Takpelah sayang balik je dulu ye.Jangan nakal-nakal
pulak duduk kampung tu.’’
‘’Eleh…Abang tu jangan nakal-nakal dekat KL tu…Kalau sayang
dapat tau haaa siaplah!’’ Umairah pula memberi amaran. Lebih kepada mahu
mengusik sebenarnya. Umairah yakin
sangat Fareel tidak akan sesekali berani buat hal. Lelaki itu hanya cintakan dia seorang. Cinta simpul mati katanya. Umairah sentiasa pegang janji Fareel
kepadanya itu.
********************
‘’Aghhhhh sakit!!!Jangan sayang…Tolong lepaskan abang…Please…abang
janji abang tak buat lagi…Tolong abang…Sakittt..’’
Suara rayuan sang suami langsung tidak diendahkannya. Umairah
sudah menggila. Dia mencabut satu
persatu kuku jari kaki dan tangan Fareel dengan menggunakan playar. Habis togel dibuatnya. Semakin kuat Fareel menjerit kesakitan
apabila kesemua kuku-kukunya itu dicabut tanpa belas ihsan lagi. Fareel hanya mampu meronta tanpa dapat
berbuat apa-apa lagi. Seluruh anggota
badannya sudah berikat dengan tali. Kedua-dua
tangan dan kakinya turut diikat. Ikat simpul
mati.
‘’Kenapa abang tipu sayang…Kenapa abang? Sanggup abang curang
dengan sayang…Apa kurangnya sayang ni berbanding dengan betina sundal tu???’’
Sudah berkali-kali Umairah bertanyakan soalan yang sama kepada
Fareel. Fareel hanya mampu menitiskan
airmata. Sedar atas kekhilafannya. Memang silap dia kerana berlaku curang dengan
Umairah. Padahal isterinya itu tiada
cacat celanya. Umairah seorang isteri
yang baik. Sangat baik. Cuma dia.
Dia yang salah. Iman dia tidaklah
sekuat mana. Benarlah lelaki itu
mempunyai sembilan akal dan satu nafsu. Dan
yang satu itulah paling sukar ditangani.
Fareel menyesal atas keterlanjurannya.
‘’Abang tunggu sekejap sayang nak bawakkan air untuk abang…Abang
mesti dahagakan.’’
Umairah berkata manja selepas berjaya mencabut kesemua kuku di
kaki dan tangan Fareel. Baru puas
hatinya kini. Umairah bersiul-siul pula.
‘’Sekarang kan dah bersih…Tadi kuku abang tu panjang sangat
sayang tolonglah cabutkan. Tunggu kejap ye sayang ambilkan air.’’Umairah
mengucup kedua-dua belah pipi Fareel yang sudah menitik peluk jantan.
Wajah Fareel pucat. Tekaknya memang teramat haus kerana sejak
tadi menjerit kesakitan. Fareel tidak
menyangka Umairah boleh bertindak segila itu. Memang berbeza sangat perwatakan
isterinya sekarang ini. Kejam. Tetapi bukankah dia yang terlebih kejam
kerana bersikap curang dengan isterinya itu?
Tekak Fareel seakan meloya apabila Umairah bertindak menikam
wanita yang bernama Reena itu sehingga lembik.
Suara jeritan wanita itu tidak kedengaran kerana mulutnya sudah
di’plaster’. Seluruh anggota badannya
juga sudah diikat seperti mana Fareel diikat.
Mencurah-curah darah pekat likat berwarna merah keluar dari perut wanita
malang tersebut apabila Umairah menikam perutnya tanpa belas. Hanyir baunya sehingga membuatkan seluruh isi
rumah berbau busuk.
Umairah mengekek ketawa apabila melihat wanita tersebut
mengelupur sebegitu. Padan muka!Betina
sundal! Carut Umairah pula. Dia sempat
meludah ke muka wanita yang sudah berhubungan intim dengan suaminya itu.
Reena sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. Hanya menunggu masa untuk berdepan dengan
ajalnya. Mungkin neraka tempat wanita
itu selepas ini. Wanita jalang! Memang
padan muka dia yang sewenang-wenangnya menjalinkan hubungan intim dengan lelaki
orang. Padahal dirinya sendiri sudah
berstatus isteri orang. Pantang suaminya
mempunyai urusan kerja di luar Negara, Reena pantas mencari pengganti untuk
memuaskan gelojak nafsunya yang menggila.
