Home Cerpen Thriller/Aksi CINTA SIMPUL MATI
CINTA SIMPUL MATI
Jue Zurhanisza
4/7/2016 08:03:52
4,850
Kategori: Cerpen
Genre: Thriller/Aksi

KARYA : JUE ZURHANISZA

TEMA : PSIKOTHRILLER & LAGU

TAJUK : CINTA SIMPUL MATI

TAGLINE : Andai ikatan itu terlerai aku pasti memburumu


Seringkali aku menduga,Seringkali ini terjadi,

Segala rahsia sudahku tahu,Rupanya aku tak dicintai..

Untuk apa kau buat aku begini,

Segala apa yang telah aku lakukan,

Airmataku mengalir di pipi,

Segala yang kukorbanku untuk dirimu..

Satu suara sumbang sayup-sayup kedengaran menyanyikan lagu bertajuk Sudahku Tahu daripada Projector Band itu. Penuh penghayatan walaupun suaranya itu lebih teruk daripada persis katak memanggil hujan. Umairah menutup kedua-dua belah gegendang telinganya. Dia duduk bertinggung di satu ceruk. Lantai yang sememangnya tidak berlapik itu begitu dingin rasanya apabila bontotnya mula mencecah sehingga sejuknya terus merebak ke urat saraf.

Umairah menyapu kasar airmata yang mengalir deras di pipi gebunya. Bait-bait lagu tersebut begitu merobek hatinya tika ini. Mengapa begitu tegar insan tersebut melukakan hatinya?Bodohkah dia yang begitu mempercayai janji-janji manis sang suami yang begitu dicintainya itu. Dungukah namanya kalau dia begitu taat dengan lafaz cinta simpul mati sang kekasih halalnya itu?

Mengapa masih lagiku,

Berdiri menunggu cintamu,

Mengapa masih adamu,Menyakiti di siang malamku,

Aku terima cintaku dipersiakan…Wooo..!!!

Sayangggg…!!!!

Lirik sudah masuk ke bahagian korusnya. Ditarik tinggi melangit sehinggakan mahu pecah kerongkong sang penyanyi dibuatnya. Jeritan suara tersebut begitu membingitkan telinga Umairah.Dia mula hilang sabar. Sudahlah nyanyian ke laut,temponya entah kemana, merata-rata perginya lagi ada hati mahu menyanyi di tengah-tengah malam sunyi ini. Umairah mengomel dalam hati.

Berselirat kepala otaknya yang sememangnya sudah tepu sejak dimasukkan ke dalam sel ini beberapa hari yang lalu. Sel yang memisahkan dirinya dengan dunia luar. Dunia luar yang sangat kejam. Kejam..,sekejam..kejamnya.. Sehinggakan Umairah yang terkenal dengan sikap lemah lembut dan sopan santunnya sejak sekian lama boleh bertukar menjadi pembunuh dalam sekelip mata. Ya,pembunuh! Umairah seorang pembunuh! Dia pemburu cinta! Kerana cinta dia tegar melakukan perkara yang diluar kewarasan akal manusia normal itu. Kerana cinta dia terkurung di sini. Terkurung dalam neraka dunia ini bersama-sama dengan banduan-banduan yang lain. Termasuklah banduan yang bersuara sumbang itu tadi!

Sayang…!!!

Aku kau lupa..,

Aku kau luka,

Tanpa kau sedar,

Sayang..!!!

Selamat tinggal..Aku kan pergi..,

Buat selamanya..,

Aku pasti kau bahagia tanpaku selamanya…

‘’Oit diamlah memekak je!’’

Umairah mula menjerit nyaring. Sejak tadi dia hanya berdiam diri menahan rasa. Gegendang telinganya sudah tidak tertahan lagi mahu mendengar nyanyian sumbang-mambang tersebut. Yang pastinya lirik lagu tersebut begitu kena dengan situasi yang dihadapinya sekarang. Setepek terkena batang hidungnya sendiri. Sakit! Masakan dia akan terus-terusan membiarkan wanita yang bersuara parau tersebut mendendangkan lagu menyakitkan hatinya itu.

‘’Suka hati akulah nak memekak ker apa!Kau tak payah sibuklah!’’

