Dinding bilik ditenung kosong. Kesunyian menyelubungi bilik
itu. Hanya kipas di siling yang berpusing ligat. Sesekali idea yang terlintas
di kepala membuatnya bergerak tetapi selepas itu Erin akan kembali termenung.
Idea-idea yang bermain difikiran berubah-ubah cuma satu sahaja yang menjadi
poin utamanya, kerja sambilan.
Ya,
dia memerlukan kerja sementara menunggu
semester baru bermula. Sekurang-kurangnya dia tidak bosan sepanjang cuti
semester ini. Cuti baru bermula dan dia sudah tidak betah duduk bergoyang kaki
di rumah. Ibu dan ayahnya tidak menggalakkan dia bekerja pada waktu cuti begini
kerana setiapkali semester bermula, dia jarang pulang ke rumah kerana sibuk
dengan study.
Pucuk
dicita ulam mendatang. Dia mendapat panggilan daripada rakan baiknya, Liz.
“Kau
perlukan part time job kan?”
“Yup.
Kenapa?”
“Kebetulan
kak long aku perlukan orang untuk jaga anak-anak dia. Babysitter lah kiranya,”
terang Liz panjang lebar.
“Ye
ke? Kau dah bagitau kakak kau belum yang kau nak aku jadi babysitter anak-anak dia?” Erin sudah teruja.
“Dah.
Kalau kau nak, datanglah ke rumah kakak aku. Kau pernah datang kan dulu?”
“Aku
ingat lagi jalan ke rumah dia. Ok, thanks
Liz! Aku sayang kau!”
Perbualan
telefon tamat di situ. Pagi esok dia akan ke rumah kakak Liz yang dimaksudkan.
*****
Beberapa
jam selepas waktu subuh, Erin bersiap-siap untuk ke rumah kakak Liz dengan
semangat yang berkobar-kobar. Senyuman memang tidak lekang dari bibirnya. Ada
juga kerja yang dilakukan sepanjang cuti semester itu. Dia memandu kereta Proton
Waja milik ibunya untuk ke sana.
Loceng
rumah dibunyikan sebaik saja dia sampai. Beberapa kali loceng dibunyikan tetapi
tiada respons dari penghuninya. Kening mula berkerut. Takde orang ke?
Baru
sahaja dia ingin menelefon Liz, daun pintu akhirnya dikuak seseorang. Erin
mengintai ke dalam kerana tiada sesiapapun yang menyambutnya di ambang pintu
utama. Bukankah ada seseorang yang telah membuka pintu ini sebentar tadi? Pelik
betul.
“Assalamualaikum,
kak?” panggilnya.
Imej
seseorang yang merangkak di lantai pantas menarik perhatiannya. Dia
menjengulkan wajah ke dalam untuk mendapat view
yang lebih jelas. Okey, dia sudah terpacak di situ bagaikan orang bodoh. Kakak
Liz, Lina pula tidak nampak-nampak batang hidung!
“Erin,
sorry akak baru balik dari gerai kuih
depan sana.. Dah lama sampai?” sapa Lina dari belakang. di tangannya ada
beberapa beg plastik berwarna hijau muda yang terisi dengan kuih-muih.
“Baru
je kak..” Erin berbohong. Dia mula berasa tidak sedap hati. Siapa pula yang
membuka pintu jika bukan kak Lina?
“Aik?
Akak terlupa kunci pintu ke tadi?” Lina meluru ke pintu dan memeriksa kunci
dengan memusing-musingkan tombol pintu. Seketika kemudian, dia mempelawa Erin
masuk.
“Anak-anak
akak mana?” soal Erin selepas melabuhkan punggung ke sofa. Matanya terpaku pada
frame-frame gambar yang tersusun cantik di atas kabinet tv.
“Ada
kat atas, masih tidur dengan tok wan dia orang. Petang ni tok wan dia orang
balik kampung, nasib baik Erin ada..” ujar Lina sambil tersenyum manis. Dia
menghidangkan segelas air milo panas dan sepinggan karipap berinti kentang ke
atas meja.
“Liz
call saya semalam kak. Kebetulan
sangat saya tengah cari part time job.
Alhamdulillah memang dah rezeki saya,” Erin berkata penuh syukur.
“Erin
start esok boleh? Daripada pukul 8
pagi sampai pukul 6 petang..”
“Boleh..”
balas Erin dengan muka ceria.
*****
Seperti
yang telah dirancang, keesokan harinya, Erin memulakan pekerjaannya sebagai babysitter sementara anak-anak Lina. Selepas Lina bertolak ke pejabat bersama
suaminya, Erin terus masuk ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi buat mereka.
“Makan
kenyang-kenyang ye..” dia berkata lembut sambil memerhatikan Iman dan Amar
makan. Berselera sekali dua beradik itu makan sarapan dari air tangannya.
