Dania berlari laju mengejar bas yang
baru saja bergerak pergi itu. Bas cuma berhenti sekejap untuk menurunkan
penumpang. Dania yang berkejaran di belakang langsung tidak dihiraukan oleh si
pemandu. Dania mengah. Nafasnya turun naik. Dengan langkah hampa dia menapak
dan duduk di kerusi tempat menunggu bas.
Huh… Dania mengeluh. Hari ini dia
terlepas bas lagi. Maknanya hari ini lambatlah dia pulang ke rumah. Sama
seperti semalam. Hampir jam sepuluh malam baru Dania terpacak depan pagar
rumah. Mak dan ayah pasti akan risau.
Tangannya menyeluk ke dalam poket
baju kurung kuning cair yang menjadi pilihannya hari ini. Dania meraba-raba
poket untuk mencari telefon bimbitnya. Dia hendak menghubungi mak dan ayahnya
mahu memberitahu bahawa dia akan pulang lewat seperti malam semalam kerana
terlepas bas.
Sekali lagi Dania mengeluh apabila
telefon bimbitnya kehabisan bateri. Apalah malang sungguh nasibnya hari ini. Sudahlah
terlepas bas, ini bateri telefon pula habis. Jadi bagaimana dia mahu
memberitahu mak dan ayah?
Dummm!
Bunyi guruh berserta kilat yang
terang memancar tepat di hadapannya membuatkan Dania terperanjat. Hampir saja
telefon dalam genggamannya terlepas. Angin kuat mula bertiup kencang. Hari mahu
hujan ke? Hati Dania sudah tidak senang. Sekejap-sekejap dia menjenguk ke arah
kanan. Mahu melihat bas yang dinanti. Tetapi tidak juga tiba.
Dania duduk berpeluk tubuh di atas
bangku itu. Beg galasnya dirapatkan ke dada. Dia menanti dengan sabar. Langit
sudah mula suram. Dania mengerling jam di pergelangan tangannya. Hembusan
nafasnya kedengaran lagi, kali ini lebih deras.
“Mana
bas ni? Kalau bas tak datang juga, aku naik teksi!” gumamnya perlahan.
Dania
nekad jika bas tidak muncul dia akan naik teksi. Biarlah wang belanjanya habis
pun. Janji dia dapat pulang awal hari ini. Sudahlah kembarnya, Dani mahu pulang
hari ini. Dania tidak mahu lewat menyambut kepulangan Dani.
Dani
dan Dania adalah kembar tidak seiras dan berlainan jantina. Kata emak, Dania
yang bongsu sebabnya Dani keluar awal lima
minit dari Dania. Bila terkenangkan Dani, Dania akan tersenyum sendiri. Betapa
dia merindukan Dani. Dani kini sedang melanjutkan pelajarannya di Kelantan.
Tahun ini adalah tahun akhir Dani. Dania berharap sangat yang Dani akan pulang
dan kerja di sini, tinggal dengan mereka sekeluarga lagi seperti waktu dulu.
Pin!
Pin!! Pin!!!
Segala
angan Dania berkecai begitu saja bila sebuah kereta Iriz putih yang berhenti
betul-betul di hadapannya dan menekan hon tanpa henti. Naik bingit telinga
Dania. Mencerlung mata Dania memerhati ke arah pemandu Iriz putih itu.
Cerminnya yang agak gelap menyukarkan pandangan matanya untuk menembusi di
sebalik cermin. Tidaklah terlihat siapa gerangan ‘orang gila’ yang menekan hon
tanpa henti itu.
Cermin
tingkap sebelah kiri turun perlahan-lahan. Maka jelaslah wajah seorang pemuda
yang berkulit hitam manis dan berkaca mata petak itu sedang tersenyum menggoda.
Dania terkesima.
“Dani!”
jerit Dania.
Teruja
sungguh Dania bila di dalam kereta itu adalah kembarnya, Dani. Laju kakinya
melangkah mendapatkan Dani. Pintu kereta dibuka dan dengan pantas Dania masuk
lalu tubuh Dani dipeluk erat.
“Rindunya!”
Bisik Dania.
