Home Cerpen Lucu SONGLIT : Ni Hao Ma
SONGLIT : Ni Hao Ma
4/7/2016 11:16:11
6,166
Kategori: Cerpen
Genre: Lucu

Lagu: Ni Hao Ma – Khalifah

Nak ku cerita satu cerita

Kisahnya yang bermula

Satu ketika malam menjelma

Gelita oh gelita

Cik Bedah berangin satu badan bila dia menjenguk ke dalam bilik anak terunanya itu. Darah merah menyerbu naik ke mukanya. Masakan tidak? Sudah dikejut berkali-kali. Anak terunanya itu masih elok berdengkur! Cik Bedah dengan badannya yang gempal itu mula menapak masuk.

“Leman, bangun!” kejut Cik Bedah.

Bantal yang elok dalam pelukkan anaknya ditarik kasar lalu dia menghempuk bantal itu betul-betul ke muka anak terunanya.

“Bertuah punya anak! Bangun!!!” Jerit Cik Bedah betul-betul di telinga Leman.

Leman pun apa lagi? Mengelupur bangun, menegak di atas katil. Matanya dipisat-pisat. Dahinya sedikit berkerut bila melihat emaknya berdiri merenung dirinya yang hanya berseluar pendek itu.

“Aik mak, anak sendiri pun nak try ke?” soal Leman. Tangannya mula menarik selimut menutupi badanya yang tidak berbaju itu.

Tryapanya? Kau bangun sekarang!” melengking suara Cik Bedah.

Tangannya laju menarik telinga Leman. Tersenget-senget kepala Leman menahan sakit di telinganya itu. Mukanya diherot-herot bagi menahan sakit itu.

“Hari dah siang ni, bangunlah. Pergi kerja!” kata Cik Bedah lagi.

“Malam lagi ni mak. Tengok kat luar tu gelap-gelita je.” Muncungnya dihala ke arah tingkap.

Cik Bedah menyirap bila Leman asyik berbolak-balik begitu. Laju saja tangan Cik Bedah mencubit bahu anaknya berkali-kali. Leman yang tidak tahan dengan serangan emaknya terus bangun dan berlari menuju ke bilik air.

Hembusan bayu bertiup laju

Hanya kedengaran bersahutan

Laju basikal ku kayuh laju

Menggigil lutut kakiku

Macam ku dikejar sesuatu

Usai mandi, Leman bersarapan ala kadar saja, nasi lemak dan milo panas buatan Cik Bedah yang paling mantap dan sedap dalam kampung ini.

Angin pagi yang bertiup lembut menyapa wajahnya. Sejuk. Suara cengkerik makin galak bersahutan di sana sini.

Leman terus menuju ke bawah rumah untuk mengambil basikal tua peninggalan arwah ayahnya, Pak Meon. Sifatnya yang penakut itu yang membuatkan dia tidak mahu keluar awal. Risau kalau berjumpa dengan sesuatu yang tidak-tidak.

Seperti minggu sudah, hampir lima hari Leman demam kerana keteguran. Waktu pagi begini juga dia keluar rumah bagi mencari rezeki buat mereka anak-beranak. Waktu itu jugalah ada sesuatu melayang elok di hadapannya. Mahu tidak demam? Benda putih pula tu!

Selalunya Leman ditemani oleh adik lelakinya. Tapi disebabkan adiknya bakal menjalani peperiksaan jadi emak menyuruh Leman berpergian sendiri saja.

Sedang leka mengayuh, Leman seakan merasa dirinya dikejar dari belakang. Basikal tua yang sudah banyak berjasa pada mereka sekeluarga itu dikayuh laju. Lututnya sudah mula mengiggil.

‘Ah sudah! Janganlah benda yang hari tu.’ Leman berdoa dalam hati sambil melajukan kayuhannya.

