“Bang! Macam biasa!” jeritku
dari jauh. Panas petang yang membahang tu membuatkan aku berpeluh-peluh lalu
topi yang melekat di kepala, ku cabut laju.
“Siap!” laung lelaki itu seraya tangannya pantas menarik 30
cucuk sate ayam lalu diletakan di atas tempat membakar. Selang beberapa minit…
“Nah Khai.” Sebungkus pelastik diletakkan di atas meja.
Betul-betul dihadapanku.
“Berapa?” soalku sambil meraba poket hadapan.
“Tak payahlah, aku belanja.” Ujarnya dengan senyuman
manis ala-ala mamat gatal dilemparkan buatku.
“Eh, mana boleh macam tu. Rugi la kau nanti.” Tangan
kananku yang sedang meraba poket terhenti.
“Tak apa, aku ikhlas.” Katanya lagi. Berharap
pemberiannya tidak ditolak.
“Okey! Aku ambil, tapi janji sesuatu dengan aku dulu,” wajahku
bertukar serius.
“Apa dia?” soalnya pelik.
“Janji yang kau tak akan ungkit apa yang kau kasi ni,
kalau ungkit juga aku tumbuk muka kau.” Tegas suaraku berkata. Aku mengempal
penumbuk dan ku ajukan dihadapan wajahnya. Walaupun kedengaran entah apa-apa.
Sudahlah orang nak belanja, tapi begitu pula penerimaanku.
“Dengan ini saya Zulazizi bin Abdul Yusof berjanji, tidak
akan mengungkit segala pemberian saya kepada awak yang bernama Khairunnisa
binti Kamarul.” Siap diangkat tangan serupa orang berikrar pula. Tawanya
meletus bila melihat wajahku yang berkerut melihat dia berikrar.
“Terima kasih!” terus aku menyambar topi dan bungkusan
sate ayam itu dan berjalan laju kearah motor kesayanganku itu.
Dari
jauh ku lihat dia tersenyum. Aku ni kelakar sangat ke?
***
Motorku laju meluncur dan berhenti secara tiba-tiba di
bawah sebuah jambatan. Di sini tempat aku membuang masa bersama ‘kawan-kawan’ku.
Mereka yang memahami aku lebih dari manusia memahami aku. Hidup aku sunyi,
tetapi mereka ni yang menceriakan kembali hari-hariku.
‘Meowwwww.’ Suara ngiauan kucing di kaki mematikan
lamunanku.
“Kau rupanya, Maumau. Mana kawan-kawan yang lain?” Walaupun
aku tahu soalanku itu tidak mungkin mendapat jawapan. Tapi, aku senang
berbicara dengan mereka. Kucing itu pula cuma mengesel-gesel menyerlahkan lagi
sifatnya yang manja.
Aku bingkas bangun dan mencapai sate ayam yang baru
dibeli tadi. Aku mengasingkan isi ayam dari lidinya dan aku letakkan di bawah untuk mereka.
Mulutku
yang termuncung-muncung itu galak memanggil kucing-kucing yang lain. Kemana
mereka merayau sehingga tidak sedar kehadiranku? Ada juga kelihatan beberapa ekor kucing yang
berlari laju bila terdengar siulan aku memanggil mereka.
Sudah
menjadi kebiasaa aku sebenarnya, bila aku pulang dari kerja aku akan membelikan
ayam untuk ‘anak-anak angkat’ ku di bawah jambatan ini. Kadang-kadang ayam atau
ikan akan aku gaul sekali dengan nasi. Kalau sudah gaji aku belikan mereka sate
ayam ni. Merasa la mereka makan mahal sikit.
“Ha, makan-makan. Rezeki kau orang hari ni. Ada orang belanja tau.” Galak
pula aku bercerita kepada kucing-kucing yang sedang lahap menjamah sate ayam
itu. Aku menepuk-nepuk perlahan belakang kucing yang berwarna hitam itu. Aku
namakan dia, Tam Tam.
Dia yang memerhati dari jauh tersenyum melihat
kemesraanku dengan kucing-kucing itu.
"Patutlah
kau selalu order sate 30 cucuk dan
selalu singgah di kedai makan Mak Melah. Rupanya nak tapau bekalan untuk
kucing-kucing terbiar di bawah jambatan ini." Tiba-tiba dia menegurku dari
belakang.
Kepalaku terdongak bila ada yang menegur. ‘Apa mamat ni
buat kat sini?’ sempat lagi hatiku mencemuh.
