Home Cerpen Seram/Misteri LIF BERPENGHUNI
LIF BERPENGHUNI
Jue Zurhanisza
4/7/2016 13:19:13
2,268
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

KARYA : JUE ZURHANISZA
GENRE : SERAM
TEMA : LIF
TAJUK : LIF ‘BERPENGHUNI’
TAGLINE: Jaga-jaga setiap tempat ada penunggunya


‘’Kreek...kreekk...kreekk…’’

Bunyi bingit seakan kerusi diseret itu semakin lama semakin kuat kedengaran. Berdengung gegendang telinga Luqman dibuatnya. Tidur Luqman seakan terganggu dengan bunyi bising dari rumah tingkat atas. Biasalah nama pun menginap di rumah flat sudah semestinya pelbagai bunyi dengan mudah saja dapat didengari. Ikutkan sudah hampir seminggu juga Luqman dan dua orang lagi teman serumahnya, Abam dan Fareel berpindah di kawasan sini.Hampir saban malam jugalah Luqman terpaksa bersabar dengan bunyi-bunyi bising yang dilakukan oleh rumah tingkat atas mereka itu.

’’Ishh memekak jela.Aku nak tidur pun tak senang!’’

Luqman mula merengus. Dia berkalih badan sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Katil bujangnya itu turut bergoyang apabila Luqman tidak betah duduk diam. Berkeriuk bunyi katilnya itu. Nasib tidak patah riuk dikerjakannya. Maklumlah katil tersebut sudah usang, bertahun sudah usianya...

Bilik kecilnya itu mula terasa hangat. Rintik-rintik peluh mula laju membasahi badannya. Putaran angin di kipas syiling langsung tidak dirasainya. Panas membahang. Luqman berdecit. Sudahnya dia bangkit dari pembaringannya itu. Sekilas dia memandang jam di skrin telefon bimbitnya itu. I-phone 4 itu dicampak semula ke katil.

‘’Awal lagi.baru pukul 10 ni...Ishh tak boleh jadi ni.’’

Luqman sudah tidak dapat menahan sabar lagi. Dia berura-ura untuk pergi naik ke tingkat atas. Luqman mahu bersemuka dengan tuan rumah di tingkat 6 itu. Rumah Luqman pula di tingkat 5. Hanya selang satu tingkat saja. Selama seminggu menyewa di rumah ini Luqman tidak pernah bersua muka lagi dengan tuan rumah di tingkat atasnya itu.

Kalau ikutkan hati sudah lama dia mahu memberi peringatan kepada tuan rumah tingkat atas itu supaya tidak lagi sewenang-wenangnya membuat bising.Abam dan Fareel yang beriya-iya suruh dia bersabar. Takut nanti jiran tersebut kecil hati pula kata mereka.Aghh peduli apa dia!Masalahnya sekarang bunyi bising itu telah mengugat ketenteraman jiran tetangga. Luqman memberontak tidak puas hati.

‘’Orang atas ni memang dah melampau!Nak kena diajar ni!’’

Dengan pantas Luqman menyarung baju T-Shirt Polo potongan leher V ke badannya yang terbiar separuh bogel dan hanya bersarung kain pelikat sedari tadi. Luqman menukar kain pelikat dipakainya itu dengan seluar panjang. Tanpa berlengah lagi Luqman keluar dari biliknya. Suasana rumahnya gelap-gelita tanpa dipasang lampu. Luqman teraba-raba berjalan dalam gelap seperti orang hilang penglihatan.

‘’Gelapnya...Ish mana Abam dengan Fareel ni. Takkan time macam ni tak balik lagi.’’

Mata Luqman meliar mencari suis lampu yang terletak di ruang tamu. Luqman tekan suis yang dicapainya itu berulangkali tetapi lampu masih tidak menyala.

‘’Takde letrik rupanya.Patut gelap je.Panas semacam pulak tu.’’

‘’Pang..!!!’’

Bunyi seperti pinggan jatuh berderai di dapur.Luqman mengusap dadanya berkali-kali tanda terkejut .Perlahan-lahan Luqman berpaling kearah bunyi tersebut. Dia menapak ke dapur dengan penuh berhati-hati.  Takut dia kalau-kalau tersadung kaki di dalam gelap.  Dalam samar-samar cahaya dari telefon bimbitnya Luqman ternampak seperti kelibat Abam di dapur.  Luqman menarik nafas lega apabila menyangkakan teman serumahnya itu berada di rumah.

‘’Laaa ada kau Abam..Ingatkan kau dengan Fareel keluar. Sunyi sepi je rumah ni.’’