Banduan wanita yang berambut pendek paras bahu tersebut mula membalas kasar. Dia masih lagi menyanyi-nyanyi bagai nak gila mengulang lirik yang sama. Merewang entah kemana-mana tempo nyanyiannya itu. Sengaja dia mahu mencabar Umairah. Banduan tersebut tersengih-sengih tanda mengejek. Sempat lagi dia menjulurkan lidahnya kepada Umairah disebalik tirai besi itu.

‘’Suara pun sumbang ada hati nak memekak. Jangan sampai kau tu pun aku bunuh. Dah alang-alang aku masuk sini sebab bunuh orang memang tak teragak-agak aku nak membunuh lagi!’’

Umairah mula mengugut. Banduan tersebut mengekek ketawa mendengarkan kata-kata berbaur amaran itu. Nasib baiklah sel banduan tersebut bertentangan dengan sel yang menempatkan Umairah. Mereka berdua dipisahkan dengan jeriji besi. Kalau tidak memang boleh bertumbuk dibuatnya ketika itu.

Umairah rasa hendak tinju-tinju saja muka banduan wanita yang tidak diketahui namanya itu. Alang-alang hatinya sudah membengkak,biarkan saja dia bengkak-bengkakkan muka banduan wanita yang menyanyi kelaut itu. Biar puas hati Umairah yang sedang mendidih marah.

Entah mengapa Umairah yang penyabar orangnya sebelum ini sudah bertukar menjadi pemarah. Mungkin keadaan persekitaran yang mendorong dia menjadi begitu. Umairah sudah bergelar pembunuh dan dia juga seorang pendosa. Dia berdosa kerana membunuh suaminya sendiri. Dosa sesama manusia. Dosa kepada Tuhan.

‘’Tapi dia memang patut mati!Lelaki tak guna itu pengkhianat cinta!Dia mungkir janji!’’

Suara hati Umairah mula berkata. Suara hati yang bertunjangkan bisikan syaitan. Umairah ketawa mengekek pula. Dia berasa puas hati dapat membunuh lelaki itu. Pengkhianat cinta memang patut dibunuh! Berkali-kali hati Umairah menegaskan kenyataan itu. Seakan menyokong tindakannya sebelum ini adalah sangat tepat sekali. Tidak perlu ragu-ragu lagi.

‘’Gila!’’

Banduan wanita tersebut mencelah apabila mendengar Umairah berkata-kata sendiri sambil mengekek ketawa. Umairah sudah terbawa-bawa dengan perasaan sendiri tanpa memperdulikan banduan wanita itu lagi. Sekejap-sekejap dia menangis. Sekejap-sekejap pula dia mengekek ketawa lalu mengilai macam Pontianak. Umairah tidak peduli dengan suara-suara lain yang menyuruh dia senyap termasuklah warden. Dia terus berada dalam dunianya sendiri. Jiwa kacau.

************

When marimba rhythms start to play,

Dance with me, make me sway ,

Like a lazy ocean hugs the shore,

Hold me close, sway me more,

Like a flower bending in the breeze,

Bend with me, sway with ease,

When we dance you have a way with me,

Stay with me, sway with me…

Irama dan alunan lagu rancak berbahasa inggeris bertajuk Sway yang didendangkan oleh Michael Buble itu begitu mengasyikkan sekali dengan diikuti liuk-lentok langkah tarian tango oleh Umairah dan Fareel. Sepasang suami isteri yang kelihatan sedang mabuk dilamun cinta.

Malam ini malam istimewa iaitu malam ulangtahun perkahwinan mereka. Umairah sangat terharu dengan kejutan yang dibuat oleh suaminya itu. Makan malam istimewa dan diselang-selikan dengan tarian romantis. Hanya mereka berdua. Terasa seperti dalam dunia ini hanya wujud dua insan bercinta bernama Umairah dan Fareel. Alangkah indahnya perasaan Umairah ketika itu. Sungguh dia tidak mahu masa ketika ini berhenti berdetak. Dia mahu terus-terusan rasa bahagia seperti ini. Selamanya…Sampai mati.

‘’Sayang…’’

Fareel memegang dagu Umairah yang cantik berlekuk seperti dagu penyanyi tersohor nombor satu negara, Siti Nurhaliza itu. Umairah mendongak dan memandang tepat ke anak mata suami tercinta. Fareel senyum penuh romantis sambil mengusap lembut anak rambut sang isteri. Dahi Umairah dikucupnya penuh kasih.

‘’I love you, sayang…Cinta abang dekat sayang simpul mati tau…Takde siapa yang boleh uraikan ikatan cinta kita berdua.’’ Ucap Fareel penuh yakin.

