‘’Tuanku Alfonso, Panglima Albert datang
mengadap!Ampunkan patik tuanku!’’
Sembah Panglima Albert tanda hormat kepada Raja
Besar Negara Tatatusila Halus. Tuanku Alfonso dengan muka kereknya hanya
mengangguk tanda mempersilakan kedatangan Panglima Albert yang merupakan ketua
angkatan tentera negaranya itu.
‘’Kedatangan patik ini untuk melaporkan
bahawasanya bala tentera kita sudah semakin berkurangan dek kerana maut
diserang oleh musuh yang masih tidak dapat dikenalpasti asal usulnya. Ampunkan
patik , tuanku!’’
Terang Panglima Albert dengan perasaan yang agak
terkilan kerana telah kehilangan anak-anak buahnya yang bersama-sama memerah
tenaga mempertahankan Negara Tatatusila Halus daripada serangan musuh.
‘’Cis, tak guna punya musuh! Kalau begitu beta
mahu menitahkan rakyat jelata semua supaya mempercepatkan proses
bermesra-mesraan dengan pasangan masing-masing supaya kita dapat melahirkan
bala tentera yang baru menjelang wawasan 2050. ‘’
Titah Tuanku Alfonso sebaik saja mendengar
perkhabaran dukacita daripada Panglima Albert itu. Murka dia apabila bala
tenteranya semakin pupus.
‘’Baik tuanku akan patik sampaikan titah tuanku
ini. Ampun tuanku!’’
Panglima Albert meminta diri. Ada pelbagai
urusan lagi yang ingin diselesaikannya bersama anak-anak buahnya yang masih
hidup itu. Panglima Albert mahu mengesa bala-bala tenteranya membina semula
kubu pertahanan mereka yang baru. Perkara paling penting dia ingin mencari
siapa dalang sebenarnya yang telah merobohkan pertahanan mereka sebelum ini.
Sementara itu ada tragedi yang berlaku di Negara
Manusia Hidup Untuk Makan. Begini kisahnya yang berlaku di sebalik tragedi
tersebut. Negara Tatasusila Halus dan Negara Manusia Hidup Untuk Makan sudah
lama bermusuhan selama berabad lamanya.
‘’Zazzz….Zazzzz…zazzzzz!’’
Dengan tiga kali sondol menggunakan mesin
pemotong rambut itu akhirnya rambut Husin yang pada mulanya tebal sudah berjaya
dikorbankan. Husin mengusap-usap kepalanya yang sudah botak licin itu. Ada rasa
kelegaan yang terpamer di wajahnya tika dan saat ini. Rasa berangin. Fuh, lega…Masalah
kegatalan yang dialaminya selama berbulan-bulan sudah berjaya diatasi.
Mana
tidaknya sudah berbulan-bulan lamanya kutu-kutu menjadi penghuni tetap di
kepalanya. Tidak tenteram hidupnya selama itu. Akhirnya kini dia telah nekad
membuat keputusan untuk menghapuskan rambutnya yang tebal, lebat dan kusut itu
daripada terus menjadi kubu pertahanan makhluk bernama kutu.Yeyyy…berjaya!
‘’Thank you aney! Saya sukalah fesyen baru ni.
Kalau aney nak tau sekarang fesyen botak ni trend tau! Ramai gadis-gadis dekat
luar sana kata lelaki botak itu seksi…Seksi kan saya?Mesti ramai
tergila-gilakan saya lepas ni’’
Tanpa segan-silu Husin mengayakan kepalanya yang
botak itu di depan lelaki berbangsa India yang baru selesai memotong rambutnya
tadi. Lelaki India itu hanya tersenyum sumbing menyaksikan Husin yang terlebih
perasan kacak itu.
Nak termuntah mak kau hijau dia apabila melihat aksi perasan
lebih Husin itu. Kalau ikutkan hati dia mahu saja dia sondol muka Husin dengan
pemotong rambut yang masih dipegangnya itu. Baru padan dengan muka toyol mamat
botak tersebut. Seksilah sangat…Citttt..podahhhh…!
‘’Okeylah aney ni upahnya!Saya gerak dulu ye.
Nak dating dengan awek. Aney campak jela sisa-sisa rambut saya ni kat
mana-mana.Thank You!’’
Husin terus bergegas untuk keluar dari Kedai
Rambut Muthusamy itu. Sebenarnya dia sudah tidak sabar-sabar lagi mahu bergaya
dengan kepala botak licinnya itu. Husin membuat keputusan nekad membotakkan
kepalanya apabila menonton satu rancangan televisyen yang mengatakan lelaki
botak itu seksi. Disebabkan itulah dia tidak segan silu untuk membotakkan
kepalanya sementelah dia sudah semakin tertekan dengan masalah kutu yang
semakin membiak di kepalanya.
Sebaik saja Husin pergi, pekerja Kedai Rambut
Muthusamy itu menyapu sisa-sisa rambut Husin untuk dibuang. Tanpa diduga
kutu-kutu yang sudah lama membina kubu di rambut Husin mula menyerang lelaki
india itu. Lelaki India itu terpaksa mengambil kanta pembesar untuk berlawan
dengan segerombolan tentera-tentera kutu yang terdapat di sisa-sisa rambut
Husin.
‘’Ayoyoyooo…Apa pasal serang saya…Ayooo
%$#@*^()+@####’’
Berlari-lari lelaki India itu menyelamatkan diri
daripada kutu-kutu yang sudah mula menjalar masuk ke dalam kain yang
dipakainya. Dia menyumpah seranah kutu-kutu yang membuat onar itu dalam bahasa
tamil. Nasib baik tidak tercabut kain yang dipakainya. Kalau tidak lagi haru.
‘’Saya tarak
salah…Ayoyoyooo…Tolong…!!!Tolong…!!!’’
Akhirnya dia berlari-lari keluar dari kedai
untuk mendapatkan pertolongan. Sebaik saja berjaya membeli penyembur serangga
dia melancarkan serangan ke atas segerombolan kutu-kutu tersebut. Puas hatinya
apabila kutu-kutu tersebut akhirnya mati. Begitulah kisahnya peperangan yang
berlaku diantara Negara Tatasusila Halus dan Negara Manusia Hidup Untuk Makan.
Sekian, kisah merepek pun tamat.