Dani
cuma tersenyum dan membalas pelukan Dania sambil tangan kanannya menarik hidung
Dania hingga rona merah mula terbit. Suka hatinya bila melihat Dania mula
memuncungkan mulut. Kononnya merajuk.
“Jom
balik!” kata Dani
Pelukan
tadi terlerai. Dania tersenyum-senyum memandang Dani. Lepas ni adalah dia kawan
bergaduh dan kawan berjalan.
***
“Penatlah!”
keluh Dania
Dania
melangkah masuk ke dalam rumah. Dani yang memerhati dari jauh mula merapati
Dania. Tangan kanan Dani letakkan di atas bahu Dania.
“Kenapa
ni?” Soal Dani bila melihat wajah kembarnya yang keruh itu.
“Tak
dapat kerja lagi.” Jawab Dania hampa.
Jenuh
Dania pusing bandar Klang itu. Merata ceruk dia sudah pergi. Tetapi nasib tidak
menyebelahinya kala ini. Sampai bilalah dia mahu jadi penganggur terhormat ni.
Naik muak Dania bila asyik terperuk dalam rumah saja.
“Kerja
dengan kawan Dani je la. Nak?”
Setelah
Dani memperkenalkan kawannya, Dania diterima berkerja di sebuah syarikat firma
guaman milik kawan Dani, Naim yang terletak di Shah Alam. Hari pertama kerja
memang mencabar. Banyak benda yang perlu Dania belajar. Nasiblah ada Naim yang
sudi membantu. Tidaklah dia terkontang-kanting seorang diri.
Hampir
seminggu Dania bertugas di situ dia semakin rapat dengan Naim. Pada pandangan
Dania, Naim baik dan kacak juga. Kulitnya yang sawo matang dan berbadan tegap
itu lambang lelaki sejati. Keningnya yang tebal itu sangat menggoda Dania.
Lamunan Dania terhenti bila dia terdengar bunyi tapak kasut yang semakin
menghampiri ke mejanya.
Dania
kalut. Dari jauh dia nampak Naim dan seorang lelaki sedang berjalan beriringan
menuju ke arahnya. Lelaki itu walaupun tidak sekacak Naim, tetapi dia masih
lagi kacak dari sudut lainnya. Badannya juga kecil sedikit dari Naim yang
berbadan tegap itu.
“Nia,
perkenalkan ini Hakim. Owner. Hari tu
tak sempat nak kenalkan, sebab Hakim outstation.
Hari ni baru masuk pejabat.” Terang Naim tanpa diminta.
Dania
terkebil-kebil dan mengangguk tanda mengerti. Patutlah dia tak pernah nampak
Hakim, baru masuk rupanya. Bila huluran tangannya bersambut mata Hakim tidak
lepas memandang wajah Dania yang ayu itu. Naim yang perasan hal itu cepat-cepat
menepuk bahu Hakim. Tersentak Hakim, dia rasa bersalah pula merenung anak dara
orang sampai macam itu.
“Hai.”
Kelam-kabut Hakim menyapa.
Dania tersenyum dan mengangguk.
Rambutnya yang ikal paras pinggang diikat rapi. Senyuman Dania yang manis
membuatkan Hakim tak senang duduk. Asyik terkenang saja.
‘Oh, Dania yang manis.’ Desis
hatinya. Bibirnya mengulum senyuman bahagia.
***
Tiga
bulan berlalu. Hubungan Hakim dan Dania bukan lagi sekadar majikan dan pekerja.
Tetapi lebih istimewa. Setiap hari Hakim akan ambil dan hantar Dania ke tempat
kerja. Mak Siti dan Pak Daud juga tidak menghalang. Anak mereka sudah dewasa.
Sudah sampai masanya untuk menempuh satu lagi jalan dalam hidupnya.
Tok…
tok…
Pintu
bilik diketuk dari luar. Bila terdengar suara jeritan dari dalam yang meminta
dia masuk cepat saja Dania memulas tombol pintu lalu melangkah masuk. Dia
memerhatikan wajah kesayangannya yang masih lagi menghadap kerja.
“Jom lunch.” Ajak Dania.