‘’Abang janji akan cintakan sayang sampai mati?’’ Tanya Umairah pula mahukan kepastikan. Dia risau jikalau Fareel memungkiri janji.

‘’Sumpah. Demi Allah abang takkan lukakan hati sayang. I really love you. Forever and Ever.’’ Fareel mengangkat tangannya tanda bersumpah.

‘’Kalau tipu jagalah abang nanti kena makan dek sumpah baru tau!’’

Umairah hanya sekadar mengusik. Fareel mengucup lembut kedua belah pipi gebu Umairah dan seterusnya bibir mungil milik isterinya itu dipagut dengan rakus. Lama bibir mereka bertautan sebelum dilepaskan. Umairah tersipu malu.

‘’Sayang cantik sangat malam ni. Macam bidadari.’’

Pipi Umairah sudah mula merah padam. Malu dipuji sebegitu. Mata Fareel tidak lekang memandang wajah Umairah. Sememangnya isterinya itu sangat cantik. Tidak dapat dinafikan lagi. Puji Fareel dalam hati. Beruntungnya Fareel dapat memiliki Umairah. Sudahlah cantik, lemah-lembut dan sudah semestinya isteri yang sangat sempurna buat dirinya. Mereka berdua sambung menari. Asyik..Sungguh asyik dilamun asmara.

Other dancers may be on the floor,

Dear, but my eyes will see only you,

Only you have the magic technique,

When we sway I go weak,

I can hear the sounds of violins,

Long before it begins,

Make me thrill as only you know how,

Sway me smooth, sway me now…

***************

Kelihatan Umairah yang sedang memakai baju penjara itu menari sendiri. Matanya sedang terpejam rapat. Wajahnya comot. Dengan rambut panjang mengurainya itu kusut masai seperti bertahun tidak bersikat. Irama rancak dan bait-bait lagu Sway itu seakan terngiang-ngiang dalam kotak memorinya. Umairah berhati-hati mengatur langkah tari mengikut rentak lagu yang bermain di benaknya ketika itu. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Umairah mula bertempik secara tiba-tiba pula.

‘’Pembohong!Kau mungkir janji!Munafik!’’

Segala sumpah seranah dihamburkannya dengan penuh perasaan marah. Dia kembali duduk bertinggung di lantai sambil memeluk tubuh. Umairah menangis semahu-mahunya apabila mengenangkan cintanya yang sudah dikhianati oleh sang suami yang tercinta. Dia berteriak seperti anak kecil yang laparkan susu. Umairah laparkan kasih sayang seorang suami yang sudah mati. Mati ditangannya sendiri. Tragik.

********************

Aku yang mengejar bayang,

Cinta kian terbiar,

Terpendam kata, tak terungkap selamanya..,

Pedihnya hanya aku yang merasa,

Mahu memilikinya,

Aku hanya hamba cinta,

Bisik hatiku lepaskan dirinya,

Sungguh aku tak bisa,

Biarlah aku sendiri,

Tanpa kasih di hati,

Aku tak mampu pertahankan lagi,

Cinta yang menyakiti,

Biarlah aku pergi,

Tiada hampa di hati…

Kedengaran di corong radio lagu bertajuk Pendam, dendangan penyanyi bersuara lunak, Shahir AF sedang berkumandangan sayup-sayup memecah kesunyian di dalam kereta yang sedang meluncur laju di lebuhraya. Fareel memperlahankan sedikit volume radio. Dia memandang wajah isteri di sebelah yang sedang melayan perasaan sendiri sambil ikut menyanyikan bait-bait lagu tersebut.

‘’Sayang nak tinggal dekat kampung ni berapa hari?’’

Tanya Fareel ketika dalam perjalanan menghantar isterinya itu pulang ke kampung menjenguk ibu mertuanya itu. Rindu katanya kerana sudah lama tidak pulang ke kampung. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja di Kuala Lumpur.

‘’Dalam seminggu…Lagipun Bos sayang tu baik hati pula luluskan cuti lama-lama ni. Boleh ye abang?’’Pujuk Umairah. Wajah Fareel sudah mula berubah. Merajuk kononnya.

‘’Lamanya…Kata haritu nak balik dua,tiga hari je…Tak kesian ye tinggalkan abang sorang-sorang kat KL.’’ Mulut Fareel mula memuncung ke depan. Tidak betah rasanya ditinggalkan si isteri lama-lama begitu. Sunyi.