Tanpa menunggu jawapan dariku, dia dengan selambanya
terus duduk disebelahku. Siap terkena lutut lagi. Ini sudah lebih!
“Buat apa kat sini?” soalku sedikit kasar.
“Saja nak tengok kau. Eh, bukan-bukan. Aku nak tengok
kucing!” Nasib baik dia cepat betulkan. Kalau tidak melekatlah buku lima aku ni ke mukanya.
Aku menjeling dirinya sekilas, lalu berdiri mendapatkan
motor ku. Enjin motor di hidupkan dan terus aku berlalu meninggalkan Zulazizi
yang terkulat-kulat di situ.
“Tu la kau, salah cakap lagi!”
Tangannya menampar-nampar mulut.
***
‘Pagi-pagi ni la kau nak buat hal, kan?’ gerutuh hatiku
bila motor aku tak boleh hidup pagi ni. Puas aku cuba, masih tak mahu hidup.
Nak
minta tolong Sarah, kawan serumah aku tu? Dia dah pergi kerja awal-awal lagi
tadi. Maklumlah dia kerja sebagai jururawat, pasti kena pergi awal. Lainlah
aku, aku kerja dekat kedai jual barang perabot terpakai, kedai pun buka jam 10
pagi. Dan sekarang sudah jam 10.15pagi!
“Aduh,
gatal pula kepala aku dok fikir ni,” sempat pula aku membebel. Habis kusut
rambut pendek aku bila aku garu secara kasar. Serabut!
“Macam
mana nak buat ni? Apa masalah pulak la motor ni. Aduhhh sayang, sayang jangan
macam ni, hidup laaaa… aku nak pergi kerja
ni,” dah macam orang tak betul pula dok bercakap dengan motor. Eh tapi
biarlah, mana tahu motor ni dengar! Kau orang jangan nak cakap aku gila pula!
“Huiii,
cik adik. Apasal tuuuu?” Tegur sesorang dari belakang. Terperanjat juga aku. Nasib
baik aku cuma terperanjat dalam hati je. Buatnya aku melatah, mati la!
“Motor
ni ha, buat hal pula pagi ni. Aku dah lambat nak pergi kerja ni. Kejap lagi
mesti supervisor aku bising.” Ujarku lebih
kepada mengadu. Habis dengan siapa lagi aku nak mengadu? Tak kan dengan pokok rambutan ni?
“Kalau
macam tu, jom aku hantar. Motor tu biar je kat situ, malam nanti aku tolong
baiki.” Bagaikan orang mengantuk disorong bantal. Aku pun apa lagi, terus
melompat naik ke belakangnya dan menyambar topi keledar aku yang tersangkut di
cermin pandang belakang.
“Cepat-cepat,
jalan.” Kataku lagi sambil menepuk-nepuk belakangnnya kuat.
‘Baik
juga mamat ni.’ sempat lagi hatiku memuji.
“Janganlah
tepuk kuat-kuat!” jeritnya dari depan lalu laju dia memulas handle motor. Hampir
terangkat juga motornya bila dia press
laju-laju macam tu. Cepat je tangan aku mencengkam bahunya.
Selang
beberapa minit aku sampai ke kedai. Laju juga motor cabuk dia ni! hahaha…
“Nanti
balik nak aku ambil tak?” Sempat lagi dia menjerit.
“Tak
payah, tak payah!” tergesa-gesa aku meninggalkannya dan terus masuk ke dalam.
Pasti kena ceramah! Siap-siap la kau telinga…
***
Habis
je kerja aku terus keluar dari kedai. Hari ni aku kena balik lambat sebab aku
sampai lambat pagi tadi. Di kejauhan aku dah nampak kelibat dia yang setia
menunggu aku. ‘Bukan aku cakap tak payah ambil ke?’
“Kau
buat apa kat sini? Nak jemput aku ke?” Soalku. Walaupun aku yakin dia memang ke
sini nak ambil aku pun.
“Eh,
siapa cakap? Aku nak beli meja la.”
Jawapannya membuatkan mataku terbeliak. Kurang asam!
“Ah kau! Kedai dah tutup. Datang esok je.” Pantas aku
berjalan laju meninggalkannya. Aku nampak dia sedikit kalut. Kedengaran dia
menghidupkan enjin motornya dan mengikut aku dari belakang. Siap di ‘pin-pin’ kan aku!
“Kau apahal?” bengang pula aku bila dia tekan hon lama
dan panjang!
“Hoi minah senget! Aku datang nak ambil kau la. Kau ingat
suka-suka je ke aku nak datang sini?” Dengan muka bersaja dia berkata.