“Kim,
aku… opss, salah time ni.” Tiba-tiba
Naim masuk.
Bila
terperasankan kehadiran Dania dalam bilik itu terus saja Naim memusingkan
badannya mahu keluar. Tidak mahu menganggu pasangan itu. Tetapi cepat-cepat
dihalang oleh Hakim. Lalu fail yang dalam dakapan Naim bertukar tangan.
“Nia lunch dengan Naim dulu boleh? Nanti saya
turun.” Pinta Hakim. Katanya mahu menyiapkan satu lagi kes sebelum dia keluar.
Dania hanya mengangguk.
“Nia
betul ke nak serius dengan Hakim?”
soal Naim secara tiba-tiba.
Dahi
Dania berkerut mendengarkan soalan itu. Suapannya juga turut terhenti. Matanya
laju terarah memandang Naim yang bersahaja menantikan jawapan dari dia.
“Saya
cemburu.” Sambil tersengih Naim berkata bila Dania diam membisu seribu bahasa.
Terperanjat
Dania dengan pengakuan itu. Selama ini Naim tidak pernah pun menyuarakan
apa-apa perasaan pun terhadapnya. Kenapa sekarang, bila dia sudah ada Hakim
baru Naim mahu memulakan langkah? Dania keliru.
Suara
ketawa Naim yang tiba-tiba itu membantutkan lamunan Dania. Dania memerhatikan
wajah Naim dalam-dalam. Apa yang tersembunyi disebalik tawanya tadi?
“Saya
gurau je.” Ujar Naim selamba seraya nasi ayam berempah itu disuap semula ke
dalam mulutnya.
Dari
jauh Hakim semakin merapati mereka berdua. Hakim mengambil tempat di sebelah
Dania dan dia telah memesan nasi ayam
berempah, sama seleranya seperti Naim. Naim melirikkan matanya kepada
Hakim yang sedang asyik merenung Dania tanpa menghiraukan kehadirannya di situ.
Suapannya
semakin dilajukan. Air jus tembikainya juga disedut rakus. Habis saja keduanya
Naim terus bangun.
“Nak
gerak dah ke?” soal Hakim pelik bila dia melihat Naim tiba-tiba bangun.
“Aku
ada kerja sikit. Tadi lupa nak buat.” Jawab Naim. Mukanya sedikit tegang.
“Tak
apa, aku belanja.” Kata Hakim bila melihat Naim meraba poket belakang
seluarnya.
“Thanks!” terus saja Naim berlalu.
Dania
perasan perubahan itu. Apakah makna semua ni?
***
Telefon
Hakim di dalam poket kanan seluarnya mula menjerit minta dijawab panggilannya. Dia meraba-raba poket seluarnya. Pelik bila
melihat nama si pemanggil.
‘Nak
apa?’ laju saja tangannya menjawab panggilan itu.
Dari
jauh kelihatan Hakim mengangguk dan bercakap secara ringkas saja dengan si
pemanggil. Siapa agaknya? Bila Hakim kembali melangkah mendapatkannya dia mula
mengangkat kening isyarat tanya tanpa suara.
“Naim.”
Jawab Hakim ringkas.
“Dia
nak apa?” soal Dania ingin tahu.
Hari
cuti begini adalah waktu mereka menghabiskan masa bersama. Jarang sekali Naim
mahu berjumpa dengan Hakim waktu-waktu cuti begini.
“Dia minta
tolong hantar ke klinik, demam katanya.” Kata Hakim lagi, Naim tu sebatang
kara. Tak ada sesiapa. Hakimlah yang selalu membantu si Naim. Mereka sangat
rapat. Macam abang dan adik.
“Pergilah.”
Dania
yang mengerti, terpaksa melepaskan Hakim pergi. Dia masih lagi belum siap
memilih barang. Jadi Dania minta Hakim pergi kepada Naim. Dania juga
menyakinkan Hakim yang dia akan pulang sendiri nanti.
Beep beep
Sedang
leka memilih barang, telefon Dania pula berbunyi. Pantas dia mengeluarkan
telefon bimbitnya dari tas tangan. Icon
Whats app dibuka. Ada
satu mesej dari nombor yang tidak dikenali. Berkerut dahinya. Pantas jarinya
menyentuh gambar yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali itu.