Luqman menegur kelibat yang disangkanya Abam itu  .Abam langsung tidak menoleh kepada Luqman yang sedang menegurnya itu.  Wajah Abam hanya menunduk ke lantai sedari tadi.  Di tangannya terdapat satu periuk besar nasi.Abam terus tergesa-gesa meninggalkan Luqman dan menuju ke biliknya sambil mengendong periuk nasi tersebut.

‘’Oit abam kau nak bawak pergi mana periuk nasi tu..Jom teman aku kejap pergi tingkat atas!’’

Abam langsung tidak menoleh lagi.Luqman mengeluh.

‘’Ish ada kawan serumah pun tak boleh harap.Sejak bila pulak dia melantak sorang-sorang dalam bilik tak ajak member ni.Abam..abam…’’

Luqman sempat memerli Abam.Abam yang masuk ke bilik tadi langsung tidak keluar-keluar lagi.  Tanpa membuang masa lagi Luqman terus keluar dari rumah seorang diri.Luqman nekad untuk bersua muka dengan pemilik rumah tingkat atas itu.  Biarlah dia pergi sendiri pun tidak mengapalah.Janji dia dapat tidur lena selepas ini tanpa sebarang gangguan bunyi-bunyi bising dari tingkat atas lagi. Apa yang mahu ditakutkan sangat?Dia kan anak jantan. Luqman cuba memberanikan diri.

Luqman menunggu lif yang masih belum terbuka.Tingkat G,1,2,3,4…dan akhirnya lif berhenti di tingkat 5.

‘Ting…!’

Sebaik saja pintu lif terbuka Luqman segera meloloskan dirinya ke dalam perut lif. Butang nombor 6 ditekannya dengan rakus.Padahal satu tingkat saja tetapi Luqman malas hendak mendaki tangga.Alang-alang sudah ada kemudahan awam baiklah dia naik lif saja.Buat apa nak menyusahkan diri memanjat tangga pula. Rasa kantuk dimatanya pun masih tidak hilang lagi. Lagi cepat Luqman bersemuka dengan pemilik rumah atas itu lagi cepatlah dia boleh menyambung semula tidurnya yang terganggu sebentar tadi.

Pintu lif yang terbuka tadi masih belum bertutup. Padahal Luqman sudah menekan butang tutup berkali-kali.Dia juga sudah lama menekan butang tingkat 6. Tapi apa yang peliknya pintu lif masih tidak mahu ditutup.Luqman mula cuak.

‘’Aghh sudah..Apasal ni lif rosak ker pulak..Ishhh macam-macamlah!’

Luqman mula berang. Dia menendang dinding lif. Kuat. Berdegang bunyinya.  Nasib baik juga tiada penghuni flat lain yang ternampak vandalisme yang dilakukan oleh Luqman tadi.  Sedang Luqman mengomel sendiri tiba-tiba dia ternampak kelibat Fareel yang berada di luar pintu lif.  Dalam samar-samar kegelapan malam kelihatan Fareel sedang memandang Luqman dengan pandangan yang tajam.  Mata Fareel kelihatan merah menyala.  Luqman mula pelik melihat Fareel yang masih merenungnya tanpa berkata apa-apa itu.  Wajah Fareel kelihatan tegang dan agak menyeramkan.Luqman mula kecut perut.  Dia memberanikan diri menegur Fareel.

‘’Reel kau dari mana ni?Jom teman aku pergi tingkat atas.’’

Fareel masih merenung Luqman dengan mata yang kemerah-merahan dan langsung tidak berkelip.   Hanya tegak memandangnya sedari tadi macam patung.  Luqman mula berasa cuak dengan tingkahlaku Fareel yang agak pelik dan lain macam saja ketika itu.  Kebiasaannya temannya Fareel itu paling banyak cakap dan suka sangat buat lawak bodoh.  Tiba-tiba hari ini Fareel hanya mendiamkan diri saja dengan pandangan mata agak menakutkan itu.Sudah kenapa dengan kawan serumahnya ini?Buang tebiat gamaknya malam-malam macam ini.

‘’Reel kau apasal ni?Lain macam je aku tengok.Jomlah masuk lif ni teman aku pergi tingkat 6.’’

Luqman masih mempelawa Fareel.  Tiba-tiba Fareel berpaling mahu pergi daripada situ.  Spontan kaki Luqman mula melangkah. Dia mahu mengejar Fareel tetapi dengan secara tiba-tiba pintu lif tertutup rapat.  Nasib baik Luqman sempat mengelak sebelum pintu lif tertutup dengan laju tadi. Kalau tidak mahu tercabut kepala dia yang disuakan ke luar pintu semata-mata mahu mengejar Fareel tadi.Luqman menarik nafas lega.

‘’Kurang ajar punya lif!’’