‘Minah
senget kau pangil aku!’ jeritan itu cuma terlaung dalam hatiku je. Entah
kanapa? Aku selesa dengan dia. Walaupun dia panggil aku minah senget. Rugi
betul aku tak berkawan dengan dia dari dulu.
“Aku
tahu kau memang nak jemput aku.” Ujarku ceria lalu kepalanya yang sudah siap
memakai helmet itu aku ketuk laju.
Jadi
tak perlulah aku menapak!
***
“Wei
yol! Lama lagi ke?” Tanyaku bila dia masih lagi tidak berjaya membaiki motor
kesayangan aku tu.
“Yol?
Apa tu?” Bukannya dia mahu menjawab soalanku, malah aku pula disoalnya.
“Yol
untuk biyol! Hahaha…” Jawabku sambil tertawa besar.
“Kurang
gula punya minah senget!” Spanar yang erat di dalam genggamannya diluku ke
kepala ku. Sakit woi!
“Nah
kau punya gula!” jeritku seraya mencampakkan biji-biji rambutan yang sudah
licin aku makan tadi. Terus aku berlari masuk ke dalam rumah. Malas aku nak
tunggu ‘Yol’ siap repairmotor aku
tu.
“Jangan
lupa siapkan motor aku tu!” sempat lagi aku jeritkan kepadanya.
Dia
hanya tersenyum bawah mata kanannya ditarik dengan jari menampakan biji matanya
yang terjegil dan terus dia menjelirkan lidah kepadaku. Mengejek!
Aku
terus mencampakkan buah rambutan yang belum aku kopek tadi tepat mengenai
mukanya. Terkulat-kulat dia kat situ. Hahaha! Padan muka!
Satu
permulaan yang baik!
***
Satu
hari, dia telah meminta aku untuk berjumpa dia di bawah jambatan tempat aku
selalu lepak lepas balik kerja tu. Entah apa yang dia mahu? Lagipun dia dah
tolong repair motor aku hari tu. Tak
sedap pula kalau aku tolak.
Aku
sampai saja di sana,
aku sudah nampak dia sedang duduk di kelilingi oleh ‘anak-anak angkat’ aku tu.
Bila aku intai, rupanya dia sedang memberikan mereka makanan. Patutlah mereka
semua mengelilinginya.
“Apahal
nak jumpa aku?” soalku dari belakang. Dia yang tidak sedar akan kehadiranku
sedikit terperanjat.
“Kau ni,
terkejut aku!” Kepalanya melangoi memandang aku. Tanganya pula ditepuk-tepuk
isyarat supaya aku duduk di sebelahnya. Aku hanya menurut.
“Sedapnya
bau.” Kataku bila terbau sate ayam yang menaikkan seleraku.
“Nak
ke?” soalnya sambil menayang-nayang secucuk sate ayam dihadapanku.
“Bak la
satu.” Mintaku sambil menadah tangan. Dia menghulur bungkusan sate itu
kepadaku, bila sikit lagi aku mahu mencapai dia terus menarik kembali bungkusan
itu sambil ketawa terbahak-bahak. Terjegil aku memandangnya.
‘Oh,
nak main-main ya!’ desis hatiku. Terus aku rampas bungkusan itu lalu aku
sorokkan disebelahku. Tersentak dia, tapi dia biarkan.
“Aku
ada benda nak cakap dengan kau ni.” dia memulakan mukadimah. Aku hanya
mengangguk dan mengangkat kening isyarat menyuruh dia meneruskan bicara. Aku
malas mahu menjawab, mulut sudah penuh dengan sate ayam!
“Jom
kahwin!” Tanpa teragak dia mengajak. Habis tersembur semua isi-isi ayam di
dalam mulutku!
“Phuiii!
Macam tu je kau ajak aku kahwin?” Soalku sedikit terjerit.
“Habis
tu kau nak aku melutut dan hulur cincin, macam dalam drama tu ke?” Soalnya
menatapku lama. Tak karuan pula aku di buatnya. Dalam hati berdebar juga.
“Ye la.” Jawapku malu-malu
menatapnya. Entah kenapa aku yang kasar ni boleh malu-malu begitu? Bikin malu
je!
“Weiii,
minah senget maluuuu.” Ejeknya sambil tangannya menggosok-gosok kepalaku
laju-laju. Habis kusut rambut aku ni.
Aku
yang bengang bila diejak begitu terus menumbuk tepi perutnya. Dia mengaduh
perlahan dan terus kami berdua tertawa bersama…
Macam
ni ke rasanya cinta?