‘’Ala Abang bukannya selalu sayang dapat peluang balik kampung ni…Itulah sayang suruh abang mintak cuti sekali tak nak…Kalau tak boleh kita luangkan masa bersama.’’Omel Umairah pula.

‘’Bukannya abang tak nak mintak cuti tapi kerja banyak sangat belum settlelah sayang…Takpelah sayang balik je dulu ye.Jangan nakal-nakal pulak duduk kampung tu.’’

‘’Eleh…Abang tu jangan nakal-nakal dekat KL tu…Kalau sayang dapat tau haaa siaplah!’’ Umairah pula memberi amaran. Lebih kepada mahu mengusik sebenarnya. Umairah yakin sangat Fareel tidak akan sesekali berani buat hal. Lelaki itu hanya cintakan dia seorang. Cinta simpul mati katanya. Umairah sentiasa pegang janji Fareel kepadanya itu.

********************

‘’Aghhhhh sakit!!!Jangan sayang…Tolong lepaskan abang…Please…abang janji abang tak buat lagi…Tolong abang…Sakittt..’’

Suara rayuan sang suami langsung tidak diendahkannya. Umairah sudah menggila. Dia mencabut satu persatu kuku jari kaki dan tangan Fareel dengan menggunakan playar. Habis togel dibuatnya. Semakin kuat Fareel menjerit kesakitan apabila kesemua kuku-kukunya itu dicabut tanpa belas ihsan lagi. Fareel hanya mampu meronta tanpa dapat berbuat apa-apa lagi. Seluruh anggota badannya sudah berikat dengan tali. Kedua-dua tangan dan kakinya turut diikat. Ikat simpul mati.

‘’Kenapa abang tipu sayang…Kenapa abang? Sanggup abang curang dengan sayang…Apa kurangnya sayang ni berbanding dengan betina sundal tu???’’

Sudah berkali-kali Umairah bertanyakan soalan yang sama kepada Fareel. Fareel hanya mampu menitiskan airmata. Sedar atas kekhilafannya. Memang silap dia kerana berlaku curang dengan Umairah. Padahal isterinya itu tiada cacat celanya. Umairah seorang isteri yang baik. Sangat baik. Cuma dia. Dia yang salah. Iman dia tidaklah sekuat mana. Benarlah lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu. Dan yang satu itulah paling sukar ditangani. Fareel menyesal atas keterlanjurannya.

‘’Abang tunggu sekejap sayang nak bawakkan air untuk abang…Abang mesti dahagakan.’’

Umairah berkata manja selepas berjaya mencabut kesemua kuku di kaki dan tangan Fareel. Baru puas hatinya kini. Umairah bersiul-siul pula.

‘’Sekarang kan dah bersih…Tadi kuku abang tu panjang sangat sayang tolonglah cabutkan. Tunggu kejap ye sayang ambilkan air.’’Umairah mengucup kedua-dua belah pipi Fareel yang sudah menitik peluk jantan.

Wajah Fareel pucat. Tekaknya memang teramat haus kerana sejak tadi menjerit kesakitan. Fareel tidak menyangka Umairah boleh bertindak segila itu. Memang berbeza sangat perwatakan isterinya sekarang ini. Kejam. Tetapi bukankah dia yang terlebih kejam kerana bersikap curang dengan isterinya itu?

Tekak Fareel seakan meloya apabila Umairah bertindak menikam wanita yang bernama Reena itu sehingga lembik. Suara jeritan wanita itu tidak kedengaran kerana mulutnya sudah di’plaster’. Seluruh anggota badannya juga sudah diikat seperti mana Fareel diikat. Mencurah-curah darah pekat likat berwarna merah keluar dari perut wanita malang tersebut apabila Umairah menikam perutnya tanpa belas. Hanyir baunya sehingga membuatkan seluruh isi rumah berbau busuk.

Umairah mengekek ketawa apabila melihat wanita tersebut mengelupur sebegitu. Padan muka!Betina sundal! Carut Umairah pula. Dia sempat meludah ke muka wanita yang sudah berhubungan intim dengan suaminya itu.