Dengus Luqman.  Dia sempat menyepak sekali lagi pintu lif yang sudah tertutup itu.  Nasib baik jugalah dia memakai kasut sarung yang tebal kalau tidak mahu patah kakinya yang sudah berkali-kali melempiaskan kemarahannya dengan menendang pintu lif itu.  Luqman menyabarkan dirinya sendiri menunggu sehingga pintu lif terbuka di tingkat 6.  Walaubagaimanapun pintu lif masih belum buka-buka.Padahal satu tingkat saja jaraknya.

‘’Ish takkan lama sangat..Janganlah lif ni buat hal lagi.Masak aku terkurung dalam lif sensorang ni..’’

Luqman mendengus.  Rintik peluh jantannya mula membasahi wajahnya yang kelat.  Serabut dan serba tak kena dirasakannya kehidupannya hari ini.  Semuanya gara-gara jiran di tingkat atas rumah sewa baru mereka ini.

‘’Tingg..!!!’’

Setelah agak lama menunggu akhirnya pintu lif sudah terbuka apabila sampai di tingkat 6.  Luqman tergesa-gesa mahu meloloskan diri keluar dari perut lif.  Dengan pantas pintu lif tertutup semula.  Berdegang kuat bunyinya apabila kepala Luqman terhantuk di pintu lif tersebut.

‘’Aduh sakitnya!Sial betullah!’’

Luqman mula menyumpah seranah.Diraba kepalanya yang seakan membengkak.

’’Tak guna punya lif!Bodoh!’’

Entah sudah kali keberapa Luqman menendang pintu lif itu.  Darjah kemarahannya mula mendadak naik.  Mendidih seperti air yang sedang dijerang di dapur.  Luqman menekan butang kecemasan lif berkali-kali tetapi sepertinya sudah tidak berfungsi.  Lama Luqman menunggu pintu lif tersebut terbuka semula tetapi malangnya pintu lif masih tertutup rapat.  Luqman cuba membuka pintu lif tersebut menggunakan kedua-dua tangannya.  Gagal!Tiba-tiba lampu yang terpasang dalam lif terpadam.Ah sudah! Dia mula merasakan bahang apabila saluran pernafasannya seakan kekurangan oksigen.Luqman terduduk di satu sudut.  Cuba mencari kekuatan.

‘’Fuhhh...fuhhh…’’

Kedua-dua cuping telinganya dirasakan seperti ditiup-tiup orang dalam gelap itu.Luqman mula berasa seram sejuk.Bulu romanya naik secara tiba-tiba.Ketika ini mulutnya kumat-kamit membaca surah-surah yang diketahuinya.Yang dia ingat hanyalah surah Al-Fatihah.Itupun tunggang-langgang bacaannya.Ah gasak janji makhluk ini tak kacau aku!Desis hati Luqman.

‘’Luqmannnn...Luqmannnnn…’’

Ah sudah!Luqman terdengar bisikan yang menyebut namanya sayup-sayup.Luqman menutup kedua-dua belah gegendang telinganya dengan tangan tetapi suara halus tersebut masih juga jelas kedengaran memanggil namanya.Mendayu-dayu bunyi suara halus tersebut.

‘’Luqmannnnn….’’Seru suara halus itu lagi.

‘’Pergi!Jangan ganggu akulah…!!!’’

Luqman menempik kuat.  Cuba memberanikan dirinya menghalau makhluk halus yang sedang mengacau dia ketika ini.

Tiba-tiba kaki Luqman ditarik secara kasar.  Terlentang Luqman dibuatnya.  Dia mengerang kesakitan.  Nafasnya seakan tercunggap-cunggap apabila terasa seperti ada benda yang teramat berat sedang menghimpit duduk atasnya yang sedang terlentang dalam lif itu.   Kelu lidah Luqman untuk terus berkata-kata. Mulutnya masih terkumat-kamit memperbetulkan bacaan surah Al-Fatihah yang satu-satunya diingatinya.

‘’Ya Allah tolong aku!’’

Berkali-kali Luqman membisikkan nama Tuhan dalam hati.  Disaat-saat kecemasan seperti ini barulah hatinya yang hitam itu mula mengingati Tuhan.  Selama ini hendak solat pun dia malas.  Ada saja alasannya semata-mata tidak mahu mengerjakan kewajipan yang satu itu.  Padahal mengerjakan solat itu wajib.  Solat itu tiang agama.  Ketika ini barulah Luqman teringat segala pesan emaknya.  Kalau tidak jangan harap dia mahu mengendahkan bebelan emaknya yang selalu menyuruh dia bersolat itu. Sedangkan teman-teman serumahnya sendiri culas mahu bersolat, apatah lagi dia yang sememangnya jahil ini.

‘’Ting..!!!’’