Dia
memerhati wajah Iman yang berumur 4 tahun dan Amar yang berumur 3 tahun. Memang
comel. Hidung mancung bermata bulat. Seiras wajah ibu mereka. Bunyi rengekan si
kecil membuatkannya cepat-cepat berlari ke tingkat atas. Nampaknya si kecil itu
sudah bangun dari tidur.
Ketika
kakinya menjejak lantai di hadapan bilik bayi, jantungnya tidak semena-mena
berdegup kencang. Macam serbasalah pula dia mahu masuk ke situ. Tambahan pula
bilik itu suram kerana langsir yang belum disingkap. Namun apabila rengekan si
kecil semakin kuat, dia menggagahkan diri pergi mengambil si kecil itu.
“Arina
nangis ye?” dia memujuk Arina dan mendukungnya. Langsir yang disingkap ke tepi
sehingga cahaya pagi itu menerobos masuk ke ruangan tersebut.
Tangisan
Arina semakin menjadi-jadi. Dia asyik memerhatikan satu sudut. Sudut di mana rocking chair comel berwarna merah jambu
terletak. Erin merenung kerusi itu selama beberapa minit namun tiada apa-apa
yang aneh sedang berlaku di situ.
“Kenapa
sayang?” bisiknya.
Tangan
kecil Arina menunjuk-nunjuk ke arah kerusi dengan airmata yang berjujuran jatuh
ke pipi. Sesekali dia menjerit-jerit ketakutan. Erin cepat-cepat membawa Arina
keluar dan mendukungnya ke dapur untuk menyusukannya. Pasti tekak si kecil ini
sakit kerana menangis sejak tadi.
Iman
dan Amar sudah tiada di dapur. Kedengaran suara mereka rancak bermain di ruang
tamu. Sempat dia mengintai dan melihat mereka berdua sibuk menyusun permainan
lego di atas permaidani. Dia hanya mampu tersenyum dan kembali ke dapur untuk
membuat susu pula.
“Dupp!”
Erin
terkaku. Bunyi dari tingkat atas
memeranjatkannya. Bunyi sesuatu yang berat jatuh bedebuk di atas lantai.
Dia meletakkan botol susu ke tangan Arina yang sudah pandai menyusu sendiri.
Setelah memastikan kedudukan Arina selamat di atas kerusi bayi, dia mengayun
kaki ke tingkat atas.
“Dupp!”
Bunyi
itu berlaku lagi. Dengan penuh hati-hati, dia mendaki takah-takah anak tangga
untuk ke atas. Dia perlu memeriksa apa yang sedang berlaku di sana.
“Dupp!”
Bunyi
itu datangnya daripada bilik Arina. Dia mengintai dari balik pintu dan nampak
dengan jelas bagaimana rocking chair
bergerak-gerak. Ke depan dan ke belakang walaupun tiada sesiapa yang
menggerakkannya. Kelibat sesuatu yang berdiri di balik langsir mengejutkannya.
Dia terus berlari ke tingkat bawah untuk mendapatkan Iman, Amar dan Arina.
Mujurlah ketiga-tiganya ada di ruang tamu.
Petang
itu dia menceritakan apa yang dia lihat kepada Lina. Wanita itu hanya tersenyum
dan meyakinkannya bahawa apa yang dilihat mungkin sekadar halusinasinya saja.
Dalam diam, Erin yakin ia bukan halusinasinya. Pasti rumah ini berpenunggu.
Bagaimana dia mahu meneruskan tugasnya sebagai babysitter esok dan hari-hari yang seterusnya?
*****
Dia
cuba melupakan apa yang terjadi dan kembali bekerja pada keesokkan harinya. Ya,
mungkin ia hanya mainan perasaannya saja. Dia seorang yang berani dan tidak
mudah mengaku kalah. Dengan semangat baru, dia menguruskan anak-anak kecil itu
dengan penuh dedikasi. Akan tetapi, bunyi yang sama bergema lagi.
“Dupp!”
Ya
ALLAH, apa yang harus dia buat? Arina juga tiba-tiba menangis. Dia
tersedu-sedan sambil menekup matanya dengan tangan. Bayi berusia sembilan bulan
itu di dalam ketakutan. Erin mendukung dan cuba menenangkannya. Adakah benar
rumah ini berpenunggu? Bulu romanya meremang-remang.
Iman
menarik hujung bajunya dan mahu memberitahunya sesuatu. Erin duduk mencangkung
dan mendekatkan telinganya ke mulut Iman.
“Ada
kakak takde mata dengan mulut, tengah merangkak atas tangga…”
Berderau
darah Erin. Dia memandang Iman tidak berkelip dan kanak-kanak lelaki itu hanya
tersenyum memandangnya. Tangga kemudiannya direnung lama. Tiada apa-apa di
situ. Adakah Iman sedang bergurau dengannya?