Reena sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. Hanya menunggu masa untuk berdepan dengan ajalnya. Mungkin neraka tempat wanita itu selepas ini. Wanita jalang! Memang padan muka dia yang sewenang-wenangnya menjalinkan hubungan intim dengan lelaki orang. Padahal dirinya sendiri sudah berstatus isteri orang. Pantang suaminya mempunyai urusan kerja di luar Negara, Reena pantas mencari pengganti untuk memuaskan gelojak nafsunya yang menggila. Kebetulan pula dia sudah lama berkenankan Fareel, rakan sekerjanya tetapi lelaki itu selalu saja jual mahal. Entah macam mana akhirnya Fareel termakan dengan godaannya. Agh lelaki semuanya sama! Mana mungkin menolak kalau sudah dihidangkan lauk depan mata.

When marimba rhythms start to play,

Dance with me, make me sway ,

Like a lazy ocean hugs the shore,

Hold me close, sway me more,

Like a flower bending in the breeze,

Bend with me, sway with ease,

When we dance you have a way with me,

Stay with me, sway with me…

Umairah memainkan lagu kegemaran mereka berdua itu. Dia berjoget tango sekali sambil menatang dua gelas air berwarna merah. Umairah mendekati Fareel sambil menyuakan minuman berwarna merah yang pekat likat tersebut.

‘’Abang…Nah air…Minumlah…Sayang tahu abang dahaga kan…Kesian abang.’’

Fareel termuntah sebaik saja Umairah menyuakan minuman darah Reena itu tadi ke mulutnya. Dengan selamba Umairah melagakan gelas mereka dan secara rakus meneguk darah tersebut mengisi kerongkongnya. Fareel termuntah sekali lagi melihatkan aksi tidak masuk akal isterinya itu. Takkan Umairah menjadi segila ini apabila mendapat tahu kecurangannya?Ya,Fareel terlupa. Sebenarnya penyakit gila meroyan Umairah sudah datang balik. Pernah satu ketika dulu Umairah keguguran sehingga menyebabkan dia mengalami kemurungan melampau. Nasib baiklah beberapa bulan selepas itu Umairah kembali pulih seperti biasa. Tidak sangka pula penyakit lama isterinya muncul semula. Ini semua sebab dia. Fareel menyalahkan dirinya sendiri.

‘’Sayang…Maafkan abang…Tolong lepaskan abang ye.’’

Fareel cuba sekali lagi merayu. Umairah mengesat kasar bibirnya yang comot kesan meneguk air darah tadi. Terbuntang matanya memandang Fareel yang berwajah pucat lesi itu.

‘’Balasan untuk orang yang memungkiri janji adalah mati!’’Umairah berkata tegas.

‘’Ampunkan abang sayang…Abang cintakan sayang…Percayalah…Abang menyesal.’’Fareel mula merintih sayu.

‘’Sayang pun cintakan abang…Cinta mati.’’

Umairah mula mengelus lembut rambut Fareel yang sudah berserabut. Umairah mengesat peluh yang merintik di wajah suami tercintanya itu. Perlahan-lahan dia mengambil pisau yang digunakannnya untuk menikam Reena sehingga mati itu tadi. Umairah memain-mainkan pisau tersebut di wajah Fareel. Fareel mula menelan air liur. Nafasnya tersekat. Fareel ketakutan. Benda gila apakah lagi isterinya ini mahu lakukan???

‘’Sa…sa…sayang nak buat apa pisau ni?’’

Terngagap-ngagap Fareel bertanyakan Umairah. Umairah kelihatan leka bermain dengan pisaunya yang masih bersisa dengan darah Reena tadi. Mulutnya semakin rancak bersiul mengikut irama lagu Sway itu tadi.

‘’Please sayang…Jangan buat abang macam ni.’’

Umairah hanya tersenyum sinis dengan pujuk rayu Fareel itu. Dia mengusap perlahan muka suaminya itu. Jari telunjuknya diletakkan di bibir lelaki tersebut tanda menyuruh lelaki itu diam. Perlahan-lahan wajah Fareel ditoreh sedikit dengan mata pisau. Lelaki itu mengerang kesakitan. Rintik-rintik darah mula menitis mengotorkan pakaian T-Shirt Polo berwarna putih yang sedang dipakainya itu. Tanpa berlengah lagi Umairah mula mengoyakkan pakaian yang dipakai oleh Fareel lalu perut lelaki itu dirodoknya dengan pisau pemotong daging itu.

‘’Aghhhh….!!!’’Fareel menjerit kesakitan.