Mukanya
beruba bila melihat gambar itu. Gambar Hakim sedang berpeganggan tangan dengan
perempuan lain! Dania tidak mahu percaya bulat-bulat dengan apa yang
dilihatnya. Dia akan bertanyakan sendiri dengan Hakim nanti.
Beep beep
Satu
lagi mesej masuk. Kali ini gambar Hakim sedang memegang pipi wanita yang sama.
Siapa ni? Dania tertanya-tanya sendiri. Mood
mahu membeli belah sudah hilang. Dania pantas menolak troli ke kaunter pembayaran.
Bayar saja isi yang ada dalam trolinya itu. Dania tidak mahu lagi berlama-lama.
Dia mahu pulang!
***
Pintu di buka perlahan. Hakim
menekan suis lampu di dinding. Ruang yang gelap itu kini cerah disimbahi cahaya
lampu. Hakim menapak laju menuju ke bilik Naim. Pintu bilik Naim ditolak.
Kelihatan Naim sedang berselubung dalam selimut. Pantas Hakim merapatinya lalu
selimut ditarik.
Naim yang baru sedar kehadiran Hakim
bergerak sedikit, memberikan ruang pada Hakim untuk melabuhkan punggungnya.
Tangan Hakim turun ke dahi Naim. Panas!
“Kau demam ni. Jom pergi klinik.”
Kata Hakim.
Naim mengangguk. Badannya lemah. Dia
tidak boleh berjalan dengan betul. Tangan Naim diletakkan di atas bahunya.
Manakala tangan kanan Hakim merangkul pinggang Naim, membantu Naim berjalan.
Dania pulang dengan perasaan sebal.
Meluap-luap hatinya bila melihat gambar yang dikirim oleh pengirim misteri itu.
Dania bukan marah pada Hakim, tetapi dia marah pada si pengirim gambar. Apa
agaknya tujuan pengirim itu?
Sedikit sebanyak gambar-gambar itu
menganggu emosinya. Dania tidak sabar mahu ke pejabat esok. Dia mahu Hakim
berterus terang. Baginya, dia tidak perlu percaya dengan si pengirim. Si
pengirim itu pasti mahu melihat hubungannya dengan Hakim putus.
Lagi beberapa bulan saja Dania dan
Hakim akan disatukan. Mereka sudah merancang tidak mahu berkasih terlalu lama.
Cukuplah mereka mengenali antasa satu sama lain dalam masa setengah tahun ini.
itu pun sudah memadai. Selebihnya biarlah takdir yang menentukan.
***
Hari yang dinanti kini tiba. Dania
dan Hakim bakal disatukan. Dania yang angun dan cantik berbusana songket
berwarna hijau itu tersenyum manis kepada pada tetamu. Dia menjeling Hakim di
sebelahnya yang segak berbaju melayu hijau. Bagaikan pinang dibelah dua. Memang
sepadan.
Habis upacara bersanding, mereka
dibawa menuju ke ruang makan. Foto bahagia saling bersuapan itu diambil sebagai
kenangan. Dania perasan, sejak dari atas pelamin tadi mata Hakim asyik melilau
saja. Entah siapa yang dia cari?
“Awak cari siapa?” Dania berbisik.
Walaupun mereka sudah sah bergelar
suami-isteri tetapi masih lagi menggunakan panggilan awak-saya. Dania malu.
“Cari Naim. Dari tadi tak nampak.”
Jawab Hakim berbisik juga.
Dania mengangguk. Betullah. Dari
tadi tidak kelihatan kelibat Naim di mana-mana. Tak mungkin Naim tidak hadir.
Inikan majlis sahabat baiknya. Atau mungkin Naim sedang kecewa? Ah, cepat-cepat
Dania usir segala prasangkanya itu.
Naim terkocoh-kocoh menghampiri
Dania dan Hakim. Dia tahu dia sudah lambat. Tersengih-sengih di hadapan
pengantin.
“Sorry
bro! aku ada hal tadi.” Kata Naim tanpa menunggu lama. Dia tidak mahu
mendengar leteran Hakim. Sakit telinga dibuatnya!