“Iman
jangan bergurau macam ni tau. Aunty tak suka..” ujar Erin dengan senyuman
pahit. Okey, sebenarnya dia sudah menggigil ketakutan. Awal-awal lagi rumah itu
sudah memberi aura yang menakutkan.
“Iman
tak guraulah.. Memang ada kakak tu dekat tangga..”
“Sekarang
dia tengah buat apa?”
“Sekarang
dia tengah merangkak kat lantai…”
Kening
Erin berkerut. Lantai mana yang dimaksudkan Iman?
“Lantai
depan ni aunty. Kakak dah dekat dengan kita…” Iman berkata seolah dapat membaca
kata hati Erin.
Jawapan
Iman membuat Erin seriau. Dia beristighfar panjang dan segera membaca ayat
kursi walaupun ada kalanya dia tersasul. Walaupun dia tidak dapat melihat apa
yang dilihat Iman tetapi dia tahu kanak-kanak tidak pandai menipu dan mata
mereka tidak berhijab. Dia bergegas mendukung Arina dan memimpin Iman ke ruang
tamu. Sarapan pagi itu tidak sempat dihabiskan.
Amar..
Mana Amar??
Dia
menoleh namun Amar tiada di dapur. Gelak tawa Amar dari tingkat atas memberi
petunjuk bahawa dia sedang berada di atas. Arina dibaringkan ke atas tilam bayi
dan dia meminta Iman menjaga adiknya buat beberapa minit. Amar harus dibawa ke
bawah dengan segera.
“Amar?
Amar kat mana?” dia memanggil-manggil. Bilik tidur Iman dan Amar dikuak dan
kanak-kanak itu tiada di situ.
“Amar?”
“Aunty…”
Erin
menoleh dan melihat Amar sedang berdiri sambil merenung sesuatu di belakangnya.
Dahi Erin berpeluh-peluh, tekaknya terasa kering…
“Aunty,
jangan gerak..” arah Amar dengan lidah telonya. Dia menggeleng-geleng dengan
muka yang penuh ketakutan.
“Kenapa
sayang?” tanya Erin dengan suara terputus-putus. Dia berdiri macam patung. Tiada
daya untuk berpaling ke belakang. Tidak ingin tahu tentang apa yang sedang
berada di belakangnya.
“Ada
kakak takde muka…”
ALLAH!
Erin bagaikan mahu pengsan. Dia masih mematungkan diri.
“Amar
takut!!” Amar menjerit ketakutan. Kemudian dia menangis teresak-esak. Erin
berlari mendapatkan Amar dan tanpa menoleh ke belakang dia mendukung
kanak-kanak itu ke tingkat bawah. Di situ mereka berkumpul. Erin membuka semua
tingkap di ruang tamu untuk mengurangkan rasa takut mereka. Mulutnya juga tidak
lekang dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
*****
“Boleh
Erin tolong akak?”
Erin
terdiam. Belum sempat dia mahu menceritakan apa yang terjadi, Lina sudah
menyuarakan yang dia suami isteri perlu ke majlis penting esok dan akan pulang
lusa. Maknanya dia harus bermalam di rumah berpenunggu itu selama satu malam.
“Erin
je harapan akak sekarang.”
Dengan
hati yang berat, akhirnya Erin bersetuju. Dia akan membawa mereka pulang ke
rumahnya jika berlaku yang bukan-bukan. Dia juga sudah meminta izin dengan Lina
dan wanita itu sudah memberi keizinannya. Perjalanan dari rumahnya ke rumah Lina
memang agak jauh tetapi dia tidak peduli jika nyawa sudah di hujung tanduk.
*****
Pagi
itu berjalan dengan lancar. Tiada gangguan yang menghantui. Petang juga begitu.
Erin berasa lega dan mulai merancang untuk bermalam di rumah itu sahaja kelak.
Mungkin ‘kakak-kakak’ menakutkan itu sudah tiada. Segala aktiviti berjalan
dengan lancar sehingga malam melabuhkan tirainya.
Iman
yang tergelak terkekek-kekek di depan tv membuahkan senyuman di bibir Erin.
Seronok betul Iman menonton rancangan tv. Dia yang baru selesai menidurkan
Arina dan Amar berjalan mendekati Iman di ruang tamu. Pada malam itu, tiga
beradik itu akan tidur bersamanya di bilik tetamu. Sejujurnya dia masih tidak
berani untuk ke tingkat atas.
“Tengok
apa tu?” sapa Erin dari belakang. Dilihatnya Iman masih terkekek-kekek ketawa
seorang diri di hadapan tv.
Namun
apa yang membuatnya tergamam ialah tv itu. Tv itu tidak dipasang. Jadi Iman
ketawa penuh gelihati bukan kerana rancangan tv tetapi kerana benda lain.
