Lagu:
Ni Hao Ma – Khalifah
Nak ku
cerita satu cerita
Kisahnya
yang bermula
Satu
ketika malam menjelma
Gelita oh
gelita
Cik Bedah berangin satu badan bila dia menjenguk ke dalam
bilik anak terunanya itu. Darah merah menyerbu naik ke mukanya. Masakan tidak?
Sudah dikejut berkali-kali. Anak terunanya itu masih elok berdengkur! Cik Bedah
dengan badannya yang gempal itu mula menapak masuk.
“Leman, bangun!” kejut Cik Bedah.
Bantal
yang elok dalam pelukkan anaknya ditarik kasar lalu dia menghempuk bantal itu betul-betul
ke muka anak terunanya.
“Bertuah
punya anak! Bangun!!!” Jerit Cik Bedah betul-betul di telinga Leman.
Leman
pun apa lagi? Mengelupur bangun, menegak di atas katil. Matanya dipisat-pisat.
Dahinya sedikit berkerut bila melihat emaknya berdiri merenung dirinya yang
hanya berseluar pendek itu.
“Aik
mak, anak sendiri pun nak try ke?”
soal Leman. Tangannya mula menarik selimut menutupi badanya yang tidak berbaju
itu.
“Tryapanya? Kau bangun sekarang!”
melengking suara Cik Bedah.
Tangannya
laju menarik telinga Leman. Tersenget-senget kepala Leman menahan sakit di
telinganya itu. Mukanya diherot-herot bagi menahan sakit itu.
“Hari
dah siang ni, bangunlah. Pergi kerja!” kata Cik Bedah lagi.
“Malam
lagi ni mak. Tengok kat luar tu gelap-gelita je.” Muncungnya dihala ke arah
tingkap.
Cik
Bedah menyirap bila Leman asyik berbolak-balik begitu. Laju saja tangan Cik
Bedah mencubit bahu anaknya berkali-kali. Leman yang tidak tahan dengan
serangan emaknya terus bangun dan berlari menuju ke bilik air.
Hembusan
bayu bertiup laju
Hanya
kedengaran bersahutan
Laju
basikal ku kayuh laju
Menggigil
lutut kakiku
Macam ku
dikejar sesuatu
Usai mandi, Leman bersarapan ala kadar saja, nasi lemak
dan milo panas buatan Cik Bedah yang paling mantap dan sedap dalam kampung ini.
Angin pagi yang bertiup lembut menyapa wajahnya. Sejuk.
Suara cengkerik makin galak bersahutan di sana
sini.
Leman
terus menuju ke bawah rumah untuk mengambil basikal tua peninggalan arwah
ayahnya, Pak Meon. Sifatnya yang penakut itu yang membuatkan dia tidak mahu
keluar awal. Risau kalau berjumpa dengan sesuatu yang tidak-tidak.
Seperti
minggu sudah, hampir lima
hari Leman demam kerana keteguran. Waktu pagi begini juga dia keluar rumah bagi
mencari rezeki buat mereka anak-beranak. Waktu itu jugalah ada sesuatu melayang
elok di hadapannya. Mahu tidak demam? Benda putih pula tu!
Selalunya
Leman ditemani oleh adik lelakinya. Tapi disebabkan adiknya bakal menjalani
peperiksaan jadi emak menyuruh Leman berpergian sendiri saja.
Sedang leka
mengayuh, Leman seakan merasa dirinya dikejar dari belakang. Basikal tua yang
sudah banyak berjasa pada mereka sekeluarga itu dikayuh laju. Lututnya sudah
mula mengiggil.
‘Ah
sudah! Janganlah benda yang hari tu.’ Leman berdoa dalam hati sambil melajukan
kayuhannya.
Dan
tiba-tiba
Bagaikan
ada satu lembaga
Makin
hampir aku kepadanya
Rupanya
gadis cina yang membawa timba
Dan
pisau torehnya berbasikal tua
Dengan
kasut getahnya
Samakin laju Leman mengayuh basikal tuanya itu semakin
dia merasa takut. Sudahlah dia merasa ada sesuatu yang mengejarnya dari
belakang. Kini ada pula satu lembaga berpakaian putih di hadapannya!