Kebetulan pula dia sudah lama berkenankan Fareel, rakan sekerjanya tetapi lelaki itu selalu saja jual mahal. Entah macam mana akhirnya Fareel termakan
dengan godaannya. Agh lelaki semuanya
sama! Mana mungkin menolak kalau sudah dihidangkan lauk depan mata.
When marimba rhythms
start to play,
Dance with me, make
me sway ,
Like a lazy ocean
hugs the shore,
Hold me close, sway
me more,
Like a flower bending
in the breeze,
Bend with me, sway
with ease,
When we dance you
have a way with me,
Stay with me, sway
with me…
Umairah memainkan lagu kegemaran mereka berdua itu. Dia berjoget tango sekali sambil menatang dua
gelas air berwarna merah. Umairah
mendekati Fareel sambil menyuakan minuman berwarna merah yang pekat likat
tersebut.
‘’Abang…Nah air…Minumlah…Sayang tahu abang dahaga kan…Kesian
abang.’’
Fareel termuntah sebaik saja Umairah menyuakan minuman darah
Reena itu tadi ke mulutnya. Dengan selamba Umairah melagakan gelas mereka dan
secara rakus meneguk darah tersebut mengisi kerongkongnya. Fareel termuntah sekali lagi melihatkan aksi
tidak masuk akal isterinya itu. Takkan
Umairah menjadi segila ini apabila mendapat tahu kecurangannya?Ya,Fareel
terlupa. Sebenarnya penyakit gila
meroyan Umairah sudah datang balik. Pernah
satu ketika dulu Umairah keguguran sehingga menyebabkan dia mengalami
kemurungan melampau. Nasib baiklah
beberapa bulan selepas itu Umairah kembali pulih seperti biasa. Tidak sangka pula penyakit lama isterinya
muncul semula. Ini semua sebab dia. Fareel menyalahkan dirinya sendiri.
‘’Sayang…Maafkan abang…Tolong lepaskan abang ye.’’
Fareel cuba sekali lagi merayu. Umairah mengesat kasar bibirnya
yang comot kesan meneguk air darah tadi.
Terbuntang matanya memandang Fareel yang berwajah pucat lesi itu.
‘’Balasan untuk orang yang memungkiri janji adalah
mati!’’Umairah berkata tegas.
‘’Ampunkan abang sayang…Abang cintakan sayang…Percayalah…Abang
menyesal.’’Fareel mula merintih sayu.
‘’Sayang pun cintakan abang…Cinta mati.’’
Umairah mula mengelus lembut rambut Fareel yang sudah berserabut.
Umairah mengesat peluh yang merintik di wajah suami tercintanya itu. Perlahan-lahan
dia mengambil pisau yang digunakannnya untuk menikam Reena sehingga mati itu
tadi. Umairah memain-mainkan pisau
tersebut di wajah Fareel. Fareel mula
menelan air liur. Nafasnya tersekat. Fareel ketakutan. Benda gila apakah lagi isterinya ini mahu
lakukan???
‘’Sa…sa…sayang nak buat apa pisau ni?’’
Terngagap-ngagap Fareel bertanyakan Umairah. Umairah kelihatan
leka bermain dengan pisaunya yang masih bersisa dengan darah Reena tadi.
Mulutnya semakin rancak bersiul mengikut irama lagu Sway itu tadi.
‘’Please sayang…Jangan buat abang macam ni.’’
Umairah hanya tersenyum sinis dengan pujuk rayu Fareel itu. Dia
mengusap perlahan muka suaminya itu. Jari telunjuknya diletakkan di bibir
lelaki tersebut tanda menyuruh lelaki itu diam.
Perlahan-lahan wajah Fareel ditoreh sedikit dengan mata pisau. Lelaki itu mengerang kesakitan. Rintik-rintik
darah mula menitis mengotorkan pakaian T-Shirt Polo berwarna putih yang sedang
dipakainya itu. Tanpa berlengah lagi Umairah mula mengoyakkan pakaian yang
dipakai oleh Fareel lalu perut lelaki itu dirodoknya dengan pisau pemotong
daging itu.
‘’Aghhhh….!!!’’Fareel menjerit kesakitan.
‘’Sakit ker abang?Sorry..Sayang tak sengaja…Nanti sayang
ambikkan abang ubat ye..tunggu tau..’’