Pintu lif terbuka secara tiba-tiba.  Tanpa berlengah lagi Luqman terus mengengsot laju keluar daripada perut lif.  Kaki Luqman terasa kejang untuk berdiri.  Dia memukul-mukul perlahan kedua-dua belah kakinya itu.   Luqman sedaya upaya cuba bangun.  Dia menarik nafas lega kerana sudah berjaya meloloskan dirinya keluar daripada lif berhantu tadi.  Luqman yakin dalam lif tadi ada penghuninya.  Dia dapat merasakan kewujudan makhluk halus itu tadi.Entah apa saja yang makhluk itu mahukan daripadanya Luqman juga masih tidak mengerti.

‘’Dah kat tingkat 6...’’Bisik Luqman pula.

Dia terus melangkah sehingga berada betul-betul di depan pintu rumah jirannya itu.  Luqman menekan loceng di luar pintu rumah tersebut berkali-kali tetapi masih tiada respons.  Mungkin loceng tak berfungsi ni.  Desis Luqman pula.  Lantas dia terus memberikan salam dan juga mengetuk pintu rumah tersebut berkali-kali. Hampa.Masih tiada respons daripada penghuni dalam rumah.Luqman mengeluh kuat.Sia-sia saja dia bersusah payah datang kemari.  Sampaikan kena kacau dengan makhluk halus.

‘’Dah tido kot..Esok jela aku datang balik..Ishh nak kena turun tangga ni. Tak sanggup aku naik lif..’’

Dengan perasaan kecewa Luqman membuat keputusan mahu turun semula ke rumah sewanya.Tiba-tiba pintu rumah sewa tersebut terbuka luas.Luqman cuba menjenguk ke dalam rumah.Kosong!Tiada sesiapa pun di dalam rumah tersebut.Kelihatan seperti rumah tersebut sudah lama tiada berpenghuni.Luqman mula berasa seram-sejuk.

Jangan-jangan…Luqman tidak mahu meneruskan niatnya tadi.Tanpa menunggu lebih lama lagi Luqman menapak laju mahu meninggalkan rumah tersebut.  Kedengaran suara nyaring yang tiba-tiba mengilai. Sekejap-sekejap suara itu menjerit kesakitan.sekejap-sekejap pula suara itu bertukar menjadi tangisan.  Dada Luqman berombak laju.Cuak gila dia dibuatnya.Luqman menjeling sekilas jam di tangan.

’’Sudah pukul 12…Patutlah!’’

Semakin laju langkah kaki Luqman diatur menuruni tangga.   Nasib baik jugalah ada sedikit bantuan cahaya lampu menerangi tangga tersebut.  Kalau tidak mahu jatuh tersadung pula Luqman dibuatnya ketika itu. Naya...Memang naya...Menyesal dia membuat keputusan mahu naik ke tingkat 6 tadi.Macam-macam benda menyeramkan terjadi kepadanya.

Keesokkannya Luqman terus demam.  Dia hanya berbaring lemah di katil dengan berselimut tebal.  Badannya masih terasa seram-sejuk dengan kejadian yang menimpanya malam tadi.Fareel dan Abam yang baru pulang ke rumah sewa mereka pagi itu nyata terkejut dengan keadaan teman serumah mereka yang ditinggalkan berseorangan malam tadi.

‘’Macam mana boleh jadi macam ni Luqman?’’

Cemas Abam bertanyakan keadaan Luqman yang lemah itu.

‘’Patutlah call semalam tak berangkat..kau tak dapat ek mesej kitorang?Malam tadi aku dengan Abam tak balik rumah.Kitorang buat OT kat kilang tu.’’

Jelas Fareel pula.  Luqman nyata terkejut dengan penjelasan kedua-dua teman serumahnya itu.Habis malam tadi siapa yang ditegurnya kalau bukan Abam dan Fareel?Hantu jembalang?Masak-masak.Semakin seram-sejuk satu badan Luqman dibuatnya.Mengeletar.

‘’Aku dengar cerita tingkat atas kita ni memang takde penghuninya.Dah lama terbiar kosong.Pernah masuk berita satu family kena bunuh.Lepas tu mayat-mayat diorang diseret lalu dikumpulkan semuanya dalam lif.Disusun bertingkat-tingkat mayat-mayat tu.’’

Panjang lebar Abam memberikan penjelasan.Patutlah selama ini Luqman tidak pernah melihat Abam mahupun Fareel menggunakan lif. Rupa-rupanya mereka sudah tahu cerita.Bertuah punya kawan.Kalaulah mereka buka cerita awal-awal lagi kepadanya sudah semestilah kejadian seperti semalam tidak berlaku.Keluh Luqman.

‘’Kita pindah harini jugak...Aku tak tahanlah kena kacau.’’Luah Luqman pula. Fareel dan Abam saling berpandangan. Kaget.

-TAMAT-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.