‘’Sakit ker abang?Sorry..Sayang tak sengaja…Nanti sayang ambikkan abang ubat ye..tunggu tau..’’

Tergesa-gesa Umairah meninggalkan Fareel yang masih mengerang kesakitan itu. Umairah kembali dengan sebotol cuka. Dia membuka penutup cuka tersebut dan tanpa belas kasihan mencurahkan air cuka itu ke tubuh Fareel yang sedang luka berdarah. Semakin kuat jeritan Fareel. Lelaki itu tidak mampu menanggung azab kesakitan lagi.

Tergamak isteri kesayangannya ini memperlakukan dia sampai sebegitu sekali. Aghhh…apa kurangnya dia yang telah berlaku curang. Mungkin inilah balasan yang setimpal untuk suami curang seperti dia. Ya Allah tolong aku…Fareel sempat mengucap. Tidak henti-henti mulutnya menyebut nama Tuhan. Semasa tengah seronok-seronok melakukan maksiat langsung tak ingat Tuhan. Manusia.

‘’Owh dah nak mati baru ingat Tuhan? Lelaki tak guna! Selama ini aku percayakan kau…Aku cintakan kau sepenuh hati aku…Tapi apa yang kau dah buat?Kau main dengan perempuan lain belakang aku?’’

‘’Maaf…Tolong maafkan abang.’’

Fareel masih tercungap-cungap memohon ampun.

‘’Kalaulah aku tak buat kejutan balik dari kampung senyap-senyap nak jumpa kau mesti sampai bila-bila pun kau akan tipu aku!Tergamak kau bawak betina sundal tu tidur atas katil kita?Kau memang dah melampau!’’

Umairah menikam perut Fareel yang tidak berbaju itu berkali-kali sehingga puas. Akhirnya Fareel terdiam tidak berkutik lagi. Fareel sudah terkulai layu. Umairah memeluk jasad suaminya yang sudah berlumuran darah itu. Umairah mencium tangan kanan suaminya itu. Air matanya menderu membasahi pipi. Umairah menyesal.

‘’Ampunkan sayang abang…Sayang cintakan abang…Cinta simpul mati.’’

**************************

‘’Umairah, awak okey?’’

Teguran lembut daripada seorang lelaki itu terus melenyapkan kenangan silam Umairah. Lama dia bertelegu di situ. Usai membacakan doa ketika menziarahi kubur arwah Fareel dia terus termenung jauh. Umairah menyesali segala kesilapannya selama ini. Akal fikirannya yang tidak waras ketika itu telah mengorbankan dua nyawa. Suaminya, Fareel dan wanita itu. Walaupun mereka berdua memang sudah terang-terangan melakukan dosa tetapi sebagai hambaNya dia tidak sepatutnya mengikut hasutan syaitan sehingga tergamak menjatuhkan hukuman sekejam itu. Umairah ralat.

‘’Sudahlah tu…Lupakan kenangan pahit yang awak dah lalui tu…Kita mulakan hidup baru ye…InshaAllah Tuhan tu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’’

Pujuk lelaki itu lagi. Hati Umairah sedikit terubat dengan kehadiran lelaki tersebut. Firman merupakan seorang doktor sakit jiwa. Firmanlah yang bertanggungjawab merawat Umairah ketika dia ditempatkan di Hospital Sakit Jiwa itu.Umairah terlepas daripada hukuman penjara dan dimasukkan ke hospital sakit jiwa selepas ujian kesihatan membuktikan Umairah menghidap penyakit mental.

Selama setahun Umairah berada dalam pengawasan Dr. Firman sehinggalah Umairah akhirnya pulih daripada penyakit jiwanya itu. Umairah sangat terhutang budi dengan pertolongan Firman yang sentiasa memberikan dia semangat untuk pulih. Dalam diam rupanya lelaki tersebut menaruh hati kepadanya dan mengajak dia mendirikan rumahtangga.

Sungguh Umairah langsung tidak menduga rupa-rupanya Tuhan sengaja menyembunyikan matahari kerana Dia mahu menghadiahkan pelangi buat Umairah. Kali ini Umairah nekad mahu memulakan kehidupan yang baru. Biarlah sejarah cinta simpul mati yang menyakitkan itu terlerai dikoyak waktu.

-TAMAT-

CREDIT LIRIK LAGU :

Sudah Ku Tahu – Projector Band

Sway – Michael Buble

Pendam - Shahir AF

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.