Tergesa-gesa Umairah meninggalkan Fareel yang masih mengerang
kesakitan itu. Umairah kembali dengan sebotol cuka. Dia membuka penutup cuka tersebut dan tanpa
belas kasihan mencurahkan air cuka itu ke tubuh Fareel yang sedang luka
berdarah. Semakin kuat jeritan Fareel. Lelaki itu tidak mampu menanggung azab
kesakitan lagi.
Tergamak isteri kesayangannya ini memperlakukan dia sampai
sebegitu sekali. Aghhh…apa kurangnya dia
yang telah berlaku curang. Mungkin
inilah balasan yang setimpal untuk suami curang seperti dia. Ya Allah tolong
aku…Fareel sempat mengucap. Tidak
henti-henti mulutnya menyebut nama Tuhan.
Semasa tengah seronok-seronok melakukan maksiat langsung tak ingat
Tuhan. Manusia.
‘’Owh dah nak mati baru ingat Tuhan? Lelaki tak guna! Selama ini
aku percayakan kau…Aku cintakan kau sepenuh hati aku…Tapi apa yang kau dah
buat?Kau main dengan perempuan lain belakang aku?’’
‘’Maaf…Tolong maafkan abang.’’
Fareel masih tercungap-cungap memohon ampun.
‘’Kalaulah aku tak buat kejutan balik dari kampung senyap-senyap
nak jumpa kau mesti sampai bila-bila pun kau akan tipu aku!Tergamak kau bawak
betina sundal tu tidur atas katil kita?Kau memang dah melampau!’’
Umairah menikam perut Fareel yang tidak berbaju itu berkali-kali
sehingga puas. Akhirnya Fareel terdiam tidak berkutik lagi. Fareel sudah
terkulai layu. Umairah memeluk jasad
suaminya yang sudah berlumuran darah itu.
Umairah mencium tangan kanan suaminya itu. Air matanya menderu membasahi pipi. Umairah menyesal.
‘’Ampunkan sayang abang…Sayang cintakan abang…Cinta simpul mati.’’
**************************
‘’Umairah, awak okey?’’
Teguran lembut daripada seorang lelaki itu terus melenyapkan
kenangan silam Umairah. Lama dia
bertelegu di situ. Usai membacakan doa
ketika menziarahi kubur arwah Fareel dia terus termenung jauh. Umairah menyesali segala kesilapannya selama
ini. Akal fikirannya yang tidak waras
ketika itu telah mengorbankan dua nyawa.
Suaminya, Fareel dan wanita itu. Walaupun
mereka berdua memang sudah terang-terangan melakukan dosa tetapi sebagai
hambaNya dia tidak sepatutnya mengikut hasutan syaitan sehingga tergamak
menjatuhkan hukuman sekejam itu. Umairah
ralat.
‘’Sudahlah tu…Lupakan kenangan pahit yang awak dah lalui tu…Kita
mulakan hidup baru ye…InshaAllah Tuhan tu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’’
Pujuk lelaki itu lagi. Hati
Umairah sedikit terubat dengan kehadiran lelaki tersebut. Firman merupakan seorang doktor sakit jiwa. Firmanlah yang bertanggungjawab merawat
Umairah ketika dia ditempatkan di Hospital Sakit Jiwa itu.Umairah terlepas
daripada hukuman penjara dan dimasukkan ke hospital sakit jiwa selepas ujian
kesihatan membuktikan Umairah menghidap penyakit mental.
Selama setahun Umairah berada dalam pengawasan Dr. Firman
sehinggalah Umairah akhirnya pulih daripada penyakit jiwanya itu. Umairah sangat terhutang budi dengan
pertolongan Firman yang sentiasa memberikan dia semangat untuk pulih. Dalam diam rupanya lelaki tersebut menaruh
hati kepadanya dan mengajak dia mendirikan rumahtangga.
Sungguh Umairah langsung tidak menduga rupa-rupanya Tuhan
sengaja menyembunyikan matahari kerana Dia mahu menghadiahkan pelangi buat
Umairah. Kali ini Umairah nekad mahu memulakan kehidupan yang baru. Biarlah
sejarah cinta simpul mati yang menyakitkan itu terlerai dikoyak waktu.
-TAMAT-
CREDIT LIRIK LAGU :
Sudah Ku Tahu – Projector Band
Sway – Michael Buble
Pendam - Shahir AF