“Nasib baik kau sampai. Kalau tidak
memang nak kena la!.” Ujar Hakim sedikir geram.
“Aku janji outdoor kau orang aku teman. Aku ada satu tempat ni memang ‘cun’!.
Okey?” pujuk Naim. Senyuman terukir di bibirnya.
Mereka bergerak pada jam lima petang. Hakim dan
Dania teruja mendengarkan itu. Memang meraka sudah ada kawasan outdoorpilihan sendiri. Tetapi apa salahnya
jika tukar dan pergi ke tempat yang Naim katakan itu. Jurugambar juga tidak
kisah jika mereka mahu menukar tempat. Jadi Dania dan Hakim pun bersetuju.
***
Tangan mereka diikat kejap. Dania
meronta-ronta cuba
untuk melepakan diri dari ikatan itu. Di hadapannya Hakim yang pengsan terikat
di atas kerusi. Kepala Hakim juga diselubungi dengan kain guni. Dania memerhati
sekeliling kawasan itu. Dia cuba
mengingati apa yang telah berlaku.
Mereka dalam perjalanan ke kawasan
yang diberitahu oleh Naim. Perjalanan yang terasa sangat jauh. Bila Hakim
bertanya, Naim hanya menjawab sudah dekat. Jam sudah berganjak ke angka enam.
Maknanya sudah sejam perjalanan mereka.
Keman Naim hendak bawa mereka?
Naim yang mula perasan kegusaran
Dania telah meminta jurukamera mereka untuk memberikan Dania dan Hakim sekotak
air mangga. Selepas habis air mangga itu Dania sudah tidak sedar apa-apa.
Sedar-sedar saja dia sudah berada di
sini. Di dalam sebuah pondok usang.
“Hemm… hemmmm,” Dania cuba menjerit
memanggil Hakim. Tetapi suara Dania tersekat kerana mulutnya diikat dengan
kain.
Bunyi tapak kaki yang semakin lama
kian menghampirinya membuatkan Dania cuak. Siapa? Dania cuba
memalingkan kepalanya ke belakang. Tetapi tidak terlihat sesiapa. Dania risau.
Dania takut. Apa sudah jadi?
“Ha… ha… ha…” suara ketawa itu
kedengaran di belakang Dania. Suara lelaki.
Dania mencuba lagi untuk melepaskan
ikatan tangannya. Sedikit pun dia tidak berputus asa. Bunyi derapan tapak kaki
kini melangkah. Kini Dania dapat melihat jelas wajah si pelaku. Terbeliak mata
Dania bila melihat. Naim!
“Terkejut?” soal Naim seraya
tangannya mengenggam rambut Dania. Terdongak kepala Dania. Sakitnya usah di
cerita. Pedih!
“Kau tahu, kau tu perempuan degil.
Hakim tu bukan baik. Dia tak sayangkan kau pun. Yang kau pergi kahwin dengan
dia tu kenapa?” kata Naim.
Pen di dalam tangan Naim dilalukan
di atas muka Dania. Pen berdakwat hitam itu diconteng dan ditekan kuat hingga
menembusi kulit muka Dania yang halus itu. Dania menjerit kesakita. Tetapi
suaranya tersangkut. Kain yang mengikat mulutnya terlalu kuat. Air mata Dania
sudah menitik. Apa akan jadi pada mereka?
“Aku nak laki kau tengok!” ujar Naim
seraya berlalu menghampiri Hakim.
Kain guni yang menutupi kepala Hakim
direntap kasar lalu kain guni itu dilemparkan ke bawah. Muka Hakim ditampar
beberapa kali sebelum dia akhirnya tersedar. Mulut Hakim tidak berikat. Hakim
masih mamai. Dia berusaha menghadam situasinya sekarang.
“Naim?” soalnya pelik. Tangannya
yang berikat itu direntap-rentap supaya terbuka. Tetapi ikatannya sungguh kuat.
“Apa kau buat ni? lepaskan Dania!”
tengking Hakim.