“Iman
buat apa tu?” tanya Erin dengan hairan.
“Kakak
ajak main dengan dia…”
“Kakak
mana?”
“Kakak
semalam.”
Gulp…Angin
dingin tiba-tiba menampar-nampar kulitnya.
“Iman,
jom masuk tidur..” ajaknya lembut. Iman menggeleng-geleng.
“Tak
mau. Iman nak main dengan kakak ni..”
“Takde
kakak kat sini sayang. Jom kita tidur.. Nanti aunty bacakan buku kegemaran Iman
ye?” pujuknya lagi. Dia menghulurkan tangan dan mengharap supaya kanak-kanak
itu menyambutnya.
“Kakak
ada kat belakang aunty..Dia nak main dengan aunty sekali…” Iman mengarahkan
telunjuknya ke belakang Erin.
Erin
sudah menggigil satu badan. Dia melirik jam yang tergantung di dinding, sudah
pukul 10 malam. Iman jangan bergurau please…
“Haaaaaaaaa…..”
Bunyi
bisikan di belakang tengkuk Erin membuatkan Erin segera menoleh ke belakang. Ya
memang benar, ada ‘kakak’ tiada muka sedang melayang menuju ke arahnya dan
Iman.
Erin
mendukung Iman sepantas kilat dan membawanya masuk ke bilik. Dia menggerak Amar
bangun dan mendukung Arina yang sedang lena. Iblis itu sedang mengilai-ngilai
di luar. Erin mencapai kunci kereta yang tergantung di paku bilik dan meluru
keluar bersama anak-anak itu. Dia akan membawa mereka pulang ke rumahnya!
Ketika
dia menutup pintu utama, wajah tidak bermuka itu melekap di jendela kaca
sebagai mengiringi pemergian Erin, Iman, Amar dan Arina. Di sepanjang
perjalanan, Iman hanya mendiamkan diri sambil memandang ke luar dengan mulut
tersengih. Seolah-olah ‘kakak’ itu sedang membuntuti langkah mereka. Manakala
Amar dan Arina pula sedang lena sehingga mereka sampai ke destinasi yang dituju.
Erin
memarkir kereta di halaman rumah. Ibu dan ayahnya berdiri di muka pintu dengan
riak hairan. Mengapa Erin pulang? Bukankah dia sedang bermalam di rumah Lina
dan hanya akan pulang esok?
“Nanti
Erin cerita kat mak dan ayah,” potong Erin sebelum orang tua berdua itu sempat
bertanya.
“Mak
boleh tolong bawak budak-budak tu ke dalam? Erin nak ke tandas sekejap,”
pintanya lalu bergegas ke tandas.
Selesai
ke tandas, dia keluar rumah dan melihat ibu dan ayahnya sedang berdiri di
kereta. Dia mendekati mereka.
“Mana
budak-budaknya Erin?” soal ibunya.
“Kau
pasti ke kau bawak budak-budak tu tadi?” tanya ayahnya pula.
Erin
terdiam. Dia hilang kata-kata. Ke mana Iman, Amar dan Arina pergi? Dia panik. Akhirnya
dia membawa ibu dan ayahnya kembali ke rumah Lina untuk memeriksa jika mereka
ada di situ. Hatinya tidak tenang memikirkan keselamatan anak-anak kecil itu.
*****
Mulut
Erin ternganga apabila melihat rumah terbiar di hadapannya. Ia gelap tidak
berpenghuni dan kawasan di sekelilingnya tidak terurus. Apa yang sudah terjadi?
“Kau
pasti ke rumah kak long Liz kat sini Erin?”
“Erin
pasti ayah!”
“Sudah,
mari kita balik. Nampaknya kau dah kena usik ni..” ayahnya berkata. Erin tidak
berkata apa-apa di sepanjang perjalanan. Dia bingung.
*****
Esoknya
dia menelefon Liz dan bertanya hal yang sebenar.
“Ha?
Bila masa aku call kau untuk part time job tu?”
“Kau
ada call akulah Liz. Empat lima hari
yang lepas. Kau cakap kakak kau perlukan babysitter
baru..”
“Ya
ALLAH, Erin… Aku memang tak pernah call
kau pasal ni. Kakak aku dah pindah ke Sabah enam bulan lepaslah..”
Erin
terdiam. Sudah berpindah enam bulan lepas? Dia menamatkan perbualan di situ dan
berkeputusan untuk memeriksa senarai pemanggil. Ada bukti yang Liz pernah
menghubunginya berkenaan hal ini.
Jemarinya
ligat menyentuh skrin telefon dan scroll
downsenarai pemanggil. Dia berhenti di tarikh Liz menghubunginya.
YA,
LIZ MEMANG TIDAK PERNAH MENGHUBUNGINYA…
*TAMAT *