Leman berdoa di dalam hati. Mahu berpatah semula balik ke
rumah? Itu tidak mungkin. Pasti emak akan membebel hingga ke petang! Leman
cekalkan hati, basikal tua semakin laju. Semakin dia menghampiri sosok tubuh
yang berpakaian putih itu kian terasa hatinya berdebar.
Figura seorang gadis berambut panjang sedang mengayuh
basikal tua juga! Di sebelah kiri pemegang basikal gadis itu ada sebiji timba
merah dan di dalamnya ada pisau toreh getah. Kakinya elok tersarung kasut getah
berwarna kuning. Dah macam Pua Chu Kang pula! Leman tertawa sendiri.
‘Siapa gadis cina ni? baru pindah ke?’ Leman mula
terfikir.
Aku
pula bertanya
Pada
amoi itu ni hao ma
Dia
senyum ketawa, Sambil berkata hen hau saja
Amoi
you siapa nama, Amoi you tinggal di mana
Amoi
you umur berapa, Amoi you sudahkah ada yang punya
Saja
mahu Tanya
Leman pun melajukan kayuhan basikal tuanya bagi menyaingi
kayuhan amoi cina itu. Biasalah si Leman, mula mahu ‘jual minyak’
Semuanya ditanya, amoi cina itu sikit pun tak pandang si
Leman yang bersaing dengan dirinya. Amoi cina itu cuma tersenyum dan tertawa.
Naik meremang juga bulu roma Leman. Tapi bila melihat wajah amoi cantik ni,
hilang terus rasa takutnya.
Bila ditanya cuma sepatah saja dijawab. Naik runsing
Leman dibuatnya. Penat Leman tanya nama, umur, tinggal kat mana dan yang paling
penting menanyakan status amoi ini. Jika masih bujang ada peluang Leman nak
mengorat!
Leman pun terus diam tapi dia masih meneruskan saingan
dengan amoi cina itu. Suasana sunyi menemani mereka sepanjang perjalanan ke
kebun getah yang terletak di hujung kampung.
Katanya
Liew
sue ping saya punya nama, Tinggal di kampung baru cina
Umur
dua puluh tiga, Saya belum berpunya
Tiba-tiba amoi cina itu memberhentikan basikalnya secara
tiba-tiba. Leman turut mengikut! Mana boleh dia tinggalkan amoi cantik dalam
gelap pagi ni. Kesian!
“Nama saya Liew Sue Ping. Tinggal dekat kampung seberang,
umur baru 23 dan saya masih solo. Abang nak try
saya ke?” katanya tiba-tiba.
Leman
terkebil-kebil memerhatikan amoi itu. Sudahlah cantik, suaranya pula merdu.
“Awak,
saya sebenarnya nak bagitau awak sesuatu ni.” kata Leman serius.
Liew Sue Ping ataupun amoi cina itu mengangkat kening
isyarat supaya Leman meneruskan katanya. Dia sudah tidak sabar menunggu!
“Sebenarnya…” teragak-agak Leman mahu menyuarakan hasrat
hatinya itu. Dia mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal itu.
“Sebenarnya apa?”
Amoi
mari berlumba , Berlumba dengan saya
Kita
berlumba dengan basikal tua
Inilah
cerita yang aku nak cerita
Amoi
dan timbanya
Dan
basikal tua
“Errr, sebenarnya saya nak ajak awak lumba basikal. Siapa
yang sampai kebun dulu dia menang dan yang kalah kena belanja makan tengah hari
nanti dekat warung Mek!” jerit Leman seraya laju mengayuh basikal tuanya
meninggalkan amoi cina itu terkulat-kulat di situ.
“Haiyaaaaa! Ini orang ha! Bikin panas saja!” rungut amoi
cina itu dan terus mengejar Leman yang sudah jauh ke hadapan.