Dan tiba-tiba

Bagaikan ada satu lembaga

Makin hampir aku kepadanya

Rupanya gadis cina yang membawa timba

Dan pisau torehnya berbasikal tua

Dengan kasut getahnya

Samakin laju Leman mengayuh basikal tuanya itu semakin dia merasa takut. Sudahlah dia merasa ada sesuatu yang mengejarnya dari belakang. Kini ada pula satu lembaga berpakaian putih di hadapannya!

Leman berdoa di dalam hati. Mahu berpatah semula balik ke rumah? Itu tidak mungkin. Pasti emak akan membebel hingga ke petang! Leman cekalkan hati, basikal tua semakin laju. Semakin dia menghampiri sosok tubuh yang berpakaian putih itu kian terasa hatinya berdebar.

Figura seorang gadis berambut panjang sedang mengayuh basikal tua juga! Di sebelah kiri pemegang basikal gadis itu ada sebiji timba merah dan di dalamnya ada pisau toreh getah. Kakinya elok tersarung kasut getah berwarna kuning. Dah macam Pua Chu Kang pula! Leman tertawa sendiri.

‘Siapa gadis cina ni? baru pindah ke?’ Leman mula terfikir.

Aku pula bertanya

Pada amoi itu ni hao ma

Dia senyum ketawa, Sambil berkata hen hau saja

Amoi you siapa nama, Amoi you tinggal di mana

Amoi you umur berapa, Amoi you sudahkah ada yang punya

Saja mahu Tanya

Leman pun melajukan kayuhan basikal tuanya bagi menyaingi kayuhan amoi cina itu. Biasalah si Leman, mula mahu ‘jual minyak’

Semuanya ditanya, amoi cina itu sikit pun tak pandang si Leman yang bersaing dengan dirinya. Amoi cina itu cuma tersenyum dan tertawa. Naik meremang juga bulu roma Leman. Tapi bila melihat wajah amoi cantik ni, hilang terus rasa takutnya.

Bila ditanya cuma sepatah saja dijawab. Naik runsing Leman dibuatnya. Penat Leman tanya nama, umur, tinggal kat mana dan yang paling penting menanyakan status amoi ini. Jika masih bujang ada peluang Leman nak mengorat!

Leman pun terus diam tapi dia masih meneruskan saingan dengan amoi cina itu. Suasana sunyi menemani mereka sepanjang perjalanan ke kebun getah yang terletak di hujung kampung.

Katanya

Liew sue ping saya punya nama, Tinggal di kampung baru cina

Umur dua puluh tiga, Saya belum berpunya

Tiba-tiba amoi cina itu memberhentikan basikalnya secara tiba-tiba. Leman turut mengikut! Mana boleh dia tinggalkan amoi cantik dalam gelap pagi ni. Kesian!

“Nama saya Liew Sue Ping. Tinggal dekat kampung seberang, umur baru 23 dan saya masih solo. Abang nak try saya ke?” katanya tiba-tiba.

Leman terkebil-kebil memerhatikan amoi itu. Sudahlah cantik, suaranya pula merdu.

“Awak, saya sebenarnya nak bagitau awak sesuatu ni.” kata Leman serius.

Liew Sue Ping ataupun amoi cina itu mengangkat kening isyarat supaya Leman meneruskan katanya. Dia sudah tidak sabar menunggu!

“Sebenarnya…” teragak-agak Leman mahu menyuarakan hasrat hatinya itu. Dia mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal itu.

“Sebenarnya apa?”

Amoi mari berlumba , Berlumba dengan saya

Kita berlumba dengan basikal tua

Inilah cerita yang aku nak cerita

Amoi dan timbanya

Dan basikal tua

“Errr, sebenarnya saya nak ajak awak lumba basikal. Siapa yang sampai kebun dulu dia menang dan yang kalah kena belanja makan tengah hari nanti dekat warung Mek!” jerit Leman seraya laju mengayuh basikal tuanya meninggalkan amoi cina itu terkulat-kulat di situ.

“Haiyaaaaa! Ini orang ha! Bikin panas saja!” rungut amoi cina itu dan terus mengejar Leman yang sudah jauh ke hadapan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.