Otaknya sudah dapat memproses
keadaan yang terjadi. Hakim nampak Dania di hadapannya sudah comot mukanya. Darah
merah pekat juga sudah mula meleleh di sekitar pipi mulus Dania.
“Kenapa kau pilih perempuan tu?”
soal Naim.
Naim
kehulur kehilir di hadapan Hakim. Rambutnya diramas-ramas kasar. Matanya tidak
lepas memandang Hakim.
“Kau
tahu aku sayangkan kau!” bicara Naim kali ini membuatkan Dania terpempan.
Tidak
mungkin!
“Aku
sayang kau.” Ujar Naim lagi.
Kali
ini Naim sudah menyembamkan mukanya di atas riba Hakim. Hakim terkesima. Selama
ini dia hanya menganggap Naim seperti adiknya sendiri. Tidak lebih dari itu.
Hakim tidak sangka yang Naim tidak normal. Naim sukakan lelaki!
“Sebab
kau pilih perempuan ni jadi kau pilih mati!” jerit Naim.
Wajahnya
bengis memandang Hakim. Naim bingkas bangun lalu dia merapati Dania. Tanpa
teragak-agak pen dalam genggaman tangannya dibenamkan dalam bola mata Dania.
Dania meraung menahan rasa sakit.
“Jangaannnnnnnnn!”
Hakim menjerit kuat. Tidak sanggup dia melihat kesayangannya dilakukan
sebegitu.
“Tolong,
Naim. Kau bunuh aku. Tapi jangan kau sakiti Dania.” Hakim memohon belas dari
Naim yang kala ini seperti dirasuk!
“Tak
sayang, perempuan ni yang harus mati! Dia yang menghalang hubungan kita.” Kata
Naim. Pen yang terbenam dalam mata Dania dibiarkan terbenam. Tiada tanda dia
mahu mencabutnya semula.
“Tolonglah
Naim. Jangan buat isteri aku macam tu.” Rayu Hakim lagi. Dilihat Dania sudah
lemah. Air mata lelakinya mengalir juga.
“Isteri?
Huh, isteri kau patut tengok suami dia mati.” Kata Naim seraya meluru ke arah
Hakim dan membelai wajahnya, lalu kucupan singgah di pipi Hakim. Meremang bulu
tengkuk Hakim. Naim sudah gila!
“Ap…
apa kau nak buat ni?” soal Hakim cemas.
Hakim
nampak Naim mula mencurahkan air ke badan Dania. Lalu botol air itu dibawa pula
kepadanya. Air dalam botol itu turut dicurahkan pada badan Hakim dan akhirnya
Naim memandikan dirinya dengan air itu.
Hakim
cemas. Bau air itu makin kuat. Itu bau Petrol! Naim sudah ketawa
terbahak-bahak.
“Kalau
aku tak boleh dapat cinta kau, sesiapa pun tak boleh!” pandangannya tajam
terarah ke wajah Hakim.
“Mengucap
Naim! Kalau pun aku pilih kau, kita tetap tak boleh bersama. Itu melanggar
hukum!” dalam cemas bicara Hakim tegas.
“Ah!
Sudah. Aku tak mahu tahu semua tu.” Naim tidak peduli. Dia sayangkan Hakim!
“Daniaaaaa.”
Jeritan Hakim kedengaran lagi.
Naim
sudah melepaskan batang mancis yang bernyala itu ke bawah. Batang mancis jatuh
tepat di atas curahan minyak petrol. Api terus menyambar tubuh Dania. Dania
mengelupur dan terus kaku di situ. Hakim meraung kuat. Naim berjalan merapati
Hakim dan bersimpuh di hadapan Hakim kepalanya pula di letakkan di riba Hakim.
Api
semakin rakus membaham segala di sekeliling mereka. Bahang panas juga semakin
terasa. Api semakin menghampiri untuk menyambar tubuh Hakim dan Naim. Air mata
Hakim mengalir. Dia memejamkan mata, menanti ajal yang semakin menghampiri.
“Allah!”
jeritan terakhir Hakim.
Api semakin
marak membakar pondok usang itu. Asap hitam berkepul-kepul naik ke angkasa
menjadi saksi cinta terlarang.
~ TAMAT~